Blog Sabree Hussin

Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?

PG Mall adalah sebuah platfrom online shopping mall yang beroperasi menggunakan konsep e-commerce.

 

Ia mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikendalikan oleh syarikat PG Mall Sdn. Bhd.(836625-K). Syarikat ini disokong oleh sebuah syarikat jual beli emas yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd.

Nama-nama seperti Lazada dan Shopee mungkin sudah tak asing lagi bagi para pembaca dan pelawat blog ini. Namun tahukah kalian, yang kedua-dua syarikat ini sebenarnya bukanlah syarikat tempatan?

 

Lazada dimiliki oleh Ali Baba Group yang merupakan syarikat dari China manakala Shopee pula dimiliki oleh Sea Group yang merupakan syarikat dari Singapore.

 

Malaysia juga ada banyak laman web dan juga platfrom e-commerce, namun kalau yang berpotensi untuk menjadi pesaing bagi platform seperti Lazada dan juga Shopee ini, mungkin tak salah kalau saya katakan PG Mall ada potensi untuk berbuat demikian.

 

Kita merujuk data daripada laman web i-price insight yang mana mereka telah menyenaraikan platform PG Mall dikedudukan ketiga, berdasarkan kepada kriteria seperti jumlah trafik, kedudukan apps di appstore dan juga jumlah followers di media sosial.

Dari carta tersebut kita boleh dapati PG Mall mempunyai jumlah trafik yang agak besar iaitu sebanyak 4,540,800 kunjungan dalam sebulan.

 

Namun demikian, jumlah trafik ini masih lagi agak jauh dibelakang jika dibandingkan dengan Shopee dengan 37,943,800 kunjungan manakala Lazada ditempat kedua dengan 13,814,900 kunjungan.

 

Apakah agaknya faktor yang menyebabkan terdapat perbezaan yang begitu ketara antara tempat pertama, kedua dan ketiga ini, dan mampukah platform e-commerce PG Mall ini nanti memberi saingan kepada platform yang lebih popular seperti Lazada dan Shopee?

 

Pada pendapat saya, ada beberapa faktor yang mempengaruhi kedudukan PG Mall pada hari ini, antaranya

 

i. Usia platfrom e-commerce

PG Mall mula dilancarkan pada tahun 2017.

 

Manakala Shopee sudah mula beroperasi sejak tahun 2015 dan Lazada pula sudah membuka pasaran di Malaysia lebih awal dari itu lagi, iaitu sejak 2012.

 

Jadi kalau melihat dari segi usia, PG Mall ini masih lagi muda dan ada banyak lagi ruang-ruang untuk mereka membesar dan mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna di Malaysia.

 

ii. Jumlah seller di setiap platform

Daripada tinjauan yang saya buat, saya dapati jumlah penjual yang terdapat di PG Mall juga masih belum cukup banyak. Apa maknanya?

 

Ini sebenarnya adalah satu berita baik, buat para peniaga online. Anda boleh memanfaatkan peluang ini dan mula membuka online store anda di platform PG Mall pula.

 

Buat para seller yang terkesan dengan persaingan yang sangat ganas dan melampau yang terdapat di Shopee, kali ini apa kata anda buka cawangan online store melalui PG Mall juga. Disini juga ada ramai pembeli yang bersedia untuk beli produk-produk yang anda jual.

Kalau anda boleh berikan tawaran harga yang sangat menarik di platform lain, why not buat tawaran yang sama di PG Mall juga. Saya pasti, pelanggan sedia ada PG Mall akan sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran anda disini.

 

iii. Promosi dan kerja pemasaran yang dijalankan

Ini juga merupakan salah satu faktor juga, kenapa sesebuah portal shopping mall itu kurang popular. Ianya berkait rapat juga dengan faktor promosi dan pemasaran yang dijalankan.

 

Apabila kerja pemasaran yang dijalankan agak kurang, maka tak pelik kalau ramai orang belum tahu tentang kewujudan laman web tersebut dan orang ramai masih tak nampak apa kelebihan berbelanja di portal tersebut.

