Blog Sabree Hussin

Boleh ke jana pendapatan pasif seumur hidup menerusi Program Affiliate?

jana-pendapatan-secara-online

Bagaimana cara menjana pendapatan pasif menerusi program affiliate? 

 

Saya telahpun meneliti beberapa pilihan yang ada dihadapan saya bagi mewujudkan pendapatan pasif saya sendiri. Setelah mengambil kira beberapa faktor, saya dapati, mencipta pendapatan pasif menerusi program affiliate adalah lebih sesuai dan lebih mudah.

 

Tapi sebelum nak cerita dengan lebih panjang, saya kira ada baiknya untuk saya lontarkan dulu persoalan ini… Penting ke ada pendapatan pasif ni?”

 

Sesetengah orang yang saya jumpa, mereka tak pernah ambil tahu pun tentang pendapatan pasif. Asalkan setiap bulan dapat duit gaji, cukup untuk buat bayar rumah, bayar kereta, bayar hutang dan sebagainya, maka itu dah cukup baik.

 

Buat apa nak pening-pening kepala nak fikir pasal pendapatan pasif pulak?

 

Hidup tanpa gaji. Pernahkah anda terfikir yang satu hari nanti, anda mungkin terpaksa lalui kehidupan anda tanpa ada lagi duit dari gaji? Adakah kita akan jadi salah seorang yang bertuah untuk melalui saat-saat sedemikian dalam kehidupan kita nanti?

 

Tak ada siapa yang tahu.

 

Pada saya, bersiap sedia dengan pendapatan pasif adalah ibarat kita menyediakan payung sebelum hujan.

Kalau kebetulan hari tersebut tak hujan sekalipun, payung yang sama kita boleh gunakan bagi melindungi kulit kita dari pancaran cahaya matahari yang terik.

 

Saya yakin anda juga sedar, kita tak akan bekerja selama-lamanya. Sampai masa, kita akan berhenti kerja, bersara, pencen, bertukar kerja, atau lebih teruk lagi.. kehilangan kerja.

 

Sekiranya kita baca buku-buku tentang pengurusan kewangan, seperti buku yang ditulis oleh Robert Kiyosaki, Azizi Ali dan lain-lain penulis, pasti kita akan jumpa beberapa cadangan untuk bina pendapatan pasif. Antaranya adalah menerusi

  1. Pelaburan hartanah (rumah sewa, homestay dan sebagainya)
  2. Pembelian unit saham yang memberi pulangan dividen
  3. Jalankan perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain
  4. Buat MLM

 

Mungkin ada banyak lagi.

 

Sekiranya anda mencari info, macam mana nak wujudkan pendapatan pasif menerusi pelaburan hartanah, pelaburan unit saham, buat bisnes ataupun join MLM, maaf saya katakan sini bukan tempatnya.

 

Apa yang saya nak cerita kat sini, adalah tentang bagaimana nak jadikan program affiliate yang ada banyak kat sekeliling kita tu sebagai platform untuk kita wujudkan pendapatan pasif.

 

Kenapa saya pilih program affiliate? Dari apa yang saya perhatikan, saya dapati buat duit dengan program affiliate ni lebih mudah. Kalau cerita dari sudut persaingan, ianya tidak begitu sengit.

 

Pada hari ini, terdapat macam-macam program affiliate yang kita boleh sertai. Kebanyakkan program affiliate ini adalah PERCUMA untuk disertai.

 

Ya, anda tak perlu bayar apa-apa untuk jadi ejen affiliate. Sesetengah program affiliate, meletakkan syarat seperti kita kena beli dulu produk baru layak untuk jadi ejen affiliate. Dalam keadaan ini, hanya pembeli sahaja yang dibenarkan untuk jadi ejen affiliate.

 

Kalau program seperti ini, lazimnya persaingan sesama affiliate tidaklah begitu sengit. Jadi, ada sedikit exclusivity disitu.

 

Ada juga program affiliate yang meletakkan syarat seperti, sesiapa yang berminat untuk jadi ejen affiliate perlu buat bayaran sebanyak sekian sekian ringgit. Bayaran ini adalah untuk membeli lesen ataupun hak sebagai ejen rasmi.

 

Terpulang pada pilihan masing-masing. Isunya bukan pada kena bayar atau tidak, tetapi saya lebih suka melihat sama ada produk tersebut mempunyai manfaat kepada pasaran pengguna atau tidak.

 

Ada ketikanya program affiliate juga dikenali dengan nama referral program atau program rujukan. Konsepnya lebih kurang sama. Kita akan dibayar apabila berjaya merujuk pelanggan baru kepada syarikat yang mengendalikan program affiliate.

