Blog Sabree Hussin

Buat duit dengan Program Affiliate – apa yang anda perlu tahu?

Anda dah cuba buat duit dengan Program Affiliate? Kalau masih belum cuba, boleh saya tahu, apa yang buatkan anda masih belum ambil sebarang tindakan ya?

Zaman sekarang ni, cukup banyak peluang tersedia untuk anda jana pendapatan secara online. Lebih-lebih lagi kalau nak buat duit menerusi program affiliate.

 

Boleh buat secara sepenuh masa, atau kalau nak buat secara part time pun boleh tak ada masalah. Yang jadi masalah, bila anda langsung tak buat. Anda sebenarnya sedang mensia-siakan peluang yang ada, dan saya boleh katakan, anda telah menutup terus pintu rezeki, yang mungkin sepatutnya boleh masuk menerusi program affiliate.

 

Kalau anda rajin buat pembacaan di internet, tentang cara-cara nak buat duit online, atau panduan untuk menjana pendapatan menerusi program affiliate, anda mungkin temui banyak laman web yang akan menyuruh anda beli produk, terutamanya ebook atau video tutorial.

 

Kewujudan produk informasi ini, adalah untuk mengajar anda cara-cara yang betul untuk lakukan kerja pemasaran, hinggalah anda berjaya hasilkan jualan yang pertama. Bila dah ada jualan, maka dari situ anda akan dibayar komisen jualan.

 

Masalah dengan orang yang tak biasa dengan program affiliate, dan yang tak berapa biasa dengan pemasaran online, mereka cenderung untuk mengatakan yang program affiliate ini adalah satu scam dan penipuan siber semata-mata.

 

Mungkin dia fikir, program affiliate ini adalah satu lagi cara mudah untuk buat duit online tanpa perlu sebarang usaha. Pendapat macam ni, sebenarnya silap. Lagi satu, anda masih belum berjaya dan tak akan berjaya buat duit, kalau setakat beli ebook.

 

Pendapatan dari program affiliate, hanya akan muncul apabila anda berjaya hasilkan jualan. Lazimnya, laman web yang menjual ebook Panduan Affiliate, turut membuka peluang buat duit dengan program ini, apabila anda mendaftar sebagai ejen (disebut juga ejen affiliate) dan mempromosikan laman web yang menjual ebook yang sama.

 

Logiknya begini, anda dah beli ebook panduan affiliate, lepas anda baca kini sampai masa untuk praktikkan. Kalau tak tau sangat nak promosikan produk apa… anda boleh mula dengan mempromosikan ebook yang anda baru baca.

 

Dengan cara ini, anda lebih mudah untuk dapat jualan. Rasionalnya, anda dah baca ebook tu, anda tahu dimana dan apa kelebihan ebook tersebut serta anda pasti lebih mudah untuk bercerita, apa perkara yang anda suka dengan ebook tersebut.

 

Gunakan kaedah penceritaan ini, sama ada dengan menulis di blog, facebook dan lain-lain platform online yang anda miliki. Kalau cerita yang anda tulis tu menarik, ia pastinya akan dibaca oleh rakan-rakan yang mengenali diri anda. Sekiranya mereka tertarik dengan produk (ebook yang anda beli) yang anda cerita lalu mereka buat pembelian, maka dari situ anda akan dapat komisen.

 

Ya, ia memang semudah itu.

 

Kalau anda nak pergi ke peringkat yang lebih advance, anda mungkin boleh cuba macam-macam lagi kaedah pemasaran, seperti menggunakan teknik pemasaran emel dengan menggunakan sistem autoresponder. Pengamal kaedah email marketing biasanya akan kata teknik pemasaran emel adalah teknik paling power, hebat dan berkesan.

 

Kemudian, ada juga yang lebih suka menggunakan media sosial. Biasanya akan guna FB. Mereka akan setup sebuah fanpage, masukkan konten yang relevan kemudian mereka akan keluarkan belanja untuk tujuan pengiklanan berbayar FBAds.

 

Jangan hanya tengok berapa income yang dihasilkan, sebaliknya tengok juga berapa kos yang telah dibelanjakan untuk dapatkan keseluruhan jualan. Tolakkan kos yang dikeluarkan dari komisen yang terhasil, maka dari situ anda akan tahu berapa sebenarnya untung kasar yang telah dihasilkan.

 

Dalam setiap kaedah pemasaran yang berbeza, ada game plan yang tersendiri.

 

Cuba fahamkan perbezaan, kekuatan dan kekurangan setiap kaedah pemasaran yang ada diluar sana. Kemudian, pilihlah salah satu atau lebih, kaedah-kaedah pemasaran yang sesuai dengan jiwa anda.

