Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara buat duit dengan Program Affiliate Shaklee?

“Bro, tau tak macam mana nak buat duit dengan Program Affiliate Shaklee? Aku nak join jadi affiliate Shaklee ni…” 

 

Setahu saya, sehingga pada waktu catatan ini saya hasilkan, Shaklee tidak menawarkan sebarang program affiliate. Malahan kalau kita rujuk kepada laman web Shaklee Malaysia, cara untuk kita buat duit dengan produk-produk Shaklee adalah dengan menjadi Shaklee Indipendent Distributor (SID).

 

Saya kenal ramai juga SID yang menggunakan medium blog untuk mempromosikan produk-produk syarikat. Bila baca blog-blog mereka, macam-macam jugak yang saya dapat tahu tentang produk, dari segi kebaikkan, cara penjagaan kesihatan, kaedah rawatan dan sebagainya.

 

Tak pernah pulak saya tengok dalam tulisan-tulisan mereka ni (para SID Shaklee yang menggunakan blog sebagai medium promosi) ada cerita tentang program affiliate Shaklee.

 

Walaubagaimanapun, pada satu hari saya terjumpa sesuatu yang agak menarik. Saya temui satu trik bagaimana cara nak buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli.

Klik untuk baca: Cara buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli?

 

Jika anda baca apa yang saya pernah tulis dalam perkongsian tersebut, anda akan dapati bahawa dalam tu saya bercerita tentang program affiliate Lazada Malaysia. Memandangkan di laman web Lazada turut menjual produk-produk dari Shaklee, maka secara tak langsung sebagai ejen affiliate Lazada, kita boleh buat duit dengan mempromosikan produk Shaklee.

 

Untuk menyertai program affiliate ini, anda boleh sertai sama ada menerusi platform Has Offers ataupun menerusi laman web Involve Asia.

Sekarang saya nak cerita tentang potensi pendapatan jika anda berjaya buat sales menerusi program affiliate ini. Sila rujuk kepada imej diatas.

 

Kadar komisen yang diberikan adalah sekitar 6% – 10% bagi setiap jualan yang berjaya dihasilkan. Seperti yang anda boleh lihat, peratus komisen adalah berbeza-beza mengikut kategori.

 

Memandangkan produk Shaklee ini dikategorikan sebagai All Non-Electronic Items, maka peratus komisen yang bakal anda terima adalah sebanyak 9%.

 

Banyak ke tak komisen 9% ni?

 

Kalau bagi saya, ianya agak banyak la juga. Mari saya tunjukkan contoh pengiraan untuk anda nilaikan sendiri.

Shaklee Slimming Set seperti yang anda boleh lihat pada screenshot diatas ini dijual dengan harga RM499. Pakej ini mengandungi 5 produk kesemua sekali, iaitu Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard, Herb-lax dan juga ESP. Katakanlah anda promosikan set ini dan anda berjaya jual satu set.

 

Berapa agaknya komisen dalam RM yang bakal anda perolehi?

RM499 (harga Shaklee Slimming Set) x 9% (komisen anda) = RM44.91

 

Komisen yang bakal anda terima adalah sebanyak RM44.91 untuk satu pakej Shaklee Slimming Set ini. Jika anda berjaya jual 10 pakej dalam masa sebulan, pendapatan anda boleh capai sehingga RM400 lebih.

 

Itu belum campur lagi dengan jualan produk-produk lain yang pelanggan anda beli di laman web Lazada.

 

Saya pernah dapat feedback seperti ini dari pelawat blog ini tentang cara buat duit dengan produk Shaklee menerusi cara ini.

“Sebenarnya adalah salah menjual produk shaklee di lazada. Siap dengan potongan harga tak masuk akal pula tu. Mereka yang dah melelong produk shaklee di lazada.. sangat tidak bertanggungjawab.. pihak shaklee juga sering mengintai siapa sebenarnya dalang melelong produk shaklee di lazada untuk diambil tindakan … rupanya ia adalah kerja bukan ahli shaklee..”

 

Kebanyakkan program MLM yang saya pernah jumpa, memang meletakkan syarat yang ketat dan perlu dipatuhi oleh setiap ahlinya. Antaranya tak dibenarkan melelong produk, main harga, buang harga dan sebagainya.

 

Namun dalam situasi Shaklee ini, nampaknya ia telah berlaku. Saya pun tak tau, siapa yang menjual dan melelong produk-produk Shaklee di Lazada. Saya serahkan pada pihak pengurusan Shaklee untuk bertindak, itupun jika perlu.

 

Apa pun, sebagai penulis blog yang menjalankan tanggungjawab sosial kepada pembaca dan pelawat blog ini yang bertanya soalan-soalan seperti ini, (cara join affiliate shaklee maksud saya) maka saya jawab juga di sini. Sekarang terpulang kepada pembaca, sama ada nak ambil peluang ini untuk buat duit atau tidak.

 

 

Exit mobile version