Blog Sabree Hussin

Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

“Saya berminat nak buat duit dengan mempromosikan buku-buku yang dijual di laman web bookcafe secara online. Namun masalah saya ialah, saya tak tau macam mana nak mula promosi dan saya tak tau macam mana nak dapatkan link affiliate saya. Boleh tolong ajar saya?”

TAHNIAH! Anda berada di tempat yang betul. Anda memang cukup bertuah, sebabnya pada hari ni, saya nak kongsikan pada anda, cara-cara bagaimana nak mula mempromosikan produk-produk (buku-buku) yang dijual di laman web Bookcafe.

 

Bagi mereka yang memang dah cukup biasa dengan program-program affiliate, saya tak berapa galakkan anda baca post ni. Post ni saya hasilkan bertujuan untuk membantu mereka yang masih baru dalam bidang pemasaran produk affiliate ni. Namun, kalau anda nak baca juga… silakan. Jangan kata saya tak beri amaran 😀

 

Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita mula.

 

(1) Daftar sebagai ejen affiliate di laman web Bookcafe.com.my

Anda boleh klik sini untuk ke homepage laman web bookcafe ataupun sebagai alternatif anda boleh terus ke link pendaftaran menerusi pautan berikut

https://bookcafe.com.my/friends/index.php

 

Paparan seperti di atas akan kelihatan. Anda hanya perlu tekan klik pada butang Signup Now dan isikan borang pendaftaran dengan selengkapnya.

 

(2) Tunggu sehingga permohonan anda di sahkan

Pihak admin akan mengesahkan permohonan anda terlebih dahulu. Buat masa ni, anda perlu tunggu. Buat dulu benda lain sambil-sambil tunggu.

 

(3) Login ke member area atau dashboard affiliate

Kalau anda nak tau, macam ni la rupa member area atau affiliate panel kita nanti.

Kat sini anda boleh buat semakkan seperti berapa banyak transaksi yang pernah berlaku menerusi link affiliate anda. Berapa banyak sales, berapa banyak pelawat yang anda pernah refer untuk masuk ke laman web utama bookcafe, dan paling penting sekali, kat sini jugak anda boleh semak berapa banyak komisyen yang berjaya anda perolehi.

 

Sebagai contoh, untuk akaun diatas, jumlah komisyen setakat waktu catatan ini dihasilkan ialah sebanyak RM1.00

 

Yeay! Berjaya dah buat duit online. Ho ho sebenarnya setiap yang mendaftar sebagai ejen affiliate bookcafe akan menerima bonus penyertaan sebanyak RM1 setiap orang.

 

Lihat pada bahagian yang bertulis Standard Linking Code – Great For Use In Emails!”. Itulah dia link affiliate anda. Dalam contoh ni, link affiliate saya ialah (seperti yang anda boleh lihat dalam screenshot diatas) 

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254

(Angka 254 ialah tracking id saya. Anda akan dapat nombor yang berbeza dengan nombor saya)

 

Sekiranya anda tekan klik pada link tersebut, anda akan dibawa ke laman web utama Bookcafe, dan sekiranya anda melakukan sebarang pembelian dalam masa 30 hari untuk sebarang buku yang dijual di laman web tersebut, saya akan menerima komisyen sebanyak 5% daripada pembelian tersebut.

 

Jika pembelian anda adalah sebanyak RM200, dan 5% daripada itu adalah komisyen saya, maka saya akan menerima bayaran komisyen sebanyak RM10. Mudah sahaja.

 

(4) promosikan buku yang SPESIFIK di laman web Bookcafe

Kadang-kadang kita rasa tak syok la nak promosikan muka depan laman web bookcafe semata-mata. Kita nak promosikan buku tertentu secara spesifik.

 

Sebabnya? Mungkin kita baru sahaja habis baca buku tertentu, dan merancang untuk berkongsi keseronokkan tersebut dengan kenalan dan kawan-kawan kita. Jadi, bagaimana caranya?

 

Mudah sahaja. Anda hanya perlu buka laman web bookcafe, dan pilihlah mana-mana satu judul buku yang anda ingin promosikan. Dalam contoh ni, saya berkenan untuk promosikan buku berjudul Tora Datang Lagi.

Lihat pada anak panah. Sekarang copy keseluruhan link url buku ini. Lihat pada bahagian yang saya dah highlight dengan warna kuning.

 

Seterusnya, pergi ke member area dan cari perkataan Alternate Incoming Page Links seperti pada gambar dibawah. Klik disitu.

 

Paparan seperti dibawah pula yang akan kelihatan.

Bila dah berada di paparan seperti diatas ni, ada dua perkara penting yang anda perlu lakukan.

 

Pertama, masukkan link url buku yang anda nak promosikan. Kedua, tekan pada butang Create My Link. Dalam masa beberapa saat, link affiliate anda akan berjaya dibina untuk produk yang spesifik.

 

Scroll down dan lihat hasilnya. Ulang langkah yang sama untuk buku yang berbeza. Dalam contoh diatas, link affiliate saya ialah seperti berikut

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254&url=1683

 

Jika saya promosikan link tersebut dan ada pembelian, maka komisyen akan terhasil. Sebaliknya, jika saya promosikan link yang asal, iaitu

https://bookcafe.com.my/en/penerbit/dubook-press/tora-datang-lagi.html

 

Maka, jika berlaku 1,000 pembelian sekalipun, tiada komisyen affiliate yang akan direkodkan. Jadi, adalah amat penting untuk anda berhati-hati dan pastikan anda mengikuti langkah yang betul untuk mendapatkan link affiliate anda. Jika tidak, segala usaha promosi anda akan jadi sia-sia sahaja kalau tiada rekod komisyen yang dicatatkan.

 

Seterusnya, setelah anda memperolehi link affiliate anda sendiri, anda boleh mula mempromosikan buku-buku yang ada di laman web bookcafe ini.

 

Oh sebelum tu, memandangkan link affiliate yang dijana adalah terlalu panjang dan nampak hodoh, maka saya menggunakan servis yang disediakan di laman web bit.ly untuk memendekkan link affiliate saya supaya nampak lebih kemas.

 

Dari link asal yang panjang iaitu

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254&url=1683

 

Telahpun saya ringkaskan menggunakan laman web bit.ly menjadi

http://bit.ly/tora-datang-lagi

 

Sekarang nampak lebih kemas, kan? Baiklah, itu sahaja caranya. Anda ada sebarang pertanyaan dan juga soalan? Apa kata anda tinggalkan soalan tersebut dibahagian komen dibawah.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

 

Exit mobile version