Blog Sabree Hussin

Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia?

“Saya dah pun daftar untuk join Program Affiliate Involve Asia. Apa yang saya kena buat lepas dah daftar?”

 

Alright. Post kali ini sebenarnya adalah kesinambungan bagi perkongsian saya sebelum ini. Tajuk dia

Klik untuk baca: Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar

 

Kalau anda dah pun mendaftar sebagai affiliate, dan pada masa yang sama, permohonan anda untuk menjadi affiliate Involve Asia telahpun berjaya, maka langkah seterusnya ialah mulakan kerja-kerja pemasaran dan buat duit sebanyak-banyaknya! 

Sebaik sahaja permohonan anda untuk menjadi affiliate diterima, anda boleh terus mula mempromosikan produk-produk yang terdapat di laman-laman web merchant yang mengambil bahagian, antaranya Lazada, Zalora, FOS, Trivago dan banyak lagi.

 

Sebenarnya ada banyak lagi yang anda boleh promosikan. Pelbagai produk. Dari barang-barang dapur, produk keperluan harian, laptop, barangan elektrik, buku, tudung dan banyak lagi. Mungkin anda akan dapati ada terlalu banyak barangan yang boleh dipromosikan sampai tak tau nak promosikan yang mana satu.

 

Itu lah yang saya sendiri alami.

 

Sebagai permulaan, saya promosikan dua syarikat sahaja, iaitu Lazada dan juga Trivago.

Untuk Lazada, saya akan dibayar komisen mengikut peratusan tertentu hanya apabila berlaku jualan menerusi link affiliate saya.

 

Manakala untuk Trivago pula, proses untuk memperolehi komisen adalah lebih mudah. Tak perlu ada jualan dah boleh dapat komisen. Asalkan ada orang klik pada link affiliate Trivago saya dah memadai.

 

Jika anda masih belum tahu lagi, fungsi laman web Trivago adalah membandingkan senarai bilik hotel yang ingin ditempah oleh bakal pelanggan. Melalui perbandingan tersebut, bakal pelanggan boleh memilih, bilik hotel yang mana satu yang paling menguntungkan untuk ditempah.

 

Khusus untuk trivago, setiap klik pada link affiliate yang saya terima, saya akan dibayar sebanyak RM0.41

 

Memang tak banyak. Namun, bila dikumpul-kumpulkan, jumlahnya boleh tahan juga.

 

Susah ke nak buat duit dengan Involve Asia? Pada pendapat saya la kan, persoalan susah atau senang nak buat duit tu, kita tolak ke tepi dulu. Apa yang lebih penting ialah, kita cuba dulu. Buat duit promosi sehabis baik. Kalau tak tau macam mana nak buat promosi, BELAJAR.

 

Satu sebab kenapa kita rasa susah, ialah sebab kita tak tau. So, ubat kepada masalah tak tau ni ialah belajar. Kalau anda rasakan anda tak tau nak buat promosi, bacalah banyak-banyak buku tentang promosi, ataupun baca laman-laman web yang mengajar macam mana nak buat promosi.

 

Bila dah pandai, komisen pun akan senang masuk. Sampai satu masa, anda tak perasan komisen anda sedang berjalan. Ini biasa berlaku, kepada orang yang buat pemasaran menggunakan medium blog. Hanya perlu siarkan artikel-artikel promosi, kemudian tinggalkan sahaja.

 

Untuk sampai ke tahap tu, sudah tentu anda perlu tahu apa benda yang perlu dilakukan. Kat luar sana tu, ada terlalu banyak panduan-panduan yang bagus yang anda boleh jadikan sebagai rujukan.

 

Sekiranya anda masih belum daftar sebagai affiliate Involve Asia, boleh daftar kat sini.

 

Exit mobile version