Blog Sabree Hussin

Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku

Akhirnya… program affiliate untuk para pencinta buku-buku telahpun dilancarkan di Malaysia! Ok mungkin cuma saya seorang sahaja yang lambat tahu tentang ini.

 

Saya perkenalkan, laman web bookcafe.com.my

Laman web ini memang tak asing lagi buat para pencinta buku. In fact, laman web ini pun sebenarnya telahpun beroperasi sejak tahun 2007 lagi. Pada awal-awal operasi laman web ini dulu, program affiliate masih belum ditawarkan. MUNGKIN… pada waktu tu pihak pengurusan masih belum lagi temui teknologi untuk mengintegrasi program affiliate dalam kempen jualan buku-buku di laman web mereka.

 

Tetapi sekarang nampaknya teknologi tersebut telahpun ditemui. Yeeha! (sila sebut dengan penuh rasa teruja)

 

Layari laman web bookcafe.com.my kemudian anda scroll down untuk melihat pautan ke page pendaftaran program affiliate.

Lihat pada bahagian yang telah saya tandakan pada screenshot diatas. Klik pada program affiliate. Dan seterusnya anda akan dibawa ke halaman untuk anda lakukan pendaftaran sebagai ejen affiliate.

 

Klik pada signup Now untuk dapatkan akaun anda.

 

“Bagaimana program affiliate bookcafe beroperasi?”

Tak jauh beza dengan lain-lain program affiliate yang terdapat diluar sana. Anda akan dibekalkan dengan link affiliate dan bahan promosi untuk membantu anda mempromosikan produk-produk yang dijual dilaman web bookcafe,  dan apabila terdapat jualan menerusi link affiliate yang anda promosikan, anda akan dibayar komisyen.

 

Peratus komisyen pula adalah sekitar 5% – 7%. Standard percentage bagi program affiliate untuk produk fizikal.

 

Suatu situasi win win antara pemilik perniagaan (bookcafe), pelanggan dan juga ejen affiliate. Bookcafe dapat jual produknya, pelanggan dapat beli buku yang dimahukan, dan ejen affiliate macam saya pulak dapatlah peluang untuk buat duit dengan komisyen-komisyen affiliate.

 

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya dengan bookcafe antaranya

1. Tawaran diskaun

Harga buku-buku yang dijual dilaman web ini biasanya lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan dilain-lain tempat. Malahan untuk sesetengah buku, kalau kita beli kat kedai buku pun belum tentu boleh dapat harga serendah yang ditawarkan di laman web bookcafe.

 

2. Penghantaran percuma

Walaupun bukan untuk semua buku, tetapi pelanggan yang beli untuk satu jumlah yang agak besar akan layak penghantaran percuma. Anda kena semak sendiri di laman web bookcafe untuk tahu sama ada anda layak atau tidak untuk menerima servis penghantaran percuma.

 

3. Hadiah buku

Ada sebahagian tempahan yang akan diberikan hadiah percuma buku.

 

4. Buku yang rosak boleh diganti percuma

Terutama sekali kerosakkan yang berlaku semasa penghantaran. Jadi pelanggan tak perlu risau lagi tentang kualiti buku yang bakal perolehi.

 

Untuk pengetahuan anda, laman web bookcafe ni juga selalu buat promosi-promosi dan diskaun. Kena selalu semak untuk tahu apa promosi yang sedang dijalankan. Lagi banyak promosi dan tawaran diskaun, maknanya akan ada lagi banyak peluang untuk ejen affiliate buat duit dengan laman web ni!

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan laman web bookcafe!

 

 

Exit mobile version