 

Program rujukan Tone Excel misalnya. Hanya mereka yang menjadi pengguna simkad ini sahaja yang layak untuk menyertai program rujukan tersebut. Sekiranya simkad sudah tidak aktif, maka secara automatik, anda akan terkeluar daripada program ini dan tak layak untuk menikmati sebarang komisen dimasa akan datang.

 

Itupun kalau anda berjaya dapat pelanggan.

 

Terdapat kepelbagaian dalam program affiliate pada mutakhir ini. Pada pandangan saya, ini satu berita yang baik kepada orang biasa macam kita.

 

Jadi kita ada peluang untuk buat duit.

 

Saya nak kongsikan kepada anda, beberapa program affiliate yang mungkin anda boleh sertai dan seterusnya mula menjana pendapatan darinya.

 

(1) Formula Income Seumur Hidup

Program Formula Income Seumur Hidup ini diasaskan oleh Internet Marketer yang tak asing lagi. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Zamri Nanyan dan juga Razif Yusuf.

 

Menerusi program ini, anda akan menikmati komisen affiliate sebanyak dua level. Formula Income Seumur Hidup ini merupakan sebuah modul latihan yang akan mengajar anda cara-cara untuk menghasilkan pendapatan pasif yang boleh dinikmati seumur hidup hasilnya.

 

Untuk sertai program ini, anda boleh ke laman web ini.

 

(2) Sistem Jualan PRO

Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2013. Kemudian, selepas program ini dijalankan untuk beberapa ketika, ia dihentikan bagi tujuan naik taraf.

 

Tak berapa lama lepas tu, Rahman Basri memperkenalkan pula Sistem Jualan Pro 2.0 dan sekarang ni, program ini berada dalam fasa 3.0

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, program ini masih lagi dibuka untuk pendaftaran. Jika ada yang minat nak join, maka sekarang ni la masanya yang sesuai untuk join. Anda boleh klik sini untuk sertai.

 

Sekitar tahun 2014, saya agak aktif mempromosikan program ini dan pernah juga dapat komisen dari program ini. Kemudian, apabila jualan dihentikan, pendapatan saya pun terhenti.

 

Rasa sedih juga bila salah satu sumber pendapatan hilang macam tu je. Mujurlah pada masa yang sama, saya ada join beberapa program lain. Jadi, terhenti satu punca pendapatan, masih ada lagi sumber pendapatan lain yang saya masih boleh fokuskan.

 

Satu perkara yang saya suka tentang sistem jualan PRO ini ialah, program ini memang direka bagi tujuan membantu ahlinya menghasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate. So, kalau anda rasa program ini baik untuk anda, silakanlah sertai.

 

(3) Program Affiliate Visondata

Apa yang menarik dengan program affiliate Visondata ni? Saya tertarik untuk kongsikan mengenai program affiliate ini sebabnya mereka menawarkan struktur komisen yang agak menarik.

 

Kalau sebelum ini, saya cuma jumpa program affiliate yang menawarkan komisen satu level ataupun dua level, namun dengan Visondata, kita berpeluang untuk nikmati komisen affiliate sehingga 3 level.

 

Berikut adalah struktur komisen yang ditawarkan

Level 1 – 15%

Level 2 – 2%

Level 3 – 0.5%

 

Produk yang dijual oleh Visondata adalah perkhidmatan wifi untuk mereka yang ingin travel ke luar negara. Sekiranya anda berminat untuk sertai program ini, bolehlah buat pendaftaran disini.

 

(4) Program Affiliate klikjer

Platform affiliate klikjer menawarkan pelbagai produk-produk informasi. Komisen yang bakal diperolehi adalah sekitar 50% – 70% untuk produk yang berjaya dijual.

 

Program ini merupakan salah satu program yang paling awal saya sertai. Alhamdulillah, buat masa ni, boleh dikatakan setiap bulan saya terima komisen dari platform affiliate klikjer ni.

 

Bolehlah kalau nak dikatakan ianya dah mula jadi pendapatan pasif. Tetapi, saya tak nak cepat sangat berpuas hati. Saya tahu, kalau saya usaha lebih lagi, saya boleh dapat lebih banyak berbanding apa yang saya perolehi sekarang ni. Sekiranya anda ingin mendaftar sebagai affiliate klikjer, boleh klik pada pautan ini.

 

(5) Program Affiliate Lazada

Program affiliate Lazada ni pun merupakan salah satu program affiliate yang bagus untuk disertai. Saya rasa, tak salah kalau saya katakan, Lazada adalah jenama ecommerce paling popular dan terkenal di Malaysia.

 

Justeru, pengguna internet sudah tidak rasa kekok atau bimbang untuk buat pembelian di laman web Lazada. Memandangkan di laman web Lazada tu sendiri terdapat beribu-ribu produk, maka kita tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan.

 

Jika anda ingin sertai program ni, boleh buat pendaftaran menerusi link ini.

