Blog Sabree Hussin

Perkhidmatan Penulisan Review Bagi Meningkatkan Jualan Produk dan Servis

Setiap perniagaan boleh mendapat manfaat yang besar melalui review positif yang ditulis oleh pelanggan.

 

Suatu masa dulu, salah satu kaedah pemasaran yang cukup berkesan adalah melalui penceritaan dari mulut ke mulut. Seseorang yang baru menjadi pelanggan akan bercerita mengenai pengalaman manis yang dilalui kepada ahli keluarga, saudara mara dan kenalan. Kemudian, dari ramai-ramai yang mendengar cerita tersebut, akan ada antara mereka yang akan turut menjadi pelanggan.

Adakah kaedah ini masih lagi digunakan pada hari ini?

Pada pendapat saya, kaedah penceritaan dari mulut ke mulut adalah satu kaedah pemasaran yang relevan sepanjang zaman. Bentuknya mungkin ada sedikit perubahan, namun dari segi konsep, ia tak jauh berbeza.

 

Manusia sekarang berkomunikasi melalui pelbagai medium dan tak terhad hanya melalui perbualan semata-mata.

Ada yang berkomunikasi melalui tulisan sama ada di media sosial atau di laman blog. Kemunikasi seperti ini boleh jadi dalam bentuk penerbitan artikel, ataupun dalam bentuk perbualan menggunakan fungsi personal messaging dan termasuk juga aktiviti berbalas-balas komen.

 

Ada juga yang selesa untuk berkomunikasi dengan menghasilkan video yang dimuat naik di platform perkongsian video seperti di Youtube dan Tiktok. Selain memuat naik video yang telah dirakam dan disunting, ada juga yang buat video secara live streaming.

 

Walaupun platform yang digunakan adalah berbeza, namun mesejnya tetap sama. Seseorang bercerita mengenai pengalaman yang dilaluinya apabila berurusan dengan individu lain yang merupakan pemilik bisnes.

 

Tak kisahlah sama ada pengalaman tersebut merupakan pengalaman menginap di hotel, pengalaman menginap di homestay, pengalaman membaca buku tertentu, pengalaman menonton wayang, atau pengalaman membeli sesuatu barang.

 

Perkongsian pengalaman atau penceritaan mengenai perkara yang dilalui itulah yang kita namakan sebagai review. Jika pengalaman yang dilalui adalah baik, maka baiklah review yang akan diberikan. Jika sebaliknya, maka buruklah review yang akan diberikan.

 

Jika anda ingin menonton filem dipanggung wayang, anda juga mungkin akan membaca dulu review atau komen dari orang lain yang pernah menonton filem yang sama. Kalau reviewnya elok, barulah anda pergi menonton filem tersebut. Kan rasa sia-sia dan buang masa kalau beli tiket wayang untuk tonton filem tertentu, tapi rupanya ceritanya langsung tak menarik. Begitu juga keadaannya apabila ingin menonton filem yang terdapat dalam applikasi streaming service seperti Netflix, HBO Go, Disney+ dan sebagainya.

 

Perasan tak, apabila tersedia terlalu banyak pilihan, adakalanya kita jadi agak bingung untuk buat keputusan, mana satu yang terbaik untuk kita. Maka dalam situasi ini, kewujudan review dan feedback dari pelanggan dan pengguna lain amat membantu dalam membuat sesuatu keputusan.

 

Dalam era digital hari ini, review yang boleh dibaca secara online boleh dijadikan tempat rujukan bagi membantu bakal pelanggan untuk membuat keputusan. Sama ada wajar atau tidak untuk membuat pembelian?

Dengan memberikan fokus untuk mendapatkan seberapa banyak review positif dari pelanggan, anda berupaya untuk menaikkan reputasi dan jenama perniagaan anda tanpa perlu berbelanja besar untuk tujuan pengiklanan berbayar. Sampai satu tahap, pelanggan anda sendiri yang akan bantu anda untuk dapatkan pelanggan baru. Bukankah ini baik untuk anda?

 

Namun persoalannya ialah, bagaimana cara untuk anda dapatkan lebih banyak online review dari para pelanggan anda? Review yang baik dan berkualiti mampu untuk menghasilkan lebih banyak jualan untuk anda.

 

Jika selama ini anda merasakan review dari pelanggan itu tak penting, dan anda tak pernah berusaha untuk mendapatkan review dari pelanggan anda, anda telah melepaskan peluang keemasan.

 

Nak tau kenapa? Ini sebabnya

 

(1) Review dapat memberikan kedudukan yang baik di laman search engine

Sama ada anda sedar ataupun tidak, hakikatnya pengguna masih lagi bergantung kepada laman carian Google untuk mendapatkan maklumat tertentu. Bukan sahaja pelanggan, mungkin anda sendiri biasa menggunakan google untuk mencari maklumat.