 

iv. Modal

PG Mall disokong oleh Public Gold. Kalau dari segi saiz modal, saya percaya modal yang disuntik oleh syarikat ini tidak sebesar modal yang mampu disediakan oleh SEA Group dan juga Ali Baba Group. Namun PG Mall tetap ada kekuatannya yang tersendiri. Para pelanggan PG Mall sendiri akan bantu mempromosi dan memperkenalkan PG Mall kepada lebih ramai pengguna.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan PG Mall?

Baiklah saya rasa ada baiknya saya terus bercerita tentang topik utama yang ingin saya bincangkan. Ya, kaedah untuk jana pendapatan dengan PG Mall.

 

Setakat apa yang saya tahu, terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untuk anda jana pendapatan dengan PG Mall.

 

Apa cara-cara tersebut? Sila teruskan pembacaan kalau minat nak tahu dan minat nak mencuba ya. Manalah tahu, dari sekadar mencuba, dengan tak disangka-sangka akhirnya PG Mall ini jadi salah satu sumber pendapatan baru buat anda pula.

 

Tiga cara yang saya maksudkan adalah

i. Menerusi referral program PG Mall yang dikenali dengan istilah ConsuMerchant

ii. Program Dropship PG Mall

iii. Jadi penjual di platform PG Mall

iv. Sertai acara Shake The World (setiap hari)

v. Sertai acara Whats in the box (setiap hari)

 

Saya akan terangkan satu per satu, supaya anda lebih faham dengan jelas, bagaimana sebenarnya kaedah nak hasilkan income di PG Mall. Bila dah faham, anda akan nampak ianya sebenarnya sangatlah mudah.

 

Anda hanya perlu tukar tempat shopping sahaja. Kalau sebelum ini anda shopping di pasaraya, shopping mall, atau di platform shopping yang berbeza, kali ini setelah anda mengetahui tentang kewujudan PG Mall, anda hanya perlu tukar tempat shopping.

 

Kalau rasa belum yakin nak membeli belah di PG Mall, saya boleh sarankan untuk anda mula membeli item yang murah-murah sahaja dulu. Nanti bila rasa dah yakin dan mula rasa selesa dengan platform ini, bolehlah beli benda lain yang lebih mahal.

 

i. Program Affiliate PG Mall

Program affiliate atau referral program yang dikendalikan oleh PG Mall dinamakan dengan istilah ConsuMerchant. Perkataan consumerchant ini merupakan gabungan dua perkataan iaitu consumer dan juga merchant.

Pihak PG Mall menggunakan konsep perkongsian keuntungan (profit-sharing) kepada para pelanggan yang sudi untuk berbelanja di PG Mall. Bukan itu sahaja, jika ada pelanggan PG Mall yang sudi untuk mempromosikan platform PG Mall dengan merekemen platform ini kepada kenalan, pelanggan itu tadi juga akan menerima ganjaran tambahan yang diberikan oleh PG Mall sebagai tanda terima kasih kerana membawa masuk pelanggan baru.

 

Pelanggan baru, bermaksud bisnes baru. Lebih banyak pelanggan, lebih banyak bisnes maka platform akan makin berkembang.

 

Sebagai pelanggan di PG Mall, anda bukan sahaja akan dianggap sebagai pelanggan biasa, sebaliknya anda juga adalah seorang partner dalam perniagaan PG Mall.

 

PG Mall menghargai usaha anda bercerita dan mengajak orang lain untuk turut berbelanja di PG Mall menerusi program referral yang mereka anjurkan.

 

Sebenarnya kalau diikutkan kita memang selalu lakukan kerja-kerja pemasaran sama ada secara kita sedar ataupun tidak. Misalnya, kita beli barang secara online, kemudian kita tangkap gambar produk tersebut dan kita letak caption seperti

“Alhamdulillah, barang yang dinanti-nanti dah selamat sampai…”

 

Kemudian ada pula kawan kita yang tanya soalan-soalan seperti

“Beli kat mana? Berapa harga? Boleh dapat diskaun ke?”

 

Lalu kita pun jawab, yang kita beli di laman web sekian sekian.

 

Kalau kawan kita tu betul-betul minat dengan produk yang kita beli, dia pun akan ikut beli juga. Tapi persoalannya, apa yang kita akan dapat lepas tu?

