Blog Sabree Hussin

Ini dia perkara yang anda perlu buat jika SERIUS nak buat duit dengan Program Affiliate

Adakah anda SERIUS nak buat duit dengan program affiliate? Jika soalan tu ditujukan kepada saya, saya akan kata “Ya, saya SERIUS!” Kalau anda… saya tak tau lah. Dari masa ke masa, saya akan update beberapa bayaran komisyen affiliate yang saya terima hasil daripada mempromosikan produk-produk affiliate.

 

Tak taulah kalau ada yang salah anggap, dan melabel saya sebagai someone yang suka menunjuk-nunjuk. Pada saya, komisyen setakat RM50 – RM100 untuk satu produk atau sesuatu program, bukanlah apa-apa. Ada ramai lagi yang mampu untuk hasilkan komisyen yang lagi banyak dari itu.

 

Pembaca dan pelawat blog ni terdiri daripada pelbagai golongan dan latar belakang. Ada yang masih belajar, ada yang bekerja sebagai penjawat awam, orang yang masih belum bekerja dan mereka-mereka yang hidupnya masih lagi dibebani dengan hutang yang tak berkesudahan. Ada antara mereka yang masih lagi tercari-cari cara, “macam mana nak cari duit tambahan untuk ringankan beban yang ditanggung sekarang ni?”

Anda nak buat duit tambahan? Saya cadangkan program affiliate. TETAPI… kenapa program affiliate? SIMPLE je jawapannya. Sebab ia BERKESAN dan memang benar-benar dapat bantu anda buat duit tambahan secara online. Jadi, anda tak perlu berhenti kerja, buat dua tiga kerja dalam satu masa, dan ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja tanpa perlu keluar rumah pun.

 

Saya percaya, jika saya boleh buat, maka anda juga boleh buat. Jika anda buat apa yang saya buat, EXACTLY THE SAME, anda juga pasti boleh dapat hasil yang sama yang saya boleh buat. Sekiranya anda tidak berjaya 100% untuk dapat hasil yang sama seperti yang saya dapat, tidakkah anda rasakan jika berjaya even 10% sekalipun masih lagi baik untuk anda?

 

Anda dah pernah cuba join program affiliate, tapi tak pernah dapat komisyen pun?

Jangan putus asa dulu. Satu masa dulu, saya juga bermula dengan komisyen affiliate RM1.00

 

Dapatkan dulu RM1.00 yang pertama sebelum nak target yang lebih besar dari itu. In fact, pada waktu saya bermula dulu, RM1.00 yang pertama adalah penanda aras, sama ada kita akan berjaya dan boleh survive ataupun tidak dalam bidang ini. Saya syorkan, anda ambik ini sebagai cabaran dan terus buat yang terbaik.

 

Pada waktu catatan ini saya buat, ada satu program affiliate yang menawarkan bayaran “Pay Per Lead” iaitu dari Program Niaga Affiliates. Ha nah… apa tunggu lagi? Hanya perlu daftar akaun anda secara percuma dan mulakan buat promosi. Tak perlu pun susah payah nak yakinkan orang untuk membuat sebarang pembelian. Hanya daftarkan secara percuma. Tak susah, bukan?

 

Baiklah, kali ini, saya akan cuba kongsikan kepada pembaca dan pelawat sekalian, beberapa perkara yang mesti dilakukan oleh mereka yang baru kali pertama nak mencuba nasib menerusi program affiliates.

 

Apa perlu buat jika nak buat duit dengan program affiliate?

(1) Belajar dan terus belajar… dan jangan lupa TAKE ACTION

Saya percaya, bila anda rajin belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru, pendapatan anda akan makin meningkat dan terus meningkat dari program affiliate ini.

Ilmu untuk dapatkan komisyen RM1.00 tak sama dengan ilmu untuk anda dapatkan komisyen RM100. Walaupun pada asasnya, teknik dan cara adalah sama, namun lagi besar komisyen, lagi mahal sesuatu produk, maka akan jadi lebih kompleks strategi untuk anda buat duit dengan program affiliates.

Jika komisyen untuk produk yang anda promosikan itu ialah RM1.00 misalnya, anda mungkin memadai dengan bergantung harap pada strategi pemasaran di FB Group, FB personal dan sebagainya.

Tetapi, jika lebih besar komisyennya… ha waktu ini anda mungkin perlu gunakan strategi berbeza. Misalnya adalah seperti

1. JV Partner

2. Targeted email marketing

 

(2) Anggap ini sebagai suatu bisnes

Jika ini adalah bisnes anda, adakah anda akan lakukan dengan separuh hati, atau anda akan buat yang terbaik? Buat yang terbaik of course. Tahukah anda, ada banyak bisnes kat luar sana, yang pemiliknya langsung tak berjaya buat duit pada peringkat awal ianya ditubuhkan? Tetapi, apa yang mereka buat walaupun tak berjaya buat duit?

They keep going! Just do it… the BEST that they can. Sebab apa? Sebab ni bisnes dia. Kalau bukan dia yang make it happen, siapa lagi yang nak tolong? Najib ke ha ha

Kita boleh lihat, bagi orang yang serius nak buat duit dengan program affiliate ini, dia boleh hasilkan pendapatan sehingga ratusan ribu ringgit banyaknya. Perkongsian tersebut boleh dibaca menerusi pautan ini.