 

Pernah tak anda menggunakan laman carian Google untuk mencari maklumat seperti

Homestay di Tangkak atau mana-mana lokasi yang anda ingin tuju.

“Restoran berdekatan dengan (lokasi)”

“Hotel”

 

Jika jawapan anda adalah “ya memang pernah”, besar kemungkinan bakal pelanggan anda juga turut menggunakan cara yang sama untuk mencari maklumat di internet.

 

Bila guna google, kita tak payah susah-susah nak tanya dekat adik beradik, jiran-jiran atau saudara mara. Google je sendiri untuk dapat jawapan. Kan senang.

 

Cuba bayangkan, bila ada pengguna yang cari maklumat tertentu di internet, kemudian individu ini jumpa laman web yang bercerita dan menulis review positif mengenai bisnes anda. Apa kebarangkalian untuk dia hubungi anda dan bukan pesaing anda? Dapat tak anda bayangkan yang individu ini akan mula menjadi pelanggan anda yang seterusnya.

 

(2) Review membantu membuat keputusan pembelian

Jika anda berada dalam situasi dimana anda tak pasti untuk buat keputusan yang terbaik, maka dengan membaca review dari pelanggan terdahulu dapat membantu anda untuk buat keputusan.

 

(3) Review dapat meningkatkan kepercayaan

Regular customer anda dan orang yang memang mengenali anda, tak ada masalah untuk berurusniaga dengan anda. Namun, bagaimana dengan orang yang tak pernah kenal anda sebelum ini? Bagaimana cara untuk mereka ini berasa yakin dan selamat untuk berurusan dengan anda?

 

Ya, jawapannya adalah melalui review.

 

Bagaimana cara untuk mula mengumpul review dari pelanggan?

Sekarang ini, kita nak cerita pula kaedah bagaimana untuk mengumpul review dari pelanggan kita. Oleh kerana sekarang ini kita berada di era digital, saya akan fokuskan kepada mengumpul review secara online sahaja.

 

Tujuannya adalah supaya review yang ditulis oleh pelanggan terdahulu mudah untuk dibaca oleh orang lain.

 

(1) Bisnes anda di halaman Google

Untuk perniagaan yang mempunyai alamat atau premis perniagaan yang khusus, amat digalakkan untuk anda membuat senaraian di google. Tujuannya adalah untuk memudahkan bakal pelanggan menjumpai bisnes yang anda lakukan apabila dia mencari maklumat tertentu menerusi laman carian Google.

 

Selain itu, ia bukan terhad setakat memudahkan bakal pelanggan menemui bisnes anda, pada masa yang sama ia juga

i. Memudahkan pelanggan untuk dapatkan maklumat tentang perniagaan anda

ii. Memudahkan bakal pelanggan membaca review dari pelanggan terdahulu

iii. Memudahkan pelanggan untuk menulis review

 

Google ada menyediakan perkhidmatan yang dinamakan sebagai Google My Business. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu mendaftar dan mula mencipta profile perniagaan anda. Bawah ini adalah contoh halaman yang anda boleh bina melalui fungsi Google My Business.

 

Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai Google My Business menerusi halaman ini.

Setelah anda berjaya membina profil perniagaan anda, anda boleh mula mengemaskini profile bisnes anda dengan memasukkan maklumat seperti nombor telefon, masa operasi perniagaan, gambar-gambar berkaitan bisnes yang anda lakukan dan sebagainya.

 

Selain itu, anda juga boleh mula mengumpul review dari pelanggan anda menerusi halaman tersebut. Jika anda berjaya dapatkan banyak review dari pengguna internet, halaman anda akan dapat kedudukan yang semakin baik di laman carian google.

 

2. Review dari laman web atau apps e-commerce

Ada tiga laman web ecommerce yang popular di Malaysia, iaitu

i. Shopee

ii. Lazada

iii. PG Mall

Setelah anda berjaya dapatkan jualan, cuba hubungi pelanggan tadi untuk minta mereka memberikan review. Kalau rasa mereka ni agak susah untuk berikan review, anda boleh berikan insentif seperti tawarkan pada dia voucer diskaun untuk pembelian seterusnya.

 

Salah satu kedai yang saya dah spent beribu ringgit untuk beli jam tangan jenama G-Shock adalah kedai ini.

 

All In One hub.

Saya ada berkenan dengan satu model jam G-Shock tu tapi harganya agak mahal pula. Dalam RM1,000 lebih. Kalau beli dekat kedai jam, model yang sama harganya lebih mahal. Perbezaan harga dia ada dalam RM200++ juga.