 

Kita telah reccomend kawan kita untuk beli diplatform yang sama yang kita beli barang, dari seller yang sama kita beli, dan platform tersebut berjaya dapat jualan. Ya, sudah tentu platform tersebut akan dapat untung.

 

Apa yang kita dapat? Adakah kita akan dapat sebahagian atau sedikit dari keuntungan hasil pembelian kawan kita tu? Jangan harap.

 

Bukan sahaja kita tak akan dapat sedikit perkongsian keuntungan, malahan ucapan terima kasih pun belum tentu kita akan terima.

 

Berbeza dengan PG Mall, jika kita menyertai program referral yang mereka anjurkan, dan kita mula rekemen orang lain untuk jadi pelanggan PG Mall, kita akan dapat sedikit perkongsian keuntungan, hasil daripada pembelian yang dilakukan oleh orang yang kita ajak untuk jadi pelanggan PG Mall.

 

Bagaimana cara nak daftar jadi salah seorang ejen PG Mall?

Senang sahaja.

 

Sila ke halaman ini dan buat pendaftaran.

 

Jika anda membaca posting ini melalui laptop atau komputer, anda akan terus dibawa ke halaman PG Mall. Seterusnya anda hanya perlu klik pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak berwarna biru seperti dibawah.

 

Selepas anda klik pada ikon tersebut, akan ada dua pilihan untuk anda, sama ada Login ataupun Sign Up. Buat pelanggan baru yang tak pernah ada akaun dengan PG Mall, pilih tab Sign Up.

Borang pendaftaran seperti pada paparan diatas ini akan kelihatan. Anda hanya perlu isikan sahaja borang tersebut dengan selengkapnya.

 

Jika anda menekan klik pada pautan ini menerusi smartphone, anda akan terus dibawa ke halaman Playstore ataupun Appstore. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya ialah muat turun apps PG Mall dari situ dan buat pendaftaran.

 

Setelah pendaftaran anda siap, anda akan jadi pelanggan PG Mall dan pada masa yang sama layak untuk menyertai program ConsuMerchant PG Mall.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan apabila anda tekan butang profile.

Pilih Business Center untuk melihat perkembangan dan prestasi anda. Disini juga adalah tempat untuk anda dapatkan link referral milik anda.

 

Klik pada bahagian Expand Your Empire.

Kemudian klik pada copy link.

 

Contoh link milik saya adalah seperti berikut

https://pgmall.my/register?referralPgCode=mohamadsabree@gmail.com

 

Link tersebut yang anda perlu promosikan dan ajak kenalan anda atau sesiapa sahaja untuk daftar akaun PG Mall melalui link anda.

 

Kalau anda menggunakan smartphone, cara untuk dapatkan referral link adalah lebih mudah. Lihat pada screenshot dibawah.

Hanya perlu klik pada bahagian Invite Your Friends dan dekat situ anda boleh dapatkan link referral milik anda.

 

Potensi pendapatan apabila mempromosikan platform PG Mall

Setakat ini saya dah cerita mengenai cara nak daftar program consumerchant PG Mall dan juga cara untuk dapatkan link affiliate. Seterusnya saya nak sentuh sedikit mengenai potensi pendapatan yang boleh kita perolehi melalui program ini.

 

Daripada pembacaan yang saya lakukan, buat masa ini memang sudah ada individu yang berjaya hasilkan income yang sangat lumayan menerusi program referral PG Mall. Ini buktinya.

Income dari PG Mall yang beliau perolehi ini sudah tentu berkali ganda lebih besar berbanding income dari Lazada yang biasa saya terima.

 

Walaupun peratus komisen yang ditawarkan tidaklah begitu besar, iaitu sekitar (0.5% – 2.0%) namun rupa-rupanya jika kita konsisten mempromosikan platform PG Mall, kita berupaya untuk hasilkan pendapatan sehingga belasan ribu ringgit!

 

Apa yang membuatkan program affiliate PG Mall berbeza berbanding lain-lain platform e-commerce?

Dekat sini saya nampak ada beberapa point yang membuatkan program affiliate PG Mall ini sedikit berbeza dan agak unik.

