Blog Sabree Hussin

Cara Buat Pemasaran Emel Yang Melampau!

Memang dahsyat cara Internet Marketer ni buat marketing.

Fuh

Sila jangan tiru aksi ini. Ia hanya buatkan orang rasa menyampah dan rasa nak muntah tengok emel-emel promosi menerjah masuk ke dalam inbox tanpa henti.

Dalam hari yang sama, dia hantar emel yang berbeza sebanyak 7 emel!

Itu belum masuk waktu malam lagi. Malam nanti mungkin akan ada lagi emel dari dia.

… ok tak pasti sama ada si penghantar ni adalah Ewen Chia atau sebenarnya orang lain yang gunakan nama dia. Saya biasa dengar jugak ada setengah orang ni, dia buat marketing, tapi pakai nama orang lain.

Kes ala-ala identity theft pun ada.

Apa salahnya guna nama sendiri, walaupun pada masa ni nama anda masih belum popular dan anda tak dikenali.

In Shaa Allah, lama-kelamaan pasti akan ada yang kenal anda, tapi, kalau asyik pakai nama orang lain, hmm alamatnya sampai bila-bila tak akan ada yang kenal anda.

Lagi satu, kalau anda nak buat macam ni, pastikan anda dah pun miliki senarai emel yang saaaaaaaaaaangat besar.

At least dah ada 50,000 (lima puluh ribu) senarai emel!

Kalau anda dah ada sejuta dua juta tiga juta, senarai emel lagi bagus.

Jadinya anda tak akan terasa sangat kalau ada antara orang yang dalam mailing list anda tu unsubsribe daripada terima apa-apa emel dari anda.

Tapi…

Kalau emel pelanggan yang ada dalam simpanan anda pun tak sampai 100 emel…

Anda pasti akan sangat terasa kesannya walaupun cuma dua atau tiga orang yang unsubscribe.

 

Exit mobile version