Blog Sabree Hussin

Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe

Semasa saya sedang asyik membaca status update kenalan saya di facebook, pandangan saya tertumpu pada satu iklan dari pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd yang agak menarik perhatian saya.

 

Iklan yang saya maksudkan adalah iklan mengenai peluang untuk bina pendapatan sampingan sebagai ejen dropship yang mempromosikan dan menjual buku-buku yang diterbitkan oleh pihak PTS Bookcafe.

Bagi mereka yang minat membaca, sukakan buku, dan ada rasa keinginan nak mencuba bina perniagaan berdasarkan kepada minat kepada buku yang ada pada diri anda tu, mungkin bolehlah pertimbangkan untuk sertai program dropship ini.

 

Saya menjangkakan, tawaran sebagai ejen dropship ini tidak akan dibuka selama-lamanya. Sampai satu masa, pihak syarikat pasti akan menutup pendaftaran dan hanya mereka yang sempat daftar sebagai ejen dalam tempoh masa tertentu sahaja yang akan layak meneruskan program ini.

 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekiranya anda berminat menyertai program ini, ada bayaran yuran yang perlu dijelaskan. Tapi tak perlu bimbang, sebabnya bayarannya sangatlah minima. Saya percaya buat anda yang mungkin minat nak join program ini, pasti mampu untuk menyediakan bayaran tersebut.

 

Setakat ini, ada dua pakej yang ditawarkan. Maklumat adalah seperti pada screenshot dibawah.

Pakej Basic bayarannya adalah RM20 manakala kalau pilih Pakej Advance, kita cuma perlu tambah RM10 sahaja lagi. Saya syorkan anda pilih pakej advance untuk lebih manfaat yang ditawarkan oleh syarikat.

 

Untuk buat pendaftaran sebagai ejen dropship, boleh terus ke halaman ini.

 

Saya yakin, anda pasti tidak akan menyesal menyertai program dropship ini sebabnya pihak PTS Bookcafe ini menyediakan banyak judul buku yang anda boleh promosikan.

 

Saya tertarik dengan sistem dropship yang disediakan oleh pihak syarikat kepada para ejennya. Sistem yang disediakan memang sangat teratur, dan kita sebagai ejen dropship boleh lihat sendiri, berapakah stok buku yang masih berbaki sebelum kita nak mula mempromosikan sesuatu buku.

 

Mari saya tunjukkan contoh sistem yang anda bakal perolehi setelah daftar sebagai ejen dropship nanti.

 

Dalam contoh ini, saya akan gunakan contoh produk yang dijual oleh pihak PTS iaitu Tafsir Al Azhar Set Lengkap 30 juzuk.

Menerusi sistem ejen yang kita perolehi tu, kita boleh mengetahui maklumat berikut tanpa perlu susah payah nak bertanya kepada pihak penyedia program dropship.

 

Kita boleh tahu,

(1) Berapa stok produk yang masih tinggal (12 unit)

(2) Berapa jumlah berat bagi menentukan kos penghantaran yang perlu dikenakan kepada pembeli (13.71KG)

(3) Berapa harga pasaran untuk produk ini. (Jawapannya RM750.00)

 

Sistem yang sangat bagus seperti ini memudahkan kita sebagai ejen dan juga kepada penyedia program. Saya tahu, ada banyak juga program dropship diluar sana yang mana penganjurnya tak mampu nak sediakan sistem seumpama ini. Mungkin sebab tak nampak keperluan, ataupun mungkin sebab tiada kepakaran.

 

Sebenarnya kalau tak ada kepakaran, benda ni boleh outsource kepada programmer atau web developer untuk bantu. Programmer seperti Kedai Onlinez juga boleh bantu anda untuk sediakan sistem seumpama ini. Anda hanya perlu sediakan bajet sahaja.

 

Ok sambung mengenai program dropship Bookcafe ini. Apabila kita sebagai ejen, dibekalkan dengan sistem seumpama ini, ia memudahkan kita untuk membuat kerja-kerja jualan dan promosi. Kita tak perlu nak terlalu bergantung kepada penyedia program, semata-mata untuk cek stok.

 

Dalam situasi buku koleksi tafsir Al Azhar ni, kita sedia maklum, stoknya hanya ada 12 unit sahaja, jadi berpada-padalah dalam kerja pemasaran. Melainkan kalau stok ada beribu-ribu lagi.

 

Sesetengah pengendali program dropship, sudahlah tak menyediakan sistem yang profesional, malahan pada masa yang sama, lambat menjawab pertanyaan bila kita tanya pasal stok. Ini sangat menyusahkan dan kita sebagai ejen dropship, ada kemungkinan untuk kehilangan sales sebab lambat menjawab pertanyaan dari bakal pelanggan.

 

Sistem tempahan juga sangat senang digunakan.

 

Kita hanya perlu buat pembelian seperti kita yang nak beli produk ini, dan untuk alamat penghantaran, kita hanya perlu masukkan alamat pelanggan kita. Seterusnya buat bayaran. Pihak Bookcafe akan uruskan dari segi pembungkusan dan juga penghantaran produk.

