Blog Sabree Hussin

Pengalaman bercuti di Sabah (5) – Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang yang mencabar

Selepas menghabiskan masa berjam-jam di airport Kota Kinabalu, akhirnya saya berjaya dapatkan kereta sewa gantian. Kereta sewa ini saya dapatkan dari Borneo Express Rent A Car & Tours Sdn Bhd.

 

Saya ada cerita macam mana saya terpaksa tunggu berjam-jam di airport sebelum berjaya dapat kereta sewa. Senang cerita, kena tipulah dengan pemilik kereta sewa asal sampaikan saya terpaksa cari kereta alternatif. Rugi masa dan rugi duit kat situ.

Baca juga: Pengalaman percutian ke Sabah (4) – Kereta sewa di Sabah

 

Apa pun, perjalanan kena diteruskan. Ada cabaran sikit-sikit tu biasalah kan. Untuk isi masa sambil tunggu kereta, maksud saya untuk isi masa selama hampir 4 jam yang dah terbazir tu, saya pusing keliling airport KK.

 

Kat dalam airport KK ni juga ada kedai-kedai yang menjual kuih cincin, amplang dan lain-lain makanan tradisi. Tapi saya tak berapa galakkan anda beli disini, sebabnya ada tempat lain yang kita boleh dapat harga lebih rendah. Itu saya akan ceritakan kemudian.

 

Perjalanan dari KK nak ke Kundasang tidaklah sesukar mana. Maksud saya, tak susah nak cari jalan.

 

Buat yang tak berapa yakin tu, siap sedialah dengan GPS.

Saya tak berapa galakkan anda guna Waze. Sambungan internet di Sabah, terutama selepas nak masuk Tamparuli menuju ke Kundasang tidak berapa baik. Jadi lebih selamat kalau ada GPS yang guna satelit macam Papago ni.

 

Kalau anda nak GPS yang murah dan bagus, bolehlah klik pada link ini.

 

Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo dan 3D Wonder Museum 

Dalam perjalanan menuju ke Kundasang, selepas dapat kereta sewa, kami singgah di Rumah Terbalik dulu.

 

Bila baca blog orang lain, rasanya macam tak complete kalau tak singgah ke rumah terbalik ni. Di lokasi yang sama, juga ada 3D Wonder Museum.

 

Kat bawah ni saya sempat ambik gambar senarai bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Rumah Terbalik.

Kalau gambar kat atas ni tak berapa jelas, anda boleh lihat jadual dibawah. Saya ada taip semula untuk memudahkan anda lihat.

[table id=2 /]

 

Pemegang mykad bolehlah dapat harga yang lebih murah.

Dirumah terbalik ni, pengunjung cuma dibenarkan untuk ambik gambar di bahagian luar sahaja.

 

Dari segi susun atur bahagian dalam, tidak dibenarkan untuk ambik gambar. Sebelum nak masuk ke rumah terbalik ni pun, kita akan diminta untuk simpan dulu kamera.

Jadi saya share gambar yang saya tangkap di kawasan luar sahaja.

Kalau tengok kat gambar di atas ni, di sebelah kanan ada garaj kereta. Garaj kereta pun terbalik jugak.

 

Sebenarnya saya rasa bagus juga pihak pengurusan sini tak benarkan pengunjung ambik gambar dalam rumah. Jadi ada lah jugak misterinya.

 

Kalau anda nak tau apa yang ada kat dalam Rumah Terbalik ni, maka singgahlah ke sini. Rumah ni terletak di jalan yang sama untuk ke Kundasang dari Kota Kinabalu. Singgahlah sini sekejap ambik-ambik gambar.

 

Tak lengkap rasanya kalau datang ke Sabah buat pertama kali, tapi tak singgah ke Rumah Terbalik ni.

 

Saya tak sempat nak ke Museum 3D sebabnya saya rasa macam dah agak lewat. Risau jugak kalau sampai di Kundasang waktu malam.

 

Oh ya, sebelum saya terlupa, kalau boleh lepas dapat je kereta, terus isi minyak full tank. Saya macam ingat-ingat lupa, sama ada selepas rumah terbalik ni ada stesen minyak atau tidak.



 

Perjalanan ke Ayana Holiday Resort

Dari Rumah Terbalik, kami terus ke Ayana Resort. Sekitar jam 4 petang hampir pukul 5 baru sampai.

 

Jalan dia tak susah sangat.

 

Cuma perlu lalui kawasan pergunungan jadi tak boleh bawa laju. Kena selalu guna gear rendah.

 

Sekitar jam 3 lebih, keadaan dah mula berkabus. Lagilah buatkan saya tak berani nak drive laju. Tersilap percaturan, mau jatuh ke dalam gaung pulak.

 

Ini sebabnya kalau boleh saya nak sampai di Kundasang sebelum pukul 4 atau sebelum pukul 3. Tapi nak buat macam mana, ada masalah dengan kereta sewa masa di airport KK.

 

Selain keadaan yang berkabus tebal, waktu tu juga hujan turun. Tak lebat sangat, tapi kena hati-hati juga sebab jalan licin.

 

Sepanjang perjalanan nak ke Kundasang tu jugak, anda akan dapat lihat ada banyak gereja di tepi-tepi jalan. Selain tu, ada juga Sinalau Bakas.

 

Kebanyakkan gerai-gerai yang menjual Sinalau Bakas ni dah ada tulis NON HALAL. Ada juga yang dah buat translation siap-siap, Babi Hutan Bakar.

 

Jadi anda yang lalu kat depan gerai menjual Sinalau Bakas tu, tak perlu bersusah-payah nak berhenti la ya.

 

Melainkan anda adalah non muslim.

 

Ayana Holiday Resort

Setelah hampir dua jam memandu dari Rumah Terbalik, akhirnya sampai ke destinasi. Hari tu kami late check in.

 

Kalau datang dari arah Tamparuli, Ayana ni rupanya di sebelah kanan. Dalam keadaan suasana berkabus dan hujan, saya tak jumpa tempat ni. Terlajak sampai ke J resident.

 

Terpaksa pusing balik dekat Kinabalu Park.

 

Seperti yang saya dah jangkakan. Kat bilik tak ada penunjuk arah kiblat. Kena tanya dengan receptionist kat mana arah kiblat.

 

Sebab tu, saya amat syorkan kalau nak pergi bercuti tu, bawalah bersama kompas kiblat.

 

Baiklah, saya sambung kisah pengalaman saya di Sabah lain kali pulak ya. Jumpa lagi di artikel yang akan datang.

Anda nak jimatkan kos kereta sewa masa di Sabah tak? Jika anda kata ya, saya syorkan anda lihat tawaran yang disediakan oleh syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ini.

 

Baca posting saya yang berjudul Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu untuk mengetahui cara untuk dapatkan diskaun eksklusif khas untuk pembaca blog ini.

 

 

Exit mobile version