Blog Sabree Hussin

Bercuti di Tiga Pantai Menarik di Melaka

Perjalanan dari Cheras ke Homestay Melaka CASA INDAH yang terletak di Bukit Katil Melaka, mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Bergantung juga pada beberapa faktor tertentu, seperti kesesakan jalan raya, cuaca, sekatan jalan raya, kemalangan dan sebagainya.

 

Ia mungkin akan ambil masa yang lebih panjang dari itu.

 

Kalau diukur dari segi jarak dalam kilometer pulak, jaraknya lebih kurang 135KM. Ya, dah melepasi ukuran dua marhalah dan membolehkan kita untuk lakukan solat secara jamak dan qasar.

Baca juga: Berapa jarak yang mengharuskan Qasar solat?  

 

Personally, saya lebih suka untuk spend masa kat tempat-tempat yang jaraknya mengharuskan saya untuk lakukan solat jamak. Senang nak buat sight seeing dan tak adalah terkejar-kejar untuk solat.

 

Kali ini, saya berkesempatan untuk bercuti ke Melaka. Melaka memang sinonim dengan tempat-tempat bersejarah. Setiap kali saya datang ke Melaka, saya akan teringat, waktu zaman saya sekolah dulu, Sejarah Melaka adalah salah satu topik yang wajib dipelajari.

 

Walaubagaimanapun, percutian kali ini saya lebih banyak habiskan masa di kawasan pantai yang terdapat di sana. Ye la… tak kan nak lepak kat town pulak kan? Saya rasa, selain bangunan-bangunan lama, muzium dan sebagainya, keadaan bandar di Melaka dah tak jauh beza dengan pemandangan yang boleh kita lihat di Kuala Lumpur.

Tak kan saya datang jauh-jauh, memandu sehingga ratusan kilometer semata-mata nak tengok apa yang saya boleh tengok kat KL. Kalau macam tu, baik saya lepak kat The Mines, KLCC, atau Bukit Bintang je.

 

Itu sebab saya lebih suka habiskan masa di kawasan pantai. Kat KL mana ada pantai.

 

Hari pertama di Melaka, lepas dah selesai urusan check in dekat Homestay Melaka Casa Indah, tempat pertama saya pergi ialah ke Pantai Klebang. Saya rasa, dulu waktu saya belajar kat Matrik Melaka, sekitar tahun 2006, nama Pantai Klebang ni memang cukup popular.

 

Cuma waktu tu saya masih lagi belajar. Selain sebab tak ada kawan nak ajak datang ke sini, saya juga tak ada duit. Saya rasa, kalau nak datang ke tempat-tempat macam ni, kurang sesuai kalau nak datang dengan bas. Lebih baik kalau ada pengangkutan sendiri atau setidak-tidaknya sewa teksi.

 

Kalau nak sewa teksi sendiri, kosnya agak mahal. Oh bukankah saya ada sebutkan, waktu tu, sekitar tahun 2006, saya masih lagi seorang pelajar yang tak ada duit sangat.

Ini pemandangan sekitar pantai Klebang. Banyak burung gagak. Hmm kenapa ya? Kalau kat KL, tempat banyak burung gagak ni biasanya sebab tak berapa bersih.

 

Kalau tengok kawasan sekeliling pantai, memang tak ada yang mandi. Sama ada sebab waktu tu air laut tengah surut ataupun mungkin sebab orang Melaka lebih suka mandi laut kat tempat lain berbanding tempat ni.

Sekitar Pantai Klebang ni ada banyak gerai-gerai makanan yang dibuka. Waktu saya datang tu, ada gerai yang buka dan ada gerai yang masih belum buka. Mungkin bukak lewat agaknya.

 

Tak dapat nak mandi laut, dapat duduk-duduk santai dekat sini pun kira ok la.

First time rasa Klebang Coconut Shake.

 

Habis je minum-minum kat sini, terus gerak ke destinasi seterusnya. Dapat info dari pekerja gerai ni, katanya kalau nak mandi laut, lebih sesuai ke Pantai Puteri, Tanjung Kling. Tempatnya pun tak jauh sangat dari Pantai Klebang.

 

Pada saya, tempat ni lebih cantik dari Pantai Klebang. Ada banyak pokok Rhu yang ditanam menjadikan suasana sekitar pantai redup.

