Blog Sabree Hussin

Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN!

Belajar buat blog? Untuk apa? Apa rasionalnya? Sekarang ni kan dah ada cara lebih mudah untuk buat duit online mahupun buat kerja-kerja pemasaran.

“Orang sekarang ni lebih banyak guna Facebook dengan Instagram je untuk buat marketing.” 

 

Masih ada lagi ke orang yang nak gunakan blog sebagai medium pemasaran?

Ini antara harapan saya bagi tahun 2017 ni.

(1) Saya harap tahun 2017 ni, orang akan lebih banyak gunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram sahaja untuk buat kerja-kerja pemasaran.

(2) Saya harap pemilik-pemilik blog yang sedia ada sekarang ni akan jadi lebih cuai dan terlupa nak renew domain dan hosting masing-masing.

(3) Saya harap blog-blog percuma yang menggunakan blogspot dan wordpress.com tu pemiliknya akan berhenti update blog-blog tu semua.

(4) Saya harap pemilik blog yang ada sekarang ni tak akan tambah lagi blog yang mereka ada. Cukup hanya guna satu blog sahaja.

 

Katakanlah, setiap apa yang saya harapkan ni jadi kenyataan, maka tahun 2017 ini In Shaa Allah akan jadi makin mudah untuk saya buat duit dengan blog. Tak perlu lagi saya perlu bersusah payah nak bersaing dengan penulis-penulis blog lain yang hebat-hebat belaka.

 

Kalaulah ramai yang sedar, betapa mudahnya nak buat duit dengan blog… pasti ramai yang nak belajar buat blog sekarang ni.

Pada waktu mula-mula saya nak belajar buat blog sekitar tahun 2009 dulu, niat saya cuma satu. Saya nak buat duit dengan blog. Dalam kepala waktu tu, saya dah fikirkan, “kalaulah satu hari nanti aku dah tak kerja dengan orang, aku akan fokus untuk buat duit dengan blog je.” Kemudian saya akan buktikan, bahawa dengan blog “kita bukan sahaja boleh jana pendapatan, malahan jika dibuat dengan betul, kita juga boleh kumpul kekayaan.”

 

Ia bukan sesuatu yang mudah, namun at the same time, ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil.

 

Bagaimana sebuah blog boleh digunakan sebagai alat untuk menjana pendapatan?

Bagi mereka yang memang dah berpengalaman, sudah tentu mereka telah sedia maklum bahawa blog sememangnya berpotensi untuk dijadikan medium untuk kita jana pendapatan secara atas talian. Namun, jika topik ini agak asing bagi anda, maka silakan baca perkongsian ini dari mula sampai habis.

 

Saya nak cerita bagaimana blog boleh dijadikan sebagai medium penjanaan pendapatan. Ini antara topik yang akan saya sentuh dalam posting ini.

(1) Bagaimana buat duit dengan program pengiklanan

(2) Bagaimana cara nak hasilkan pendapatan dengan program affiliate dan juga dropship

(3) Macam mana cara nak buat duit dengan menawarkan servis Advertorial dalam blog.

 

Selain itu, saya juga akan sentuh secara ringkas bagaimana cara buat blog anda ibarat sebuah mesin buat duit yang terus menerus menjana pendapatan bagi anda tanpa henti. Bagaimana? Berminat nak tau? Jom teruskan pembacaan.

 

Cara hasilkan blog yang mampu jana pendapatan dalam program pengiklanan

Kejayaan atau kegagalan anda buat duit dengan cara ini, amat bergantung kepada satu faktor, iaitu berapa banyak trafik yang anda terima pada blog anda. Lagi banyak trafik maka lagi besar potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan.

 

Di peringkat permulaan, anda boleh cuba setai program pengiklanan Nuffnang.

Klik untuk baca: Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang

Seperti yang anda dapat lihat, blog ini juga menyiarkan iklan dari Nuffnang. Atas ni pula adalah sebahagian daripada pendapatan yang terkumpul daripada program pengiklanan ini.

 

Memandangkan blog ini tidaklah begitu tinggi dari segi trafik, maka pendapatan yang berjaya dihasilkan juga tidaklah begitu tinggi. Saya rasa kalau blog anda ada trafik yang banyak, anda patut boleh dapat income yang lebih tinggi dari apa yang saya berjaya hasilkan.

 

Lagi satu, pada pandangan saya, kebanyakkan pelawat blog ini adalah mereka yang mengakses menggunakan peranti mobile atau smartphone. Mungkin sebab itu income dari Nuffnang agak perlahan. Untuk menguji sama ada teori saya ni betul atau tidak, saya pun pasangkan iklan Mobicow yang hanya boleh dilihat oleh pengguna smartphone.