 

Saya pilih nak beli online sebab nak dapatkan lebih penjimatan. Saya dah cek harga dekat kedai, memang lebih mahal. Tapi kalau beli dari seller ini boleh dapat harga lebih jimat.

 

Kalau setakat harga murah tapi dapat barang tiruan pun tak guna juga. Betul tak?

Sebab tu saya kena cek betul-betul review dari orang lain yang pernah beli dari seller ni. Kalau ada banyak review yang positif, barulah saya betul-betul yakin nak buat pembelian.

 

Kadang-kadang tu, dalam banyak-banyak review, memang akan ada terselit review negatif yang ditinggalkan oleh pelanggan. Tapi kita kena baca dulu, sebab apa pelanggan berikan review negatif. Lagipun, pelanggan tak semestinya sentiasa betul. Ada pelanggan yang berikan review negatif sebab dapat barang lambat, sedangkan yang lewat hantar tu adalah syarikat kurier.

 

Sekiranya anda menjual produk fizikal, selain fokus untuk dapatkan lagi banyak jualan, usahakan juga untuk dapat seberapa banyak review positif dari pelanggan.

 

Saya sebagai pelanggan juga akan pilih ecommerce store yang ada banyak review positif dari pelanggan terdahulu berbanding beli dari kedai yang tak ada sebarang review. Kalau kedai tersebut masih baru, lagilah saya akan cuba elakkan. Risau kena tipu.

 

3. Review dari social media

Halaman seperti FB Page juga boleh digunakan bagi tujuan mengumpul review dari pelanggan. Anda perlu meminta pelanggan anda untuk meninggalkan review untuk anda.

 

Kalau tak ada siapa yang menulis review tentang anda, maka akan jadilah seperti page saya ini.

Agak sendu dan langsung tak ada sesiapa yang memberi review. Mujurlah saya tak menjual sebarang produk mahupun servis menerusi page tersebut.

 

4. Review dari penulis blog

Seterusnya adalah anda dapatkan review dari penulis blog. Review jenis ini mewakili suara atau pandangan penulis laman web tersebut.

 

Saya tak berapa pasti, berapa ramai blogger yang masih lagi aktif menulis blog dan menawarkan servis seumpama ini. Almaklumlah sekarang ini platform seperti tiktok, youtube, dan sebagainya lebih mudah mendapat tempat dan lebih mudah viral.

 

Walaupun begitu, sesuatu yang viral belum tentu dapat menyumbangkan jualan kepada anda. Lagi satu, benda yang viral pada hari ini belum tentu akan viral sampai bila-bila. Sampai satu masa, orang akan mula rasa bosan dan sudah tak ambil pusing tentang perkara-perkara yang dulu pernah viral.

 

Namun, jika anda mahukan sesuatu yang evergreen, maka pilihlah review dari blogger. Berita baiknya ialah, review anda kekal berada di laman web carian Google, dan mungkin berada di mukasurat pertama untuk satu tempoh masa yang panjang. Anda patut pertimbangkan untuk dapatkan review dari blogger juga. Anggaplah ini umpama pelaburan untuk jangka masa panjang.

 

Susah ke nak dapatkan review positif?

Review positif dari pelanggan tidak akan muncul dengan sendirinya. Ianya amat berkait rapat dengan perkhidmatan yang anda mampu berikan kepada pelanggan anda. Walaupun anda telah berikan yang terbaik, itu masih belum menjamin yang anda akan dapat review positif.

 

Kebanyakkan pelanggan terlalu sibuk dengan urusan sendiri hingga tak terlintas langsung dalam fikiran mereka untuk menulis review. Dalam fikiran pelanggan, dia sudah bayar jumlah wang yang diminta oleh penjual, apa lagi yang penjual mahu selain mengaut keuntungan?

 

Oleh itu, anda tak perlu rasa pelik kalau ada pelanggan yang kelihatan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang anda telah berikan, tapi mereka langsung tak menulis sebarang review tentang bisnes anda. Anda pun tertunggu-tunggu, bilalah dia nak berikan review, tapi sampai ke sudah dia masih belum berikan review.

 

Akhirnya anda beranikan diri untuk hubungi pelanggan tersebut, dan meminta jasa baik mereka untuk berikan review. Alangkah terkejutnya (atau seronok?) anda apabila pelanggan tadi menulis review, ini yang dia tulis.

“Good. Value for money.”

Ataupun dia tulis

“Terbaik!”

“Mantap!”

 

Bukanlah saya nak kata, review macam tu tak bagus, cuma saya berpendapat review seperti itu adalah tidak berapa berkualiti. Ia tak menggambarkan secara jelas, apa yang dilalui oleh pelanggan tersebut sepanjang berurusan dengan kita.

