Blog Sabree Hussin

Program Affiliate BukuOnline2U.com: Tambahkan pendapatan dengan buku!

Adakah anda berminat untuk menjadi usahawan buku, namun masih belum mempunyai modal yang cukup untuk memulakan perniagaan kedai buku anda tersebut? Jangan bunuh terus impian anda, sebabnya dengan menjadi JV Partner ataupun lebih dikenali sebagai Ejen Affiliate, anda berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menjadi seorang usahawan buku menerusi medium online sahaja.

 

Anda berminat nak tahu bagaimana caranya? Jom teruskan pembacaan.

 

(1) Laman web BukuOnline2U.com

Selain laman web Bookcafe.com.my, anda juga boleh mendaftar untuk menjadi ejen bagi laman web BukuOnline2U.com

 

Kadang-kadang, ada buku yang dijual di laman web bookcafe, tetapi tak dijual di laman web BukuOnline2U, manakala dari segi harga juga ada sedikit perbezaan. Dua buku yang sama, belum tentu dijual dengan harga yang sama jika kita bandingkan antara kedua-dua laman web ini. Jadi, buatlah perbandingan harga untuk mengetahui tawaran di laman web mana yang paling menguntungkan.

 

(2) Bagaimana cara untuk mendaftar sebagai ejen affiliate?

Di halaman depan ataupun homepage, anda boleh lihat perkataan Affiliate. Klik sahaja disitu, ataupun anda boleh juga tekan klik pada link dibawah

Klik: http://bukuonline2u.com/index.php?route=affiliate/login

 

Paparan seperti diatas akan kelihatan. Tekan butang continue untuk pendaftaran affiliate, manakala jika anda dah pernah mendaftar sebagai affiliate sebelum ni, isikan sahaja alamat emel dan juga password anda untuk login ke member area.

 

(3) Cara dapatkan link affiliate untuk produk yang ingin dipromosikan

Sekarang kita akan pergi ke bahagian yang lebih seronok. Jom kita mula promosikan produk yang dijual dilaman web ini. Langkah seterusnya adalah untuk dapatkan link affiliate untuk produk tersebut.

Klik pada bahagian Custom Affiliate Tracking Code seperti yang ditunjukkan pada anak panah diatas.

 

Dalam contoh ni, saya bercadang untuk mula mempromosikan buku berjudul #Jangan Kata Abang Tak Payung oleh Bahruddin Bekri.

Bahagian yang penting sekali ialah untuk anda lihat bagaimana cara ejaan untuk judul buku ini. Seterusnya, di member area tu tadi, anda tekan Custom Affiliate Tracking Code dan anda akan dibawa ke halaman seperti dibawah.

Pada bahagian Tracking Link Generator, anda masukkan sahaja keyword yang terdapat pada tajuk buku yang ingin dipromosikan. Memandangkan tajuk buku yang saya nak promosikan ialah #Jangan Kata Abang Tak Payung, maka saya masukkan sahaja keyword “jangan”. Hasilnya ada banyak pilihan tajuk buku yang akan dipaparkan.

 

Klik pada tajuk buku yang dikehendaki. Maka inilah hasilnya.

Link affiliate yang terjana akan dipaparkan di ruangan Tracking Link. Copy semua sekali link tersebut. Inilah dia link affiliate anda.

Link affiliate: http://bukuonline2u.com/index.php?route=product/product&product_id=3498&tracking=51c71278bd25b

 

Memandangkan link affiliate yang berjaya di generate ni agak panjang, maka saya cadangkan anda bolehlah gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web bit.ly untuk memperkemaskan link tersebut.

 

Saya dah pun menggunakan servis bit.ly dan hasilnya, link yang panjang tersebut telah pun saya ringkaskan menjadi

Link affiliate: http://bit.ly/jangan-kata-abang-tak-payung

 

Senang sahaja, kan? Baiklah, untuk langkah seterusnya boleh kita mula mempromosikan buku-buku yang tersenarai di laman web BukuOnline2U.com ini di mana-mana media yang kita miliki.

 

Baiklah, jika anda minat nak jadi ejen affiliate untuk laman web Bookcafe, anda boleh baca cara-caranya dengan menekan klik pada artikel saya yang sebelum ini.

Klik untuk baca: Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

 

Semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya menambahkan pendapatan anda.

 

Exit mobile version