 

Dibawah ini adalah penerangan dalam bentuk bergambar bagi program dropship.

Mungkin anda rasa… erm… nantilah dulu. Nak tengok-tengok dulu, apa istimewanya kalau join sebagai ejen dropship. Anda mungkin nak tengok-tengok dulu, senarai buku yang boleh dipromosikan kelak apabila join program dropship ini.

 

Untuk itu, anda boleh terus ke halaman berikut >> https://bco.com.my

 

Bagi mereka yang belum menjadi ahli, atau ejen dropship, anda hanya akan dapat lihat harga pasaran atau harga biasa sahaja. Ini contohnya

Lihat pada paparan diatas. Kalau anda belum jadi ejen, harga yang anda bakal lihat ialah harga biasa, iaitu RM750. Anda juga boleh terus buat pembelian, cuma harganya agak mahal.

 

Bandingkan dengan harga ejen, iaitu RM525 sahaja. Anda boleh jimat RM225 atau buat untung RM225 jika berjaya jual dengan harga pasaran seperti yang dicadangkan.

 

Jadi, berbaloi ke tidak daftar jadi ejen dropship ni? Kalau anda rasa berbaloi dan nampak potensi, daftar je terus disini. Kalau tak berjaya jual buku sekalipun, at least anda boleh beli buku untuk kegunaan sendiri dan famili dengan harga diskaun. In Shaa Allah pasti ada kegunaan nanti dimasa akan datang.

 

Sebelum ini saya lebih aktif mempromosikan produk-produk keluaran PTS Bookcafe sebagai ejen affiliate. Kemudian pada satu hari, saya dapati pihak Bookcafe membuat perubahan pada program affiliate dan menangguhkan program ini kepada satu masa yang akan diberitahu kelak. Saya juga kurang pasti, sampai bila agaknya.

 

Saya rasa agak frust juga, maklumlah salah satu sumber komisen saya adalah dari program Bookcafe. Saya juga beberapa kali menulis review buku dalam blog saya, dan mempromosikan buku-buku keluaran mereka.

 

Tapi walaupun mereka tangguhkan dulu program affiliate, saya masih lagi dapat mempromosikan produk mereka melalui Lazada dan juga Shopee.

 

Bookcafe juga ada membuka kedai online di platform Lazada dan Shopee.

Ini kedai online yang Bookcafe buka melalui platform Lazada. Boleh klik pada pautan ini.

Manakala dibawah ini pula adalah kedai online yang bookcafe buka menerusi platform Shopee.

Syarikat buku yang besar seperti Bookcafe ini juga mempelbagaikan channel untuk tujuan mendapatkan jualan. Ini satu contoh baik yang pada saya patut kita tiru!

 

Secara peribadi saya sebenarnya lebih suka untuk buat duit sebagai ejen affiliate berbanding sebagai ejen dropship. Pada saya, jadi ejen affiliate ini lebih mudah dan lebih fleksibel. Saya hanya perlu hasilkan beberapa artikel promosi, dan seterusnya saya cuma perlu tunggu sahaja sales berlaku dengan sendirinya.

 

Cukup haribulan, tunggu sahaja pihak bookcafe ini buat bayaran komisen. Tapi itu saya cerita pasal diri saya sendiri. Saya tak kata yang program dropship ini tak bagus. Ia juga bagus. Kalau anda minat, patut ambillah peluang ini untuk jadi ejen ya. Peluang seperti ini agak jarang dibuka.

 

Saya nak sambung sikit lagi perkara yang agak teknikal mengenai program dropship buku dari Bookcafe ini. Kali ini saya nak sentuh mengenai caj penghantaran.

 

Wajar ataupun tidak, kita berikan penghantaran percuma kepada pelanggan yang beli buku dari kita? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu rujuk kepada jadual caj penghantaran yang dibekalkan oleh pihak syarikat.

 

Bagi produk seperti buku, lagi banyak jumlah buku yang dibeli, maka makin berat buku tersebut. Ini akan membuatkan kos penghantaran akan jadi semakin mahal.

 

Sekali lagi saya ambil contoh, set lengkap Tafsir Al Azhar, yang beratnya 13.71KG. Berikut adalah caj penghantaran yang bakal dikenakan kepada anda.

Ninja Van – RM19

J&T – RM19

KTMD – RM15

Pos Laju Sabah/Sarawak – RM137 (WOW sangat MAHAL)

 

Jika dengan menyerap kos penghantaran, menjadikan produk tersebut tiada untung, saya rasa lebih baik anda buat pendekatan seperti serap separuh sahaja kos penghantaran, ataupun ikut sahaja kebiasaan, iaitu anda beritahu secara jelas kepada pelanggan bahawa mereka kena bayar caj penghantaran.

 

Sesetengah pelanggan memang tak suka apabila kena bayar caj penghantaran. Tapi kalau kita fikir secara logik, kalau kita beli sendiri buku dekat kedai buku, kita tetap akan perlu bayar kos-kos sampingan.

