Blog Sabree Hussin

Senarai penjual Jam Tangan G-Shock Original dan boleh dipercayai

Alang-alang nak pakai jam tangan G-Shock, pakailah jam tangan yang original.

 

Dekat luar sana, ada terlalu banyak penjual jam tangan G-Shock yang mengaku jual barang original, tapi sebenarnya jual yang palsu.

 

Memang agak sukar untuk kita kenalpasti, mana satu yang original dan mana satu yang palsu. Tapi kalau kita lihat penjual tu tawarkan harga yang sangat rendah, dan terlalu berbeza dengan harga di kedai, dari situ kita boleh berjaga-jaga yang penjual tersebut sebenarnya menjual jam tiruan.

 

Kalau anda memang jenis yang tak kisah pakai barangan tiruan, sebab barang tersebut murah, maka info yang saya kumpulkan disini mungkin tak berapa relevan untuk anda. Jam tangan G-Shock tiruan memang boleh diperolehi dengan harga serendah RM50 bergantung kepada jenis model.

Tapi kalau dah nama pun tiruan, tak perlulah nak persoalkan lagi soal kualiti. Dengan jam tak water resistant, butang kebanyakkannya tak berfungsi dan warna jam yang salah. Macam-macam lagi.

 

Baru-baru ini, saya ada buat carian untuk kenalpasti kedai-kedai online yang menjual jam tangan jenama G-Shock yang menjual produk original sahaja. Jadi kat sini, saya kongsikan kepada anda hasil carian tersebut. In Shaa Allah di masa akan datang, jika ada pertambahan senarai, saya akan update posting ini.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia senarai kedai online dan laman web yang menjual jam tangan G-Shock Original.

 

(1) Laman web rasmi Casio G-Shock

Mana lagi tempat terbaik untuk dapatkan jam tangan G-Shock kalau bukan melalui laman web rasmi mereka?

 

Ini dia laman web rasmi G-Shock.

https://world.g-shock.com/asia-mea/en/

Kalau nak beli secara online melalui laman web rasmi ni, macam tak boleh. Tapi kita boleh gunakan fungsi “store” untuk membuat carian dimana kedai fizikal yang menjual jam tangan G-Shock Original.

 

Sebagai contoh, saya gunakan fungsi store locator dan untuk kenalpasti lokasi kedai di Kuala Lumpur yang menjual jam tangan original. Ini adalah hasilnya.

Untuk sekitar Kuala Lumpur, boleh walk in ke Fahrenheit 88, Isetan KLCC, Mid Valley Megamall, NU Sentral Mall ataupun di Isetan The Japan Store.

 

Bagusnya bila beli dekat kedai, kita boleh pegang dulu, cuba pakai dekat tangan dulu, belek-belek sampai puas hati lepas tu baru buat bayaran.

 

(2) Casio Official Lazada Mall Flagship Store 

Ini merupakan kedai rasmi milik Casio yang dibuka melalui platform Lazada. Anda boleh ke halaman ini untuk akses ke official store milik Casio.

Apabila kita buat pembelian melalui kedai rasmi atau yang berstatus LazMall di laman web Lazada, kita diberikan 3 jaminan iaitu

i. Barang yang dibeli confirm authentic, genuine, original

Pihak Lazada akan berikan dua kali ganda wang balik jika kita memperolehi barangan yang tidak authentic apabila buat pembelian melalui kedai berstatus LazMall.

 

ii. Boleh buat pemulangan produk dalam masa 15 hari

Ayatnya ialah easy returns. Maksudnya kalau dalam masa 15 hari tiba-tiba kita berubah fikiran, boleh pulangkan barang dan dapatkan wang balik. Macam biasalah, tertakluk pada terma dan syarat.

 

iii. Servis penghantaran yang pantas

Barang yang ditempah akan dihantar dalam masa 24 jam. Jadi kita tak perlulah nak menunggu terlalu lama untuk dapatkan barang yang kita tempah.

 

Anda boleh baca maklumat seperti pada screenshot dibawah ini untuk lebih faham tentang status LazMall ini ya.

Lepas ni kalau nak buat pembelian, cari mana-mana kedai yang ada status LazMall dan lepas tu bolehlah buat bayaran dengan tenang sebab ada macam-macam jaminan. Walaubagaimanapun, saya dapati beli melalui official store ni harganya agak mahal.

 

Tak apa, kalau harga yang menjadi isu, kita tengok pula pada pilihan yang lain ya.

 

(3) The Wola LazMall Flagship Store

Saya jumpa kedai ini secara tak sengaja. Statusnya juga adalah LazMall Flagship Store. Jadi tawaran yang mereka berikan memang boleh dipercayai dan mereka hanya menjual produk yang authentic sahaja.

The Wola ini juga ada menjual pelbagai model jam tangan jenama Casio G-Shock. Anda boleh terus ke pautan ini untuk melihat tawaran yang diberikan oleh The Wola.