 

i. Terdapat ranking berbeza untuk setiap shopper

Bermula dengan level Shopper biasa, kemudian boleh naik kepada Super Shopper, Premium Shopper dan akhir sekali Elite Shopper. Apa yang membezakan antara setiap kategori shopper ini?

 

Jawapannya adalah pada diagram dibawah ini.

Ketika anda berada pada ranking seorang shopper, anda akan menerima cash back sebanyak 0.5% bagi setiap pembelian yang anda lakukan di portal PG Mall. Ya, untuk pembelian peribadi akan dapat cash back.

 

Katakanlah anda beli barang berharga RM100 di PG Mall, nanti pihak PG Mall akan bagi anda cash back sebanyak RM0.50 atau bersamaan dengan 0.5%

 

Andai kata anda ada ajak orang lain untuk jadi pelanggan PG Mall, anda juga akan dapat cash back sebanyak 0.5% dari pembelian yang dilakukan oleh orang yang anda ajak tu tadi.

 

Ada syarat untuk anda naik, dari ranking seorang shopper kepada ranking seterusnya. Syarat tersebut ialah, anda perlu perkenalkan PG Mall kepada lebih ramai pelanggan dan jumlah jualan dalam kumpulan anda perlu capai target tertentu. Maklumat lanjut ada di halaman PG Mall.

 

Sengaja saya tak kongsikan disini, sebabnya ia mungkin akan berubah mengikut kesesuaian dan promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat.

 

ii. Forever Cash Back

Kalau dalam program affiliate lain, komisen anda dikenali sebagai … komisen.

 

Tapi di PG Mall, konsep yang digunapakai adalah cash back, dan uniknya di PG Mall menggunakan konsep forever cash back.

Sekali kita bawa masuk orang tu sebagai pelanggan PG Mall, sampai bila-bila kita akan dapat cash back dari pembelian orang yang kita perkenalkan dengan platform PG Mall.

 

Kalau lain-lain program affiliate, pelanggan tersebut wajib klik link affiliate kita dulu sebelum melayakkan kita untuk terima komisen. Namun dengan PG Mall, cukup sekali kita daftarkan dia, kita sudah layak untuk terima cash back dari dia sampai bila-bila.

 

iii. Komisen sehingga tiga level kebawah

Satu lagi ciri yang saya anggap sangat bagus adalah komisen yang ditawarkan adalah sehingga tiga level kebawah. Konsepnya hampir sama seperti program Multi Level Marketing atau Network Marketing, namun ini bukannya MLM, sebaliknya ini hanya program referral yang biasa.

 

Persamaannya hanyalah dari segi tingkat komisen yang sehingga 3 level kebawah.

 

Namun jika anda ingin jalankan bisnes mengikut kaedah bisnes MLM, dan jika ia lebih berkesan buat anda, apa salahnya untuk cuba. Pada peringkat permulaan, ketika anda baru bermula mungkin pendapatan anda sangat sedikit.

 

Tapi janganlah putus asa, sebabnya bila anda sudah mula ada pelanggan di level 1, dan kemudian pelanggan ini juga aktif membuat kerja promosi seperti anda, waktu tu anda boleh lihat income anda di PG Mall akan meningkat dengan berkali ganda. Masa tu, kalau anda dah tak buat kerja promosi pun tak ada masalah, sebab income anda di PG Mall dah boleh bergerak dengan sendirinya.

 

Ini betul-betul pasif income.

 

(2) Program dropship PG Mall

Para peminat bisnes dropship, disini ada berita baik untuk anda. Pihak PG Mall juga mengalu-alukan anda semua untuk menggunakan platform PG Mall ini sebagai salah satu supplier untuk bisnes dropship anda.

 

Sekiranya anda menjalankan bisnes online, menggunakan kaedah dropship, bolehlah pertimbangkan untuk memilih mana-mana seller yang ada di platform ini sebagai pembekal anda.

Anda hanya perlu muat turun gambar-gambar produk yang ada di PG Mall atau anda guna gambar anda sendiri. Kemudian, bila ada tempahan dari pelanggan, anda buat tempahan di PG Mall.

 

Seterusnya PG Mall akan uruskan hal penghantaran mengikut maklumat pelanggan yang anda berikan. Dengan cara ini, anda akan dapat untung dropship dan juga untung cash back.