 

Hasilnya tak sampai sebulan dah boleh dapat komisen dari Mobicow. Bawah ni pula adalah komisen pertama dari Mobicow yang saya terima.

Jadi, untuk mereka yang nak fokuskan pendapatan pada program pengiklanan seperti ini, saya sarankan anda fokus untuk naikkan trafik dengan melakukan dua perkara ini. Pertama, perbanyakkan buat kerja-kerja pemasaran untuk blog anda, dan kedua, banyakkan bilangan artikel yang disiarkan dalam blog tersebut.

 

Kedua-dua cara ini TERBUKTI boleh membantu naikkan trafik blog. Terpulang pada anda nak fokus yang mana satu. Cuma dari pemerhatian saya,

Kalau anda terlalu fokus pada aktiviti pemasaran blog, trafik anda mungkin akan jatuh merudum jika anda berhenti buat pemasaran.

Sebaliknya, jika anda fokus untuk tambah artikel baru dan memperbanyakkan artikel, diperingkat permulaan mungkin trafik anda tetap rendah, namun setelah satu masa, anda akan dapat trafik yang konsisten walaupun tak buat sebarang kerja-kerja pemasaran.

 

Teknik hasilkan pendapatan menerusi Program Affiliate dan Dropship

Ok… ini saranan saya buat anda yang baru nak belajar buat blog tu. Tak payahlah nak fokus sangat dengan program pengiklanan ni. Lebih baik anda fokus sahaja pada program affiliate dan juga dropship sahaja. Ataupun kalau macam saya, saya lebih suka fokus pada program affiliate.

 

Dari segi potensi pendapatan, ianya berkali ganda lebih baik dan lebih tinggi berbanding program pengiklanan. Saya suka program affiliate seperti Lazada Malaysia yang ada jual macam-macam jenis produk.

Kita tak perlu susah payah nak jawab pertanyaan pelanggan, tak perlu hantar barang kepada pelanggan, pembungkusan semua tu bukan kerja kita. Cukup sekadar kita kongsi link affiliate sahaja, itu dah cukup memadai. Sebagai contoh, kita bawa pelawat untuk masuk ke homepage Lazada. Seterusnya, tak kira apa yang dia beli, kita tetap akan dapat komisen.

 

Walaubagaimanapun, dari pengalaman saya buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016, saya dapati adalah lebih efektif untuk dapat komisen jika kita fokus untuk promosikan sesuatu produk secara spesifik berbanding kita hanya bawa trafik ke homepage. Anda boleh cuba sendiri dan lihat perbezaannya.

Baca juga: Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016     

 

Bagi mereka yang bercita-cita nak buat ribu-ribu ringgit setiap bulan hanya dengan mempromosikan produk-produk affiliate, saranan saya

(1) Banyakkan menulis artikel dalam blog anda. Sebaik-baiknya tulis satu artikel setiap hari.

(2) Dapatkan targeted trafik. Kalau nak jual barangan kanak-kanak, kena banyakkan perkongsian topik tentang keibubapaan sebab mereka ini adalah calon pembeli terbaik.

(3) Belajar dan kuasai teknik penulisan copywriting. Bukak juga kitab-kitab buku dan ebook dari luar negara, sebab mereka ni lebih advance dari kita dalam bab-bab copywriting.

 

Bagaimana cara nak hasilkan pendapatan dengan mengambil upah menulis iklan Advertorial?

Kalau anda nak tahu, buat duit dengan cara ini adalah PALING BEST, PALING LUMAYAN dan PALING MEMENINGKAN KEPALA.

Pakcik kepada spiderman, iaitu Ben Parker pernah sebut “With great power comes great responsibility”. Kalau kita kaitkan dengan situasi buat duit dengan Advertorial ni pun lebih kurang sama juga. Lagi besar bayarannya, maka lagi besar juga expectation yang dimahukan oleh klien yang mengupah kita. Maka tanggungjawab kita sebagai penulis blog, adalah memastikan setiap sen yang dilaburkan itu untuk mengupah kita adalah benar-benar berbaloi.

 

Saya perhatikan, tak ramai penulis blog yang berkongsi secara mendalam topik tentang buat duit dengan advertorial ni. Pada peringkat awal saya nak libatkan diri dalam bidang penulisan advertorial ni, saya juga terpaksa buat banyak trial and error… sampailah saya temui satu formula yang betul-betul sesuai dengan diri saya.

 

Bila dah jumpa formula tu, barulah saya nampak… oh rupa-rupanya bukan susah sangat nak buat duit dengan advertorial ni. Memandangkan tak ramai penulis blog yang suka kupas perkara ni secara mendalam, maka saya berpendapat, ia mungkin ada sebab yang tersendiri.

