Blog Sabree Hussin

Formula Income Seumur Hidup – Majlis Pelancaran Logo & Laman Web Rasmi

Formula Income Seumur Hidup atau dikenali juga dengan nama singkatan FISH telah mula disebut-sebut dilaman media sosial sejak beberapa minggu yang lalu.

 

Mungkin sejak bulan Mac 2017 lagi Zamri Nanyan dan Razif Yusuf dah mula memberi HINT tentang program ini di media sosial, cuma saya je yang tak perasan. Almaklumlah, sibuk dengan urusan lain.

 

Lagipun, saya pun tak berapa faham lagi pada waktu tu, bila pengguna laman media sosial hanya menggunakan nama singkatan FISH semata-mata.

 

FISH yang saya faham… IKAN la. Apa lagi?

 

Kemudian tak berapa lama lepas tu, pada 24 April 2017, Zamri Nanyan bersama pasukan yang sama-sama menyokong projek Formula Income Seumur Hidup ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Logo & Laman Web Rasmi!

Majlis pelancaran ini diadakan di Ixora Hotel, Prai, Pulau Pinang.

 

Sebenarnya saya sendiri tak pernah lagi lihat, majlis pelancaran seumpama ini diadakan di Malaysia. Formula Income Seumur Hidup atau FISH ni adalah produk informasi dalam bentuk digital. Memang agak jarang untuk produk informasi seperti ini dilancarkan secara besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Zamri Nanyan ini.

 

Kebiasaannya, pelancaran sesuatu produk hanya dilakukan secara simple sahaja.

 

Sesetengah pemilik produk, hanya buat product launching menerusi FB sahaja.

 

Bagi Internet Marketer yang mempunyai senarai nama dan emel yang besar, biasanya mereka hanya akan lakukan product launching menerusi emel pemberitahuan sahaja.

 

Apa sebenarnya yang ditawarkan dalam Formula Income Seumur Hidup ini?

Semakin hari saya perhatikan makin ramai yang mula bercerita tentang Formula Income Seumur Hidup. Ada yang bercerita di Facebook, dan ada juga yang menggunakan medium blog seperti yang saya gunakan sekarang ini untuk bercerita tentang program ini.

 

Memandangkan ini adalah catatan pertama tentang FISH yang saya tulis di blog ini, jadi saya tak akan tulis dengan panjang lebar.

 

Saya nak tulis secara ringkas-ringkas je dulu. In Shaa Allah, nanti baru saya akan buat review tentang Formula Income Seumur Hidup ini.

 

Secara ringkasnya, FISH ini adalah formula yang digunakan oleh Zamri Nanyan sendiri untuk menghasilkan pendapatan pasif. Kita sedia maklum, kalau bercerita tentang pendapatan pasif, memang ada macam-macam cara.

 

Akan ada yang kata, kalau nak buat pendapatan pasif, kita boleh dapatkan menerusi

  1. Sewaan rumah
  2. Pelaburan ASB dan lain-lain pelaburan yang menawarkan dividen
  3. Buat MLM
  4. Buat website

 

… mungkin ada banyak lagi jika kita cuba untuk kembangkan lagi idea tersebut. Cuma persoalannya ialah, adakah anda kenal mana-mana individu yang betul-betul berjaya hasilkan pendapatan 4 – 5 angka setiap bulan hanya dari sumber pendapatan pasif?

 

Ok.

 

Mungkin anda akan kata, ya ada kenal beberapa orang.

 

Soalan seterusnya ialah, daripada kalangan individu yang anda kenal tu, berapa ramai yang sudi hasilkan produk informasi dan wujudkan program latihan yang bersistematik, seperti yang Zamri buat ni, supaya orang lain boleh tiru dan seterusnya dapat sama-sama hasilkan pendapatan!

 

Apa yang saya boleh katakan, kebanyakkan orang memang tak ada masa nak berkongsi formula kejayaan.

