Blog Sabree Hussin

Pengalaman percutian ke Sabah (3) – Apabila orang semenanjung ingin ke Sabah

Beberapa minggu sebelum tarikh penerbangan, kami menerima emel notifikasi dari pihak Air Asia.

Your AirAsia Flight from Kuala Lumpur (KUL) to Kota Kinabalu (BKI) has been retimed

 

Biasalah tu kan kalau flight kena retime. Segala perubahan jadual penerbangan pada hari penerbangan adalah bergantung kepada keadaan cuaca, isu teknikal dan sebagainya. Itu saya tak kisah sangat.

Apa yang saya fikirkan ialah, macam mana nak solat subuh? Bimbang juga kalau tak sempat nak solat subuh sebab nak kejar flight. Waktu tu, ada berbagai senario dah bermain dalam kepala.

 

Pertama, lepas check in dan masuk ke boarding hall, terus ke surau dan ambil wudhu’. Lepas dah ambik wudhu terus keluar dan sama-sama dengan penumpang lain tunggu di boarding area. Nanti pandai-pandailah cari tempat kosong untuk solat subuh dulu.

 

Bab arah kiblat tu, tak perlu risau sangat sebabnya kan dah ada kompas kiblat.

 

Senario kedua, lepas ambik wudhu’ terus ke boarding area. Tunggu dah masuk ke dalam kapal terbang dan solat dalam kapal terbang. Saya pun tak pernah solat dalam kapal terbang, jadi sebelum pergi saya tonton dulu beberapa video yang membincangkan tentang solat dalam kapal terbang di Youtube.

 

Ini antara video yang saya jumpa.

 

Solat Musafir dalam kereta api, kapal terbang dan kereta – UAI

 

Panduan solat dalam penerbangan RB (Royal Brunei)

 

Sebenarnya selain video-video yang saya kongsikan kat atas ni, ada banyak lagi yang anda boleh jumpa di Youtube. Ada video dari Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Abdullah Khairi, dan ramai lagi ustaz.

 

Akhirnya pada hari kejadian, saya tanya pada flight attendance yang bertugas di boarding area. Pukul berapa penumpang akan dibenarkan naik kapal terbang.

 

Jawab dia, paling lewat jam 6.05 pagi.

 

Oh sempat sangat kalau nak solat Subuh dulu. Waktu tu, Subuh di kawasan KLIA 2 masuk jam 5.42 pagi. Ada masa lebih kurang 20 minit. Kalau ikutkan masa tu lebih dari cukup untuk solat berjemaah di surau di KLIA 2 dalam kawasan boarding hall.

 

Pada hari tersebut, kebetulan ada jemaah tabligh di surau. Orang kita ni biasalah, kalau nampak orang lain yang berjubah, berjanggut, terus tak konfiden nak jadi imam. Mungkin sebab kebanyakkan dari kita beranggapan yang orang yang berjubah dan berjanggut ini lebih alim. Wallahua’lam.

 

Kalau nak ikut jemaah tabligh ni, mereka hanya nak mulakan solat selepas jam 5.45 pagi. Campur waktu nak iqamah lagi, mau akan start solat pukul 5.50 atau 5.55! Saya pula kena masuk dalam flight jam 6.05 pagi!

 

Ah… problem. Saya dah nekad. Kalau jemaah ni tak nak ikut waktu solat yang saya kata (dan ya pada masa tu memang dah masuk waktu solat subuh) saya akan mulakan solat dan ajak jemaah lain yang sama-sama macam saya yang sedang mengejar masa.

 

Mujurlah mereka (jemaah tabligh) ni dengar cakap saya. Cuma saya agak gelisah sebabnya imam baca dengan perlahan (tidak laju) dan memilih surah yang agak panjang. Redha je la.

 

Apapun, selesai masalah. Alhamdulillah. Tak perlu solat dalam kapal terbang mahupun solat di mana-mana sudut di boarding area tu.

 

Pandangan saya la kan, apabila kita solat di tempat-tempat seperti di Airport, di perhentian bas, kalau kita jadi imam, adalah lebih baik kita

(1) Tepati masa. Bila dah masuk waktu terus azan kalau nak laungkan azan ataupun terus iqamat dan mulakan solat.

(2) Bacaan Al-fatihah dalam setiap rakaat boleh baca dengan lebih pantas.