 

Ia tak menjawab persoalan bakal pelanggan anda… Apa benda yang terbaik? Apa benda yang mantap sangat tu?

 

Soalan yang lebih serius,

Bagaimana cara untuk dapatkan review yang berkualiti tinggi hinggakan dari review tersebut, anda berupaya untuk dapatkan lebih banyak pelanggan baru?

 

Sebelum kita cerita mengenai review yang berkualiti tinggi ini, mungkin kita perlu jelas, apakah dia ciri-ciri review yang berkualiti tinggi? Berikut saya senaraikan beberapa point yang perlu ada dalam sesebuah review.

(1) Menggambarkan situasi sebenar bisnes yang anda jalankan

(2) Mengetengahkan kesemua kekuatan yang ada pada bisnes

(3) Menyediakan bukti bagi setiap dakwaan

(4) Cara penyampaian yang tak kelihatan seperti iklan tapi dapat membangkitkan minat pembaca untuk membeli

(5) Review tersebut bercakap dengan individu yang bakal menjadi pelanggan ideal anda

(6) Penulis review benar-benar berpuas hati dan seronok mendapatkan khidmat tersebut

(7) Review ditulis dengan ikhlas

 

Anda rasa pelanggan anda ada masa nak tulis review yang panjang-panjang, dan lengkap dengan semua point yang saya senaraikan tu?

 

Sebab kenapa online review penting untuk jenama dan perniagaan anda

Saya ingin tekankan sekali lagi. Mempunyai online review adalah sangat penting untuk pembangunan sesebuah perniagaan. Sekurang-kurangnya, ada 7 sebab kenapa online review ini sangat penting dan dapat memberi impak positif kepada reputasi dan jenama bisnes anda.

 

(1) Review dari pelanggan adalah satu bukti bahawa ada orang lain pernah membeli dari anda

Konsepnya begini. Kalau ada orang lain pernah beli barang dari penjual A, maknanya kita tak keseorangan dan penjual tadi boleh dipercayai. Oleh itu, kita boleh berurusniaga dengan penjual tersebut.

 

Kalau selama ini tak ada siapa pernah beli barang dari penjual tersebut, ini agak bahaya dan ada kemungkinan mungkin dia akan tipu kita. Walaupun tak semestinya perkara ini akan berlaku sedemikian, tapi sebagai pelanggan sudah tentu kita akan ambil pendekatan untuk berhati-hati.

 

(2) Kewujudan review membuat anda lebih mudah ditemui oleh bakal pelanggan

Kalau artikel review anda diterbitkan di platform seperti blog ataupun di Facebook page, besar kemungkinan review tersebut juga akan turut muncul dimuka surat pertama laman carian Google.

 

Dalam keadaan ini, anda akan mudah mendapat pelanggan dari kategori mereka yang membuat carian di Google. Untuk jangka masa panjang, ini dapat membantu anda mendapatkan pelanggan baru secara automatik.

 

(3) Review menggambarkan bahawa anda adalah seorang usahawan yang boleh dipercayai

Salah satu perkara yang akan membuatkan pelanggan rasa berbelah bahagi dan berat hati untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah entiti perniagaan ialah apabila tiada tempat rujukan untuk bakal pelanggan mendapatkan maklumat lanjut tentang produk atau perkhidmatan tersebut.

 

Proses jual beli secara online adalah berbeza dengan jual beli secara offline. Dalam transaksi online, pelanggan

i. Tak dapat melihat siapa jurujual

Justeru bakal pelanggan tidak dapat membuat penilaian sendiri sama ada seseorang jurujual itu boleh dipercayai atau tidak.

 

ii. Pelanggan juga tak dapat melihat produk

Jadi bakal pelanggan tidak dapat untuk menilai produk tersebut secara fizikal. Kalau produk tersebut memang ada dekat depan mata, ini lebih mudah untuk pelanggan memeriksa produk tersebut.

 

iii. Pelanggan hanya bergantung kepada penerangan dan gambar yang diberikan oleh jurujual

Jika penerangan dan gambar yang diberikan itu menarik, maka kebarangkalian untuk pelanggan tersebut buat pembelian lebih tinggi. Jika penerangan dan gambar tidak menarik, maka agak sukar untuk pelanggan segera buat pembelian.

 

Jual beli secara online banyak melibatkan element of trust. Sejauh mana anda boleh dipercayai? Kalau bakal pelanggan rasa susah nak mempercayai anda, setidak-tidaknya dia boleh rujuk kepada pelanggan terdahulu yang pernah menulis review tentang anda.

