Blog Sabree Hussin

Cara main game sambil buat duit online

Buat masa ni, ada dua game online yang saya main secara aktif. Bila saya kata aktif, maknanya dalam sehari saya buka dan main game tu beberapa kali.

 

Game yang pertama adalah game Cower Defense dan game yang kedua ialah Heroes Charge. Kalau saya tak silap, kedua-dua game ini dah lama wujud, cuma saya je yang baru join kedua-dua game ni.

 

Konsep game Cower Defense ni sama macam kita main game tower defence. Dunia yang didiami oleh lembu diserang oleh Alien yang berniat untuk buat kerosakkan. Jadi, kita kena bina bangunan dan pasukan pertahanan bagi memastikan niat jahat alien tu semua tidak kesampaian.

Konsep game ini tidak begitu susah dan perlu ada sikit kemahiran untuk susun strategi. Nak letak defender milk gun kat mana, slingshot kat mana, dan sebagainya. Kalau anda nak lebih jelas, bolehlah cari game ini di Facebook dan cubalah main.

 

Game kedua yang saya main, namanya Heroes Charge. Kali pertama saya main, saya rasa macam tengah main game Pokemon pun ada. Kita kena kumpul seberapa banyak heroes atau karekter yang kita mampu dapatkan dan seterusnya kita latih hero-hero tersebut supaya dapat membentuk satu pasukan yang mantap.

 

Setiap hero mempunyai keunikkan dan kuasa yang tersendiri. Apabila main game ini, kita kena tau hero yang mana sesuai untuk digandingkan dengan hero yang macam mana. Ada hero yang nampak lemah bila bersendirian tapi bila kita tahu apa kombinasi hero untuk membentuk pasukan yang hebat, maka hero yang nampak lemah tu tadi boleh jadi sangat kuat.

 

Bila dah power, bolehlah lawan dengan player lain dari seluruh dunia.

 

Satu persamaan antara kedua-dua game ini ialah, untuk bermain dengan lancar, tak ada masa menunggu, boleh jadi kuat dalam masa yang singkat, kita kena invest dengan membeli gems, power up pack dan sebagainya. Sudah tentu, setiap pembelian ini memerlukan kita guna duit sebenar.

 

Tapi apa yang saya nak cerita dalam ni, sebenarnya bukanlah tentang game-game tersebut, sebaliknya saya nak cerita bagaimana dengan hobi main game seperti ini, anda juga boleh buat duit.

 

Sekiranya kita jadi pemilik game seperti ini, dan ianya dimainkan oleh pemain dari seluruh dunia, maka ini adalah cara yang sangat simple untuk buat duit.

 

Walaupun saya kata simple (ringkas) namun tak bermakna ianya mudah. Ada macam-macam benda yang kita perlu tahu, dan yang penting, kena tau macam mana nak jaga server supaya permainan dapat dimainkan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

 

Ada cara yang lebih mudah untuk buat duit dengan bermain game.

Cara ni saya belajar dari Panduan Buat Duit Dengan Youtube Adsense. [Boleh klik sini untuk muat turun]

 

Saya tak pasti kalau anda perasan ataupun tidak, kalau bukak laman web Youtube dan taip sahaja nama game yang anda sedang main, akan ada banyak video yang kita boleh tonton.

 

Sebagai contoh, saya ada search video untuk game cower defense dan berikut adalah hasil carian di Youtube.

Kalau tengok pada jumlah views, ada yang mencecah sehingga 17 ribu views. Tapi kalau kita tekan play pada video tersebut, ada antaranya yang langsung tak ada dialog. Cuma kita tengok macam mana orang yang upload game tu main level tersebut.

 

Nampak tak apa yang berlaku?

 

Sebenarnya, pemain game ni cuma rakamkan apa yang berlaku di smartphone masing-masing menggunakan applikasi khas, kemudian daripada hasil rakaman tu, dia pun upload ke Youtube.

 

Daripada main game saja-saja, lebih baik rakam dan upload kat Youtube.

 

Mana-mana level yang kononnya susah sangat, nanti bolehlah dijadikan sebagai “tutorial” macam mana nak lepas level tersebut.

 

Itu bagi situasi game Cower Defense.

 

Bila saya search game Heroes Charge, siap ada yang buat channel khas semata-mata untuk membincangkan tentang game ini.

Biasanya, channel game seperti ini hanya akan ditonton oleh para pemain game tersebut sahaja. Ini bermakna, lagi ramai bilangan pemain game tersebut, maka lagi tinggilah potensi untuk dapatkan bilangan view yang tinggi.

 

Macam mana dan dari mana datangnya duit tu nanti?

Duit akan datang menerusi program pengiklanan. Boleh jadi, ini adalah “cara paling senang” nak buat duit dengan video Youtube.



Cuma perlu pastikan video kita tu mempunyai jumlah view yang ramai, dan seterusnya duit dari program pengiklanan akan berjalan dengan sendirinya.

 

Tak perlu susah payah nak fikir pasal nak buat jualan dan lain-lain perkara.

 

Mungkin ada yang nak tau, apa software atau applikasi (apps) yang boleh digunakan untuk rakam skrin handphone supaya boleh dijadikan video, betul tak?

 

Kalau nak tau apa nama apps tu, downloadlah panduan ni. Kemudian baca. Jadi lepas ni, anda bolehlah main game sambil buat duit online. Tak adalah rasa membazir masa sangat.

 

 

Exit mobile version