Blog Sabree Hussin

Bagaimana Orang Malaysia Boleh Buat Duit Lumayan Dalam Matawang USD?

Macam mana nak buat duit dalam matawang USD?

Perlukah rakyat Malaysia macam saya ni travel ke luar negara dan bekerja disana? … atau mungkin ada tak cara untuk orang Malaysia macam saya ni, dapat peluang untuk jana pendapatan yang lumayan dalam matawang USD tanpa perlu saya travel ke luar negara?

Kalau boleh… tanpa perlu keluar dari rumah langsung… tetapi masih buat duit dalam matawang USD.

Kenapa mesti nak jana pendapatan dalam unit matawang USD?

Sila lihat screenshot kadar tukaran matawang RM kepada US Dollar dibawah.

Nilai matawang RM makin jatuh berbanding USD!

Ok dalam catatan kali ini saya bukan nak sentuh bab-bab kadar tukaran matawang asing. Tetapi saya nak cerita, macam mana kita sebagai orang Malaysia masih lagi boleh buat duit dalam matawang USD walaupun hanya bekerja dari rumah. Tak perlu keluar rumah, tak perlu bersusah payah, cuma yang anda perlukan ialah ilmu bagaimana semua ni dapat kita lakukan.

Biar saya perkenalkan, satu platform yang TERBUKTI mampu beri anda peluang untuk buat duit dalam matawang USD.

Ini dia

Ya

Laman web Fiverr.

Sebelum anda tanya, betul ke boleh buat duit di Fiverr? Biar saya cerita serba sedikit bagaimana proses buat duit dapat dilakukan di platform Fiverr.

Mudahnya, berikut ialah proses yang perlu anda lalui jika anda ingin buat duit di laman web Fiverr

1) Anda tawarkan servis

Fiverr adalah laman web yang menghimpunkan para pekerja sambilan atau freelancer yang berminat untuk menawarkan servis mereka dengan kos serendah 5 USD

Dari sudut kaca mata pelanggan, fiverr ini adalah salah satu tempat WAJIB singgah untuk dapatkan servis yang dia perlukan dengan harga yang super murah!

Pelanggan ni pula datangnya dari seluruh dunia.

Apa servis yang anda boleh tawarkan? Ada sangat banyak sebenarnya, antaranya servis design logo, ebook ecover, servis SEO, review, penulisan artikel dan banyak lagi.

 

2) Pelanggan membuat tempahan untuk mendapatkan servis anda di Fiverr

Jika servis yang anda tawarkan menarik minat pelanggan, mereka akan lakukan tempahan.

Bayaran adalah dari serendah 5 USD dan jika anda menawarkan extra servis, boleh juga anda kenakan caj yang lagi tinggi.

 

3) Anda siapkan servis yang ditempah

Ok pelanggan dah buat bayaran.

Anda perlu dapatkan feedback dari pelanggan tentang tempahan mereka, dan seterusnya buat dengan sehabis baik mengikut time frame yang anda telah janjikan.

 

4) Anda serahkan hasil tempahan kepada pelanggan

Anda dah berjaya siapkan tempahan pelanggan? Langkah seterusnya adalah untuk serahkan hasil kerja anda kepada pelanggan.

Jika pelanggan berpuas hati, dia akan letakkan review positif tentang diri anda.

Jika ada pelanggan yang kurang berpuas hati, anda boleh review hasil kerja anda untuk lakukan kerja-kerja editing hinggalah pelanggan berpuas hati

 

5) Terima bayaran dari Fiverr

Ini yang paling seronok.

Pelanggan dah terima servis yang ditempah.

Anda pun dah susah payah siapkan job tersebut.

Kini tiba masanya untuk anda menerima payment atau bayaran upah dari pihak Fiverr.

 

Faham macam mana proses ni berlaku? Ala.. ada lima langkah je pun… kalau masih tak clear jugak, anda kena baca panduan buat duit mantap dengan fiverr ni pulak.

 

Kenapa Fiverr jadi pilihan hati?

Pendapat saya… semuanya adalah disebabkan oleh FAKTOR KESELAMATAN.

Dari skop pelanggan, kalau dia serius perlukan servis tertentu di Fiverr… dia perlu buat bayaran kepada Fiverr. Bukannya deal secara terus dengan penyedia servis. Jadi, pelanggan tak perlu risau penyedia servis ni akan lari tanpa deliver job yang anda berikan.

Dari sudut penyedia servis pulak, dia dengan yakin akan siapkan tempahan yang dia terima, sebab dia tahu, dia pasti akan dapat duit dari Fiverr hasil dia siapkan tempahan dari pelanggan tu tadi.

.

..

Apa servis yang paling popular di Fiverr?

Jika anda masuk ke lamab web fiverr, anda akan dapati terdapat pelbagai pilihan servis disenaraikan disitu.

Kalau hari ini, anda baru nak belajar berjinak-jinak dengan fiverr dan nak buat duit dalam matawang USD, servis yang bagaimana yang anda akan tawarkan?

Hmm…

Kalau anda sendiri tak ada jawapan, tetapi serius nak buat duit, maka kena baca jugak panduan ini.

.

..

Servis yang selalu saya ambil di Fiverr

Sebenarnya saya pun adalah antara pelanggan setia Fiverr yang selalu dapatkan servis dengan kadar harga yang murah di Fiverr.

Sebelum ni tak ada Processing Fee USD 0.5 tapi sekarang ni dah ada pulak.

Ok personally, servis yang paling kerap saya ambil di Fiverr adalah servis design ebook ecover.

Kebanyakkan ebook yang saya hasilkan, design ecover majoriti saya tempah di Fiverr sahaja. Dengan kos sekitar RM18 – RM19 jika kita convert ke matawang ringgit Malaysia.

Kenapa tak tempah dari usahawan tempatan sahaja? Tak nak ke support hasil kerja designer tempatan?

Mestilah saya suka nak support hasil kerja usahawan tempatan.

Cuma bila saya dapat peluang nak berjimat, maka saya juga perlu buat keputusan yang bijak.

Kenapa perlu bayar lebih… sedangkan boleh dapat servis yang sama, kualiti yang sama, namun dengan harga yang berkali ganda lebih jimat!

Maka atas sebab itu lah kenapa saya pilih Fiverr sebagai sumber untuk saya dapatkan servis hasilkan ebook ecover.

.

.

..

Baiklah, jika anda nak tahu, berikut ni ialah screenshot bukti income yang masuk ke akaun Paypal seorang marketer yang memang buat duit dengan Fiverr

 

Kalau anda minat nak belajar, macam mana nak buat ribu-ribu ringgit setiap bulan dengan menawarkan servis di Fiverr, baik anda tanyakan terus orang yang memang dah berjaya. Bila belajar terus dari dia ni lagi mudah, sebabnya dia memang buat duit jadi pengalaman dia lagi banyak dari saya.

Saya?

Jadi pembeli di Fiverr tu biasalah. Kalau offer servis, buat masa ni tak pernah terfikir nak buat lagi, sebabnya saya dah cukup busy nak siapkan order dari klien-klien saya yang ada di Malaysia ni.

Kalau anda nak test market oversea, dan nak rasa dibayar gaji dalam matawang USD, maka offerlah servis anda menerusi platform Fiverr.

Tak tau macam mana nak buat?

Benda boleh belajar bro… panduan dia pun ada. Tinggal nak download atau tak je kat sini.

 

 

 

Exit mobile version