Blog Sabree Hussin

Komisyen PERTAMA dari Program Affiliate Bookcafe.com.my

Alhamdulillah. Nampaknya beberapa kempen pemasaran yang saya lancarkan ada yang membuahkan hasil! Sekaligus, ini meningkatkan keyakinan saya untuk terus mempromosikan buku-buku yang dijual di laman web Bookcafe.

 

Anda masih belum pernah jadi ejen pemasaran untuk laman web bookcafe?

 

Saya rasa baik anda join, mula daftar sebagai ejen pemasaran (atau lebih dikenali sebagai ejen affiliate) dan mulakan kerja-kerja promosi. Buat secara part time sahaja pun tak ada masalah.

 

Kalau anda tak tau macam mana nak bermula… Tak ada masalah. Saya boleh bantu selesaikan masalah anda tu. Sebelum ni pun saya pernah hasilkan sebuah blogpost yang menceritakan bagaimana nak mula jadi ejen pemasaran bagi laman web Bookcafe ni.

Klik untuk baca: Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

 

Semua orang boleh sertai, dan In Shaa Allah, semua orang ada peluang untuk buat duit menerusi program ni. Tak kiralah sama ada anda adalah seorang student, suri rumah, ahli perniagaan, executive, pesara atau sesiapa sahaja, program ini pastinya sesuai untuk kalian.

 

Macam yang saya sebutkan sebelum ni, program ni boleh dijalankan sama ada secara full time ataupun secara part time. Tolonglah jangan kata anda tak ada masa, sebabnya itu hanya alasan semata-mata. Cari masa, dan selagi anda tak cari masa, selagi tu anda tak akan ada masa.

 

Komisyen pertama yang begitu penting!

Ya. Sangat penting sebenarnya. Sebab tu saya kongsikan dalam blog ni. Selain untuk memberi anda BUKTI bahawa dari program ni kita turut berupaya untuk buat duit, secara tak langsung juga ia sebenarnya bertindak sebagai pemangkin semangat untuk kita semua terus berusaha.

 

Never give up. Don’t you ever think about it! Nak berjaya, itu formula asasnya. Tak kisahlah walau apa pun jadi, mesti kena teruskan juga buat promosi. Ia bermula dengan transaksi yang pertama, kemudian akan dikuti dengan transaksi yang seterusnya.

Komisyen pertama yang saya terima dari Bookcafe adalah berjumlah RM1.35

 

Untuk pengetahuan anda, jumlah komisyen adalah sebanyak 5% daripada harga buku yang dijual. Jadi, kalau RM1.35 yang saya terima, saya anggarkan harga buku yang dibeli oleh pelanggan ini ialah dalam lingkungan RM27.

 

Apa bukunya? Saya tak tau.

Siapa pelanggannya? Saya tak ada maklumat itu.

Ke mana buku ini akan dihantar? Saya tak perlu tahu.

Adakah pelanggan berpuas hati dengan belian ini? Ini tugas bookcafe untuk memastikan pelanggan puas hati.

 

Inilah dia realiti program affiliate. Selaku ejen affiliate (ejen pemasaran), peranan saya adalah untuk bercerita, berkongsi dan memperkenalkan sesuatu produk kepada kelompok sasaran pelanggan. Seterusnya jika pelanggan berminat nak memiliki produk tersebut, urusan seterusnya akan diambil alih oleh pemilik produk. Apabila semuanya SELESAI… nah komisyen akan dibayar. Itu bahagian saya.

 

Ya… memang betul saya gembira sebab berjaya dapatkan sales. Namun selain dari itu, ada perkara lain yang buatkan saya lebih gembira.

 

Pertama, dengan berlakunya transaksi ini, saya tahu ada penulis buku yang bakal mendapat royalti hasil daripada kerja-kerja dan usaha penulisannya.

 

Kedua, dengan berlakunya pembelian ini, saya tahu akan ada pembaca baru yang akan bertambah ilmunya.

 

Ketiga, dengan terjadinya urusan jual beli ini, saya percaya platform bookcafe akan terus maju dan berdaya saing untuk beri yang terbaik kepada para pelanggannya. Ia akan jadi sebuah laman web yang terus perform dan tak akan ditutup untuk masa terdekat.

 

… dan bila ini semua berlaku, ia menambahkan keyakinan dan meningkatkan semangat saya untuk terus mempromosikan produk-produk mereka. Semua pihak dapat manfaat, dan semua orang untung.

 

Adakah rakyat Malaysia, rakyat yang suka membaca?

Membaca tu kan jambatan ILMU. Dah tentulah, untuk jadi masyarakat yang berilmu kena rajin membaca. Tak gitu? Dan dalam hal ini, sudah tentu untuk menjadi masyarakat yang berilmu, rakyat Malaysia tak ada pilihan lain selain daripada perlu suka membaca.

 

Satu perkara yang saya percaya.

 

“Jika anda kata yang anda tak suka membaca, sebenarnya anda masih belum jumpa buku dalam topik yang anda minat. Itu sahaja.”

 

Oh… tolonglah jangan suruh saya baca novel cintan cintun tentang Encik Sotong, Encik Perfect dan segala macam encik yang dijadikan judul novel. Secara automatik, saya akan gunakan alasan yang sama, iaitu “Saya tak suka baca buku.”

 

Hulurkan pada saya buku-buku tentang kewangan, pelaburan, hartanah, bisnes, sejarah, motivasi, agama, dan In Shaa Allah, saya pasti akan cari masa untuk baca dan enjoy buku-buku tersebut.

 

Ok… rasanya tak syok kalau cuma saya sendiri yang buat duit. Kalau boleh, saya nak semua orang pun boleh buat duit juga di internet. Jadi, jom daftar sebagai ejen pemasaran atau ejen affiliate bookcafe.

 

Daftar sekarang, dan mulakan promosi hari ni jugak.

 

 

 

 

 

Exit mobile version