 

Kita hanya mampu melihat orang yang berjaya dari jauh semata-mata. Kalau kita cuba datang dekat dan minta dia ajar kita untuk jadi berjaya macam dia, belum tentu lagi dia nak ajar.

 

Bawah ini pula adalah bukti pendapatan yang diperolehi oleh Zamri Nanyan daripada salah satu sumber pendapatan pasif beliau.

Setiap bulan, ada beberapa income yang masuk secara pasif. Tetapi yang beliau tunjukkan adalah income yang berjumlah RM12,519

 

Pada hari yang sama, ada 4 transaksi yang berlaku dan semuanya adalah duit masuk. Sebenarnya, kalau Zamri tak tunjukkan semua sekali pun tak ada masalah. Sebabnya kalau dia tunjuk ia tetap duit dia, dan kalau dia cuma tunjuk satu sahaja sekalipun, ia masih lagi duit dia.

 

Kita cuma boleh tengok saja.

 

Kita mungkin tak akan dapat sama banyak macam yang dia dapat, tetapi kalau kita mampu usaha dan lakukan apa yang dia lakukan, setidak-tidaknya kita tetap akan ada peluang untuk rasa apa yang dia rasakan.

 

Bagi yang memang kenal dengan Zamri Nanyan ni, mungkin ada yang mengagak, income tersebut adalah income dari Program Referral Tone Excel.

 

Mungkin ya, mungkin bukan.

 

Apapun, sebelum beliau aktif memasarkan simkad dan program rujukan Tone Excel, Zamri adalah seorang Internet Marketer yang memang dikenali ramai.

 

Bagaimana cara nak buat duit dengan Formula Income Seumur Hidup?

Ini bahagian yang menarik.

 

Sebenarnya program FISH ini membuka tawaran kepada orang ramai untuk menjadi ejen affiliate. Uniknya program affiliate ini, ianya adalah PERCUMA untuk disertai dan kita ada peluang untuk dapatkan 4 jenis komisen.

 

Komisen pertama adalah komisen pendaftaran sub affiliate melalui rujukan kita sebanyak RM1

Komisen kedua adalah komisen PPL menerusi rujukan emel prospek kita tadi ke dalam sistem sebanyak RM0.50

Komisen ketiga adalah komisen Pay Per Sale bagi Produk Utama sebanyak RM100

Komisen keempat adalah komisen jualan menerusi Sub Affiliate sebanyak RM50

 

Setakat ini kalau masih tak berapa jelas tak ada masalah, sebabnya saya akan huraikan lagi dimasa akan datang. Buat masa sekarang ni, anda boleh join dulu sebagai affiliate secara percuma menerusi laman web ini.

 

Betul ke boleh buat duit dengan program ini? Kalau betul apa buktinya?

Biasalah kan… bila dah cakap pasal duit, mestilah kena tunjuk bukti sikit, betul ke boleh buat duit dengan Formula Income Seumur Hidup ni?

 

Untuk pengetahuan anda, saya join program ini agak lewat.

 

Orang lain dah join lebih awal dari saya, dan mereka dah mula promosi lebih awal dari saya.

 

Walaupun join agak lambat, Alhamdulillah saya masih berjaya dapat komisen. Saya akan tunjukkan kepada anda beberapa screenshot notifikasi komisen yang dah saya terima setakat ini.

 

Komisen pertama pada 25 April 2017 pada hari yang sama saya join program ini. Jumlah yang saya perolehi adalah sebanyak RM1.

 

Kemudian pada 28 April 2017, masuk lagi komisen bernilai RM0.50. Komisen ini adalah hasil daripada kerja promosi sub affiliate.

 

… dan yang terbaru, adalah sebanyak RM100 baru-baru ini. Notifikasi dapat komisen ni saya terima semalam.

Baiklah artikel ini adalah artikel permulaan sebagai warming up tentang program ini.

 

Bagi anda yang baca perkongsian saya ini, saya harap anda tak lepaskan peluang ini begitu sahaja. Daftarkan diri anda disini.

 

In Shaa Allah kita sama-sama buat duit nanti.

 

Exit mobile version