Blog Sabree Hussin

Bagaimana Cara Jana Pendapatan Tanpa Modal Pada Tahun 2014

Tahun 2014 ini adalah tahun terbaik untuk kita push diri kita untuk jana lebih banyak pendapatan. Salah satu kebaikkan yang kita peroleh daripada kesan kenaikkan harga barang ialah ia memaksa kita untuk jadi lebih kreatif dalam mencari pendapatan sampingan.

 

Sama ada kita nak berniaga, nak buat kerja part time, atau nak sertai program buat duit. Ha… pandai-pandailah nak pilih mana satu yang sesuai dengan citarasa dan personaliti.

 

Kalau anda nak berniaga, kena ada modal. Kalau tak ada modal? Tak perlu bimbang sebabnya walaupun anda tak ada modal, anda masih lagi boleh berniaga. Gunakan konsep berniaga tanpa modal. Salah satu contoh perniagaan tanpa modal yang memang cukup popular sekarang ni ialah bisnes dropship. Dengan kaedah dropshipping ini, anda boleh mula berniaga hari ini juga tanpa perlu keluar sebarang modal dalam bentuk wang ringgit.

Tahun lepas (2013) saya dah test beberapa program yang menjanjikan peluang penjanaan pendapatan. Kebanyakkannya menjadi dan Alhamdulilah, memang ada pulangan. Jadi pada tahun 2014 ini, In Shaa Allah saya akan teruskan kesinambungan projek-projek tahun lepas.

 

Apa kata anda teruskan pembacaan, sebab mana tahu daripada salah satu list yang saya bincangkan ni, ada yang anda boleh buat juga.

 

Cara Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal Pada Tahun 2014

1. Program affiliate Ashadee.com

Berikut adalah beberapa screenshot komisyen affiliate yang pernah saya perolehi sepanjang menyertai program ini pada tahun 2013.

Komisyen bulan Januari 2013, RM447.10

 

Komisyen bulan June 2013, RM71.00

Komisyen bulan November 2013, RM93.20

Komisyen bulan Januari 2014, RM75.25

 

Pendapatan dari Ashadee.com (sebelum ini dikenali sebagai Jomniaga) sebagai agen affiliate ada naik dan ada turun. Bergantung pada kerajinan saya buat promosi.

 

… dan seperti yang anda juga dapat lihat, income saya tak berapa konsisten. Konsep buat duit dengan program affiliate ini ialah anda hanya akan dibayar jika berjaya buat jualan. Jika tak berjaya buat jualan, maka tiada sebarang bayaran akan diberikan.

 

Memandangkan pendapatan yang terhasil dari program affiliate Ashadee ni tak berapa konsisten, maka saya perlu buat sesuatu bagi mengimbangi pendapatan saya. Jadi, saya tambah lagi sumber pendapatan tanpa modal dengan syarikat Nuffnang.

 

2. Program pengiklanan Nuffnang

Income dari Nuffnang pun agak slow sebenarnya.

 

Salah satu sebabnya ia bergantung pada jumlah traffic dan berapa banyak klik yang saya terima dalam satu-satu masa pada iklan yang disiarkan.

Kalau kebetulan masa tu saya dapat banyak klik, maka pendapatan yang terhasil juga akan jadi BANYAK. Jika tidak, maka terpaksalah terima dengan apa-apa sahaja jumlah yang ada. Oh! Dalam program pengiklanan macam ni, kita tak boleh klik iklan sendiri ya.

 

3. Program pengiklanan 8share.com dan churpchup 

Untuk dua program ini saya masih belum berjaya dapat income yang boleh cash out lagi.

 

Syarat untuk cash out adalah kita kena capai satu jumlah amount terlebih dahulu. Konsep pengiklanan untuk program seperti ini sedikit berbeza berbanding program pengiklanan dari Nuffnang.

 

Untuk buat duit, kita perlu promosikan pilihan iklan-iklan yang disediakan di laman-laman media sosial sama ada di FB atau di twitter.