 

(6) Program Affiliate Involve Asia

 

Involve Asia. Ini merupakan satu lagi platform affiliate yang sedang meningkat naik. Jika anda menyertai program affiliate ini, anda berpeluang untuk mempromosikan macam-macam produk yang ada dipasaran kita.

 

Sama ada produk dalam industri kewangan, produk dalam bidang telekomunikasi, bidang pengangkutan dan macam-macam lagi. Malahan, jika anda ingin mempromosikan tiket penerbangan dan bilik hotel juga boleh!

 

Semuanya ada di Involve Asia. Anda boleh klik pada pautan ini untuk mendaftar sebagai affiliate.

 

(7) Program Affiliate Bookcafe

… dan yang seterusnya untuk saya perkenalkan kepada pembaca sekalian, adalah program affiliate dari Bookcafe.

 

Platform ini menjual pelbagai tajuk buku dari pelbagai penerbit. Bagi mereka yang memang minat membaca, mungkin boleh jenguk-jenguk program affiliate ini.

 

Selepas baca buku, apa kata anda buat sedikit review dan ceritakan juga kepada kawan-kawan anda, dimana boleh beli buku yang sama yang anda baca. Kalau kebetulan buku yang anda baca tu turut dijual di laman web Bookcafe, bolehlah berikan link affiliate anda.

 

Jika ada yang beli menerusi link affiliate anda, maka anda akan terima komisen. Anda boleh sertai program affiliate bookcafe ini dengan menekan klik pada pautan ini.

 

(8) Program Affiliate Adhance

Menerusi program affiliate adhance, produk atau perkhidmatan yang kita akan promosikan adalah iklan tawaran kerja.

 

Kita join program adhance sebab kita nak promosikan laman web carian kerja Maukerja.my.

 

Saban tahun, isu yang hangat diperkatakan adalah tentang kerja, gaji kerja, susahnya nak dapat kerja, graduan menganggur dan macam-macam lagi isu yang berkaitan dengan bidang kerja. Nah… join program affiliate adhance dan buat marketing banyak-banyak, supaya mereka yang masih belum bekerja ini tak terus mengeluh, sebaliknya boleh bertindak dan memohon kerja dari web maukerja.my

 

Sekiranya ada yang memohon kerja, anda akan dibayar komisen. Untuk pengetahuan anda juga, komisen yang ditawarkan melalui program ini adalah sebanyak dua level. Kalau anda tak buat marketing, tapi ada ejen bawah anda yang buat marketing, anda masih akan terima komisen.

 

Sila ke halaman ini untuk daftar program affiliate Adhance.

 

Ada lapan program affiliate yang saya telah kongsikan dalam perkongsian kali ini. Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud kat luar sana tu hanya terdapat 8 program affiliate sahaja. Sebenarnya ada banyak lagi!

 

Carilah sendiri. Saya rasa, kalau dihimpunkan semua program affiliate yang ada kat luar sana, jumlahnya mungkin hampir-hampir 100 buah program.

 

Sekiranya anda ingin wujudkan pendapatan pasif dengan program affiliate, memang ada caranya! Kaedah yang paling ketara adalah anda sertai program affiliate ataupun referral program yang menawarkan dua atau lebih level komisen.

 

Contohnya macam program referral Tone Excel, program affiliate Visondata, program affiliate adhance, dan juga program affiliate Formula Income Seumur Hidup.

 

Anda join program affiliate seperti ini dan mula dapatkan seberapa banyak affiliate (sub-affiliate) yang berdaftar menerusi link affiliate anda. Dengan harapan, mereka ini juga akan jadi insan yang produktif dan mampu untuk hasilkan banyak-banyak jualan.

 

Cara seterusnya, adalah fokus pada kaedah pemasaran yang boleh memberikan anda kesan seolah-olah anda memperolehi pendapatan secara pasif. Bagaimana?

 

Kaedah paling mudah adalah dengan menggunakan Teknik Pemasaran Search Engine Optimization. Apabila artikel ataupun konten pemasaran anda berjaya menduduki tempat pertama di laman web carian google bagi kata kunci yang anda sasarkan, pada waktu ini, anda akan menerima pelanggan secara automatik tanpa anda perlu susah payah nak buat kerja pemasaran.

Baca juga: Panduan ASAS SEO untuk blog

 

Inilah kaedah promosi yang saya gunakan untuk dapatkan komisen setiap bulan dari program affiliate. Ya, mungkin teknik ini agak lambat untuk menampakkan hasilnya, namun apabila ia dah mula beri hasil, selalunya hasil tersebut akan terus diperolehi secara berterusan.

 

Baiklah.

 

Terima kasih kerana anda sudi untuk baca. Semoga selepas ini, anda juga akan dapat nikmati pendapatan pasif seumur hidup dari program affiliate!

 

 

Exit mobile version