Blog Sabree Hussin

Senarai Panduan Buat Duit Dengan Affiliate

Adakah anda tahu, yang sebenarnya dengan menyertai program affiliate, anda berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dan sesetengahnya langsung tak memerlukan anda mengeluarkan modal walau sesen pun?

Ada yang memang dah tahu, dan sampai sekarang masih buat duit dengan affiliate. Akan tetapi ada juga yang masih lagi tak pernah merasa komisyen daripada program affiliates langsung.

Namun tak perlu risau, sebabnya ada banyak panduan yang bagus-bagus yang anda boleh dapatkan bagi membantu anda menghasilkan pendapatan dengan program affiliate.

Kebanyakkan panduan adalah dihasilkan untuk orang baru

Daripada pengalaman saya membeli pelbagai produk dan panduan affiliate sama ada yang dihasilkan oleh Internet Marketer dari dalam mahupun luar negara, saya dapati dari segi kandungan ianya memang “mesra newbie”.

Jadi, anda tak perlu takut atau risau untuk membeli mana-mana panduan yang terdapat di pasaran. Asalkan anda ikut satu demi satu apa yang disyorkan, anda pasti boleh buat duit.

Kali ini saya akan kongsikan secara ringkas tentang panduan-panduan buat duit dengan affiliate yang terdapat di pasaran yang anda sendiri boleh miliki. Sebahagian daripada senarai ini saya sendiri dah pernah beli.

Panduan Affiliate Pertama: Video Intensif Affiliate (Kursus Affiliate)

Oleh: Rahman Basri

Laman web: klik sini

Panduan ini dalam format video. Anda memerlukan perisian khas yang boleh memainkan file dalam format video.

Cara yang digunakan oleh Rahman Basri untuk buat duit dengan affiliate seperti yang ditunjukkan dalam dvd kursus affiliate ini adalah lebih kepada kaedah pemasaran email.

Anda akan pelajari

  1. Bagaimana membina squeeze page
  2. Cara setting sistem autoresponder
  3. Cara dapatkan trafik untuk di convert menjadi mailing list
  4. Teknik mendapatkan belian ulangan daripada subscriber yang sama
  5. Strategi mempromosikan lebih dari satu produk affiliate serentak

Pendek kata, jika anda lebih gemarkan cara pemasaran menggunakan teknik email marketing, maka inilah panduannya yang anda perlu dapatkan.

Panduan Affiliate Kedua: Teknik Pemasaran Video G

Oleh: Azian bin Usman (Zyan)

Laman web: Klik sini

Kalau sebelum ini, Rahman Basri mengajar anda macam mana nak buat pemasaran menerusi kaedah pemasaran emel, kali ini Zyan akan ajar anda teknik pemasaran menggunakan video.

Anda akan pelajari video yang bagaimana yang perlu anda hasilkan untuk dimuat naik di halaman YouTube.

Kenapa mesti pilih YouTube? Senang je jawapannya. YouTube adalah milik Google. Jadi, apabila anda muat naik video di YouTube, video anda lebih mudah muncul dihalaman pertama google.

Sesuai untuk buat duit dengan affiliate sama ada di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Walaubagaimanapun, secara peribadi, teknik video lebih mujarab jika anda ingin tawan pasaran antarabangsa.

Panduan Affiliate Ketiga: Webinar Hasilkan RM1,000 sebulan dengan Affiliate

Oleh: Gobala Krishnan

Laman web: Klik sini

Gobala Krishnan adalah pemilik platform jualan Ashadee.

Webinar ini adalah PERCUMA. Formatnya adalah seperti anda menghadiri seminar, tetapi anda tak perlu keluar rumah. Hanya perlu tonton dari laptop anda sahaja.

Menariknya ialah anda boleh berkomunikasi dua hala dengan Gobala.

Dalam webinar ini, Gobala akan menerangkan tentang niche affiliate, iaitu bagaimana untuk jana keuntungan yang lumayan dan maksimum dengan memfokuskan niche-niche tertentu sahaja.

