Blog Sabree Hussin

Rahsia bagaimana buat duit dengan main games online akhirnya dibongkarkan!

Anda pernah main games online? Atau anda sebenarnya salah seorang yang memang suka dan memang biasa main games online? Sebentar lagi saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana dengan minat dan hobi anda bermain , boleh ditukarkan kepada peluang untuk anda jana pendapatan yang lumayan, and the best part is, dalam matawang USD pulak tu!

 

Ini salah satu games yang saya memang minat. Dekat 1 jam jugak saya main game ni tadi. Ia dalam kategori “tower defence”. Cuma dalam games ni, kita bukannya mempertahankan sebarang menara, tetapi lebih kepada jaga pintu supaya zombie-zombie ni tak boleh melepasi garisan sempadan dan cederakan orang awam.

Tower defence + zombie = PERFECT COMBINATION.

 

Masuk hari yang ke-15, game jadi agak susah!

Pemain boleh gunakan 4 jenis senjata dalam satu-satu masa. Pistol, shotgun, sub-machine gun dan bazooka. Of course, senjata yang berbeza mempunyai kekuatan dan keupayaan yang berbeza. Ada banyak lagi game yang saya masih belum cuba, dan kalau ikutkan apa yang saya baca, ada lebih kurang 2,000 game yang kita boleh main. Anda juga boleh cuba main permainan ni . Kat situ ada link untuk anda akses ke portal game yang dah siap dibangunkan.

 

Bagaimana kita boleh buat duit dengan main games?

Kalau anda cuma main game saja-saja, memang seronok. Masalahnya ialah, masa anda akan terbuang begitu sahaja, dan anda tak dapat sebarang hasil pun daripada hobi tersebut. Jadi, apa kata kali ini kita buat sedikit perubahan.

 

Dengan perubahan yang mudah ini, anda bukan sahaja dapat main games, malahan pada masa yang sama, anda juga akan dapat habuannya. Anda boleh buat duit dengan main games, apabila anda menjadi pemilik bagi laman web portal games!

Buat apa nak main game kat website orang lain, sedangkan anda boleh bangunkan laman web game anda sendiri, dan anda boleh main game seberapa lama yang anda mahu. Kalau anda nak tahu, ada satu software yang dinamakan sebagai yang anda boleh gunakan untuk bina portal game anda sendiri dan jana pendapatan dalam matawang USD.

 

“Lepas dah bina portal game, dari mana duit itu akan datang?”

Sebenarnya ada beberapa cara bagaimana laman web berkonsepkan portal game dapat bantu anda untuk jana pendapatan online. Antaranya adalah menerusi program pengiklanan, program affiliate, CPA, dan juga jual beli laman web di flippa.com

 

Program pengiklanan

Program pengiklanan yang popular dan terbukti membayar anda dalam matawang USD ialah daripada program pengiklanan Google Adsense. Jika anda layari portal game yang dah siap dibina, disitu ada juga disiarkan iklan-iklan daripada google Adsense. Setiap kali ada yang klik iklan-iklan tersebut, sama ada secara sengaja, atau tidak sengaja, anda selaku publisher dan pemilik laman portal games akan dibayar dalam satu jumlah tertentu.

Sebagai contoh, jika anda dibayar 1USD untuk setiap satu klik anda terima, ini bermakna, anda akan menerima bayaran kira-kira RM4.00 (ikut kadar tukaran matawang semasa) untuk setiap klik pada iklan yang anda siarkan.

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun adsense juga tiada masalah, kerana kat luar sana ada banyak lagi program pengiklanan yang anda boleh cuba sebagai alternatif kepada adsense.

 

Program affiliate dan CPA 

CPA adalah merujuk kepada istilah Cost Per Action. Dalam senario ini, anda akan siarkan iklan-iklan dari program CPA yang memerlukan pelawat untuk melakukan satu-satu tindakan yang mudah. Contohnya, mengisi borang survey, isikan nama dan nombor telefon dan sebagainya.

Bagi program affiliate pula, terdapat beberapa jenis seperti program affiliate yang menawarkan bayaran mengikut konsep pay per sales, pay per click, dan pay per lead.

 

Jual beli laman web di flippa.com

Ini adalah contoh laman portal game yang pernah dijual melalui sistem bidaan di laman web flippa

Atas ini ialah salah satu contoh laman web berkonsepkan portal game yang berjaya dijual di flippa.com dengan harga USD51,100

Jika anda convert ke matawang RM, anda boleh dapat 4 kali ganda daripada nilai tersebut. Sekiranya anda kurang berjaya untuk buat duit dengan program pengiklanan, affiliate dan cpa sekalipun, anda tak perlu bimbang sebabnya anda masih lagi ada harapan untuk buat duit lumayan di laman web flippa ini.