 

(4) Review menggalakkan netizen bercerita mengenai bisnes anda

Seperti yang saya ada sebutkan sebelum ini. Review ini pada asasnya adalah satu bentuk penceritaan oleh seseorang yang pernah ada pengalaman berurusan dengan pemilik perniagaan kepada orang lain. Kalau baik pengalamannya, maka baiklah reviewnya.

 

Sudah tentu kita mahukan pelanggan yang berpuas hati tentang khidmat yang kita berikan bercerita tentang kita.

 

(5) Review sangat membantu dalam proses membuat keputusan yang tepat

Yes I know, saya dah ulang point ini beberapa kali.

 

Kadang-kadang saya sendiri tersilap buat keputusan. Tapi apakan daya, benda dah jadi. Harga telahpun dibayar, tapi akhirnya produk yang sampai ditangan, tak memuaskan hati. Ini salah satu punca kenapa pelanggan lambat untuk buat keputusan. Sebab dia tak tahu, adakah tawaran yang disediakan oleh peniaga itu betul-betul boleh dipercayai dan sama seperti yang dijanjikan.

 

(6) Review yang bagus dapat menyumbang kepada jualan

Siapa yang tak suka, kalau boleh dapat pelanggan baru tanpa perlu susah payah nak yakinkan pelanggan tersebut, bahawa anda adalah pilihan yang tepat?

 

Sama ada anda sedar atau tidak, ada ramai pelanggan yang memilih untuk berurusniaga dengan sesuatu bisnes disebabkan mereka baca review positif yang diberikan oleh pelanggan terdahulu.

 

Cuma dipihak penjual, dia kenalah memastikan bahawa dia mampu untuk memenuhi expectation bakal pelanggan yang telah banyak membaca review positif dari pelanggan lain.

 

(7) Pelanggan dapat menerima mesej jualan anda tanpa rasa seperti membaca iklan

Adakalanya mesej jualan yang ingin kita sampaikan kepada golongan sasaran kurang berjaya, sebabnya mereka tak suka nak baca ayat iklan yang terlalu panjang. Mereka tak peduli pun tentang apa bisnes yang anda jalankan, apa kelebihan dan keistimewaan yang ada pada anda, sama ada anda handsome atau tidak.

 

Apa yang penting bagi bakal pelanggan, adakah anda betul-betul mampu memberikan khidmat yang sama seperti yang mereka mahukan?

 

Lalu mereka pun membaca pengalaman yang dilalui oleh pembeli terdahulu. Jika kebanyakkan pelanggan anda yang terdahulu betul-betul puas hati dengan khidmat yang mereka terima, barulah pelanggan yang baru ini berani untuk dapatkan khidmat dari anda juga.

 

Pelanggan tak jadi buat pembelian selepas baca review!

Alamak! Macam mana kalau situasi ini terjadi kepada anda? Tidakkah ini akan merugikan anda? Pelanggan lari sebab baca review, apa yang patut kita lakukan?

 

Lazimnya, terdapat tiga jenis review yang biasanya ditinggalkan oleh pelanggan

i. Review positif

Sudah tentu kita mahukan review yang positif dari pelanggan kita. Lagi banyak review positif yang kita perolehi, lagi ramai pelanggan baru yang akan percaya dengan kita.

 

ii. Natural review

Saya kira, jika anda dah lama buat bisnes, anda pasti setuju kalau saya katakan majoriti atau kebanyakkan review yang bakal anda perolehi adalah review yang berbentuk natural. Pelanggan puas hati dengan servis yang kita berikan namun tak adalah sampai mereka memuji-muji apa yang kita dah lakukan untuk mereka.

 

Its still okay kalau nak bandingkan dengan review negatif.

 

iii. Review negatif

Seterusnya adalah review negatif. Saya percaya, review dalam kategori ini amat dirisaukan oleh pemilik bisnes. Ia sedikit sebanyak dapat mencalarkan reputasi perniagaan kita. Walaupun begitu, anda tak perlu terlalu takut untuk berhadapan dengan review negatif.

 

Kita tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang. Sudah pasti, walau betapa bagus khidmat yang kita tawarkan, pasti akan ada orang yang tak puas hati. Dalam situasi ini, kita perlu lihat semula, apakah yang menjadi punca kenapa pelanggan tersebut tak puas hati dengan servis yang kita berikan.

 

Adakalanya, kita telah berikan yang terbaik, namun masalah tetap berlaku sedangkan kesalahan tersebut bukan berpunca dari kita. Tapi dari pihak pelanggan, dia mengharapkan kita dapat mengawal semua perkara.

 

Sebagai contoh, anda menjual produk secara online. Pada hari tersebut, anda menerima tempahan dan anda telahpun menyiapkan tempahan tersebut pada hari yang sama. Namun nasib tak baik, barang tersebut lambat sampai kerana masalah dipihak kurier.