Setiap satu klik yang diterima pada iklan yang anda siarkan, akan dibayar RM0.20

 

Kalau anda dapat perhatikan, pendapatan saya terhenti sehingga bulan November 2013 sahaja. Pada waktu itu saya dapat projek lain yang lebih tinggi pulangannya. Buat duit dengan 8share & Churpchurp ni sangat senang. Anda hanya perlu share iklan sahaja. Kalau ada yang klik, anda dapat RM0.20

 

4. Program affiliate JobdiRumah

Laman utama program ini boleh diakses menerusi link jobdirumah.com

Ada dua cara nak buat duit dengan program jobdirumah

1. Buat duit dengan jadi pekerja sambilan. Kerja-kerja seperti menaip, terjemah dokumen, data entry dan sebagainya

2. Buat duit dengan mempromosikan program jobdirumah

 

Antara pilihan No.1 dengan pilihan No.2 saya pilih yang No.2 sebab pada saya ia lebih mudah untuk buat duit… Lagipun saya hanya perlu menulis tentang program ini di laman blog saya dan biasanya setiap bulan pasti akan ada komisen. Tak banyak pun tak apa. Asalkan ada.

 

5. Program Affiliate WangDotCom

Kelebihan program affiliate ini ialah ia menawarkan komisyen affiliate hingga 5 level.

 

Pada waktu entri ini saya catatkan, platform wangdotcom boleh dikatakan masih agak baru. Walaubagaimanapun, saya dah berjaya dapat komisyen dari program ini.

Komisyen ini saya terima pada awal tahun baru. Minimum payout adalah RM10 sahaja. Mungkin admin akan ubah ke amount yang lebih tinggi satu hari nanti.

 

6. Buat duit tanpa modal dengan dropship

Bukan prioriti utama bagi saya, namun saya akan buat jika ada permintaan.

 

Strategi saya lebih kepada kalau ada yang order baru saya akan buat. Untuk buat promosi lebih-lebih tu memang tak la… mungkin tahun ni (2014) saya akan mula aktif semula.

 

Produk kegemaran saya ialah seperti buku dan perfume.

 

7. Buat ebook dan jual

Tak perlu nak jual mahal-mahal.

 

Macam saya, saya jual dengan harga RM5 sahaja.

Harga dinaikkan setiap kali ebook ini saya kemaskinikan dan saya masukkan bab-bab baru dan topik terbaru.

 

Kos untuk hasilkan ebook ini ialah RM0. Hanya perlukan sedikit masa untuk menulis, sunting, dan kemaskini produk.

 

Hasilnya saya boleh jual berulang-ulang kali tanpa perlu risau kehabisan stok dan sebagainya. Produk ebook yang saya jual ialah Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

 

8. Program Affiliate EdyClick

Klik sini untuk pendaftaran sebagai affiliate EdyClick

 

EdyClick menawarkan sistem affiliate pay per sales dan juga pay per click.

 

Maksud Pay Per Sales ialah anda akan menerima bayaran dalam bentuk komisyen untuk setiap jualan produk yang berjaya dihasilkan.

 

Manakala dalam konsep Pay Per Click, anda akan dibayar komisyen untuk setiap klik yang diterima pada link affiliate anda walaupun tiada sebarang jualan terhasil.

 

Lihat contoh pendapatan dibawah

Saya telah berjaya memperolehi 4 klik bagi salah satu produk yang saya promosikan iaitu Qlimax Extreme Grip. Setiap klik pada link affiliate yang berjaya saya terima, dibayar dengan komisyen sebanyak RM0.03

 

9. Program Affiliate EdyBiz

Baca selanjutnya di entri: EdyBiz – Projek jana pendapatan pasif tanpa modal untuk tahun 2014

 

EdyBiz menawarkan program affiliate berbilang tingkat untuk sebahagian produk yang dijual menerusi laman jualan mereka.

Jika anda buat pemasaran dengan betul, saya pasti anda juga boleh dapatkan komisyen yang lumayan melalui EdyBiz.

 

Kesemua kaedah penjanaan pendapatan tanpa modal yang telah saya kongsikan dalam entri ini adalah kaedah-kaedah yang memang proven boleh buat duit dan membayar.

 

Sebenarnya memang ada banyak lagi cara buat duit tanpa modal yang kita boleh sertai, namun saya tak ceritakan dalam entri ini sebabnya

1. Program tersebut scam

2. Susah nak dijalankan

3. Saya tak pernah jana sebarang pendapatan dari program tersebut

4. Saya ragu-ragu terhadap status program tersebut

 

Kini anda dah tahu cara macam mana nak jana pendapatan sampingan tanpa modal untuk tahun 2014 ini. Kini semuanya terpulang pada anda sama ada anda nak bertindak atau tidak. Namun, kena buat cepat sebab saya sendiri tak tau sampai bila peluang-peluang ini akan tetap ada. Siapa tahu, mungkin ia akan ditamatkan dalam masa terdekat.

 

Apa yang saya harapkan ialah semoga informasi ini berguna untuk anda.

 

 

[hcshort id=”5″]

 

Exit mobile version