Untuk sesetengah individu, bermain permainan video games hanyalah sekadar suatu aktiviti yang membuang masa dan tenaga. Masa yang digunakan untuk bermain permainan video dikira sebagai masa yang tidak produktif.
Jika anda adalah seorang pelajar, masa yang sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan belajar dan mengulangkaji pelajaran jika digunakan untuk bermain games, dah tentulah ia tak akan dapat dikembalikan lagi. Siapa yang akan rugi nanti?
Tahukah anda, sekurang-kurangnya terdapat 10 cara bagaimana anda boleh buat duit dengan permainan games? Mungkin dalam senaraian yang saya berikan ini, terdapat kaedah yang agak mustahil untuk dilakukan, namun ia bukan suatu masalah bagi mereka yang memang memiliki kemahiran tersebut.
1. Jual CD, DVD ataupun tape game
Zaman-zaman playstation, gameboy, polystation tengah popular, kaedah ini memang cukup popular. Malahan saya sendiri sanggup kumpul duit semata-mata nak beli tape game. Tape game ok, bukannya CD game. Oh masa tu saya memang tak mampu nak beli playstation.
Sekarang ni pun masih ramai lagi yang menjual CD game.
2. Jual download link dan akses key untuk main game
Bila kegiatan cetak rompak makin berleluasa, dan game developer tak dapat nak buat duit dengan game keluaran mereka, maka pada waktu ini penjualan game mula berubah. Setiap game yang dikeluarkan perlu ada akses key ataupun CD Key baru boleh main.
3. Pengiklanan dalam portal game
Salah satu contohnya adalah produk yang dikeluarkan oleh pihak SGO ataupun singkatan bagi Suka Game Online. Kaedah buat duit seperti ini sebenarnya mudah sahaja konsepnya. Anda bina portal game, kemudian promosikan portal game tersebut.
Lebih ramai yang main game di portal game tersebut, maka lebih banyak pendedahan. Saya pernah tulis tentang buat duit dengan membina portal game sebelum ini disini:
Rahsia bagaimana buat duit dengan main games online akhirnya dibongkarkan!
Atas ni pula adalah salah satu game yang saya main. Sekarang ni saya stuck kat level 15 atau hari yang ke 15. Ah… fedap la. ho ho
4. Jual skrip game
Jika anda pandai cari dan bernasib baik, anda akan temui ada banyak games dalam kategori flash games yang didatangkan bersamanya lesen yang membolehkan anda untuk jual semula games tersebut. Namun, ianya seperti yang saya katakan, kena pandai cari.
5. Servis install game
Satu game RM5. Mahal ke murah? Ini bayaran yang perlu saya bayar setiap kali saya nak masukkan game baru ke dalam PSP saya. Bukannya tak boleh buat sendiri, memang boleh. Cuma saya tak ada masa nak mencari dan download game tersebut. Lebih baik saya dapatkan servis ni. Jimat masa dan mudah.
6. Pengiklanan dalam games
Kalau anda biasa main games di smartphone ataupun di ipad misalnya, anda pasti akan perasan, sekejap-sekejap akan keluar iklan untuk kita download game lain.
Games tersebut adalah dari 3rd party dan pemilik platform game tersebut dibayar untuk siarkan iklan tersebut.
7. Masuk pertandingan games
Pertandingan games seperti DOTA kini diiktiraf sebagai sukan yang dikenali sebagai e-sport ataupun sukan elektronik (e-sukan). Walaupun sukan jenis ini kelihatan tidak sukar mana, namun ia sebenarnya mencabar kerana hanya mereka yang benar-benar mempunyai strategi yang POWER sahaja yang ada peluang untuk jadi juara.
8. “In game purchase”
Pemain game seperti COC pasti biasa dengan konsep ini. Bila kita main game tu, kita akan ditawarkan untuk beli beberapa item bagi memudahkan permainan ataupun menguatkan karekter yang kita bina. Sama ada beli coin, diamond, gems dan sebagainya.
Biasanya, siapa yang tak suka nak tunggu lama, mereka akan beli sahaja power up packs ni. Setengah game developer, mereka seolah-olah hanya pentingkan soal nak buat duit semata-mata. Game yang dicipta langsung tak berkualiti dan agak sukar untuk melepasi sesuatu tahap tanpa buat sebarang pembelian.
Kalau jumpa game dalam kategori macam ni, baik jauhkan je la. Beli power up packs pun membazir je.
9. Buka pusat permainan video
Jika anda mempunyai modal yang agak besar, bolehlah buka pusat permainan video ini. Bukan video arked ataupun konsep cuber cafe, tetapi permainan video yang menggunakan game console.
10. Jadi game developer, cipta dan jual games
Saya cukup cemburu dengan mereka-mereka yang mempunyai kemahiran untuk bina permainan video, sebabnya mereka boleh cipta permainan video mengikut kehendak dan citarasa klien dan boleh jualkan dengan harga yang tinggi.
Games boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah untuk tujuan pemasaran. Sebagai contoh, jika anda masukkan games yang menarik di laman web utama anda, anda berpotensi untuk menggalakkan pelawat selalu datang ke laman web anda ataupun untuk menggalakkan pelawat tersebut stay lebih lama di laman web anda.
Ini lah dia sebahagian daripada cara yang boleh kita aplikasikan untuk buat duit dengan permainan games. Jika ada antara idea-idea bisnes dan buat duit diatas yang sesuai dengan anda, silalah cuba!