Blog Sabree Hussin

Boleh Ke Buat Duit Dengan Senarai Emel Yang Sedikit?

Boleh ke buat duit dengan saiz mailing list yang kecil?

Berapa kecil?

Sekitar 100 – 200 orang subscriber.

Jawapan saya… Memang boleh dan saya sendiri pernah buat.

Pada pendapat saya, semua Internet Marketer, yang sekarang ni mempunyai beribu-ribu senarai emel subscriber, semua mula dengan senarai emel subscriber yang kecil.

Bermula dengan emel pertama dari subscriber yang pertama, ia meningkat jadi 10, kemudian meningkat jadi beratus-ratus orang dan seterusnya jadi beribu-ribu orang.

Walaubagaimanapun, ada beberapa pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum kita betul-betul boleh berjaya hasilkan sebarang income menerusi mailing list yang kecil.

1. Sudahkah anda kuasai teknik pemasaran?

Kalau anda tak berjaya hasilkan sebarang income, boleh jadi masalah sebenarnya bukan datang dari saiz mailing list, tapi masalah anda adalah anda tak pandai buat marketing.

Setiap emel yang dihantar, kempen pemasaran yang dibina perlulah dihasilkan dengan penuh berhati-hati.

Ia tidak semudah menghantar emel seperti :

Hai kawan, buka link ni sekarang kalau nak buat duit.

Layari ==> Buat duit senang dalam masa 24 jam


Belajar pemasaran emel percuma : Klik sini


Kalau semua emel yang dihantar, formatnya lebih kurang macam yang kat atas ni, maka tak hairanlah kalau tak berjaya hasilkan sebarang income.

Setiap emel yang dihantar WAJIB mempunyai kandungan yang bagus, yang relate dengan minat dan kehendak penerima emel tersebut.

Ini yang orang gelarkan content marketing.

Sekiranya content yang anda masukkan dalam emel kepada subscriber anda tu bagus, mereka akan baca emel anda, (dan akan tertunggu-tunggu emel seterusnya dari anda). Jika sebaliknya, sama ada mereka akan tekan delete atau mereka langsung tak akan baca emel yang anda hantar.

2. Kenal dan percaya pada anda

Ini berkait rapat juga dengan persoalan bagaimana anda memperoleh senarai emel tersebut?

Adakah anda beli? Atau adakah anda kumpul mailing list tersebut menggunakan software khas?

Baiklah, daripada kajian yang saya buat, rata-rata pengamal pemasaran emel bersetuju yang senarai emel yang paling bagus ialah daripada kalangan mereka yang pernah membeli sesuatu dari kita. Kita namakan ia buyer list.

Jika mereka pernah beli sesuatu dari anda, bermakna mereka percayakan anda. (Seperti yang saya bincangkan di Seni Jualan Psiko Pelanggan)

Dapatkan kepercayaan subscriber adalah perkara fundamental dalam pemasaran emel. Kerana daripada kepercayaan yang dibina itulah subscriber akan

==> Kenal siapa anda

==> Buka dan baca emel anda

==> Yakin dengan kandungan emel anda

Walaubagaimanapun, jika anda berhasrat untuk lakukan jualan pada mailing list anda, perkara seterusnya yang perlu anda lakukan ialah bina hubungan (relationship) yang baik dengan subscriber anda.

Sebab tu anda boleh lihat, ada ramai internet marketer yang akan hantar emel yang kandungannya berisi perkongsian info secara percuma, ebook percuma, dan sebagainya.

Kenapa?

Salah satunya adalah untuk bina hubungan yang baik.

Sebaik-baiknya, biarlah hubungan yang dibina tu adalah hubungan dua hala. Bukan hanya sehala.

3. Warming up mailing list anda

Jangan takut untuk hantar emel (broadcast) kepada mailing list. Sentiasa follow up, hantar emel dan sebagainya.

Jika anda ingin gunakan kaedah pemasaran emel, anda perlu sedar ada beribu lagi individu lain yang turut gunakan kaedah pemasaran emel.

Subscriber anda mungkin akan terlupa tentang anda jika anda jarang hantar emel.

Perkara yang sama biasa berlaku pada saya. Disebabkan saya subscribe terlalu banyak newsletter dari internet marketer dari luar negara, saya sendiri dah lupa, macam mana saya boleh dapat emel dari mereka.

Kecuali emel dari mereka yang selalu hantar emel kepada saya. Itu saya memang ingat.

Kalau yang jarang-jarang hantar, kadang-kadang saya memang lupa terus dan akan unsubscribe. (sebab ingat mereka ni nak SPAM saya)

4. Kualiti mailing list anda

Perkara ni berbalik kepada persoalan macam mana anda kumpul senarai emel tersebut.

Adakah menerusi opt in di mini site atau opt in dari blog anda.

Ada beza ke antara dua ni?

Ada beza… Kalau subscriber yang opt in tu datang dari minisite, mereka mungkin tak kenal anda. Tetapi, jika senarai emel tersebut diperolehi dari blog, mereka dapat kenali anda dengan lebih baik.

Kemudian, anda juga perlu kenal pasti, apa yang buatkan mereka tertarik untuk jadi subscriber anda?

Adakah sebab anda beri produk percuma, atau sebab anda tawarkan (jual) sesuatu yang mereka mahukan.

Jika subscriber anda adalah terdiri daripada pelanggan anda, maka tak ada masalah untuk anda hasilkan pendapatan berulang dari mereka.

Kemudian, kita perlu lihat juga sumber trafik.

Jika subscriber anda adalah mereka yang menjumpai laman web anda menerusi search engine, keyword apa yang buat mereka tertarik untuk ke laman web anda.

Kalau keyword-keyword seperti

Buat duit tanpa modal, buat duit dalam masa 24 jam, jana wang cara malas. jana wang tanpa modal

Keyword seperti di atas adalah keyword yang tak ada kualiti.

Mereka yang cari maklumat macam tu, sama ada mereka desperate perlukan duit, ataupun mereka memang tak ada duit.

Jika mereka langgan newsletter anda sekalipun, boleh jadi sebab anda tawarkan sesuatu yang percuma.

Cuba anda tawarkan produk berbayar… belum tentu mereka akan beli.

Baiklah, semoga info ini berguna untuk anda.

Jika anda masih belum pernah subscribe ke dalam mailing list saya, sila masukkan nama dan alamat emel anda di borang di bahagian sidebar blog ini.

 

 

[hcshort id=”9″]

 

 

Exit mobile version