Blog Sabree Hussin

10 Perkara anda boleh buat sekiranya alami Writer’s Block ketika menulis blog

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan fenomena Writer’s Block?

Writer’s Block adalah satu fenomena ataupun keadaan berkaitan dengan aktiviti penulisan yang menyebabkan seseorang penulis tersebut hilang kemampuan untuk menghasilkan karya penulisan yang baru dan penurunan dari segi daya kreativiti.

 

Ianya adalah suatu yang REAL dan boleh berlaku kepada semua orang. Even penulis yang kelihatan begitu produktif menghasilkan karya-karya penulisan yang baru juga ada ketikanya mengalami writer’s block. Setiap penulis sudah tentu mempunyai resepi dan formula tersendiri bagaimana menangani masalah writer’s block ini.

 

“Ini adalah MASALAH yang SERIUS.”

 

Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mencari rezeki menerusi jalan penulisan. Jika penulis tersebut hilang keupayaan untuk menulis, maka akan terhentilah seketika sumber rezeki mereka. Kali ini, saya nak kongsikan kepada para pembaca sekalian, beberapa perkara yang anda boleh lakukan sekiranya anda dapati anda diserang writer’s block.

 

Artikel kali ini khusus untuk membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh anda ambil jika diserang sindrom writer’s block dalam konteks penulisan blog. Mungkin terdapat beberapa poin yang saya kongsikan ini anda dapat praktikkan dan boleh dijadikan manfaat.

 

1. Semak arkib blog dan kemaskini artikel-artikel lama

Sebenarnya kan, arkib blog anda tu menyimpan 1,001 khazanah yang berupaya untuk membantu anda menjana pendapatan secara online sama ada menerusi program pengiklanan mahupun program affiliate.

 

Kalaulah anda faham, dengan sebenar-benar faham bagaimana program affiliate berfungsi, saya percaya anda juga berupaya untuk buat duit dengan affiliate hanya dengan bermodalkan artikel-artikel lama yang terkandung dalam arkib blog anda.

 

Soalan: Kalau betul artikel-artikel lama yang terkandung dalam blog kita begitu power untuk buat duit dengan program affiliate, kenapa sampai sekarang masih tak berjaya dapat komisyen lagi dari mana-mana program affiliate?

 

Anda serius nak tau apa sebabnya? Izinkan untuk saya terangkan. Saya optimis untuk mengatakan yang anda memang boleh buat duit dengan program affiliate hanya dengan bermodalkan artikel-artikel lama yang dah sedia terkandung dalam blog anda, DENGAN SYARAT… Jeng… Jeng… Jeng…

 

“ANDA AMBIL MASA UNTUK EDIT KANDUNGAN ARTIKEL TERSEBUT!”

I. Cari kesalahan ejaan

Ada tak sebarang kesalahan ejaan yang berlaku ketika anda menulis artikel sebelum ini? Biasanya pasti ada. Kalau sebelum ini, anda biasa gunakan bahasa pasar ataupun short form ketika menulis, buat pembetulan.

II. Tulis semula dengan mengikuti formula SEO

Artikel terdahulu yang pernah hasilkan sebelum ini mungkin tidak mengikuti formula penulisan SEO yang berkesan. Pada waktu kali pertama anda menulis, mungkin anda menulis mengikut perasaan dan emosi pada ketika itu.

Kali ini kita lakukan sedikit penambahbaikkan. Buat serba sedikit pembetulan dan masukkan elemen SEO dalam artikel lama tersebut. Sekurang-kurangnya anda perlu mempunyai FOCUS KEYWORD dalam penulisan. [Rujuk: Teknik SEO Merah Jambu]

III. Tambahkan ataupun edit link affiliate dalam artikel 

Mungkin anda tak perasan, ada program affiliate yang anda promosikan telahpun dihentikan jualannya. Tetapi anda masih lagi siarkan iklan produk tersebut. Jadi edit dan gantikan dengan program lain. Ataupun, anda mungkin juga mempromosikan produk yang tak ada kaitan dengan artikel yang anda tulis. Tukarlah dengan produk yang berkaitan dengan topik yang anda sedang bincangkan.

IV. Tambahkan poin atau konten dalam artikel supaya jadi lebih panjang 

Sekurang-kurangnya 600 – 1,000 patah perkataan. Jika ada artikel lama dalam blog anda yang panjangnya kurang daripada 300 patah perkataan, artikel tersebut patut anda jadikan sasaran untuk dikemaskini.

V. Edit tajuk artikel supaya jadi lebih POWER

Sesetengah artikel tidak dibaca, kerana tajuk dia kurang menarik perhatian. Ubahlah tajuk artikel tersebut supaya jadi lebih menarik.

VI. Buat backlinking antara artikel lama dengan artikel baru

Sekiranya anda temui mana-mana artikel lama yang ada persamaan ataupun merupakan kesinambungan bagi artikel terdahulu, buatlah internal linking sesama artikel tersebut.

 

2. Tulis semula artikel lama dan beri nafas baru

Edit artikel lama tidak menambahkan jumlah artikel dalam blog anda. Kalau sebelum anda edit artikel lama, jumlah artikel dalam blog anda ialah 600 artikel, selepas anda edit artikel lama, jumlah tetap tidak berubah.