 

Bila barang dah sampai, pelanggan rasa tak puas hati lalu memberikan review yang negatif kepada anda. Sedangkan yang menyebabkan barang tersebut lewat sampai adalah pihak lain, iaitu syarikat kurier. Tapi anda juga yang dipersalahkan.

 

Namun, ada juga keadaan yang berbeza, yang mana bakal pelanggan tak jadi buat tempahan setelah baca review, disebabkan oleh perkhidmatan yang anda tawarkan tak menepati kriteria yang dia mahukan. Adakah anda merasakan tindakan individu tersebut membatalkan tempahan adalah tak wajar?

 

Actually pada saya, itu adalah satu perkara yang baik. Kita terima hakikat, bahawa bisnes yang kita jalankan bukannya untuk semua orang. Setiap orang ada keperluan dan kemahuan yang berbeza, dan kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang. Apa yang lebih penting sebenarnya ialah untuk kita fokuskan kepada kelompok pelanggan yang memang betul-betul sesuai dengan khidmat yang kita tawarkan.

 

Lebih baik ada seorang pelanggan yang membatalkan tempahan dari awal, daripada kita dapat 9 orang pelanggan yang buat tempahan dengan kita tapi akhirnya mereka tak puas hati dengan khidmat yang kita tawarkan.

 

Silap-silap mereka ini akan minta refund dari kita, dan tak mustahil mereka ini akan berikan review negatif pula terhadap bisnes kita.

 

Agak-agak apa yang mereka akan tulis mengenai kita nanti? Mungkin mereka akan tulis

i. Produk tak sama seperti yang diiklankan

ii. Tawaran yang diberikan sangat misleading

iii. Seller tak jujur

iv. Penipu

 

Anda sanggup ambik risiko berdepan dengan feedback yang macam tu? Yes, untuk jangka masa pendek, anda boleh buat duit. Tapi untuk jangkamasa panjang? Orang akan hilang kepercayaan terhadap anda.

 

Dapatkan review berkualiti tinggi untuk perniagaan anda

Apa kata sekarang ini, kita fokus untuk dapatkan review yang berkualiti tinggi untuk perniagaan anda. Dengan adanya review yang berkualiti, ia dapat menenggelamkan suara-suara sumbang dan review negatif yang mungkin pernah anda terima satu ketika dulu.

 

Sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah dan lebih masuk akal untuk dapatkan review yang berkualiti, berbanding hanya mengharapkan pelanggan anda menulis review. Bagaimana caranya?

 

Caranya adalah dengan mendapatkan bantuan dari individu yang memang bersedia untuk memberikan review secara profesional kepada perniagaan anda. Individu seperti ini lazimnya memang menawarkan khidmat memberikan review secara profesional.

 

Dari segi latarbelakang, mereka ini mungkin adalah seorang blogger, youtuber, social media influencer, atau mungkin tiktoker. Ya, sudah pasti ada bayaran tertentu yang mereka akan kenakan kepada anda.

 

Tepuk dada tanyalah bajet anda. Jika anda rasa berbaloi untuk dapatkan khidmat ini, maka bincanglah dengan mereka. Pelaburan yang anda keluarkan untuk dapatkan review yang berkualiti tinggi pada hari ini, dapat memberikan anda pulangan yang berkali ganda dimasa akan datang.

 

Untuk makluman para pembaca sekalian, saya juga menawarkan perkhidmatan penulisan artikel review ataupun servis advertorial. Sepanjang saya menulis blog, saya telah beberapa kali menulis review bagi memperkenalkan perniagaan klien saya kepada target market mereka.

 

Dekat bawah ni adalah antara perniagaan dan syarikat yang pernah saya review sebelum ini.

 

(1) Homestay d’Ledang Tangkak, Johor

Klik: Homestay di Tangkak pilihan saya

 

Artikel mengenai homestay di Tangkak ini berjaya masuk ke page pertama Google. Oleh sebab itu pemilik homestay ini juga pernah beberapa kali dapat pelanggan daripada google.

 

(2) Pusat Rawatan Islam Al Qayyum

Klik: Pengalaman sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Qayyum

Semasa saya menulis artikel review mengenai pengalaman ini, pusat rawatan ini baru beberapa bulan beroperasi.

 

(3) Guesthouse Glory Beach Resort, Port Dickson

Klik: Pengalaman menginap di Glory Beach Resort, Port Dickson

Guesthouse ini merupakan salah satu unit apartment yang terdapat di resort ini.

