Blog Sabree Hussin

Pengalaman bercuti ke Sabah (7) – Kinabalu Park dan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu

Kalau sebut sahaja nama Sabah, benda pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah Gunung Kinabalu.

 

Teringin rasanya nak mendaki Gunung Kinabalu.

 

Soal larat ke tidak, boleh naik sampai ke puncak atau tidak… itu kita tolak ke tepi dulu.

 

Cuma dalam percutian ini, saya tidaklah merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu ini. Peralatan dan kelengkapan yang sesuai untuk mendaki gunung pun saya tak bawa.

 

Mungkin satu hari nanti kalau ada peluang, In Shaa Allah saya akan naik gunung ni juga.

Walaupun tak panjat Gunung Kinabalu, at least dapat jalan-jalan kat sekitar Taman Kinabalu pun jadilah.

 

Balik dari Desa Dairy Farm, hujan turun dengan agak lebat. Jadi kami tak boleh nak pergi ke mana-mana selagi hujan belum berhenti.

 

Pada masa yang sama, bateri kamera dah weak. Jadi kami ambik keputusan untuk balik ke resort dan berehat sambil cas bateri kamera.

 

Bila hujan dah berhenti, seingat saya dalam jam 3 lebih, baru kami keluar ke Taman Kinabalu.

Pemandangan dari bahagian luar.

Untuk masuk ke Taman Kinabalu ini, ada bayaran yang dikenakan.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah sebanyak RM3 sahaja.

 

Untuk mereka yang bukan warganegara, bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM15. Nampak tak betapa jauhnya beza harga yang dikenakan.

 

Berjalan-jalan di Taman Kinabalu, kita boleh nikmati pemandangan serba hijau. Ada macam-macam jenis tumbuhan dan pokok-pokok disini.

 

Selain itu, bagi yang merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu, anda boleh pilih beberapa trail yang ada disini. Saya nak cerita pasal trail pendakian ni pun tak berapa tahu sangat, sebab tak cuba lagi.

Ada laluan pejalan kaki yang disediakan kalau kita nak pusing satu taman.

Saya tak berapa pasti laluan pejalan kaki ni akan bawa kita sampai ke mana. Sebabnya saya bawa kereta naik ke atas dan ikut laluan kereta tu.

 

Mudah saja.

 

Kalau jalan kaki, cepat penat. Bila penat, kaki mula sakit, lepas tu tak dapat nak pusing jauh. Jadi, saya buat keputusan untuk jalan-jalan dengan kereta.

Ada beberapa tempat rupanya yang kita boleh pilih untuk mulakan pendakian. Saya yakin, kalau jalan kaki, memang tak mungkin akan sampai ke sini.

 

Nasib baik bawak kereta ha3.

 

Saya juga sempat singgah ke tempat yang dijadikan monumen bagi memperingati peristiwa gempa Bumi pada tahun 2015.

Jadi apa yang boleh saya katakan, Taman Kinabalu ni adalah salah satu tempat mesti singgah.

 

Kalau nak bagi keluar peluh, bolehlah jalan kaki.

 

Kalau nak tengok lokasi-lokasi pendakian dan banyak lagi pemandangan yang menarik, baik bawak je kereta naik atas.

Salah satu kerisauan yang kerap bermain dalam fikiran mereka yang baru pertama kali nak datang bercuti ke Kundasang dan sekitar kawasan Gunung Kinabalu ni ialah, adakah kereta yang bakal disewa tu nanti cukup berkuasa untuk naik ke kawasan pergunungan?

 

Saya memandu kereta jenis Proton Saga Flx. Tak ada masalah. Asalkan kereta tersebut sentiasa dijaga dengan baik, dan di servis mengikut jadual, ia pasti tak ada masalah. Carilah syarikat kereta sewa yang memang berpengalaman, contohnya seperti Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd ini.

 

Sila baca posting saya yang berjudul Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu untuk mengetahui cara buat tempahan dan cara-cara nak claim diskaun ketika buat tempahan.

 

Baiklah.

 

Terima kasih kerana membaca. Saya sambung travelog ini di lain masa ya.

 

 

 

Exit mobile version