 

Oleh itu, saya sarankan anda tulis semula ataupun rewrite artikel terdahulu menjadi satu artikel baru. Gunakan sahaja isi-isi penting yang ada dalam artikel sebelum ini, tetapi diolah dengan gaya bahasa dan contoh yang lebih segar.

 

3. Buat artikel lebih dan publish pada masa akan datang

Ada hari-hari tertentu, kita akan jadi over productive. Kalau biasanya kita mampu hasilkan 5 artikel dalam sehari, ada hari tertentu, anda akan dapati anda mampu untuk hasilkan sehingga 10 – 20 artikel! Apa nak buat dengan lebihan artikel tersebut?

 

Saranan saya, anda susun artikel tersebut untuk diterbitkan pada hari yang berbeza. Contohnya pada hari-hari yang biasanya anda akan sibuk dengan kerja-kerja luar atau hari yang anda tak ada masa nak menulis di blog.

 

4. Buat artikel lebih dan buat artikel jenis back dated

Dalam poin sebelum ni, kita cerita tentang nak siarkan artikel pada masa akan datang jika kita berupaya untuk hasilkan lebihan artikel. Kali ini, kita buat something yang sedikit backwards.

 

Artikel lebihan tu kita siarkan pada hari yang kita gagal siapkan dan siarkan artikel. Dengan ini, bila pembaca lihat arkib blog, mereka akan lihat seolah-olah anda seorang yang benar-benar produktif dan mampu hasilkan penulisan baru setiap hari!

 

5. Buat ayat ringkas dan tulis sahaja apa-apa yang terlintas di fikiran

Apa maksudnya ni?

 

Kadang-kadang kita bukan tak ada idea langsung. Sebaliknya idea yang datang tu dalam bentuk yang tak tersusun dan tak teratur. Seolah-olah mesej yang kita terima tu pecah-pecah. TAK ADA MASALAH. Tulis sahaja dari  mana-mana yang anda dapat.

Tak semestinya anda kena tulis artikel blog mula dengan turutan pendahuluan (introduction), konten, penutup.

Tak ada siapa yang nak halang anda jika anda nak tulis blog bermula dengan perenggan penutup 😀 kemudian diikuti dengan poin-poin yang tak tersusun, dan last sekali baru tulis introduction.

Yang penting, sebelum nak siarkan artikel tu anda kenalah proof read dan pastikan tiada kecacatan pada artikel tersebut.

 

6. Buat blogwalking dan tinggalkan komen

Sambil lawati blog rakan-rakan penulis blog yang lain, sambil tu kita dapat promosikan laman blog kita. Ini juga sebenarnya adalah salah satu aktiviti PENTING untuk pastikan artikel yang kita siarkan menerima komen daripada pelawat blog yang lain.

 

7. Tulis semula artikel orang lain tetapi dengan style kita sendiri

Adakalanya anda akan temui post yang ditulis oleh rakan blogger yang nampak macam kurang mantap. Apa kita boleh buat? Tak kan nak komen pada artikel rakan blogger kita tu dan tambahkan poin supaya jadi lebih bagus?

 

Oh bukan semua penulis blog dapat terima benda ini. Jadi saya syorkan, anda tulis semula topik yang sama, dan kali ini anda keluarkan artikel versi anda sendiri dengan poin dan konten yang lebih mantap dan padat.

 

8. Buka servis advertorial dan minta pelanggan yang beri poin serta isi penting

Ini salah satu cara untuk saya pelbagaikan artikel yang saya siarkan dalam blog ini. Dengan adanya segmen advertorial, dapatlah saya siarkan artikel tentang pelbagai produk atau servis yang wujud disekeliling saya.

 

Antara produk yang saya kira menarik adalah seperti Garam Mandian Assyifa, tiket masuk ke Universal Studios Singapore dengan harga diskaun dan sebagainya. Kesemua artikel advertorial ini, dari segi susunan idea adalah disumbangkan oleh pemilik perniagaan itu sendiri. Selesai satu masalah writer’s block!

 

9. Buka tawaran penulis jemputan

Ini lagi mudah. Buka sahaja tawaran untuk sesiapa yang minat menulis untuk menyumbangkan artikel dalam blog anda. Walaupun ketika anda sibuk dengan hal lain, anda masih boleh dapatkan ketenangan minda dan percayalah blog anda akan sentiasa dikemaskini dengan artikel-artikel baru sumbangan daripada penulis jemputan.

 

10. Pergi bercuti dan nikmati hidup

Tutup browser. Shut down laptop anda dan simpan ia dalam almari. Kalau boleh lock je terus almari tu. Tinggalkan semuanya dan pergilah bercuti. Tak perlu sibuk sangat nak fikir tentang blog and enjoy the moment! Relaks and rejuvenate.

 

Anda akan kembali semula dengan semangat dan energi yang positif, dan In Shaa Allah kali ini anda akan buat come back dengan idea yang penuh dan melimpah ruah. Mungkin… anda alami writer’s block disebabkan anda terlalu letih. There’s a limit that our body can take. Jadi… berehatlah kawan, dan sambung perjalanan anda selepas ini.

 

Semoga bermanfaat!

 

 

Exit mobile version