 

(4) Teluk Bayu Floating Chalet

Baca: Pengalaman menginap di Teluk Bayu Floating Chalet, Kota Kuala Muda

Trip ini sebenarnya adalah trip memancing. Masa ini saya bawa ayah saya yang dulu merupakan seorang kaki pancing untuk join sama dalam trip ini. Alhamdulillah, ayah saya seronok dengan trip memancing dan menginap di Teluk Bayu Floating Chalet ini.

 

(5) Anjung Pool Villa Sekinchan 

Baca: Pengalaman menginap di Anjung Pool Villa, Sekinchan

Anjung Pool Villa ini merupakan rumah percutian yang dibina betul-betul ditengah sawah padi. Jika anda berkunjung ke tempat ini ketika musim padi sedang menguning, pemandangan disini memang sangat cantik!

 

(6) Snorkeling di Pulau Payar Marine Park, Langkawi

Baca: Pengalaman snorkeling di Pulau Payar Marine Park, Langkawi 

Bagi mereka yang suka bercuti ke Pulau Langkawi, boleh luangkan masa untuk mencuba pengalaman snorkeling ke Pulau Payar. Serius best!

 

(7) Pakej Island Hopping dan Snorkeling ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi, Sabah

Baca: Pengalaman snorkeling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi, Sabah

Pakej Island Hopping dan Snorkeling ini ditawarkan oleh syarikat Global Lepa. Pulau-pulau di Sabah rupanya banyak yang cantik. In Shaa Allah ada rezeki lebih saya akan ke Sabah sekali lagi.

 

(8) Ebook Bisnes Shopee

Baca: Review Ebook Bisnes Shopee untuk usahawan yang baru bermula

Baiklah, apa yang saya paparkan diatas ini ialah sebahagian daripada artikel review ataupun advertorial yang pernah saya hasilkan untuk klien saya dalam blog ini.

 

Boleh kata setiap artikel yang saya tulis, berjaya tersenarai di laman web carian google, dan kesannya? Selagi artikel tersebut masih wujud, selagi itulah perniagaan mereka ini mendapat promosi berterusan dari saya. Ada antara artikel-artikel review dan advertorial milik klien mendapat kedudukan tempat pertama di page google.

 

Yang BEST nya, klien ini tak perlu bayar mahal-mahal kepada google untuk masukkan iklan tentang perniagaan mereka di page pertama google. Konsepnya ialah, bayar sekali dapat manfaat berkali-kali. Ini bukanlah satu perkara yang mustahil ataupun terlalu ajaib. Bagi mereka yang faham bagaimana kaedah Search Engine Optimization (SEO) berfungsi, pasti boleh melakukannya.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berkesan ke kaedah pengiklanan menggunakan review dan advertorial ini?

 

Kalau setakat masuk ke page pertama google, tetapi tak ada sales, pun tak ada gunanya jugak. Betul tak? Bukankah sesuatu perniagaan itu matlamatnya adalah untuk memaksimakan keuntungan dan menjimatkan perbelanjaan?

 

Secara jujurnya, ada artikel advertorial yang saya sendiri tak dapat nak semak sama ada ianya convert kepada sales atau tidak. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang dijalankan secara offline. Contohnya perniagaan bisnes homestay, pakej percutian dan sebagainya.

 

Kalau ada antara klien saya yang update kepada saya, yang mereka berjaya dapat jualan, barulah saya tahu. Lazimnya, pelanggan akan terus berurusan dengan pemilik perniagaan tanpa perlu melalui saya.

 

Akan tetapi, untuk perniagaan yang dilakukan secara online, dan pada masa yang sama, pemilik perniagaan turut mengesyorkan saya untuk jadi ejen promosi (affiliate) kepada perniagaan mereka, yang ini saya boleh semak sejauh mana keberkesanannya. Sebagai contoh ada beberapa program affiliate yang saya sertai, iaitu

i. Klikjer

Saya menggunakan kaedah pemasaran yang sama, iaitu review dan advertorial untuk hasilkan jualan menerusi program affiliate Klikjer. Setakat hari ini, saya telah pun hasilkan sebanyak 364 jualan dan telah menerima bayaran komisen sebanyak RM20,185 dari mereka.

 

Ini bukti screenshot dari member area.

Saya uji sendiri teknik review dan advertorial ini sebelum saya beriya nak offer kepada orang lain. Rumusnya mudah, kalau untuk diri sendiri boleh buat sales, In Shaa Allah untuk klien saya pun boleh dapat sales.

 

Saya tahu, ada orang lain yang beriya tawarkan servis review, sedangkan review yang dia hasilkan tak teruji lagi dan belum terbukti mampu untuk hasilkan jualan. Jadi, hati-hatilah dalam memilih individu untuk hasilkan review bagi pihak anda ya.