(3) Pilihlah surah yang pendek-pendek sahaja

 

Dalam jemaah yang ikut kat belakang kita tu, mungkin ada yang kejar masa sebab flight dia adalah flight yang pertama diawal pagi. Kalau nak buat panjang-panjang dan lama-lama, iaitu baca surah yang panjang, sujud lama dan ruku’ juga agak lama, lebih sesuai kalau buat di masjid bersama-sama dengan jemaah yang tidak kejar masa.

 

Orang lelaki, bila solat di tempat awam, lazimnya akan solat secara berjemaah. Jadi, kalau tak ada jemaah yang mulakan solat, maka kami terpaksa tunggu. Kalau ada banyak masa, tak apalah. Tapi kalau kejar masa, macam mana?

 

Ok habis dah bab solat subuh.

 

Sekitar pukul 6.05 pagi, kami mula menaiki pesawat ke Kota Kinabalu.

 

Penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport 2 ke Kota Kinabalu International Airport mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit, atau mungkin 40 minit. Bergantung kepada keadaan cuaca. Jika cuaca tak berapa baik, mungkin akan ambil masa yang lebih lewat dari itu.

 

Jika anda ambil penerbangan pertama waktu pagi, saya rasa ada baiknya anda order in flight meals. Kalau nak tunggu sampai di Airport KK memang agak lambat.

 

Tapi kalau sanggup tunggu, dekat airport KK pun ada beberapa tempat boleh makan, seperti McD, KFC, dan ada juga starbuck.

 

Sebelum check out, kami perlu lalui kaunter semakan imegresen.

Semasa semakan di kaunter imegresen tu, hanya perlu berikan Mykad sahaja. Pegawai imegresen tu kemudiannya akan berikan kita dokumen perjalanan seperti gambar diatas ini.

 

Kad ini kena simpan baik-baik, dan masa nak balik nanti perlu diserahkan semula kepada pihak imegresen.

 

Pada bahagian yang di stamp tertulis

Permitted to enter and remain in Sabah and West Malaysia for ninety (90) days in social visit only from the date shown above.

 

Tragedi kereta sewa di Sabah

Ini merupakan kali pertama saya datang ke Sabah. Dah la dalam percutian ni, saya bawa keluarga (orang tua) sekali.

 

Sesuatu yang diluar jangkaan berlaku. Tentang kereta sewa ini. In Shaa Allah, saya akan ceritakan dalam posting yang seterusnya. Kiranya benda ni jadi pengajaran untuk saya dan saya akan kongsikan dalam blog ini supaya anda yang nak bercuti ke Sabah nanti dapat beringat dan berjaga-jaga.

 

Ya, benda ni mungkin tak akan berlaku pada anda.

 

Tapi, apa salahnya nak berjaga-jaga kan. Jadikan pengalaman buruk yang berlaku pada saya sebagai pengajaran buat anda.

Kalau nak cari kereta sewa di Sabah, adalah lebih selamat kalau cari syarikat yang berdaftar (ada company Sdn Bhd) dan yang memang ada pengalaman menjalankan bisnes kereta sewa sendiri. Boleh cuba dapatkan khidmat kereta sewa dari Syarikat Global Lepa Car Rental & Tours Sdn Bhd (1143073H). Klik sini untuk buat tempahan.

 

Kadang-kadang kita bukannya tak nak sokong bisnes kecil-kecil ni, tapi kalau servis pun tak seperti yang dijanjikan, dan kesudahannya menyusahkan kita balik, saya berpendapat lebih baik kita berurusan dengan syarikat yang memang ada pengalaman.

 

Syarikat Global Lepa ini juga ada tawarkan diskaun buat pembaca blog ini. Anda boleh dapatkan cara-cara nak claim diskaun dengan membaca posting saya yang terdahulu berjudul Perkhidmatan kereta sewa di Bandar Kota Kinabalu.

 

Baiklah, kita jumpa lagi dalam artikel bahagian keempat pula.

 

Baca juga:

(1) Pengalaman bercuti ke Sabah (1) – Beberapa bulan sebelum berangkat ke Sabah

(2) Pengalaman bercuti ke Sabah (2) – Persiapan dan persediaan sebelum ke Sabah

 

 

 

 

Exit mobile version