Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi percutian pilihan saya. Kalau ada rezeki lebih, ada cuti, dan kebetulan pada waktu tu, Air Asia tawarkan tiket penerbangan dengan harga promosi, maka tempat percutian yang akan saya pilih adalah Langkawi.
Baru-baru ni, kakak saya kata dia nak ikut kalau saya pergi bercuti ke langkawi. Maknanya, saya kena cari tempat penginapan yang sesuai untuk ke sana.
Saya pun tak pasti, kakak saya dan suami ni suka nak menginap kat tempat yang macam mana. Jadi, saya pun carilah beberapa tempat penginapan di Langkawi yang mungkin sesuai. Saya cari menggunakan laman web Airbnb sahaja.
Katakanlah perancangan tersebut menjadi kenyataan, maknanya saya perlukan tempat penginapan yang boleh memuatkan 4 orang dalam satu tempat kediaman. Mungkin kami akan menginap di homestay yang ada di Langkawi sahaja.
Baca juga:
(1) Homestay Langkawi berdekatan dengan Airport Langkawi yang SELESA dan JIMAT
(2) Homestay di Langkawi Padang Matsirat – Homestay PILIHAN apabila bercuti di Langkawi
Saya merasakan kat Pulau Langkawi ini sentiasa ada benda baru yang saya tak pernah lihat. Walaupun dah beberapa kali datang ke Pulau ini, saya rasa saya masih belum habis pusing satu pulau lagi. Nampak sangat, kena datang lagi ke Pulau ini.
Dalam misi pencarian tempat penginapan yang sesuai di Pulau Langkawi, saya terjumpa sebuah villa berdekatan dengan Pantai Chenang yang nampaknya sesuai untuk disewa. Saya nak kongsikan beberapa keping gambar-gambar vila di Langkawi tersebut.
Ruangan dan hiasan dalaman untuk master bedroom. Master bedroom dilengkapi dengan katil jenis King Size.
Ini pula adalah bilik yang kedua. Ada dua buah katil jenis single size. Saya rasa, kalau guest adalah pasangan suami isteri, memang cukup tak sesuai penggunaan katil jenis single bed macam ni.
Mungkin, nak tak nak terpaksa ubah sikit susun atur katil. Alihkan almari kecik yang ada lampu tu, dan rapatkan katil.
Kalau nak menyewa kat tempat ni nanti, boleh juga gunakan kemudahan yang ada untuk memasak. Kemudahan memang dah tersedia, terpulang pada kita sama ada nak gunakan atau tidak.
Tapi bagi saya, kalau pergi bercuti ni, baik makan kat luar je la. Rasa sendiri citarasa masakan tempatan. Lagipun, kat Pulau Langkawi ni ada banyak pilihan makanan yang sedap-sedap.
Biasanya, kalau datang ke Langkawi, masa saya akan banyak dihabiskan di luar rumah. Bila dah petang atau dah dekat nak malam baru balik ke hotel. Sepanjang hari, memang saya akan habiskan masa di luar sama ada buat aktiviti ataupun just jalan-jalan keliling pulau.
Atas ini pula adalah pemandangan di ruang tamu. Ok la… kalau nak duduk lepak-lepak bila tak ada benda nak buat, boleh sembang-sembang kat sini. Selain sembang-sembang kat ruang tamu, dekat luar rumah juga ada disediakan tempat untuk kita berehat-rehat.
Ada 4 kerusi yang disediakan, jadi bolehlah duduk lepak-lepak kat luar ni kalau tak ada nak ke mana-mana. Nampak best kan pemandangan sekitar sini.
Dikawasan sekitar villa ini, sebenarnya terdapat kawasan sawah padi. Ha.. nampak kan ada kerbau tengah meragut rumput kat atas tu.
Berdekatan dengan kawasan vila ini ada satu tempat yang dipanggil Laman Padi. Kat situ memang ada banyak padi yang ditanam. Dekat Laman Padi ini juga adalah salah satu tempat kegemaran saya untuk makan tengah hari.
Kalau anda datang ke Langkawi, bolehlah singgah ke Laman Padi.
Datang bercuti ke Pulau Langkawi memang tak lengkap kalau tak mandi manda di Pantai Chenang. Biasanya kat sekitar Pantai Chenang ni memang ramai yang akan mandi kat sini. Kalau jalan kaki dari villa ini ke Pantai Chenang, hanya ambil masa lebih kurang 5 – 7 minit sahaja. Memang dekat sahaja.
Beach boy pun ada kat sini. Kalau ada yang tak pandai berenang tu, bolehlah mandi tanpa risau. Kalau jadi apa-apa, In Shaa Allah akan ada beach boy yang akan datang tolong.
Tapi, kalau anda tak pandai berenang tu, sebaik-baiknya tak payah la nak mandi kat tempat yang dalam. Mandi dekat tepi-tepi pantai pun dah seronok dah sebenarnya…
Bila dah berada di Pantai Chenang, cubalah cari masa untuk lepak kat tepi pantai waktu matahari nak terbenam. Hayati dan nikmati keindahan panorama alam ciptaan tuhan ini.
Memang satu pemandangan yang mendamaikan, especially buat mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Lagenda ini.
Siapa yang tak pernah sampai ke sini, silalah datang bercuti ke Pulau ini. Pasti tak rugi.
Sekiranya anda ingin menginap di villa yang terletak di Pantai Chenang ini, anda boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan menerusi pautan ini. Apabila anda klik pada pautan tersebut, anda akan dibawa ke laman web Airbnb.
Dapatkan diskaun sehingga RM105 dengan menebus travel kredit disini. klik sini untuk tebus travel kredit anda. Dapatkan tempat penginapan yang cantik lagi selesa dengan harga yang lebih jimat. Tebus travel kredit anda ya.