Adakah anda tahu, kat mana tempat yang paling sesuai dan TERBAIK yang menyediakan perkhidmatan sewa motor Harley Davidson untuk area Kuala Lumpur?
“Kalau boleh nak dapatkan yang caj sewaannya MURAH lagi berpatutan.”
Ini antara soalan yang bermain dalam fikiran saya.
Nak tahu kenapa tiba-tiba saya berminat dengan motor Harley Davidson? Teruskan baca, nanti saya ceritakan sebabnya.
Pencarian bermula di laman carian google
Bukan senang nak cari orang perseorangan atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa motor Harley Davidson rupanya.
Walaupun saya ada jumpa beberapa laman web, yang menawarkan servis sewaan motor Harley Davidson, namun ia nampak kurang meyakinkan.
Apa yang buat saya kurang yakin dengan servis mereka?
Pertama, saya tak pasti apa model yang available.
Kedua, saya pun tak tahu, berapa banyak motor yang available untuk disewa. Adakah untuk satu-satu model, hanya ada satu unit sahaja, atau lebih dari itu. Maklumat ini PENTING, just in case ada penyewa yang berminat nak menyewa dalam kuantiti yang agak banyak.
Ketiga, tak ada testimoni daripada pelanggan terdahulu. Adakah mereka puas hati dengan servis? Bagaimana pula dengan kualiti motor? …dan macam-macam lagi.
Dari google ke Mudah!
Percayalah.
Ia tak semudah seperti yang anda sangkakan. Bukan mudah nak cari servis sewa motor Harley Davidson di Mudah.my
Anda kena tahu nak guna kata kunci apa untuk mencari.
Kalau anda cuma taip Harley Davidson di laman web mudah.my, maka hasilnya, anda akan dapati ada sekurang-kurangnya 682 hasil carian yang anda perlu tapis semula. Serius, memang time consuming.
Pada waktu carian ini dibuat, saya menggunakan option for sale, walaupun sebenarnya saya sedang mencari Harley Davidson for rent.
Bila saya set kepada for rent, rupa-rupanya, pada waktu entri ini saya buat, tak ada seorang pun yang mengiklankan servis menyewa motor Harley Davidson.
Walaubagaimanapun, bila saya guna option for sale, saya dapat beberapa maklumat yang berguna tentang Harley Davidson.
Harga!
Mahal rupanya motor ni haha
Patutlah tak ramai orang muda yang mampu pakai… (penyelesaiannya ada dibawah, orang muda, sila teruskan baca)
Saya perkenalkan,
KLezBiKe
Laman web: http://klezbike.com/
Apa yang menarik tentang laman web KLezBiKe ini?
Pertama, masalah tak tau nak sewa motor Harley Davidson kat mana SELESAI.
KLezBike adalah merupakan anak syarikat kepada KLEZCAR TRAVEL & TOURS SDN BHD. Ia merupakan salah satu jenama yang terkemuka dalam industri perkhidmatan kereta sewa.
Tentang KLezBike
KLezBike is a subsidiary of KLEZCAR TRAVEL & TOURS SDN BHD which is leading’s brand car rental service in Kuala Lumpur (KL), Malaysia. We base in Petaling Jaya and consist of 52 branches servicing car rental , car hire and car leasing around Klang Valley, Kuala Lumpur, Penang, Kedah, Johor Bharu, Negeri Sembilan Terengganu and Kelantan, providing car rental services with variety of fleets from compact car, sedan, mpv and luxury cars. On Sept 2014, KLezCar have 900++ fleets operating at 8 states in Peninsular Malaysia.
KLezBike offering a luxury bikes service likes street bikes, cruising bikes, touring bikes, and easy rider type of bikes. We have 8 units of Harley Davidson for rent in Kuala Lumpur.
You can rent our Harley Davidson for sightseeing, wedding escort, photography session or for test ride before make decision on which model to buy.
We also provide a delivery service to deliver the bike straight to in front of your house.
sumber: KLezBiKe
5 Sebab kenapa orang sewa motor Harley Davidson dengan KLezBike
Sebab pertama, harga!
Anda sendiri boleh lihat, berapa kos untuk memiliki sebuah motorsikal Harley Davidson. Itu baru harga motor, belum lagi termasuk dengan aksesori dan kos untuk maintenance kenderaan tersebut. Serius, orang biasa yang kerja makan gaji, dengan pendapatan bawah RM3,000 memang tak akan mampu.
Jadi, lebih baik sewa. Harganya lebih murah berbanding anda beli sendiri.
Sebab kedua, anda nak berkonvoi dengan geng-geng motor dan Kelab pemilik Harley Davidson (HOG)
Jelas sekali, kalau anda nak join konvoi, anda perlu ada sebuah Harley Davidson. Tetapi, bukannya setiap masa ada konvoi. Dalam sebulan, mungkin hanya sekali. Jadi, daripada anda perlu tanggung kos yang mahal untuk monthly installment dan maintenance, hanya untuk join konvoi sekali dua dalam setahun, lebih baik anda sewa je.
Melainkan, anda memang ada income yang berlebih-lebih. Itu lain cerita.
Sebab ketiga, anda memerlukan team semasa wedding escort.
Benda ni memang jarang orang buat. Kalau anda buat, mesti happening dan meriah. Ditambah dengan deruan bunyi enjin Harley Davidson yang kuat, pasti menggamatkan dan memeriahkan lagi susana!
Sebab keempat, anda boleh buat sesi photoshoot.
Contohnya seperti pasangan dalam gambar ini.
Baca lagi tentang sesi wedding photoshoot dengan KLezBike disini.
Sebab kelima, anda merancang untuk membeli motor Harley Davidson anda sendiri.
Sebelum anda beli sebarang model, ada baiknya anda test ride beberapa model yang terdapat di KLezBike terlebih dahulu.
Tips beli motorsikal Harley Davidson
Tips ini sebenarnya saya dapat dari seseorang yang memang memiliki motosikal jenis ini. Kiranya, dia kongsikan tips ini bedasarkan pengalaman dia sendiri menunggang motosikal jenis Harley Davidson.
“Jangan beli motosikal entry level tetapi terus beli model Softail, Road Glide atau Road King jika mahu merasakan keseronokan menunggang motosikal Harley Davidson sebenar”.
Menurut beliau, ramai orang yang baharu hendak berjinak-jinak dengan motosikal Harley Davidson biasanya membeli model entry level seperti Sporster yang lebih murah, mudah dikendalikan dan ringan, namun akhirnya terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi apabila bertukar kepada model lebih berkuasa untuk mendapat kepuasan menunggang.
“Mereka yang membeli model Sporster tidak akan merasa ummph seperti menunggang model Softail. Kalau mampu, elok terus beli model yang bagus seperti softail dan Road Glide,” – Wee Choo Keong
Jadi, sekiranya anda masih baru dan ingin biasakan diri menunggang motor Harley Davidson, anda boleh berlatih dengan model Sportster.
Dengan KLezBike, anda boleh sewa sahaja model ini, dan tungganglah motor ini sehingga anda mahir. Bila dah yakin dan anda dah sedia nak beli motorsikal Harley Davidson anda sendiri, anda boleh beli model yang lebih advance seperti softail dan Road Glide.
Anda boleh terus ke pautan berikut untuk membuat tempahan sewa motor Harley Davidson Model Sportster Iron 833. [Klik sini]
Ada yang bertanya, adakah motor Harley Davidson ni hanya untuk golongan tua dan vateran sahaja?
haha
Anda rasa?
Apa kata anda kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
Sebelum berpisah, apa kata anda layan dulu video dibawah ni. Dari team KZezBike