 

Ada juga kumpulan yang pasang khemah dekat bawah pokok Rhu masa saya datang tu. Kat sini ada tandas awam yang turut disediakan bilik mandi, ada juga gerai-gerai menjual makanan, dan ada lampu spotlight dipasang disebalik pokok-pokok rhu.

 

Kalau yang ada khemah dan berniat nak bermalam kat sini, nampaknya memang sesuai. Lepas saya tengok ada orang camping kat sini, saya pun ada tengok-tengok jugak kedai yang menjual peralatan sukan dan aktiviti outdoor. Salah satunya ialah Sports Direct.

Saya ada terjumpa sebuah khemah yang saya kira agak menarik. Khemah jenama Gelert ini boleh memuatkan 4 orang dewasa, dan yang lebih menarik sekali ialah, dekat tengah-tengah tu ada partition yang berfungsi seperti bilik untuk lebih privasi. Tengok macam dalam gambar kat atas tu. Harganya sekitar RM500 – RM600. Kalau serius nak khemah jenis macam ni, boleh mula kumpul duit sehari seringgit kot ha ha

 

Dekat-dekat nak maghrib baru saya bergerak balik ke Homestay Melaka CASA INDAH.

Sampai-sampai je kat homestay, mandi sekali lagi. Memang tak puas kalau mandi dekat bilik mandi awam. Rasa macam ada yang tak bersih. Lagipun, mandi kat tempat macam tu, mana boleh nak mandi lama-lama.

 

Kat luar tu masih ada ramai lagi yang tengah beratur tunggu giliran nak mandi juga.

Baca juga: Homestay Melaka CASA INDAH – Pengalaman bercuti bersama keluarga

Pagi tu, lepas dah check out, terus ke Pantai Pengkalan Balak. Pantai Pengkalan Balak ni jauh sikit dari Pantai Puteri yang saya pergi semalam.

 

Entahlah… rasa macam tak complete kalau tak singgah ke Pengkalan Balak.



 

Disebabkan semalam dah mandi laut, aktviti hari ini lebih kepada nak cari remis sahaja.

Remis ini macam gambar kat atas ni. Dia macam lala tapi kecik sikit. Just korek-korek pasir tepi pantai dah boleh jumpa. Dalam gambar kat atas tu, saya dah campur dengan pasir pantai dengan air laut sikit sebab nak pastikan remis ni boleh hidup lebih lama. Ye la… nak bawak dia sampai KL kot.

 

Bila buat macam ni, saya perasan ada banyak yang masih hidup walaupun dah berjam-jam duduk dalam kereta.

 

Satu yang saya kecewa masa saya datang ke sini, ialah dekat tandas awam. Saya rasa Majlis Perbandaran Alor Gajah kena buat sesuatu untuk perelokkan semula tandas awam yang disediakan. Teruk sangat nampaknya.

 

Dengan tandas dan bilik mandi yang tak ada pintu. Kena do something la. Repair bagi cantik, lepas tu kutip la bayaran. Even kalau nak caj sampai RM1 – RM2 untuk mandi pun tak ada isu, asalkan servis dia memang cantik.

 

Tak pasal-pasal saya kena jalan jauh untuk cari tempat mandi.

Mandi laut dekat pantai di Kampung Sg Tuang (berdekatan dengan Pengkalan Balak), tapi bila waktu nak mandi, kena cari masjid. Jalan-jalan punya jalan, jumpa Masjid Nur Ehsan Kg. Solok Duku, Masjid Tanah ni.

 

Mujurlah kat sekitar Masjid Tanah ni memang ada banyak masjid. Bolehlah singgah dan bersihkan diri kat sini.

 

Saya lebih suka singgah untuk bersihkan diri di masjid sebabnya kat masjid ni biasanya memang ada tempat mandi yang selesa dan lepas mandi boleh terus solat. Semua tu boleh diselesaikan kat tempat yang sama. Ya, boleh buat solat jamak dan qasar sekali.

 

Jadi, buat pembaca dan pelawat blog sekalian, kalau ada yang merancang nak bercuti ke Melaka, bolehlah singgah ke tiga-tiga pantai ni. Walaupun pengalaman saya ni mungkin tak best mana, mungkin waktu anda pergi tu, ianya lebih baik berbanding waktu saya pergi.

 

Selamat bercuti dan selamat meluangkan masa bersama keluarga.

 

 

Exit mobile version