 

The Wola ini fokusnya adalah menjual pelbagai barangan aksesori gaya hidup dan juga fesyen. Kalau nak buat pembelian terus ke laman web rasmi mereka juga boleh. Anda boleh layari pautan ini http://www.thewola.com/

 

Saranan saya, sebelum buat pembelian cuba buat perbandingan harga, kalau harganya sama, boleh terus buat bayaran. Tapi manalah tahu kalau harga yang ditawarkan melalui Lazada lebih rendah, maka belilah dekat Lazada.

 

Kadang-kadang harga di Lazada boleh jadi lebih rendah sebab ada voucher diskaun dan sebagainya.

 

(4) All In One Hub 

All In One Hub ini merupakan satu lagi kedai yang menjual pelbagai jenama jam tangan yang terdapat di laman web Lazada.

Saya tertarik dengan kedai online ini sebab harga yang mereka tawarkan berkali ganda lebih murah berbanding kedai official.

Sila ke pautan ini untuk akses ke kedai online All In One Hub.

 

Ya, mereka tidak mempunyai status LazMall tetapi kalau kita lihat pada review dan komen pembeli terdahulu, banyak yang puas hati dengan produk yang mereka jual.

 

No wonder mereka mempunyai 98% positive Seller Ratings. Ketika catatan ini saya tulis, saya juga sedang mempertimbangkan untuk beli seutas jam tangan melalui kedai ini.

 

(5) C&H Movement

Saya dah follow C&H Movement ini agak lama. Cuma sampai sekarang masih belum pernah buat sebarang pembelian melalui kedai ini.

Almaklumlah, bajet untuk beli jam tangan G-Shock melalui kedai ini masih belum ada. Setiap kali kumpul duit, dan bila duit dah nak cukup, asyik ada-ada je benda lain nak kena beli.

Layari pautan ini untuk ke kedai online C&H Movement.

 

Nak tak nak, terpaksalah utamakan hal lain yang lebih penting tu. Dengan kedai C&H Movement ini, saya sebenarnya tertarik nak beli model G-Shock GA-400HR-1A yang didatangkan dengan warna hitam dan merah.

Harganya kejap naik kejap turun, mungkin sebab kedai ini kadang-kadang buat promosi. Kalau kebetulan ada promosi 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12 kadang-kadang boleh dapat dengan harga lebih rendah.

 

Untuk model ini, anda boleh lihat listing tersebut menerusi pautan ini, dan anda boleh baca sendiri review dan juga soalan-soalan dari pembeli terdahulu. Disebabkan banyak sangat yang puas hati, barulah saya yakin untuk buat pembelian melalui C&H Movement.

 

(6) Stussy Gallery 

Stussy Gallery, All In One Hub dan juga C&H Movement, mereka ni macam lawan-lawan harga pula.

Sebelum nak buat pembelian untuk satu-satu model G-Shock, saya kira ada baiknya cuba buat perbandingan antara tiga kedai ini.

Anda boleh ke pautan ini untuk akses ke Stussy Gallery.

 

Memandangkan mereka semua jual jam G-Shock Original, menawarkan servis yang baik, at the end of the day, kita boleh pilih mana-mana satu yang tawarkan best price. Tak gitu?

 

(7) Casio Official Store Shopee Mall

Dekat laman web atau Apps Shopee juga ada kedai rasmi milik Casio.

Kalau nak lebih keyakinan, bolehlah beli dekat Casio Official Store. Macam biasa, harganya sedikit tinggi kalau nak bandingkan dengan lain-lain kedai jam yang terdapat di Shopee.

 

Ini dia pautan untuk ke Casio Official Store di Shopee.

 

(8) Shopee TS Timepiece

TS Timepieces ni statusnya ialah Shopee Preferred atau dalam bahasa melayu kedai pilihan Shopee.

Kedai ini ada rekod dan rating yang bagus. Bila saya semak komen-komen dan review dari pembeli terdahulu, ada ramai juga yang memberikan feedback positif dan juga memuji khidmat yang mereka berikan.

Sila ke pautan ini untuk direct akses ke TS_Timepieces.

 

Biasalah kalau nak beli jam tangan G-Shock yang agak mahal harganya, sudah tentu sebagai pelanggan kita akan tanya macam-macam soalan sampai kita betul-betul puas hati.

 

Bukan apa, risau juga kalau dah bayar mahal-mahal, sekali barang yang kita dapat tu sebenarnya barangan fake, palsu atau sekadar copy ori 1:1.

 

Kalau tengok pada salah satu listing, iaitu untuk model Casio G-Shock Mudmaster Carbon Core Guard GG-B100-1A3 ini, model ini telah dibeli sebanyak 19 kali dan tak ada satu pun komen negatif dari pembeli.

Anda boleh lihat lain-lain komen dan review untuk model jenis ini melalui pautan ini.

 

Selain beli melalui laman web Lazada dan juga Shopee, anda juga boleh beli terus dari negara Jepun. Harga yang anda bakal perolehi mungkin lebih rendah, cuma bila beli terus dari Jepun, anda akan dapat Japanese Set Product dengan manual dan waranti semua dari Jepun.

 

Untuk ketahui macam mana nak beli pelbagai produk dari Jepun dengan selamat, anda boleh rujuk pada halaman ini ya.

 

Exit mobile version