Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara meningkatkan jualan tanpa perlu mengeluarkan modal tambahan?

Sesiapa yang terlibat dalam bidang jualan, pasti ada satu masa akan terasa, betapa susahnya nak hasilkan jualan. Masalahnya ialah, tanpa jualan maka tiadalah pendapatan. Pendapatan kita amat bergantung kepada keupayaan kita untuk menghasilkan jualan.

 

Tak ramai yang sanggup untuk jalani hidup dengan cara ini. Mereka tak sanggup untuk menjual. Sedangkan, jika mereka tau, sebenarnya potensi pendapatan yang boleh dihasilkan juga sebenarnya tiada hadnya. Buatlah seberapa banyak jualan yang anda mampu buat, dan semua itu akan jadi pendapatan anda.

 

Post kali ini, saya nak share beberapa poin untuk bantu mereka yang tengah stuck sekarang ni. Apa nak buat kalau tak ada jualan? … dan kalau boleh, apa dia perkara-perkara yang boleh dibuat untuk tingkatkan jualan tanpa menambahkan kos operasi sedia ada. Jom teruskan baca.

Jual kepada pelanggan terdahulu

Berita baik buat mereka yang menyimpan senarai database pelanggan. Jika anda merasakan begitu sukar untuk mendapatkan pelanggan yang baru untuk membeli produk yang anda niagakan, satu cara untuk anda dapat tempahan baru ialah dengan menghubungi pelanggan-pelanggan terdahulu.

 

Saya menggunakan perisian sistem autoresponder emelmatik untuk menyimpan senarai database pelanggan saya.

Jadi, setiap kali jika saya mempunyai produk baru yang saya ingin promosikan, saya akan hubungi pelanggan-pelanggan saya yang terdahulu. Kebiasaannya, dengan cara ini pasti boleh dapat jualan. Saya percaya, anda juga pernah dengar sebelum ni, untuk dapatkan tempahan dari pelanggan baru adalah lebih susah berbanding mendapatkan jualan daripada pelanggan terdahulu.

 

Tambahkan channel jualan

Bina sebuah laman web berkonsepkan laman jualan. Khusus untuk menjual produk ataupun servis yang anda sedang tawarkan. Ini contohnya. Laman web servis advertorial 5.

 

Laman web ini saya bina menggunakan platform blogspot dengan bantuan software Ministe2Blogspot.

Dah siapkan laman web jualan anda? Ok kita teruskan dengan langkah seterusnya pula, iaitu bina blog. Fungsi blog adalah untuk memperkenalkan produk yang anda jual dengan cara dan pendekatan yang lebih personal.

 

Selain itu, blog juga mempunyai suatu kelebihan iaitu hampir setiap apa yang anda siarkan di laman blog anda akan tersenarai secara automatik di laman web carian seperti google, yahoo dan sebagainya. Ini meningkatkan kebarangkalian untuk anda memperolehi pelanggan baru yang datangnya dari laman carian tersebut.

 

Walaubagaimanapun, jika anda ingin mendalami kaedah penulisan yang akan membantu laman web anda tersenarai di muka surat pertama google untuk hasil carian kata kunci tertentu, anda boleh baca catatan saya sebelum ini yang berjudul Panduan Asas SEO untuk blog.

 

Laman web jualan dah siap. Blog pun dah buat. Apa seterusnya? Pastikan anda kemaskini laman blog anda sekerap yang mungkin. Sebaiknya setiap hari perlu ada satu artikel yang baru. Ok kita move on ke langkah seterusnya.

 

Bina profile FB yang baru dan add seberapa ramai rakan yang boleh. Pastikan anda tidak menambah terlalu ramai rakan dalam masa sehari. Bila dah ada rakan-rakan baru, pastikan anda aktif di FB. Tak perlu nak komen share atau buat apa-apa. Cukup sekadar anda tekan like setiap kali rakan FB anda update status.

 

Pada masa yang sama, anda juga kena rajin update status mengenai produk yang anda niagakan. Ini bertujuan untuk memastikan apa yang anda share di wall anda akan keluar di newsfeed rakan-rakan anda.

 

Buat jualan di platform baru seperti di Mudah.My

Adakah anda tahu, untuk menyenaraikan produk anda di Mudah.my adalah PERCUMA?

Menurut info yang diberikan oleh laman web Pro Mudah.my, terdapat sekurang-kurangnya 5.2 juta pelawat yang mengunjungi laman web mudah.my setiap bulan. Mereka ini bukannya pelawat biasa, sebaliknya adalah mereka yang siap sedia untuk membeli dan menjadi pelanggan jika apa yang mereka cari terdapat di laman web mudah.my

 

Jadi, apa kata anda ambil peluang ini untuk senaraikan juga produk anda di laman web mudah.my

 

Buka tawaran untuk jadi ejen affiliate

Bagaimana kalau hari ini, anda mempunyai beratus-ratus, jika bukan beribu-ribu orang ejen yang akan membantu mempromosikan produk-produk yang anda niagakan? Ini adalah salah satu syarikat yang membuka peluang untuk orang biasa seperti saya untuk menjadi affiliate dan mempromosikan produk yang mereka niagakan.

Klik sini untuk melihat laman web syarikat tempatan ini.

 

Syarikat ini memfokuskan produk-produk dalam niche kecantikkan, kesihatan dan penjagaan peribadi. Satu perkara yang anda boleh contohi ialah anda boleh juga boleh buka tawaran untuk jadi ejen affiliate bagi produk-produk yang anda jual.

 

Dapatkan ejen dropship untuk bantu mempromosikan produk anda

Konsep ini tak banyak beza dengan konsep ejen affiliate. Sedikit perbezaannya ialah, anda hanya akan berurusan dengan ejen dropship sahaja, dan bukannya dengan pelanggan ejen anda. Anda juga akan jual produk anda dengan harga yang lebih murah, iaitu harga ejen.

 

Jika anda ingin menggunakan kaedah ejen dropship ini, pastikan anda tidak buka tawaran untuk jadi ejen dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak, semua orang akan jadi ejen anda, dan kesan jangka panjang, anda akan buatkan harga pasaran untuk produk anda jatuh. Semua orang akan minta “harga ejen” dan bukannya harga biasa.

 

Baiklah, apa yang saya kongsikan ini adalah antara yang saya sendiri pernah buat untuk dapatkan jualan bagi produk-produk yang saya niagakan. Sebahagiannya berkesan untuk saya, dan sebahagiannya yang lain, saya tak mempunyai kesabaran untuk tunggu bagi mengetahui ianya berkesa atau tidak.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

 

 
[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1551″]

Exit mobile version