 

Sebagai contoh, anda ada mempromosikan supplement jenama Blackmores Vitamin B + Vitamin C 30 tablets ini.

Harga dekat PG Mall ialah RM19.85 dan mungkin anda nak mark up kepada RM21 supaya ada untung sedikit. Kemudian anda jual kepada pelanggan anda dengan harga RM21 + caj penghantaran.

 

Tempahan semua dibuat di PG Mall sahaja. Mudah sahaja.

 

(3) Jadi penjual di PG Mall

Ini merupakan cara ketiga untuk buat duit di PG Mall. Ya, jadi seller disini.

 

Kalau sebelum ini anda sudah pernah menjual sama ada di Shopee, Lazada, mudah.my ataupun lain-lain online platform, kali ini apa kata anda buka juga cawangan baru, iaitu di PG Mall.

 

Hari demi hari pengguna platform ini makin bertambah, dan dari segi jumlah trafik juga akan makin meningkat. Saya percaya, di masa akan datang, jumlah individu (seperti saya) yang akan mula memperkenal dan mempromosikan platform ini juga akan makin bertambah.

 

(4) Acara Shake The World

Melalui apps PGMall yang anda install di smartphone, anda boleh sertai satu acara yang dikenali dengan nama Shake The World. Pada setiap hari semua orang boleh ikuti acara ini sebanyak dua kali.

Sekali diwaktu pagi dan sekali pada waktu malam.

 

Untuk makluman anda, PG Group ini mempunyai sistem e-wallet mereka sendiri yang dikenali dengan nama C-Wallet.

 

Melalui acara Shake The World ini, anda juga boleh menghasilkan income dengan PG Mall. Ini antara yang saya telah hasilkan.

Ada hari yang saya terima RM0.10

 

Ada hari lain saya dapat RM0.30

Pernah juga saya tak dapat sebarang duit, tapi dapat voucher potongan harga untuk beli produk yang dijual di PG Mall.

 

 

Duit-duit yang diperolehi melalui Shake The World akan dimasukkan dalam akaun C-Wallet dan kita boleh gunakan duit tu untuk beli barang di PG Mall. Kalau rajin kumpul, satu hari nanti bolehlah beli produk di PG Mall tanpa perlu bayar apa-apa.

 

v. Sertai acara Whats in the Box PG Mall

Ini merupakan satu lagi cara yang sangat senang untuk buat duit dengan PG Mall. Melalui acara ini, anda berpeluang untuk buat duit dengan mudah melalui PG Mall setiap hari, sama seperti acara shake the world.

 

Apa bezanya? Apa yang membezakan antara Shake the World dengan Whats in the box ini ialah cara untuk anda sertai acara ini.

 

Shake the world disertai melalui apps PG Mall. Anda perlu buka apps PG Mall dan pilih icon gambar bumi dan mula menggoncang phone anda.

 

Manakala acara Whats in the box ini, hanya boleh disertai melalui browser internet. Kalau anda menggunakan laptop atau komputer, anda perlu layari laman web PG Mall, di alamat url https://pgmall.my dan cari icon kotak seperti dibawah ini.

Klik pada gambar kotak seperti diatas dan anda akan dibawa ke halaman berikut.

Nampak kan butang Click here to open box seperti pada screenshot diatas tu kan?

 

Klik je disitu, dan tunggu beberapa saat. Anda akan tahu, apa yang anda bakal menangi. Sama ada anda menerima duit ataupun akan dapat voucher.

 

Ini contoh paparan yang bakal anda lihat, sekiranya anda berjaya dapat duit dari PG Mall.

Saya berjaya dapat RM0.10 dan duit tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun C-Wallet.

 

Sama macam shake the world, benda ini kena buat setiap hari, dan ya, kena rajin. Kumpul la duit tu, dan mana tahu, jika anda buat benda ini setiap hari, nanti anda boleh gunakan duit percuma yang anda perolehi ini nanti untuk beli emas di PG Mall tanpa perlu menggunakan duit anda sendiri.

 

Apa bukti benda ini boleh buat duit?

