Blog Sabree Hussin

Nak uji sejauh mana kemampuan Blog anda?

Bila kita tinggalkan blog kita lama sangat tanpa ada sebarang update terbaru, dan pada masa yang sama, langsung kita tak ada promosikan blog sendiri, pada waktu itu la kita akan nampak, kat mana sebenarnya tahap blog kita.

 

Dari segi trafik, kalau masih ada pelawat yang nak datang, kebiasaannya mereka adalah pelawat yang datang dari search engine. Pelawat jenis ini, kita gelarkan dengan istilah organic traffic. Mereka jumpa blog kita hasil daripada carian kata kunci tertentu, yang kebetulan kata kunci tersebut turut digunakan dalam blog kita.

Blog ini, dengan jumlah keseluruhan artikel sebanyak 160 buah artikel, dapatlah maintain 150 views dalam sehari. Masih sangat sedikit, dan jujurnya memang masih tak cukup untuk dapatkan income dari blog yang selesa, dengan jumlah views yang masih lagi pada tahap kurang memuaskan.

 

Istilah views ini adalah mewakili jumlah paparan. Dalam situasi ini, blog saya mempunyai 150 views dalam sehari. Namun begitu, ia mungkin tidak mewakili 150 orang yang berbeza.

 

Boleh jadi, viewers ini adalah orang yang sama, dan tak mustahil dalam 150 sehari itu, termasuk juga saya sendiri. Mungkin saya termasuk dalam statistik sebab ada view blog saya sendiri menggunakan peranti yang berbeza.

 

Hanya bergantung kepada satu jenis statistik sahaja mungkin kurang tepat. Sebaik-baiknya, kita lakukan cross check juga dari pelbagai statistik lain.

 

Sekarang ni, ramai yang lebih selesa menulis kat wall FB

Saya pun tak terkecuali. Ianya mudah dan cepat untuk menarik perhatian golongan pembaca sasaran. Jika strategi menulis di Facebook ini dibuat dengan betul, anda juga berpeluang untuk kelihatan seperti seorang yang pakar dalam bidang tertentu.

 

Tidak mustahil, kalau posting anda jadi viral dan anda jadi tempat rujukan untuk masalah atau isu berkaitan yang anda selalu tulis. Kesan seperti ini agak jarang berlaku kepada penulis blog yang fokus pada blognya semata-mata.

 

Walaupun begitu, saya melihat strategi menulis di media sosial seperti FB ini, untuk jangka masa panjang, ia tidak memberi kebaikkan yang banyak kepada kita. Saya sendiri kurang selesa dengan sistem yang digunakan oleh FB dalam menyusun posting-posting kita yang terdahulu.

 

Apa dia sistem yang saya maksudkan ni sebenarnya?

Saya sebenarnya sedang merujuk kepada sistem archive.

 

Kalau menulis di blog, artikel-artikel yang pernah kita siarkan dalam blog akan disusun mengikut sistem arkib. Contohnya, anda boleh lihat pada blog ini pada halaman arkib. Pada halaman tersebut, anda boleh temui posting yang pernah saya siarkan dalam blog ini mengikut bulan.

 

Sekarang mari kita bandingkan dengan sistem yang digunakan pada FB.

 

Cubalah anda cari semula, post yang anda buat pada bulan Januari, tahun pertama anda sertai FB. Boleh jumpa? Pada pandangan saya, post tu mungkin dah hilang. Kalau anda ada jumpa sekalipun, mungkin jumlah posting yang anda jumpa tak sama dengan jumlah sebenar yang pernah anda tulis.

 

Bagi pengguna yang memang suka update status setiap 1 jam akan faham apa yang saya sampaikan ini.

 

Berbeza dengan sistem blog.

 

Blog ada sistem archive (arkib). Dan tak mustahil dan tak susah untuk cari balik artikel-artikel lama yang kita pernah siarkan dalam blog kita. Kalau ada orang lain nak cari pun senang, lebih-lebih lagi kalau artikel yang kita catatkan tu memang dalam jenis artikel ilmiah.

 

Jadi apa yang saya buat, mula-mula saya akan update status di FB dulu.

 

Kemudian, post yang sama, saya akan tulis semula dengan gaya bahasa dan penerangan yang lebih panjang diblog sebagai back up. Kesudahannya, blog saya dapat update, FB pun dapat jugak update.

 

Ini satu cara yang saya sendiri gunakan untuk memastikan blog ini sentiasa ada artikel terbaru. Biarlah kalau tak ada yang nak baca sekalipun, namun tanggungjawab saya sebagai penulis blog, kenalah sentiasa update blog ini.

 

Cara untuk pastikan post di FB tidak hilang?

Mesti rasa sayang kan, kalau post yang kita siarkan di FB hilang begitu sahaja. Jadi, apa perlu buat untuk bagi posting tersebut tidak hilang?

 

Kalau saya, saya akan pastikan setiap kali saya post sesuatu di FB, saya akan sertakan dengan gambar. Jadi, kalau saya nak cari posting saya yang lama dengan lebih mudah, apa yang saya akan buat ialah, saya akan pergi ke photo album dan cari gambar yang berkaitan dengan post yang saya nak cari tu.

 

Voila…

 

Post tersebut masih tetap wujud walaupun dah agak lama ianya disiarkan.

 

Tetapi, kalau post tanpa gambar, saya dapati ianya sedikit sukar untuk ditemui semula, dan ada juga posting yang memang langsung hilang terus dari radar. Wallahua’lam.

Sebagai penulis, dan sebagai seorang yang memang buat duit dengan menulis, mempunyai platform yang sesuai untuk menulis itu memang sangat penting.

 

Pada masa yang sama, kena juga pastikan platform tersebut semakin dikembangkan dan berjaya menarik perhatian pembaca yang baru setiap hari.

 

Exit mobile version