Blog Sabree Hussin

Ini Cara Terbaik Memulakan Aktiviti Blogging Pada Tahun 2014

Start fresh!

 

Mula dari bawah balik.

 

Sepanjang tiga atau empat tahun kebelakang ini blog ini dah memuatkan kira-kira 600 buah artikel. Disebabkan berlakunya technical error baru-baru ini, (dan kejahilan diri sendiri), kesemua artikel-artikel tersebut gagal diselamatkan.

 

Saya pun tak menyangka yang perkara seumpama ini akan berlaku kepada saya. Mungkin atas sebab tu juga, saya tak memasang plugin back up untuk blog ni sebelum ni. Saya ingatkan pihak hosting boleh bantu saya dan boleh restore blog saya kepada keadaan yang asal… rupanya tak boleh.

Satu pengajaran untuk saya. Tak boleh terlalu bergantung harap kepada pihak hosting semata-mata. Ada benda kita kena buat sendiri. Ada benda kita kena harapkan bantuan orang lain. Benda yang kita harap pada orang lain, juga kena ada inisiatif dari diri sendiri untuk buat back up.

 

Tak apa lah. Mesti ada hikmah disebalik kejadian ini.

 

Boleh jadi sebelum ini saya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak menerusi artikel yang saya hasilkan. Kadang-kadang niat kita menulis tentang sesuatu perkara, adalah atas sebab yang baik dan sebab nak bantu perniagaan orang… tetapi disalahfahami.

 

Boleh jadi sebelum ini saya pernah menulis sesuatu yang tak sepatutnya diketahui oleh umum atau dah mendedahkan aib orang lain. Saya rasa macam tak ada dan tak pernah buat benda-benda macam ni. Tapi kalau ada berlaku, saya harap semoga diberi kemaafan.

 

Atau boleh jadi juga, ada artikel-artikel sebelum ini yang memang menyimpang daripada perkara sebenar atau just artikel yang tak ada kualiti.

 

Kalau nak cari satu per satu, memang tak ada masa. Alhamdulilah, bila semua dah hilang, terasa lega. Sebabnya saya boleh start fresh and white 🙂

 

Harapan saya, semoga dengan apa yang berlaku kepada blog ni, ada yang dapat ambil pengajaran. Jangan lakukan dan jangan ulang kesilapan yang saya telah lakukan sebelum ni. Penat juga tau nak maintain blog, update blog kemudian artikel semua hilang.

 

Mudah-mudahan, di masa akan datang, saya akan dapat hasilkan artikel yang berkali ganda lebih baik berbanding artikel-artikel blog ini yang dah hilang sebelum ni. Wallahua’lam.

 

 

Exit mobile version