Blog Sabree Hussin

TheDeparment menawarkan khidmat sewa bilik seminar dengan Pakej yang menjimatkan

Adakah anda mencari lokasi yang sesuai untuk mengadakan program berbentuk seminar, bengkel ataupun kursus? Saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian satu tempat yang mungkin sesuai untuk anda jalankan program tersebut.

 

Hari ahad baru-baru ni, saya telah ke Shah Alam untuk melihat sendiri satu tempat yang pada pandangan saya sesuai untuk dijadikan lokasi program seperti seminar ataupun bengkel.

 

Kali pertama saya dengar tentang kewujudan tempat ini, mungkin adalah dari Facebook. Tempat ini diberi nama TheDeparment dan ia terletak di seksyen 7 Shah Alam.

Semasa tengah berhenti di traffic light, saya sempat ambik gambar. Untuk makluman pembaca sekalian, kita kena masuk ke simpang disebelah kanan tu untuk sampai ke TheDeparment.

 

Tak susah nak cari tempat ini. Saya gunakan bantuan GPS dan saya setkan koordinat kepada

Latitude: 3.066732 | Longitude: 101.472494

 

Manakala alamat penuh tempat ini pula adalah

No.37-A, Jalan Keluli AP7/AP, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

 

Kalau anda nak datang ke tempat ini, tapi tak tau macam mana nak guna maklumat-maklumat yang saya berikan kat atas tu, boleh whatsapp sahaja pemilik tempat ni, iaitu Puan Syuhada dan minta dia hantarkan location. Boleh whatsapp ke

013 388 4012 

013 756 5120

Waktu saya sampai tu memang ada banyak ruang untuk letak kenderaan. Kalau hujung minggu, tiada bayaran dikenakan bagi meletakkan kenderaan. Tetapi kalau hari biasa, kena beli kupon parking dari ejen kupon yang ada berdekatan.

 

Tempat ni mengamalkan konsep open parking, yang mana sebagai pengunjung kita boleh parking kat mana-mana ruang yang dirasakan sesuai.

 

Kalau anda merancang untuk mengadakan seminar, sesi coaching atau apa sahaja yang sesuai pada hari ahad petang misalnya, anda tak perlu risau tentang ruang parking sebabnya memang ada banyak kosong.

Sebelum kita nak buat seminar, coaching atau bengkel misalnya, sudah tentu kita perlu pastikan tempat yang kita pilih ni mudah untuk ditemui. Seterusnya, tempat tersebut mestilah mempunyai ruang parkir kereta yang luas dan selamat.

 

Pengalaman saya sendiri memandu ke sini, saya berpendapat tak susah untuk cari tempat ini. Lebih-lebih lagi bila semua info seperti koordinat dan location memang dah disediakan, jadi memang mudah untuk cari tempat ni.

 

Ok… jom kita lihat dibahagian dalam bilik seminar pula.

Kena tunggu pemilik TheDepartment bukak pintu dulu.

 

Atas ini merupakan ruang bahagian dalam bilik seminar TheDepartment. Susun atur pada waktu saya datang ini adalah seperti classroom style.

Kalau nak buat program yang memerlukan peserta berada dalam kedudukan seperti diatas, bilik seminar ini boleh memuatkan sehingga 30 orang peserta.

 

Sebenarnya dari segi susun atur, kita boleh pilih ikut kesesuaian kita dan ikutlah berapa ramai jumlah peserta yang kita sasarkan.

 

Kalau nak buat classroom style macam yang kat atas ni, ada meja dan kerusi, bilik seminar ini boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu-satu masa.

 

Tetapi, jika anda lebih suka theater style, iaitu hanya ada kerusi sahaja tanpa ada meja, ia boleh memuatkan sehingga 50 orang. Biasanya theather style ni lebih sesuai kalau anda nak buat sesi preview, ceramah, atau forum misalnya.

 

Susun atur fleksibel, ikutlah pada kesesuaian program atau seminar yang anda ingin jalankan. Anda boleh buat seperti gambar dibawah ni.

Atau boleh juga buat style macam dibawah ni.

Apa yang penting, anda selesa dan peserta yang bakal mengikuti program anda nanti juga selesa.

 

Kemudahan yang disediakan dalam Bilik Seminar TheDeparment

(1) Penyaman Udara

(2) HDMI Projector

(3) Internet Berkelajuan Tinggi

(4) PA System

(5) Whiteboard

(6) Flip Chart

(7) Ruang yang boleh memuatkan 30 orang untuk classroom style dan 50 orang jika theater style

 

Antara seminar dan kursus yang pernah dijalankan di TheDepartment

Sebenarnya, tempat ini masih agak baru. Mungkin juga belum ramai yang tahu tentang kewujudan tempat ini.

 

Walaupun begitu, ia telah beberapa kali dijadikan lokasi pilihan untuk seminar, dan setakat ini, memang ada beberapa seminar dan kursus yang pernah diadakan disini.