 

(3) Plan bajet pemasaran anda

Saya percaya, anda biasa dengar nasihat seperti ini

Program affiliate adalah percuma

Anda boleh buat duit tanpa keluar modal dengan program affiliate

 

Hakikatnya, untuk hasil pemasaran yang lebih baik, anda perlu keluar modal. Biar saya beri anda serba sedikit gambaran, bila masanya anda perlu keluarkan modal.

1. Untuk bina laman web, anda perlukan domain dan hosting.

Kos langganan setahun untuk domain dan hosting ialah sekitar RM60 setahun jika anda melanggan perkhidmatan dari pihak syarikat Hosting NetKL

 

2. Kos untuk upgrade blog wordpress

Jika anda ingin bangunkan laman web dengan konsep blog misalnya, anda perlukan plugin-plugin khas yang berfungsi untuk meningkatkan performance blog anda. Plugin versi premium ni pula lazimnya dibangunkan oleh programmer dari luar negara dan mereka akan kenakan bayaran sekitar USD27 untuk satu plugin

 

3. Kos untuk langganan sistem autoresponder

Sistem autoresponder penting untuk bina hubungan dua hala yang baik antara anda dan juga subscriber/ follower/ prospek dan pelanggan anda yang terdahulu. Dah tentu kita mahukan satu perhubungan perniagaan berterusan dan tak terhenti hanya setakat one time deal. Saya sendiri menggunakan dua sistem autoresponder iaitu dari Aweber dengan kos langganan sebanyak USD25 setiap bulan dan Emelmatik.

 

4. Software dan aplikasi

Ada ketikanya, anda juga perlu beli software-software tertentu untuk bantu anda buat pemasaran dengan lebih baik dan tersusun.

Antara software penting yang saya pernah beli ialah

1. Software bina laman web landing page profesional dari blogspot. Saya gunakan perisian blogspot to minisite. Software ni dah banyak jimatkan duit saya. Kalau sebelum ni, untuk setiap laman web, saya perlu beli domain dan hosting yang berasingan.

2. Software bina laman web jualan. Saya gunakan Minisite Mudah

3. Software untuk buat kajian kata kunci (keyword Research)

4. Software untuk SPY apa yang pesaing kita buat dalam pemasaran

… ah ada macam-macam la software kat luar sana yang bagus-bagus. Sebaik-baiknya, kita sedar, kat luar sana bukan kita seorang je yang nak buat duit. Ada ramai lagi yang nak buat duit sama macam kita, dan suka atau pun tidak, kita perlu besaing untuk berikan servis dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kita.

 

5. Upah freelancer untuk buat kerja-kerja yang kita tak mampu nak buat sendiri

Antara benda yang saya tak suka buat, tapi kena buat jugak

i. Buat design

ii. Programming dan coding

What…? Kalau nak, memang la boleh belajar buat benda-benda ni semua. Tapi kan buang masa. Lebih baik saya gunakan masa yang saya ada ni, untuk kerja-kerja yang saya memang MAHIR nak buat.

Nak belajar buat design, belajar guna photoshop… Adobe Illustrator… bla… berapa lama pulak nak kena habiskan untuk belajar semua ni? Setahun? Dua tahun?

Nak belajar buat coding dan programming pulak… berapa tahun lagi baru nak habis belajar? Silap-silap, bila anda dah habis belajar, ilmu coding dan programming yang anda belajar tu dah jadi tak relevan pulak. Kan lagi baik anda outsource sahaja benda-benda macam ni.

Jika anda perlukan khidmat freelancer untuk mempromosikan perniagaan anda menerusi kaedah advertorial, boleh lihat tawaran saya disini.

Satu nasihat berguna yang saya dapati dari Brian Tracy ialah, anda tak akan ada cukup masa untuk buat semua benda, walau sebagus mana pun anda punya time management. Jadi, outsource la benda-benda lain yang anda boleh outsource tu.

 

(4) Anda perlukan idea-idea yang fresh!

Ada terfikir untuk buat COPY PASTE? Untuk jangka masa pendek, ia mungkin berkesan untuk memberikan anda satu atau dua sales. But, if we talk about long term, it will only bring you harm than good. Eh faham ke apa yang saya sampaikan?

Jika matlamat anda cuma nak buat satu atau dua sales sahaja, YES saya setuju, teknik copy paste boleh anda guna pakai. Tapi untuk long term my friend, apa yang anda copy paste, sama ada gambar, artikel dan sebagainya, hanya akan menyusahkan anda kembali. Kita kalau shopping pun nak shopping barangan yang original. Pandai pulak say no pada barangan tiruan.

Bila nak buat duit dengan program affiliates, idea yang unik, fresh dan lain daripada yang lain adalah suatu aset yang sangat berharga. Ada ketikanya, mempunyai idea yang baik adalah lebih berharga daripada mempunyai wang tunai sebanyak RM10,000. Ye ke?

 

(5) Bina dan kumpul list pelanggan dan prospek

Jika anda jenis yang cepat bosan untuk buat benda sama, maksud saya kena selalu tarik trafik, kemudian hubungi pelanggan satu demi satu, dan setiap kali ada produk baru anda kena mula semula dari kosong… maka nasihat ni adalah untuk anda.

Mula dari awal, selain nak dapatkan sales, dan nak buat duit anda kena bina list pelanggan dan prospek anda. Topik ini saya kupaskan dalam kategori pemasaran emel dalam blog ni. Anda carilah ya.

.

..

Baiklah, kalau anda perhatikan, sebenarnya ada lima sahaja perkara asas yang perlu anda lakukan untuk bantu anda buat lagi banyak duit dengan program affiliates. Soalan saya pulak ialah, bila anda nak bertindak ni?

 

 

Exit mobile version