Saya baru join program ini sejak bulan Januari yang lepas. Saya buat secara santai dan buat masa ini, income saya masih belum betul-betul lumayan lagi. Tapi saya percaya, program ini jika dibuat secara berterusan, satu hari nanti pasti akan memberikan pendapatan yang menakjubkan.

 

Sama seperti yang saya kongsikan di awal-awal tadi. Itu pun sebenarnya adalah hasil kerja beberapa tahun, baru boleh dapat pendapatan yang sedemikian.

 

Baik ini pendapatan yang saya dah hasilkan setakat ini.

Lihat bahagian yang saya tandakan dengan kotak yang berwarna merah. Itu merupakan insentif yang saya terima dari PG Mall melalui konsep consumerchant. Kalau nak dapat bayaran yang lebih tinggi, saya perlu

i. Ajak lebih ramai orang untuk join PG Mall

ii. Galakkan orang yang saya ajak tu untuk berbelanja di PG Mall

 

Kalau yang RM0.10 tu semua saya dapat melalui acara Shake the World dan juga Whats in the Box. Kumpul setiap hari, lama-kelamaan jadi banyak.

 

Apakah produk yang boleh dibeli melalui platform PG Mall?

Ada banyak produk yang boleh dibeli melalui PG Mall. Terlalu banyak, cuma jumlahnya buat masa ini masih lagi tak sebanyak jumlah produk yang ada dijual di Lazada mahupun di Shopee.

 

Pada awalnya, platform ini lebih popular dalam kalangan pelabur dan penyimpan emas yang membeli emas melalui Public Gold. Ada banyak produk-produk keluaran Public Gold dan juga entiti-entiti lain dibawah Public Group yang kita boleh perolehi melalui PG Mall.

 

Namun kini PG Mall mula berevolusi dan berkembang kepada sebuah sistem marketplace yang menjual pelbagai jenis produk. Anda boleh layari sendiri laman web PG Mall dan lihat apakah produk-produk yang boleh dibeli.

 

Dekat sini saya nak kongsikan beberapa produk yang ada di PG Mall.

 

i. Produk keluaran Nestle

Nestle adalah antara jenama yang terdapat di PG Mall. Selain Nestle, ada banyak lagi jenama terkenal yang sudah berada di PG Mall. Kalau sebelum ini, anda merupakan pengguna bagi jenama ini, apa kata selepas ini anda tukar tempat membeli.

 

Kalau sebelum ini, beli maggi dekat pasaraya, kali ini apa salahnya beli dekat PG Mall.

 

ii. Makanan tambahan keluaran Blackmores

Jenama Blackmores ini adalah salah satu jenama yang popular dan banyak dijual di pasaraya dan farmasi.

Kalau pergi ke farmasi, watson, atau guardian anda boleh lihat jenama ini.

 

iii. Buku dan bahan bacaan

Saya dapati buku-buku yang dijual di platform ini masih tak begitu banyak.

Buku-buku hasil terbitan syarikat PTS misalnya masih agak kurang. Jika anda merupakan seorang usahawan buku, bolehlah jadi yang terawal untuk menjual buku di platform ini.

 

Jika anda minat nak jual buku, tapi tak tahu kat mana nak dapatkan stok buku, boleh sertai program dropship PTS Bookcafe. Saya pernah tulis mengenai peluang jadi usahawan buku sebelum ini disini.

 

Akhir kata

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini, ada ketikanya kita tak sepatutnya terlalu memilih apabila dihidangkan dengan peluang untuk jana pendapatan, terutama sekali kalau peluang yang diberikan itu adalah peluang yang memang betul-betul boleh dipercayai.

 

PG Mall adalah salah satu platform e-commerce yang menawarkan peluang untuk anda jana pendapatan. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk anda mula mengorak langkah dalam bisnes ini.

 

Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat di halaman ini.

 

Sudah ada bukti jelas dan telah muncul individu yang berjaya buat duit menerusi PG Mall. Anda juga boleh jadi individu seterusnya, asalkan anda sanggup meluangkan masa untuk lakukan kerja-kerja promosi dan pemasaran.

 

Jika anda tak biasa membeli belah di laman web e-commerce, boleh baca tutorial membeli belah di laman web PG Mall disini.

 

 

Exit mobile version