Blog Sabree Hussin

Cara bagaimana anda boleh gunakan blog untuk buat duit dengan Affiliate

“Bagaimana caranya untuk anda memanfaatkan fungsi blog secara maksimum untuk menjana pendapatan daripada program affiliate?”

 

Program affiliate adalah salah satu sumber pendapatan yang penting untuk blog ini. Potensi pendapatan dari program affiliate juga tiada hadnya. Asalkan ada kerajinan untuk buat promosi, tau strategi untuk tarik trafik yang tertumpu (targeted traffic), In Shaa Allah boleh dapat jualan daripada program affiliate.

 

Tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih daripada satu cara untuk buat duit dengan blog menerusi program affiliate?

Hari ini, saya akan ceritakan beberapa method yang saya percaya anda juga boleh aplikasikan dalam masa 24 jam dari sekarang. Anda boleh pilih sama ada nak lakukan kesemua tips-tips ini ataupun pilih mana-mana yang sesuai dengan anda. Jom kita lihat.

 

1. Siarkan banner dari program affiliate

Contoh banner adalah seperti ini:

 

Contoh diatas adalah banner daripada platform Affiliate Network dari Ashadee. Banner tersebut boleh diperolehi di member area dan sebenarnya terdapat pelbagai saiz yang anda boleh pilih. Lazimnya, blogger akan meletakkan banner tersebut dibahagian side bar blog mereka.

 

Menggunakan banner seperti ini, bukan sahaja berpotensi untuk mendapatkan klik dari potential prospect, malah pada masa yang sama, ia juga berupaya untuk mencantikkan lagi blog anda.

 

2. Bina blog khusus untuk mempromosikan produk affiliate yang spesifik

Blog tersebut dibina khusus untuk mempromosikan produk affiliate pilihan anda. Anda tak boleh campur-campur dengan produk-produk lain. Memandangkan proses untuk bina blog sebenarnya mengambil masa yang agak panjang, jadi sebaik-baiknya pilihlah produk yang bersifat evergreen, dan pada masa yang sama turut menawarkan komisyen yang tinggi. Sekurang-kurangnya RM20 per sale.

 

Fungsi blog ini dihasilkan bukan sekadar untuk menghasilkan jualan, sebaliknya pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk membantu bakal pelanggan untuk buat keputusan sama ada sesuatu produk itu bagus untuk dibeli atau sebaliknya. Pendekatan yang anda patut gunakan untuk menulis dalam blog ini sepatutnya adalah untuk membantu bakal pelanggan buat keputusan, dan bukannya sekadar untuk memaksa mereka untuk membuat pembelian ya.

 

3. Iklan dalam post

Kebiasaannya, kita akan masukkan iklan dalam bentuk teks dalam artikel yang kita terbitkan. Iklan selalunya akan dimasukkan di bahagian pertengahan artikel.

 

Contohnya

Jangan buat sebarang pembelian sebelum anda semak harga disini! Kat sini ada banyak produk berkualiti tinggi dijual dengan harga DISKAUN! 

 

Sekiranya artikel yang anda tulis adalah berkisarkan tentang kisah tertentu, anda juga boleh masukkan iklan seperti ini sebagai selingan. Untuk meningkatkan kebarangkalian untuk dapatkan jualan, produk tersebut sebaik-baiknya ada kaitan dengan topik yang anda sedang bincangkan.

 

Walaubagaimanapun, selalu juga saya nampak, ada penulis blog yang masukkan iklan yang langsung tak ada kena mengena dengan konten dan konteks artikel yang sedang ditulis.

 

4. Iklan jenis teks pada sidebar

Kalau tadi, kita siarkan iklan dalam bentuk banner di side bar, kali ini kita buat sedikit perubahan. Kita siarkan iklan jenis teks di bahagian side bar pula.

 

Kelebihan menggunakan iklan jenis teks ni ialah, kita boleh sentiasa ubah-ubah ayat-ayat iklan tersebut dengan mudah. Kalau rasa macam ayat tak cukup power, boleh tukar pada bila-bila masa. Berbeza dengan guna banner, nak kena ubah design ni jadi satu hal pulak. Melainkan anda memang ada kepakaran dari segi design jadi itu tak ada masalah.