 

Antara kos sampingan yang boleh muncul ialah seperti

(1) Petrol

(2) Tol

(3) Parking

(4) Kos untuk makan kalau tiba-tiba rasa lapar masa shopping

(5) Kos luar jangka seperti shopping benda lain yang tak perlu

 

Kesemua ini, jika dicampurkan, ia mungkin lebih mahal berbanding dengan kos RM19 untuk penghantaran. (ini dengan andaian pelanggan tadi beli buku seberat 13KG. Kalau setakat 1kg, cajnya hanya RM7 sahaja)

 

Bagaimana cara menghasilkan jualan apabila menyertai program dropship buku?

Sebagai ejen dropship, tugas kita sebenarnya tidaklah begitu sukar. Kita hanya perlu fokuskan kepada kerja-kerja pemasaran dan tempahan sahaja.

 

Apabila ada pelanggan yang minat untuk membuat belian, kita perlu bersedia untuk menerima bayaran dari pelanggan tersebut dan terus buat tempahan dilaman web Bookcafe menggunakan harga ejen. Perbezaan harga itu nanti adalah keuntungan yang bakal kita simpan.

 

Saya akan sentuh sedikit mengenai strategi untuk hasilkan jualan disini. Ada beberapa kaedah yang saya boleh syorkan, antaranya ialah

 

Menggunakan laman blog peribadi

Strategi yang sesuai digunakan jika menggunakan blog peribadi adalah dengan menghasilkan artikel review. Ya, ini bermakna, anda perlu baca buku yang hendak dipromosikan tersebut. Selepas dah habis baca, barulah senang nak hasilkan artikel jenis review.

 

Kalau anda memang minat buku, saya rasa ini bukan satu masalah yang besar, untuk baca buku. Untung orang yang suka baca buku ni. Boleh dapat ilmu baru, dan boleh dapat idea macam mana nak hasilkan review yang lebih berkesan.

 

Kemudian apabila ada pembaca yang membaca review yang anda hasilkan dan minat untuk beli, dia boleh terus hubungi anda untuk buat tempahan.

 

Menggunakan akaun sosial media

Strategi yang lebih kurang sama dengan strategi menggunakan blog boleh digunapakai untuk kempen disosial media. Anda kongsikan review dan komen anda mengenai konten buku yang hendak anda dapatkan jualan.

 

Satu yang bagus dengan pemasaran di social media ialah, anda mampu untuk dapatkan perhatian dari bakal pelanggan anda dengan pantas. Ya, anda perlu alert dengan peristiwa dan isu yang sedang viral.

 

Andai kata pada satu-satu masa, isu mengenai perebutan harta pusaka sedang hangat diperkatakan, anda boleh gunakan peluang ini untuk mempromosikan buku berkaitan dengan faraid.

Kalau dari hasil review yang anda buat tu, ada 10 ribu orang yang baca, tak kan tak ada seorang pun yang akan beli buku ini dari anda? Lagipun bukan mahal sangat pun harga buku ini. Setakat RM18 – RM30 sahaja.

 

Buat jualan melalui Shopee

Berita baik untuk anda, anda juga dibenarkan untuk menggunakan Shopee untuk dapatkan jualan. Pihak PTS tidak melarang anda untuk buat jualan menggunakan Shopee.

Cuma ada beberapa buku yang pihak PTS sarankan untuk anda tidak menggunakan Shopee. Buku yang dimaksudkan adalah buku-buku yang tidak mempunyai stok yang banyak.

 

Kalau anda sudah mempunyai Shopee Store anda sendiri, boleh tambahkan list barang yang dijual dengan memasukkan buku-buku yang ditawarkan melalui program dropship ini.

 

Tapi kalau anda belum ada shopee store anda sendiri, boleh daftar sekarang dengan mengikuti panduan yang ada disini.

 

Sebaik-baiknya, janganlah hadkan medium atau platform jualan anda. Luaskan lagi platform jualan supaya anda dapat peluang yang lebih besar untuk dapatkan lebih ramai pelanggan yang membeli buku-buku anda.

 

Laman web e-commerce

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah memiliki laman web ecommerce anda sendiri. Apa kata anda tambahkan juga kategori baru di laman web ecommerce milik anda, iaitu kategori buku.

 

Itupun kalau sesuai. Kalau kurang sesuai, saya kira lebih baik anda kekalkan kepada konsep bisnes ecommerce sedia ada anda.

 

Baiklah, saya harap peluang yang jarang ada seperti ini, anda dapat ambil dan boleh dapat manfaat darinya. Saya juga sebenarnya dah join sebagai ejen, cuma belum pernah buat sales lagi.

 

Saya pun tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk buat jualan. Sebaliknya saya berpandangan, satu hari nanti saya akan beli buku-buku yang dijual disini untuk kegunaan sendiri. Selepas itu saya akan buat review, dan kalau dari review yang saya buat tu nanti, ada yang minat nak beli, saya akan belikan untuk mereka.

 

Dari situ bolehlah dapat sedikit keuntungan.

Oleh yang demikian, kalau anda rasa minat nak jadi ejen seperti saya, bolehlah daftar di halaman berikut ya.

 

 

Exit mobile version