 

Walaupun saya tahu dan akui, kaedah FBAds, Google Adwords, dan juga emel marketing memang power dan terbukti boleh hasilkan komisen affiliate, namun saya kurang selesa gunakan kaedah-kaedah tersebut.

 

Dalam kes iklan berbayar, menggunakan FBAds dan Google Adwords, saya kurang selesa bila terpaksa sediakan sedikit modal bagi tujuan pengiklanan. Sebelum nak keluarkan sebarang belanja, kena pastikan ayat iklan yang kita sediakan tu betul-betul power. Copywriting pun kena bagus juga.

 

Kalau tak nanti, sia-sia bajet untuk iklan jadi hangus.

 

Manakala dalam situasi pemasaran emel, perkara yang buatkan saya jadi tak syok guna kaedah ni ialah

(1) Open rate yang rendah

Biasanya, awal-awal subcriber join mailing list kita, mereka ni memang semangat nak buka dan baca emel kita. Tapi lama kelamaan, akan ada antara mereka yang dah malas nak buka emel. Jadi, kalau nak guna kaedah ini, kena sentiasa cari subscriber yang baru untuk join mailing list kita.

 

(2) Tak ada idea nak tulis emel apa

Kadang muncul idea, tapi masalahnya idea tu tak berapa sesuai untuk dikongsikan dengan segmen list emel yang kita ada. Jadi, kita tangguh, tangguh dan sampai satu masa kita dah tak hantar emel apa-apa lagi.

 

(3) Bila habis tempoh kempen, tak sesuai nak promosikan produk lain

Dalam pemasaran emel, kita akan wujudkan beberapa kempen pemasaran. Katakanlah, kempen A adalah untuk promosikan software antivirus. Selepas habis emel pemasaran dihantar kepada list dalam kempen A, kurang sesuai kalau kita nak promosikan produk lain pula. Melainkan kalau produk lain tu masih lagi dikira relevan dan berkaitan dengan tujuan asal sesuatu kempen itu dimulakan.

 

(4) Emel yang terdahulu tidak boleh dibaca oleh mereka yang bukan dalam list

Mungkin dalam salah satu daripada siri emel yang anda telah hasilkan, ada emel yang cukup power hingga mampu membuatkan pembaca bertukar kepada pembeli. Tapi, oleh sebab orang yang boleh baca emel tu, hanya mereka yang dah join sebagai subscriber, maka orang lain tak dapat dijadikan pembeli macam subscriber anda tu tadi.

 

(5) Emel masuk dalam folder spam, kena blocked dan sebagainya

Ini juga boleh berlaku dan sudah tentu, bila emel yang kita hantar tak masuk terus ke folder inbox, akan menyebabkan open rate jadi rendah.

 

Kalau cerita dari sudut kos, saya rasa kos untuk jalankan pemasaran menerusi emel tidak terlalu tinggi. Lagipun, sebelum ini saya pernah dapatkan sistem autoresponder dari emelmatik.

Sistem autoresponder emelmatik ini menawarkan tempoh percubaan (trial) yang panjang dan satu lagi, sebelum ini saya pernah langgan pakej lifetime. Hanya bayar sekali sahaja, dan selepas itu saya boleh gunakan autoresponder ini sampai bila-bila.

Update: Saya dimaklumkan perkhidmatan emelmatik ditamatkan disebabkan pemilik sistem ini telah meninggal dunia.

 

Setelah saya mempertimbangkan macam-macam hal, yang mungkin akan melemahkan semangat saya untuk buat duit dengan program affiliate ni, maka saya buat keputusan untuk fokus sahaja pada satu kaedah.

 

Ya betul. Kaedah blogging.

 

Pada saya, guna teknik blogging ni lebih mudah. Just tulis je apa-apa yang kita nak tulis dalam blog. Orang nak baca atau tidak, itu terpulang kepada individu.

 

Alhamdulillah, bila kita faham, bagaimana laman web carian seperti google dan yahoo search tu berfungsi, kita faham apa kehendak pengguna internet, apa yang mereka cari bila mereka online, lalu kita sediakan artikel yang melengkapi keperluan mereka, lazimnya apa yang kita tulis tu pasti akan dibaca.

 

Cuma kalau boleh tu, bila menulis jangan mengarut banyak sangat. Straight to the point. Artikel panjang, kalau penuh dengan point, ia masih boleh diterima. Jangan pula anda hasilkan artikel yang panjang, tapi dalam tu langsung tak ada isi yang dapat bantu menyelesaikan masalah pembaca.

 

Mungkin ada terlintas di fikiran pembaca blog ni, adakah kaedah promosi menggunakan blog ini, betul-betul berkesan?

 

Lihat bukti dibawah.