 

(1) Seminar solekan

Untuk para make up artist kat luar sana, yang selama ni kumpul follower dengan menghasilkan video FB Live, kali ini boleh ajak para follower anda untuk datang ke sesi seminar anda pula.

 

Kenakan bayaran sekitar RM30 – RM50 setiap orang, atau mungkin lebih tinggi dari itu. Maaflah, saya pun tak berapa familiar dengan kadar bayaran untuk kelas-kelas seperti kelas solekan ini.

 

Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah, mungkin lepas ni anda boleh pertimbangkan untuk buat kelas. Feeling dia lain tau, antara buat sesi tutorial depan kamera berbanding dengan buat kelas solekan macam dalam gambar yang saya share kat atas tu.

 

(2) Seminar saham

Saya diberitahu oleh pemilik TheDepartment ini, yang sebelum ini pernah dijalankan seminar saham disini.

 

Kalau anda perasan, dalam konsep seminar ini, setiap peserta dikehendaki untuk bawa sendiri laptop dan terus buat seperti yang diajar oleh penceramah.

 

Saya teringat, masa zaman saya belajar dulu, saya pernah attend kursus yang seumpama ini. Cuma bezanya, yang saya pergi dulu adalah bengkel untuk buat website jualan. Bila dah nama bengkel ni, maknanya ia bukan sekadar teori.

 

Peserta kena terus praktikkan apa yang diajar kat situ juga. Penganjur program-program berbentuk bengkel selalunya akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi berbanding program seminar, sebabnya dalam program seumpama ini, peserta akan diajar sampai boleh buat.

 

Kalau ada mana-mana bahagian yang peserta kurang pandai atau tak mampu nak lakukan, mereka akan diajar sampai boleh buat kat situ juga.

 

Jadi, sekiranya anda mempunyai kemahiran tertentu, sama ada kemahiran dalam pelaburan saham, pelaburan forex, kemahiran dalam bidang perniagaan online dan sebagainya, bolehlah mula tawarkan program latihan anda sendiri dan jadikan tempat ini, TheDepartment sebagai salah satu tempat latihan.

 

Tawaran harga Promosi bagi bulan Mac 2017

Caj sewa yang dikenakan untuk menggunakan bilik seminar TheDepartment tidaklah begitu mahal.

Anda boleh klik sini untuk ikuti FB Official TheDepartment untuk mengetahui perkembangan terkini.

 

Untuk penggunaan selama 4 jam, anda hanya perlu bayar RM149 sahaja. Walaubagaimanapun, saya percaya tawaran harga istimewa ini adalah untuk tempoh masa terhad sahaja. Ia mungkin tak akan kekal lama. Jadi, jika anda minat nak sewa tempat ini untuk program seminar anda nanti, bolehlah buat booking secepat mungkin.

 

Kemudahan yang terdapat di sekitar bangunan bilik seminar TheDepartment

Sebelum balik, saya sempat pusing-pusing kawasan. Pertama, saya nak lihat sama ada tempat ini ada menyediakan parking yang luas atau tidak. Dari tinjauan yang saya buat, memang ada banyak tempat parking.

 

Sekiranya program yang anda bakal jalankan adalah pada hujung minggu, maka tak ada masalah dengan parking.

 

Kedua, jika sasaran peserta yang bakal menyertai program kita nanti datang dari jauh, adakah terdapat tempat penginapan yang selesa disediakan. Saya terjumpa dua buah hotel bajet dikawasan berhampiran.

 

(1) Hotel EV World

(2) Hotel 1st Inn

Selain hotel, kat kawasan sekitar juga ada beberapa tempat makan. Ada kedai mamak Restoran Nazeem Corner, Restoran Serambi Melayu, Restoran Penang Gulai dan Restoran Arang Ikan Bakar.

 

Saya sempat singgah dan makan di Restoran Arang Ikan Bakar.

Restoran Arang Ikan Bakar – “Ikan Segar Tempatan, Bakar Pakai Arang”. Sesetengah kedai yang jual ikan bakar, mereka bakar guna dapur gas sahaja. Kedai ni memang ternyata ada keunikan dia yang tersendiri.

 

Set makanan yang dijual juga tidak terlalu mahal dan rasanya juga sedap. Boleh datang lagi kesini nanti.

 

Katakanlah anda nak buat program seminar, kursus atau bengkel disini, iaitu di TheDepartment yang terletak di seksyen 7 Shah Alam, anda dah tak perlu khuatir tentang parking, tempat menginap untuk peserta yang datang dari jauh dan kat sini juga ada banyak kedai makan.

 

Tempat ini juga tak jauh dari i-City Shah Alam. Lepas habis seminar, boleh jalan-jalan kat i-City.

 

Dari apa yang saya lihat, saya boleh katakan, tempat ini memang sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan untuk buat program. Sekiranya anda perlukan maklumat tambahan, boleh layari laman web http://www.thedepartment.com.my/

 

Ataupun, kalau anda ada sebarang pertanyaan, boleh juga tinggalkan dibahagian komen dibawah.

 

Exit mobile version