Blog Sabree Hussin

Bercuti di Pengkalan Balak menikmati keindahan panorama pantai

Bulan ni sekali lagi saya berkunjung ke Pengkalan Balak. Ha… nampak tak? Bulan lepas saya dah datang ke sini, boleh pulak bulan depannya saya datang sekali lagi ke Pengkalan Balak, Melaka.

Baca: Pengkalan Balak sebagai destinasi percutian pilihan apabila ke Melaka

 

Kali ni memang mood nak bercuti semata-mata. Mandi pantai, cari remis, cari asam pedas Melaka, jalan-jalan, tenangkan fikiran, sambil-sambil tu nak kumpul semula kekuatan dan semangat untuk mendepani cabaran yang bakal mendatang sempena kedatangan tahun baru 2016.

 

Ini pemandangan sekitar Pantai Pengkalan Balak di waktu malam.

Bulan lepas masa saya datang ke sini, saya tak berpeluang nak duduk-duduk tepi pantai macam ni. Masa tu hujan turun dengan sangat lebat. Jadi malam tu, lepas makan dekat Man Asam Pedas, terus balik ke bilik. Sepanjang perjalanan pun hujan masih turun dengan rintik-rintik. Jadi memang tak sesuai nak lepak kat tepi pantai.

 

Kalau waktu cuaca baik macam ni, waktu malam-malam akan ada orang memancing kat tepi pantai. Jadi, kalau nak lepak tepi pantai pun tak ada la risau sangat. Anda tak akan keseorangan.

 

Malam tu saya sempat bertegur sapa dengan salah seorang pengunjung yang memancing kat tepi pantai. Saya tertarik nak tegur dia pun sebab saya ternampak apa yang ada dalam plastik beg yang dia bawak. Ada kepah!

 

“Assalamualaikum, besar-besar kepah tu. Dapat kat mana ye?” Saya mulakan bicara.

“Waalaikumsalam. Kepah ni ke… ni beli kat pasar tadi.” balas beliau.

“Oh ye ke… saya ingat abang cari kat sini-sini je. Kepah ni nak buat apa ye?”

“Patutnya nak guna untuk buat umpan. Susah pulak ambik isi dia. Dia tak nak bukak la pulak. Kalau ada yang terbukak, nak cabut keluar guna playar ni.” 

 

Entah. Saya bukan kaki pancing. Jadi memang tak tau pun, ada yang jadikan kepah ni sebagai umpan. Saya ingat kat sekitar pesisir pantai Pengkalan Balak ni ada kepah. Rupa-rupanya saya silap. Nampak gayanya saya terpaksalah kekalkan dengan misi mencari remis siang nanti.

 

Tak apa, saya biarkan beliau dengan aktivitinya. Tak nak lah nanti dikatakan saya ni suka menyibuk dan asyik mengganggu urusan orang lain pulak. Yang pasti malam tu, saya nak ambil peluang yang ada untuk menikmati keindahan dan kedamaian suasana pantai di waktu malam. Syok! Kat KL mana ada benda-benda macam ni.

Pada mulanya saya plan nak bermalam di D’Kebun Najibah Homestay & Chalet. Tapi fully book pulak. Cari punya cari, dapat juga bilik kosong kat D’Nelayan Beach & Resort.

 

Yang bestnya, tempat ni lebih dekat dengan pantai.

Gambar ni saya ambil dari balkoni. Satu kelebihan DNelayan ni ialah, mereka ada sediakan kolam renang untuk kanak-kanak. Jadi kalau ada ibu bapa yang bimbangkan keselamatan anak-anak bermain tepi pantai, boleh bagi anak-anak tu main dekat sini.

 

Cuma yang tak syoknya, bila kita dah susah-susah datang ke pantai, tiba-tiba tak mandi kat laut pulak… macam tak lengkap la pulak rasanya, kan. Ok aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini adalah seperti karaoke, BBQ, dan kalau nak main bola tampar pantai pun boleh. Ada disediakan net untuk main bola tampar tu.

Ok kalau ada yang minat nak buat tempahan di D’Nelayan bolehlah hubungi nombor yang tertera kat gambar atas ni ya.

 

Masa saya datang ni, banyak tempat yang full. Rupanya pada hari yang sama, 27 Disember 2015 ada pertandingan memancing persisir pantai. Hadiah untuk tempat pertama cukup lumayan, wang tunai RM40 ribu tu!

