Blog Sabree Hussin

Buat duit dengan Program Affiliate ni susah ke?

jana-pendapatan-secara-online

Bukan semua orang yang join program affiliate, akan berjaya dapat income.

 

Saya juga tak terkecuali.

 

Saya ada join macam-macam program affiliate. Bukan semua program affiliate yang saya join tu berjaya memberikan saya pendapatan. Ada yang saya langsung tak berjaya dapat komisen.

 

Ada juga program affiliate yang saya join tu, pengendali program tu MENIPU dan tak nak bayar komisen kepada saya. Alasan yang dia bagi ialah, dia dah bayar komisen, sedangkan saya langsung tak pernah terima sebarang bayaran dari dia.

 

Ada sesetengah program affiliate yang menetapkan syarat, supaya ahlinya perlu capai satu jumlah atau nilai tertentu baru layak untuk menerima bayaran komisen. Sebagai contoh, kena capai nilai terkumpul RM100 baru akan layak menerima bayaran.

 

Kalau program affiliate yang menetapkan syarat seperti ini, biasanya ia lebih sukar untuk dapat bayaran komisen berbanding program affiliate yang tak meletakkan sebarang syarat tertentu.

 

Bila cakap tentang program affiliate, kita perlu clear dengan beberapa konsep yang sering digunapakai oleh pengendali program ini.

Konsep Pay Per Sale

Anda hanya akan menerima komisen apabila berjaya jual produk utama. Sebagai contoh, program affiliate Lazada Malaysia. Jika anda berjaya dapatkan jualan, komisen yang bakal anda terima adalah sekitar 6% – 12% daripada harga jual sesuatu produk.

 

Pengiraan mudah, kalau anda berjaya dapatkan jualan bernilai RM100, dengan komisen sebanyak 6%, maka anda akan dapat bayaran sebanyak RM6.

 

Jika anda berjaya dapatkan jualan bernilai RM100, 000 dengan komisen sebanyak 6%, maka anda akan dapat sebanyak RM6,000.

 

Konsep Pay Per Lead

Anda akan menerima komisen apabila ada prospek yang berikan nama dan emel, kepada pemilik laman web, walaupun tidak membuat sebarang pembelian langsung.

Komisen jenis Pay Per Lead ni biasanya tidaklah begitu tinggi. Ianya sekitar RM0.20 – RM7 untuk setiap Lead atau data prospek. Saya ingin ambil contoh, program jenis Pay Per Lead Formula Income Seumur Hidup, yang mana program ini menawarkan komisen Pay Per Lead sama ada 50 sen atau RM1. Anda boleh daftar disini.

 

Anda rasa nilai sen-sen terlalu rendah untuk sertai program affiliate jenis pay per lead? Apa kata saya syorkan anda sertai program yang dikendalikan oleh pihak Involve Asia.

Pihak Involve Asia menawarkan komisen Pay Per Lead sebanyak RM5 untuk setiap prospek yang mendaftar melalui usaha promosi yang anda jalankan.

 

Untuk sertai program ini, anda kena jadi affiliate Involve Asia terlebih dahulu. Boleh daftar melalui pautan ini.

 

Konsep Pay Per Click

Dalam konsep Pay Per Click, anda akan terima bayaran apabila prospek anda menekan klik pada link affiliate anda. Contohnya macam program affiliate Trivago. Anda akan terima bayaran komisen sebanyak 71 sen jika ada yang klik pada link affiliate anda.

 

Konsep Pay Per Action (juga dikenali Cost Per Action)

Ini salah satu konsep affiliate program yang mula mendapat tempat di negara kita. Action disini boleh merujuk kepada,

1. Download applikasi

2. Main game

3. Isikan borang survey

4. Beri nama dan emel

5. Layari laman web

 

…dan banyak lagi. Kalau anda nak cuba, program affiliate seperti ini, boleh join program affiliate Adhance.

 

Bagaimana pula dengan struktur komisen yang boleh diperolehi dari program affiliate?

Pada awal-awal dulu, struktur komisen bagi program affiliate ini hanya ada single level sahaja. Anda buat sale, maka anda akan dapat komisen.

 

Namun, sejak diciptanya software affiliate program yang makin canggih, sekarang program affiliate boleh tawarkan komisen sehingga dua level. Contohnya program affiliate ini.

 

Siapa tahu, satu masa nanti, program affiliate akan jadi multi level program. Cuma kelebihannya ialah, kita tak perlu nak bayar apa-apa untuk join sebagai affiliate dan pada masa sama, kita ada peluang untuk dapat komisen yang lebih tinggi.

 

“Ok… jadi sebenarnya susah ke senang nak buat duit dengan program affiliate ni?”

Versi ringkasnya. Ia senang. Apa yang anda perlu buat ialah buat marketing dan sebarkan link affiliate anda dimana-mana platform yang anda mampu gunakan.

 

Sama ada menggunakan

  1. Facebook
  2. Blog
  3. Twitter
  4. Youtube

…dan sebagainya.

 

Bila saya kata guna Facebook, walaupun nampak macam mudah, namun tak bermakna anda sekali post status update, akan ada berduyun-duyun orang untuk beli produk yang anda promosikan ataupun berikan nama dan alamat emel mereka, jika program tersebut jenis Pay Per Lead.

 

Melainkan anda adalah seorang yang memang popular, dan setiap posting anda pasti akan viral, maka dalam situasi ini anda hanya perlu buat satu dua posting dah memadai.

 

Tetapi, kalau anda adalah dalam kategori biasa-biasa dan tak dikenali, anda mungkin terpaksa usaha lebih lagi. Kena buat banyak-banyak posting.

 

Mungkin 100, 200, dan mungkin hingga 1,000 status update.

 

Bagi mereka yang ingin gunakan strategi pemasaran yang lebih ADVANCE pula.

 

Anda boleh hasilkan produk tambahan sebagai nilai tambah atau bonus jika membuat pembelian menerusi link affiliate anda. Biasanya, produk yang dijadikan bonus ini adalah produk yang lebih kurang sama, yang mampu untuk menjadi pelengkap kepada produk utama yang dipromosikan.

 

.

..

Kerja sebagai ejen affiliate ni sebenarnya tak banyak beza dengan cara kerja promoter yang kerja di pasaraya. Sama ada mereka ni jual kad kredit, jual perfume, jual jam atau apa sahaja produk.

 

Ada antara mereka yang akan tawarkan kita FREE GIFT kalau beli produk. Ini samalah macam teknik beri Bonus Gift kepada bakal pelanggan.

 

Sesetengah pula ada yang tawarkan sample untuk kita cuba dan rasai sendiri apa barang yang dijual itu.

 

Bagi yang tidak menawarkan sebarang free gift, mereka ni lazimnya mempunyai skil komunikasi yang sangat baik dan mampu untuk membuat penerangan tentang produk sehingga kita sendiri rasa terpikat nak beli produk tersebut.

 

Jadi, tak susah pun kan sebenarnya kalau nak buat duit dengan program affiliate ni kan.

 

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu, program affiliate datang dan pergi. Program sedia ada, mungkin akan ditamatkan dan akan digantikan dengan program yang baru. Jadi kalau boleh tu cubalah join beberapa program, supaya apabila program tersebut ditamatkan, kita tak terus kehilangan sumber pendapatan.

 

 

 

Exit mobile version