 

Rata-rata penulis blog yang saya jumpa, mereka berhenti setakat ayat “…kita juga boleh buat duit dengan menawarkan servis penulisan artikel advertorial ataupun artikel review”. Persoalan yang lebih penting, seperti dari mana nak dapatkan job? Bagaimana cara buat pemasaran? Bagaimana cara buat tawaran kepada bakal pelanggan? Semua persoalan ini tidak dijawab dan buatkan saya sendiri agak terkapai-kapai untuk dapatkan maklumat tersebut.

 

Saya tak akan tulis secara panjang lebar disini, tapi rasanya cukuplah saya cerita secara on the surface sahaja. Seterusnya, terpulang kepada anda untuk cari jawapan sendiri, bagaimana anda ingin dapatkan klien yang sesuai untuk bekerjasama dengan anda.

 

Satu perkara yang anda perlu tahu, selain perlu cari klien yang sudi beri anda job, anda juga perlu pilih klien yang bagaimana yang anda nak kerjasama? Sekali lagi saya tekankan, ANDA WAJIB PILIH KLIEN YANG BETUL. Bukan semua klien kita patut bantu atau kita patut bekerjasama dengan dia.

 

Dari pengalaman saya bergiat dalam bidang penulisan advertorial ini, ada dua corak pemikiran yang akan membentuk dan mempengaruhi tindakan kita.

Pemikiran Pertama – Tak ada siapa yang sanggup untuk upah saya menjadi penulis advertorial.

Pemikiran Kedua – Ada RAMAI yang sanggup bayar saya MAHAL-MAHAL untuk minta saya tulis pasal bisnes mereka. 

 

Saya pernah berada dalam bentuk pemikiran yang pertama, dan saya juga pernah berada dalam bentuk pemikiran yang kedua.

 

Jika anda percaya tak ada siapa yang sanggup untuk membayar anda upah untuk menulis, maka anda betul. Sebaliknya, jika anda percaya, diluar sana terdapat ramai pemilik perniagaan yang akan dapat banyak manfaat dengan bekerjasama dengan anda dan sanggup bayar anda upah yang tinggi, anda juga betul.

 

Ok sekarang ni, tugas kita adalah menyakinkan bakal klien bahawa blog kita ni memang power dan cukup sesuai untuk bantu perniagaan mereka berkembang. Persoalannya, bagaimana cara anda dapat buktikan itu semua?

 

Memandangkan tiada satu blog yang sama, maka agak susah untuk kita tiru orang lain yang dah berjaya. Lagipun, ada banyak kerja-kerja belakang tabir yang memang tak akan didedahkan kepada orang lain.

 

Akan tetapi, untuk membuktikan yang blog anda mampu untuk bantu usahawan-usahawan tu semua, saya cadangkan

(1) Anda buktikan yang blog anda ada banyak trafik. Ini mudah sahaja. Tunjuk sahaja statistik blog anda kepada bakal klien anda.

(2) Anda join program Affiliate dan buktikan yang anda mampu dapat komisen. Program affiliate memerlukan kita buat jualan. Jika anda ada pengalaman dan kepakaran menjual, ia adalah satu poin yang bagus untuk menyakinkan bakal pelanggan.

(3) Anda tunjukkan penulisan terbaik yang anda boleh dan pernah hasilkan.

(4) Anda berikan testimoni dari klien anda yang pernah dapatkan servis dari anda sebelum ini.

(5) Anda bina artikel khas yang lengkap dengan ramuan dan formula copywriting bagi menyakinkan bakal klien untuk dapatkan servis dari anda.

 

Saya tak tau sama ada formula ini akan berkesan untuk anda ataupun tidak. Tetapi, untuk saya, ianya memang berkesan. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, tak ada satu blog yang sama. Semua blog adalah unik. Walaupun blog tersebut adalah blog copypaste, ia juga tak akan sama dengan blog yang asli.

 

Sebenarnya memang tak rugi belajar cara buat blog. Lebih-lebih lagi jika anda merancang nak buat blog bagi tujuan buat duit. Saya percaya, jika anda konsisten dan terus menulis, anda akan nampak ada macam-macam cara nak buat duit dengan blog anda tu.

 

Tahukah anda? Anda juga boleh buat duit dengan blog anda sekiranya anda rajin menyertai kontes-kontes yang banyak diadakan oleh blogger lain. Ok kalau anda minat nak buat duit dengan cara ini, boleh klik pada banner dibawah ni.

Kontes ini turut disertai oleh:

 

 

 

 

 

 

 

Exit mobile version