Blog Sabree Hussin

Cara buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli?

Jenama Shaklee adalah satu nama besar dalam industri network marketing berasaskan makanan kesihatan dan supplemen tambahan yang saya percaya dah tak perlu diperkenalkan lagi. Malahan, ahli dan pengguna Shaklee banyak juga daripada pelbagai latar belakang. Ada doktor, jurutera dan saya perhatikan ramai juga pengamal perubatan serta golongan profesional yang mengesyorkan produk-produk dari Shaklee sebagai makanan tambahan.

 

Ini adalah jenama yang dipercayai dan mempunyai reputasi dan prestasi yang baik. Ada banyak syarikat kat luar sana yang menawarkan pelbagai produk-produk kesihatan, namun dari segi keyakinan saya lihat Shaklee lebih dipercayai.

 

Memandangkan ramai juga rakan-rakan penulis blog yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes sampingan (ada juga bisnes utama) sesekali buatkan saya tergerak hati untuk sama-sama jadi pengedar macam mereka. Banyak yang saya lihat, mereka menggunakan kaedah pemasaran yang memang saya dah sedia maklum macam mana cara pemasarannya.

 

Kaedah pemasaran menggunakan blog dan juga Facebook  

Dua medium pemasaran yang saya rasa agak selesa untuk gunakan. Lagipun, memang terbukti boleh dapat jualan hanya dengan fokus pada dua medium ini. Saya sendiri, dah beberapa kali hasilkan jualan untuk produk-produk yang saya promosikan hanya menggunakan dua medium ini.

 

Cuma bila nak tingkatkan kebarangkalian dapat sales dan boleh close deal dengan prospek (tanpa khuatir prospek kena curi atau lari) saya akan gunakan juga kaedah pemasaran emel khususnya untuk tujuan buat follow up.

 

Daripada pembacaan yang saya buat, kalau nak jadi ahli shaklee ada dua cara, iaitu

Pertama, daftar sebagai ahli dengan bayaran

Sebanyak RM75 untuk West Malaysia dan RM85 untuk East Malaysia

Percuma keahlian

Dengan syarat buat belian bernilai 200 points dalam satu resit. Setiap pembelian produk-produk Shaklee akan ada point tertentu.

 

Baru-baru ni, saya perasan yang laman web ini juga menjual produk-produk Shaklee dan kebetulan sebelum ni memang saya dah pernah daftar sebagai ejen di laman tersebut.

 

Jadi secara tak langsung, sebenarnya saya dah boleh promosikan juga produk-produk Shaklee dalam blog ini walaupun saya tak pernah daftar sebagai ahli Shaklee! Tak pernah jadi ahli Shaklee tak menutup peluang untuk buat duit dengan produk ni nampaknya.

 

Walaubagaimanapun, dari segi struktur pendapatan dan komisyen pastinya banyak yang berbeza dengan yang bakal diperolehi oleh ahli-ahli Shaklee. Sebagai contoh set pelangsingan badan atau Shaklee Slimming Set dari Shaklee ini.

Produk ini dijual dengan harga RM255. Sekiranya saya berjaya hasilkan jualan untuk set slimming shaklee ini, komisyen yang akan dibayar kepada saya adalah sekitar RM22.95

 

Memandangkan sewaktu saya tulis artikel ini, saya pun belum ada kesempatan buat kajian yang mendalam tentang produk-produk Shaklee, anda rasa komisyen sebanyak RM22 ni banyak ke sikit ya? 

 

Pada saya, besar atau kecil jumlahnya bukanlah perkara utama. Asalkan ianya sepadan dengan usaha dan kerja yang perlu kita lakukan. Sekiranya tugas yang kita lakukan merangkumi hal-hal konsultasi, penghantaran produk dan servis, maka jumlah itu mungkin tak begitu berbaloi.

 

Akan tetapi, jika dilihat dari aspek dan konteks perbincangan kali ni, saya lihat bayaran ini bolehlah dikatakan agak lumayan.

 

Tak perlu bayar sebarang yuran keahlian. Tak perlu belajar tentang nutrisi jika tak mahu atau tak ada masa. Tak perlu nak uruskan tempahan dan tak perlu servis rangkaian. Tugas kita cukup sekadar mempromosikan link ke halaman jualan.

 

Dalam situasi saya, saya hanya perlu mempromosikan link ini.

 

Jika pelanggan beli produk Shaklee menerusi link tersebut, saya dapat komisyen.

 

Jika pelanggan tak beli produk Shaklee dari link saya, tetapi pelanggan tersebut beli barang lain, saya juga masih lagi ada peluang nak buat duit. Itulah pandangan dan pendapat saya.

 

Andai kata, anda juga nak buat duit macam cara yang saya ceritakan ini, bolehlah dapatkan akaun ejen affiliate disini.

 

 

Exit mobile version