 

Misi mencari remis…



Kali ini agak susah nak cari remis. Rupa-rupanya pagi itu air tengah pasang. Jadi nak cari remis agak susah. Kalau sebelum ni, saya cari remis masa air tengah surut. Cuma perlu korek pasir lebih kurang je dah boleh jumpa ada banyak remis.

 

Ni bila air pasang, dalam pasir tempat yang kita boleh korek, yang tak ditenggelami air laut, semua tak ada remis.

 

Jadi aktiviti mencari remis terpaksa ditangguhkan. Dapat cari sikit-sikit itupun yang dibawak ombak ke tepi pantai. Sambil berendam dalam air laut, ada jugak cuba-cuba meraba-raba ke dasar, dan rupanya cara macam tu pun boleh dapat remis jugak. Cuma agak susah la nak cari remis dalam keadaan tu.

 

Pada pendapat saya, lebih senang nak cari remis masa air surut.

 

Saudara Islam kita perlukan bantuan dan dana…

Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur saya sempat singgah ke Masjid Aminin untuk tunaikan solat Zohor. Masa ni kebetulan ada dua orang saudara Islam kita dari Pakistan sedang kumpulkan derma.

 

Kisahnya begini.

 

Diceritakan pada saya dalam Bahasa Inggeris yang tujuan mereka ialah nak kumpul dana untuk membiayai kos urus tadbir sekolah tahfiz yang mereka bina. Lokasi sekolah tu saya kurang pasti pulak, dan kalau tak silap saya, ia di Pakistan.

 

Mereka perlukan dana untuk beli tafsir al-quran kepada pelajar-pelajar sekolah mereka. Menurut beliau, tafsir al-quran tu mesti dalam bahasa Urdu. Sebab ini ialah bahasa pertuturan seharian mereka.

 

Saya masih ingat lagi kata-kata salah seorang daripada mereka

Al-quran dalam arabic semua orang boleh baca. Itu tak ada masalah.

TETAPI, bukan semua orang boleh faham apa makna bacaan. Untuk faham al-quran kena ada tafsir al-quran.

Kalau tafsir dalam Bahasa Inggeris, saya boleh faham tapi pelajar-pelajar ni tak boleh faham.

Kalau tafsir dalam Bahasa Melayu, kamu boleh faham, tapi saya tak boleh faham Bahasa Melayu dan pelajar-pelajar kami pun tak akan faham bahasa Melayu.

Untuk betul-betul faham isi kandungan al-Quran, tafsir tersebut mesti dalam bahasa pertuturan kami, iaitu Urdu.

 

Saya sempat dapatkan nombor akaun Bank untuk berikan bantuan, dan saya share kat sini kot-kot ada yang minat nak bantu juga.

1100441000099402 – BSN Bank – Ali Liaqat – +6010-5649810

 

Perbualan antara saya dan mereka menginsafkan saya. Selama ni, bila baca al-Quran, agak jarang nak luangkan masa untuk baca sekali dengan maknanya. Sekarang ni, In Shaa Allah, jom kita sama-sama berubah. Mari kita sama-sama baca al-Quran beserta dengan maknanya. Kita sama-sama jadi generasi yang faham al-Quran jom!

 

Kali ini, saya tak perlu nak drive jauh-jauh sampai nak ke Kota Laksamana untuk nikmati kelazatan Asam Pedas Melaka. Sebenarnya waktu siang, kat sekitar Kg Sg Tuang, Pengkalan Balak ni ada banyak warung-warung yang menyediakan menu asam pedas.

 

Orait.

 

Percutian kali ni… baru saya perasan… saya kurang ambik gambar! Frust kot sebab tak dapat nak cari remis banyak-banyak ha ha.

 

In Shaa Allah, ada rezeki kami datang ke sini lagi.

 

Saya plan nak duduk tepi pantai sambil-sambil tu baca buku Azizi Ali yang saya bawak. Sekali lupalah pulak. Duk sibuk mandi laut punya pasal.

 

…dan macam biasa, walaupun dah guna GPS untuk datang ke Pengkalan Balak, tetap tersalah pilih jalan jugak haha

 

 

Anda ada resort atau chalet best yang nak saya review? Boleh hubungi saya disini.

 

Exit mobile version