 

ii. Lazada Affiliate Program 

Saya juga ada mempromosikan produk-produk fizikal yang dijual melalui platform e-commerce contohnya seperti Lazada. Teknik yang saya gunakan adalah teknik review dan advertorial juga.

 

Adakah teknik penulisan saya berhasil untuk dapatkan jualan? Sudah tentu.

Kenapa perlu upah orang lain sedangkan boleh tulis artikel advertorial sendiri…

Yes, its a good question.

 

Saya percaya, ada ramai yang mampu untuk menghasilkan penulisan yang berkali ganda lebih baik berbanding yang saya hasilkan. Anda juga mungkin salah seorang daripada individu tersebut. Itu saya tak nafikan.

 

Cuba anda lihat dari perspektif bakal pelanggan.

Apa agaknya yang bakal pelanggan akan rasakan apabila pemilik perniagaan itu sendiri yang beriya-iya kata, produk keluaran syarikatnya adalah yang terbaik, paling berkualiti dan menjadi pilihan ramai?

 

Kalau saya lah yang berada ditempat pelanggan tu, sedikit sebanyak saya akan rasa agak skeptikal.

 

“Ala… ko nak jual barang ko, dah tentulah ko akan cakap yang elok-elok je pasal produk yang ko jual. Ko cuma minat nak dapatkan duit aku je kan, padahal produk ko belum tentu sama seperti yang dikatakan…”

 

TETAPI… semua ini boleh berubah apabila ada pihak ketiga yang bercerita tentang produk anda. Pihak ketiga ini pula adalah seseorang yang tak ada kena mengena dengan perniagaan anda. Bukan staf anda, dan bukan juga ahli keluarga anda. Beliau adalah individu bebas yang memberi ulasan dengan ikhlas mengenai kelebihan yang ditawarkan oleh produk serta perkhidmatan anda.

 

Sumber maklumat seperti ini sebenarnya lebih mempunyai kredibiliti dan lebih dipercayai berbanding anda sendiri yang lakukan self claim. Dah jadi macam masuk bakul angkat sendiri pulak bila anda selaku pemilik produk atau servis memuji produk anda, sedangkan orang lain tak sependapat dengan anda.

 

Maka disini, peranan penulis advertorial seperti saya dapat melengkapkan keperluan tersebut.

 

Dari pengalaman saya sendiri, saya dapati kebanyakkan pemilik bisnes, mereka ini tak ada masa untuk menulis dan menghasilkan konten untuk bisnes mereka sendiri. Mereka terlalu sibuk menguruskan hal-hal berkaitan bisnes daripada nak fikir tentang hasilkan konten.

 

Anda rasa nak hasilkan konten tu kerja senang? Cubalah sendiri. Bila dah cuba sendiri mungkin selepas itu baru anda tahu, untuk hasilkan konten yang simple ini, mungkin akan ambil masa 3 – 4 hari untuk siap. Sedangkan masa yang dihabiskan itu, lebih baik digunakan untuk fokus kepada perkara lain.

 

Rasanya tak keterlaluan kalau saya katakan kerja-kerja menghasilkan konten ini adalah satu kerja remeh, yang tak memberikan pulangan segera. Justeru ianya boleh di outsource kepada orang lain yang lebih berpengalaman.

 

Sebab tu, outsource sahaja kerja-kerja penulisan serta penghasilkan konten ini kepada orang lain adalah satu idea yang lebih baik.

 

Apa beza antara review dengan advertorial?

Ini juga merupakan satu topik yang relevan dan menarik untuk dibincangkan.

 

Pada mata kasar, review dan advertorial kelihatan seperti tak ada perbezaan. Namun sebenarnya ia ada perbezaan yang sangat ketara.

 

Untuk menulis review yang jujur dan ikhlas, seseorang itu perlu melalui pengalaman menggunakan produk atau mendapatkan khidmat yang ditawarkan oleh pemilik perniagaan.

 

Dalam konteks artikel advertorial, ia boleh dihasilkan tanpa perlu melalui pengalaman berurusan dengan bisnes tersebut. Persoalannya, mana satu yang lebih efektif? Ini saya akan kupas pada masa lain jika ada kesempatan.

 

Kesimpulan

Online review adalah satu kaedah pemasaran yang dapat memberi impak yang positif terhadap reputasi, jenama dan juga dapat menjana keuntungan kepada sesebuah perniagaan.

 

Kejayaan dari sesebuah review boleh jadi tak akan berlaku dalam masa yang singkat, namun setelah ia mula memberikan hasil, anda pasti akan tersenyum puas kerana usaha dan pelaburan sebelum ini telah membuahkan hasil.

 

 

Exit mobile version