Komisen ini datangnya dari laman web Visondata. Komisen yang terhasil ialah sebanyak RM15. Laman web visondata ini, dia jual produk wifi. Siapa yang nak travel ke luar negara, bolehlah langgan produk dari visondata kalau nak kekal berhubung dengan orang penting melalui internet.

 

Satu lagi perkara yang saya suka dengan program visondata ini, kita ada peluang untuk raih pendapatan pasif menerusi program ini. Saya pernah cerita dalam artikel sebelum ini.

Baca disini: Boleh ke jana pendapatan pasif seumur hidup menerusi Program Affiliate?

 

Mungkin komisen RM15 ini dilihat tak seberapa kan. Jadi saya bagi lagi satu bukti komisen dari program affiliate yang lain.

Komisen ini datangnya dari program affiliate klikjer. Klikjer ni, kalau kita rajin buat promosi, In Shaa Allah boleh dapat komisen. Ada produk dalam klikjer tu pulak, menawarkan komisen yang lumayan. Ada juga yang satu jualan, boleh dapat komisen sampai RM100 lebih.

 

Tak kan itu pun tak nak? Ada banyak lagi program affiliate yang anda boleh sertai. Lagi banyak program affiliate yang anda sertai, pastinya meningkatkan peluang untuk anda hasilkan lagi banyak komisen, kan. Jadi apa kata anda baca juga artikel saya sebelum ini, iaitu senarai laman web yang boleh bantu anda buat duit online di tahun 2018.

 

Menulis di blog ini, kadang-kadang ikut mood juga. Ada masanya, kita ada banyak idea dan rajin nak tulis banyak-banyak artikel. Ada masanya, blog memang tak ada masa nak update.

 

Tapi, asalkan kita ada blog, dan ada artikel kita yang dah tersenarai di muka surat pertama google, bagi kata kunci yang memang boleh buat duit, peluang untuk buat duit secara automatik itu memang ada.

 

Anda tak pernah tahu macam mana nak buat blog? Baca artikel saya sebelum ni yang tajuknya cara pemasangan blog menggunakan sistem wordpress.

 

Bila dah siap blog tu, anda pastikan dalam blog anda ada kriteria-kriteria yang saya dah senaraikan ini supaya blog anda jadi blog yang terbaik.

 

Lepas tu? Tulislah. Tulislah apa-apa yang relevan dengan produk yang bakal anda promosikan.

 

Kalau anda perasan, saya ada sebut tentang kata kunci yang memang boleh buat duit, jadi kat sini saya nak sentuh sikit beberapa cara nak kenal pasti kata kunci yang boleh buat duit.

 

Dari pengalaman saya sendiri, untuk kenalpasti kata kunci yang boleh buat duit ini senang sahaja. Kita lihat ciri-ciri berikut pada kata kunci yang kita nak sasarkan. Antaranya

  1. Kata kunci tersebut menunjukkan cara untuk selesaikan masalah
  2. Kata kunci tersebut memberi jawapan kepada sesuatu persoalan
  3. Kata kunci tersebut berkait secara langsung dengan produk
  4. Kata kunci tersebut ada orang bayar untuk pengiklanan Adwords
  5. Kata kunci tersebut berkaitan dengan industri ataupun sesuatu perniagaan

 

Boleh dapat? Ke anda perlukan contoh? Ok contoh yang saya boleh berikan adalah seperti berikut. Contoh ini saya susun mengikut ciri kata kunci yang saya senaraikan diatas.

  1. Cara sembuhkan penyakit buasir, cara mengubati ekzema, cara hilangkan jerawat dengan pantas
  2. Ini dia gaji seorang social media influencer, bukti pendapatan dari program affiliate
  3. Jam tangan G-Shock murah
  4. Bercuti ke Sabah, Perkhidmatan kereta sewa Kota Kinabalu
  5. Homestay murah di Tangkak, homestay langkawi

 

Apabila kita dah tahu, apa dia kata kunci yang boleh buat duit, langkah seterusnya kita hasilkan sebuah artikel (atau banyak-banyak artikel pun tak apa) yang mengandungi kata kunci tersebut.

 

Nanti bila artikel yang kita tulis itu telah masuk ke muka surat pertama Google bagi kata kunci yang kita sasarkan tu, In Shaa Allah pada waktu itu kita dah tak perlu lagi risaukan tentang nak buat duit. Segala sales dari program affiliate akan terjana dengan sendirinya secara automatik.

 

Baiklah, saya harap perkongsian saya ini dapat membuka minda dan sedikit sebanyak membantu anda untuk jana pendapatan online melalui program affiliate.

 

Selamat mencuba dan semoga anda berjaya.

 

 

 

Exit mobile version