Masalah orang baru ialah, dia tak fokus pada niche tertentu untuk buat duit. Sebab itu, income yang berjaya dihasilkan juga tidak seberapa.

Panduan Affiliate Keempat: Teknik SEO Merah Jambu

Oleh: Encik Titan (penulis blog ahmadfaizal.com)

Laman web: Klik Sini

Untuk mempraktikkan apa yang diajar dalam kitab ini, anda memerlukan blog.

Apabila anda sudah memiliki blog, anda perlu menulis blog dengan mematuhi peraturan-peraturan SEO supaya artikel yang anda hasilkan akan tersenarai dilaman carian google.

Apabila artikel dalam laman blog anda tersenarai di page pertama google, setelah mengambil kira faktor SEO, maka dari situ akan mudah bagi anda mendapatkan sales dan komisyen affiliate.

Panduan ini sesuai untuk anda yang gemar menulis dan ada blog. Kalau sebelum ini mungkin anda langsung tak mengambil kira mengenai teknik dan cara penulisan, maka dengan adanya panduan ini, anda akan di dedahkan bagaimana menghasilkan artikel blog yang kaya dengan elemen SEO.

Panduan Affiliate Kelima: Panduan ASAS Affiliate untuk Blogger

Oleh: Mohamad Azuan (penulis blog myrujukan.com)

Laman web: Klik sini

Panduan ini asas.

Dan ia juga bertujuan untuk membantu para penulis blog yang sebelum ini masih belum pernah lagi dapat sebarang komisyen affiliate, untuk merasa komisyen affiliate yang pertama dan seterusnya.

Panduan Affiliate Keenam: Jurnal Pemasaran Affiliate

Oleh: Sabree Hussin

Laman web: Klik sini

Ya, panduan ini ialah hasil karya saya.

Basically, ebook jurnal pemasaran affiliate ini menghimpunkan teknik, strategi dan taktik yang berkesan bagaimana nak buat duit dengan affiliate.

Pada asalnya, ebook ini lebih kepada catatan peribadi, ataupun nota-nota peribadi milik saya sendiri. Bila dah terlalu banyak beli panduan affiliate, saya mula buat catatan dan nota peribadi tentang teknik dan taktik yang berkesan bagi saya.

Lama kelamaan saya dapati, nota yang saya hasilkan semakin banyak, lalu saya himpunkan dalam bentuk ebook.

Apalah gunanya kalau ada ilmu tetapi simpan seorang, ye tak? Jadi saya pun susun semula, touch up sana sikit sini sikit, maka lahirlah ebook yang saya beri nama Jurnal Pemasaran Affiliate ini.

Menerusi ebook ini anda akan pelajari

  1. Teknik Pemasaran emel
  2. Teknik pemasaran blog
  3. Teknik SEO
  4. Teknik pemasaran video
  5. Strategi pemasaran media sosial
  6. … dan banyak lagi

Seperti yang saya katakan, panduan ini saya persembahkan dalam bentuk jurnal. Ia mengandungi 159 muka surat. Ya. Memang TEBAL.

Walaubagaimanapun, seperti yang saya sebutkan dilaman jualan, anda mungkin tidak akan jadi kaya dengan program affiliate, namun sekiranya nak hasilkan income RM100++ konsisten setiap bulan, ia tidak mustahil.

Baiklah, inilah dia 6 panduan buat duit dengan affiliate yang anda boleh dapatkan.

Sila dapatkan panduan-panduan ini jika anda benar-benar memerlukannya!

… dan satu lagi, lepas dah dapatkan panduan ni, tolonglah amalkan. Jangan sia-siakan setiap RM yang anda belanjakan untuk dapatkan ilmu buat duit dengan affiliate ini.

Pastikan, kalau anda nak stop sekalipun, anda dah pulang modal.

Ok selamat membeli belah.

Jangan lupa dapatkan panduan yang saya hasilkan tu ya. Yang lain-lain tu, kalau anda tak nak beli pun tak apa 🙂

 

Exit mobile version