 

Kenapa perlu bangunkan laman web berkonsepkan portal games dan bukannya portal video, atau jenis blog?

Apa yang membuatkan sesebuah laman web itu berbeza antara satu sama lain adalah dari segi pengisian ataupun konten laman web tersebut. Proses untuk bina laman web itu mudah! Anda dapatkan domain dan hosting dari syarikat hosting kemudian anda dah boleh setup laman web anda.

 

Namun, untuk menjadikan sesebuah laman web itu menarik, ia bergantung kepada konten yang bagaimana yang anda ingin masukkan ke dalam laman web tersebut.

Saya beri anda contoh mudah untuk anda fikirkan…

 

Jika anda bina portal video

Melainkan anda adalah seorang genius yang pandai hasilkan video sendiri, maka laman web jenis ini memang sesuai untuk anda. Masalah dengan portal video ialah, anda perlu berhati-hati dengan isu hak cipta ataupun copyright. Walaupun anda jumpa video tersebut di Facebook ataupun di Youtube, ia tak bermakna video tersebut tidak dilindungi dibawah akta hak cipta.

Masalah dengan video yang dilindungi ialah pemilik video pada bila-bila masa boleh menyaman anda kerana menggunakan video mereka tanpa izin dan untuk tujuan komersial.

 

Jika anda bina laman web dengan konten artikel

Adakah anda yakin rakyat Malaysia ni jenis yang suka membaca? Jika anda tidak mensasarkan pembaca anda dari kalangan rakyat Malaysia, adakah teknik penulisan anda cukup baik untuk bersaing dengan penulis-penulis di peringkat antarabangsa?

Bagaimana jika anda bukanlah seorang yang mempunyai bakat untuk menulis?

 

Jika anda bina laman web berkonsepkan portal game…

Ianya sangat mudah untuk dibangunkan, lebih-lebih lagi dengan adanya yang akan memudahkan kerja-kerja pemasangan.

Proses pemasangan semudah tiga langkah mudah, iaitu

1. Upload

2. Konfigurasi (setting)

3. Siap!

 

Terdapat beribu-ribu games yang sesuai untuk semua peringkat usia. Ada game yang sesuai dimainkan oleh kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa. Pemain juga boleh main game menggunakan smartphone ataupun boleh juga guna PC masing-masing. Ia telahpun di optimasikan supaya mempunyai ciri-ciri mobile compitability.

 

Siapa yang lebih suka main game jenis flash ni sebenarnya? Daripada pemerhatian saya, golongan yang suka main game dari jenis ini ialah kanak-kanak dalam usia 8 tahun ke 17 tahun. Orang dewasa pun suka jugak main game macam ni, tetapi kebanyakkannya orang perempuan.

 

Pendapat saya secara peribadi, jika anda ingin bina laman web berkonsepkan portal game, lebih baik anda berikan tumpuan yang lebih untuk buat duit dengan program pengiklanan Adsense. Selain sebab bayarannya yang lumayan (dalam USD), golongan yang saya sebutkan ini juga lazimnya tak kisah untuk klik pada iklan-iklan yang disiarkan dalam laman web anda. Tak kiralah sama ada mereka terklik secara tak sengaja, ataupun mereka memang berkenan untuk tahu dengan lebih lanjut apa konten disebalik iklan yang disiarkan.

 

“Tahukah anda, pelawat yang meluangkan lebih banyak masa disesebuh laman web, mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk klik sekurang-kurangnya sekali pada iklan yang anda siarkan?”

 

… dan saya sendiri, bila dah jumpa genre game yang memang kena di hati, memang saya akan stay lama dekat laman web tersebut. Oh saya sendiri dah hadiahkan beberapa klik pada laman web tersebut. Cubalah anda bayangkan, kalau ada 100 orang macam saya, berapa potensi pendapatan yang anda bakal perolehi.

 

Oh ya, sebelum anda download software tersebut, pastikan anda dah lihat tawaran bonus-bonus yang disenaraikan dilaman web ini. Anda bukan sahaja boleh hasilkan pendapatan dalam matawang USD dengan portal game, malahan anda akan pelajari banyak lagi cara.

 

Kalau anda dah hasilkan laman portal game anda sendiri, jangan lupa kongsikan link laman web anda dengan saya nanti ya!

 

Ps: Just in case anda nak tau, nama game yang saya main tu ialah “”

 

 

Exit mobile version