Blog Sabree Hussin

Kisah buat duit dengan program affiliate bookcafe

Memang seronok bila cerita pasal buat duit. Tapi lebih seronok bila kita sendiri dapat buktikan, apa yang kita cerita tu bukannya setakat cerita kosong semata. Ianya memang benar-benar boleh menghasilkan duit, dan siapa-siapa yang ada keberanian untuk tiru apa yang saya ceritakan, In Shaa Allah dia pun layak dapat duit juga.

 

Antara yang kerap saya kongsikan dalam  blog ni ialah tentang program buat duit dengan bookcafe. Kalau ada yang masih belum tahu, laman web bookcafe ini sebenarnya ialah sebuah laman web yang menjual buku. Selain buku ada juga produk seperti CD dan DVD.

Ok tengok carta alir kat atas ni. Ini adalah penerangan yang super ringkas dan mudah untuk beri kita lebih kefahaman tentang bagaimana program affiliate bookcafe ini berfungsi.

 

(1) Promosi Link Affiliate (Fb, Blog, etc)

Sudah tentu mula-mula sekali kalau anda masih belum mendaftar untuk jadi ejen affiliate, anda kena daftar terlebih dahulu sebagai ejen. Kalau anda tak tau kat mana nak dapatkan link untuk daftar sebagai ejen, boleh baca post saya yang sebelum ni

Klik untuk baca: Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

 

Bila dah daftar sebagai ejen dan anda dah mempunyai akses ke member area, maka langkah seterusnya ialah untuk dapatkan link affiliate anda. Tugas kita sebagai ejen affiliate ni ialah untuk mempromosikan link kita sama ada menggunakan medium Facebook, Blog, twitter, Emel, whatsapp, forum dan sebagainya.

 

Yang penting, bakal pelanggan kita tu kena klik pada link affiliate kita sebelum dia buat pembelian.

 

(2) Pelanggan buat pembelian di bookcafe dalam masa 30 hari

Jika pelanggan itu tadi, yang pernah menekan klik pada pautan affiliate kita, membuat pembelian dalam masa 30 hari dari tarikh klik tersebut dibuat, maka kita akan terima komisen.

 

(3) Komisen 5% daripada nilai belian pelanggan

Komisen untuk jualan yang terhasil ialah sebanyak 5%. Memang tak begitu tinggi. Sebagai contoh, jika nilai belian yang dilakukan oleh pelanggan ialah sebanyak RM100, maka komisen yang bakal diperolehi ialah sebanyak RM5.

 

Ini adalah contoh komisen yang saya dah dapat.

Kesemua ini adalah sales yang terjana hasil daripada kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan menggunakan medium blog. Dalam banyak-banyak kaedah pemasaran yang ada kat luar sana, saya lebih gemar gunakan kaedah pemasaran blog.

 

Jumlah komisen yang terhasil ada pelbagai. Setakat waktu catatan ni dibuat, komisen paling tinggi nilainya ialah sebanyak RM6.50 manakala yang paling rendah ialah sebanyak RM0.92

 

Apa yang buatkan saya lebih fokus pada kaedah pemasaran menggunakan blog ni ialah kerana kuasa SEO. Boleh dikatakan, kebanyakkan sales yang terhasil itu berpunca daripada kerja-kerja SEO yang saya jalankan.

 

Sambil baca buku sambil buat duit

Aha. Pada hari ini, hobi suka membaca buku bukan sekadar hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata. Jika dibuat dengan betul, berstrategi, kita sebenarnya boleh buat duit dari hobi tersebut. Banyak atau sedikit sahaja.

 

Sejak saya join affiliate bookcafe, saya mula tambahkan bahan bacaan. Keutamaan ialah buku-buku yang tersenarai di laman web bookcafe. Ada yang saya beli, dan ada juga yang saya pinjam di perpustakaan. Lepas habis baca, saya kongsikan pula ringkasan ataupun review tentang buku yang saya baca.

 

Salah satu contohnya ialah buku Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan.

 

Buku ini sesuai dan memang patut dibaca oleh semua orang Islam. Aspek halal atau haram, bukan semata-mata pada makanan sahaja, sebaliknya kita juga perlu ambil kira soal halal dan haram dalam perbankan dan sistem kewangan yang kita gunakan.

 

Buku ni saya beli sewaktu saya masih lagi belajar di UiTM. Masa tu, inilah salah satu buku yang saya sendiri gunakan secara peribadi untuk subjek Islamic Finance.

 

Penerangan yang diberikan oleh UZAR memang sangat membantu dalam memberi kefahaman tentang topik muamalat dan kewangan Islam.

 

Baiklah, alang-alang anda dah baca sampai ke sini, apa kata anda join juga sebagai ejen affiliate bookcafe. Kalau anda tak berjaya dapat sales sekalipun, saya percaya jika anda komited melakukan kerja-kerja pemasaran, dan baca setiap buku yang dijual terlebih dahulu, anda tetap untung.

 

Kat mana untungnya? Untung sebab anda bakal jadi individu yang penuh dengan ilmu!

 

 

Exit mobile version