 

Contoh ayat iklan yang boleh dimasukkan dibahagian side bar

Anda pasti akan TERKEJUT skrip FB ini boleh hasilkan duit lumayan

 

5. Hyperlink keyword tertentu

Selalunya, kita akan hyperlink kata kunci tertentu dengan produk affiliate yang sesuai yang ada sangkut paut dengan topik yang sedang kita bincangkan dalam artikel.

 

Sebagai contoh, kalau pada waktu tu kita tengah bercerita tentang sistem autoresponder emelmatik, maka setiap kali kita sebut tentang kata kunci emelmatik, kita akan bina hyperlink dengan link affiliate kita.

 

6. Pop up

Pop up memang BERKESAN.

 

Berapa ramai kat sini yang rasa annoying bila bukak sesebuah laman web kemudian benda pertama yang muncul depan mata kita ialah pop up? Saya pun rasa ianya agak annoying. Walaubagaimanapun, penggunaan pop up memang sangat efektif, kerana amat jarang pelawat akan terlepas pandang dengan pop up.

 

Ada dua jenis pop up yang anda

Iklan Tawaran produk

Dalam contoh ini, pop up yang muncul ialah laman jualan untuk produk yang anda sedang promosikan.

Pop up tak semestinya terus muncul di skrin pelawat, ia boleh juga muncul dibelakang active windows pelawat.

 

Opt in form

Contohnya adalah seperti ini

Tugasnya ialah untuk mengumpul senarai nama dan emel pelawat yang masuk ke web ini. Walaubagaimanapun, saya hanya kumpul pelawat jenis yang ada bisnes sendiri dan berminat untuk naikkan lagi pendapatan mereka dengan menambahkan channel pengiklanan perniagaan mereka.

Ya boleh beriklan di laman web ini jika mereka berminat.

Dari masa ke masa juga, saya boleh tawarkan kepada mereka ini produk-produk tertentu.

 

7. Advertorial

Konsep advertorial ialah kita menggunakan artikel untuk mengiklankan tentang sesuatu produk ataupun tawaran servis. Dalam artikel advertorial, tak semestinya kita menceritakan sesuatu produk secara spesifik. Boleh juga kita gunakan angle untuk menceritakan tentang sebuah situasi, sebuah senario, penceritaan tentang pengalaman dan sebagainya.

 

Ianya tidak terhad melalui satu pendekatan semata-mata. Contohnya, jika anda sedang mempromosikan program latihan Jobdirumah misalnya, anda boleh gunakan pendekatan untuk menceritakan betapa seronoknya anda dapat bekerja hanya dari rumah dan tak perlu lagi bersusah payah untuk ke tempat kerja. Dalam konteks ni, tak perlu pun nak terlalu menyebutkan tentang program latihan tersebut. Cuma, jika ada pelawat yang nak tau dengan lebih lanjut, bolehlah terus layari laman web jobdirumah.

 

“Mana satu kaedah yang paling berkesan?”

Jawapan saya mudah sahaja. Kaedah yang berkesan adalah gabungan kesemua kaedah-kaedah ini!

 

Walaubagaimanapun, anda sebenarnya boleh lihat mana satu yang berkesan dengan memasang fungsi sistem tracking. Dengan sistem tracking ini, anda boleh monitor berapa banyak klik yang anda perolehi untuk jenis iklan yang berbeza.

Adakah klik paling banyak untuk iklan jenis banner?

Adakah klik paling banyak untuk iklan jenis advertorial?

Adakah klik paling banyak terhasil untuk iklan jenis teks yang disiarkan di sidebar?

 

Memandangkan semua ini tidaklah sesukar mana untuk dilakukan, terutama sekali untuk para penulis blog, jadi lazimnya blogger akan gabungkan kesemua teknik ini pada blognya.

 

Baiklah, sekarang ni, anda dah pun tau sekurang-kurangnya terdapat 7 cara bagaimana anda boleh duit dengan program affiliate hanya dengan menggunakan channel blog. Ianya tidak sesukar mana, namun pada masa yang sama, ia juga tidak menjanjikan anda bakal memperoleh wang mudah. Ia masih lagi perlukan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dapat jana pendapatan dengan konsisten.

 

Apa pun, model buat duit dengan cara ini memang TERBUKTI berkesan.

 

 

 

 

Exit mobile version