Blog Sabree Hussin

Cara Dapatkan Link Affiliate Untuk Buat Duit Dengan EdyBiz

Dalam artikel saya yang lalu, saya telahpun menulis tentang sebuah laman web yang berpotensi untuk membantu kita semua untuk jana pendapatan tambahan secara online.

Dengan konsep pembayaran komisyen multi tier ditambah pula dengan keahlian yang turut dibuka untuk usahawan dari negara luar, maka saya secara peribadi melihat potensi yang amat besar untuk jana pendapatan yang lumayan menerusi laman web ini.

Untuk membaca artikel tersebut yang bertajuk Review Laman Web EdyBiz – Easy Do Your Business [klik sini untuk baca]

Saya menerima pertanyaan dari salah seorang pelawat blog ini

Macam mana nak dapatkan link affiliate bagi produk yang disenaraikan di laman web EdyBiz untuk dipromosikan?

Mudah sahaja.

Mula-mula kita ke laman web EdyBiz. [klik sini]

Pastikan anda telah pun log in ke dalam sistem EdyBiz

Anak panah menunjukkan step untuk anda log in ke dalam sistem EdyBiz

Kemudian, selepas anda klik login, paparan seperti dibawah pula akan kelihatan.

Seperti yang saya pernah tulis dalam artikel review laman web EdyBiz, anda boleh buat pendaftaran sebagai affiliate hanya dengan menekan connect with Facebook.

Saya juga daftar dengan cara itu sebab lebih mudah dan tak perlu susah payah nak ingat dan simpan password.

Jadi, jika anda juga buat seperti saya, anda boleh klik connect with Facebook seperti pada gambar diatas untuk log in ke ruangan ahli.

Setelah anda berjaya login, langkah seterusnya ialah anda klik pada store atau kedai online anda.

Pilih mana-mana satu produk yang anda ingin promosikan dan klik more info seperti dalam gambar dibawah.

Memandangkan saya pernah beli produk “Video Intensif Kursus Affiliate” ini, jadi saya tahu apa kandungan produk ini dan macam mana cara nak promosikan produk ni.

Dari segi kandungan, kelebihan, siapa yang perlu dapatkan produk ini, maklumat tersebut semua dah ada pada saya.

Paparan berikut akan kelihatan setelah anda klik pada more info

Link affiliate anda berada di bahagian yang saya tandakan dengan anak panah.

Jika anda klik pada kotak tersebut, dan tekan “ctrl + c” untuk copy anda akan dapati link affiliate anda sangat panjang.

Sebagai contoh, link affiliate saya adalah seperti dibawah

http://www.edybiz.com/aff_tools/mohamadsabreehussin/page/products:details:48:video-intensif-kursus-affiliate

Jadi, adalah kurang sesuai nak promosikan link affiliate yang kelihatan sangat panjang.

Ini juga bakal menimbulkan rasa kurang senang dan rasa kurang percaya untuk propek anda klik pada pautan tersebut.

Oleh sebab itu, kita perlu pendekkan atau sembunyikan link affiliate tersebut.

Salah satu cara yang boleh kita gunakan ialah dengan menggunakan servis dari laman web http://bit.ly

Anda perlu jadi ahli berdaftar untuk guna servis dari Bit.ly

Kalau tak pernah daftar, anda boleh daftar dulu. Ianya percuma.

Copy dan paste kan link affiliate yang panjang tadi diruangan seperti dalam gambar dibawah

Selepas anda masukkan link affiliate tersebut diruangan yang telah saya tunjukkan, satu pop up akan keluar.

Untuk edit link affiliate asal, iaitu http://bit.ly/1h8eE1k kepada http://bit.ly/kursus-affiliate-video, anda klik pada gambar pensel seperti anak panah diatas.

Kemudian anda taip perkataan apa yang anda nak gunakan, bila dah siap tekan ENTER

Untuk copy link affiliate yang dah siap di edit tu, klik sahaja Copy.

… saya punya link affiliate yang dah siap dipendekkan dengan menggunakan sistem bit.ly ialah http://bit.ly/kursus-affiliate-video

Dah siap.

Baiklah, cara-cara untuk dapatkan link affiliate bagi produk-produk lain juga sama sahaja stepnya.

Semoga artikel ini bermanfaat.

 

 

 

 

 

Exit mobile version