Blog Sabree Hussin

Income Dia Cuma Sen Sen, Anda Nak?

Saya tahu, setengah orang ni memang tak pandang langsung dengan program buat duit yang pulangannya cuma sen sen sahaja.

Ah… kalau setakat sen sen, bila nak kaya?

Saya setuju.

Kalau cuma sen sen je income dia, memang lambat nak jadi kaya. In fact, jika anda masih lagi kekalkan produktiviti semasa, anda memang langsung tak ada peluang nak jadi kaya.

It is impossible.

Bawah ni merupakan salah satu program buat duit yang saya masih setia buat sejak dari tahun 2010. Pulangannya memang sen sen je.

Kadang-kadang je pernah capai sampai puluh-puluh ringgit, namun sebenarnya lebih banyak dalam bentuk sen sen.

Kerja dia pulak saya tak nafikan, memang banyak. Leceh pun ya jugak.

Saya kena sentiasa buat artikel pada blog saya. Tetapi, buat artikel bukan segala-galanya.

Saya masih lagi perlu promosikan laman blog tersebut. Kemudian, saya perlu berhempas pulas pula untuk naikkan rating blog tersebut, supaya ia digemari dan menarik perhatian lebih ramai pembaca.

Kalau saya tak buat artikel terbaru langsung pun tak ada masalah sebenarnya. Asalkan, trafik ke blog tersebut kekal tinggi.

Ini merupakan salah satu perkara yang agak mustahil untuk selalu jadi. Apa tak nya… lama-kelamaan, orang akan jadi bosan juga kalau asyik baca artikel yang sama dalam blog ni.

Pencapaian terbaik dalam program ni adalah apabila saya berjaya kumpul income sen sen tersebut sampai jadi ratusan ringgit. Itu pun bukannya dalam masa yang singkat. Saya tetap perlu ambik masa yang agak panjang.

Seingat saya hampir setahun juga.

Seronok jugak bila diingat-ingat semula kenangan dan hasil pencapaian yang lepas-lepas.

Sekurang-kurangnya ia dapat jadi pembakar semangat pada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan pembaca lain yang masih lagi baru dalam arena buat duit online dan berminat nak cuba nasib buat duit online pada tahun ini.

Cubalah.

Anda pasti tak akan menyesal, dan saya yakin, sepanjang perjalanan anda untuk pelajari topik ini, anda akan temui banyak perkara baru yang menarik.

Satu lagi bisnes jenis sen sen yang bagus ialah bisnes yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini yang berjudul saya pernah gagal, sebab tu saya tak nak gagal sekali lagi.

 

 

Exit mobile version