Blog Sabree Hussin

Aktiviti “Mesti Buat” Untuk Buat Duit Dengan Menulis Blog

Menulis blog bukan sekadar perlu tahu menulis semata-mata.

 

Beberapa aspek teknikal perlu juga diketahui bagi memastikan apa yang ditulis di blog tidak disia-siakan. Apalah gunanya menulis dengan penuh susah payah, memerah idea, kemudian tak ada siapa yang sedar akan kewujudan artikel tersebut.

 

Jadi, inilah dia antara perkara yang anda, sebagai penulis blog perlu ambil tahu bagi memastikan apa yang anda hasilkan dapat beri manfaat sama ada kepada diri anda sendiri mahupun terhadap sasaran pembaca anda.

 

Statistik adalah sahabat anda

Apa yang anda sedang lihat ialah senarai kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet sebelum mereka berjaya sampai ke blog sabree hussin dot com ini. Pelawat blog ini, mungkin tak pernah merancang untuk masuk ke laman web ini.

 

Namun, mereka akhirnya menemui laman blog saya setelah mereka menaip beberapa kata kunci menggunakan laman web carian seperti google, bing dan sebagainya. Nampaknya, laman web enjin carian menyenaraikan laman web milik saya ini di tempat yang agak baik untuk kata kunci yang dicari oleh pengguna internet.

 

Antara kata kunci yang saya kira menarik dan berpotensi untuk dijadikan kata kunci buat duit ialah

1. Tambah pendapatan tanpa modal

2. Madu sunnah natural herbs

3. Agen pemasaran percuma

4. Jobdirumah betul ke

5. Cara menambah pendapatan 2014

 

Mungkin ada yang nak tahu, selepas kita tahu, apa kata kunci yang digunakan oleh pengguna internet, apa langkah seterusnya? Silalah teruskan pembacaan. Apa yang saya ingin kongsikan pada anda ini mungkin akan bantu anda jana lebih banyak pendapatan menerusi blog anda di masa akan datang.

Perbanyakkan kata kunci tersebut di dalam blog

Kadang-kadang saya akan gunakan istilah pekatkan kata kunci tersebut.

 

Kalau boleh, setiap kali buat artikel yang baru, usahakan untuk masukkan kata kunci (keyword) tersebut dalam artikel yang baru dihasilkan tu. Tujuannya adalah bagi memudahkan search engine menjumpai blog kita.

 

Lagi banyak sesuatu keyword itu muncul dalam blog kita, bermakna, keyword tersebut adalah relevan dengan blog kita. Jadi, kesannya, blog kita akan disenaraikan sebagai halaman yang paling utama untuk keyword sasaran tersebut.

 

Untuk menggunakan teknik ini, anda juga perlu pastikan bahawa kata kunci tersebut benar-benar relevan menurut konteks dan konten yang dicari oleh pengguna internet tersebut. Contohnya, bagi kata kunci “tambah pendapatan tanpa modal”.

 

Orang yang mencari info seperti ini, boleh jadi memang sedang kesimpitan wang dan ingin mendapatkan sumber pendapatan yang tak perlu keluar sebarang modal. Jika kita ingin menulis tentang cara jana pendapatan tanpa modal, perlulah dipastikan apa yang kita cadangkan tu memang betul-betul tak perlu keluarkan sebarang modal.

 

Jika tidak, kita mungkin akan dianggap sebagai menipu. Salah satu cara untuk buat duit tanpa modal, adalah dengan menyertai program affiliate. Just in case kalau masih ada yang tak tau atau belum tahu.

 

Buat duit menerusi kata kunci sasaran

Ini adalah salah satu tujuan saya menulis blog.

 

Selain ingin menyumbang kepada perkongsian informasi, saya juga mensasarkan untuk buat duit menerusi blog. Seterusnya, apa yang perlu dilakukan adalah untuk jadikan keyword tersebut sebagai keyword yang boleh buat duit.

 

Macam mana?

 

Saya ambil contoh keyword Madu Sunnah Natural Herbs. Keyword ini merujuk kepada produk madu sunnah yang dikeluarkan oleh syarikat Natural Herbs Sdn Bhd. Mungkin ada orang yang nak tahu, apa sebenarnya kelebihan dan manfaat produk ini. Jadi dia pun buat carian secara online dan akhirnya menemui laman blog saya.

 

Untuk buat duit dengan keyword ini, cara paling mudah ialah, dengan menjadi agen pemasaran bagi produk madu sunnah.

 

Sebelum ini, saya juga pernah menulis artikel tentang bagaimana nak jadi agen pemasaran madu sunnah tanpa modal. Boleh lihat artikel saya sebelum ini berjudul jom jadi agen pemasaran produk madu sunnah [klik sini]

 

Kumpul database email pelawat menerusi keyword tersebut

Sebelum tu, saya nak perkenalkan sistem autoresponder emelmatik.

Kalau dulu, nak collect senarai emel pelawat, memang kena fikir banyak kali. Satu sebab kos. Kedua, pun sebab kos ho ho. Senang cerita, kos untuk mengumpul senarai emel pelawat menggunakan sistem autoresponder memang mahal. Tapi itu cerita dulu-dulu.

 

Sekarang tak lagi. Kos penggunaan emelmatik amatlah murah, lebih-lebih lagi dengan adanya pelan, bayar sekali pakai sampai bila-bila. Nak collect database emel pelanggan sampai beribu-ribu pun tak ada masalah.

 

Macam mana cara nak kumpul database pelanggan?

 

Senang. Pastikan pada setiap artikel tertentu, yang mengandungi kata kunci sasaran, anda letakkan opt in form yang bersesuaian.

 

Sebagai contoh, untuk kata kunci buat duit dengan FB Group, saya akan gunakan Opt in form seperti dibawah ni.

 

[hcshort id=”5″]

 

Untuk bina Opt In form seperti diatas sangatlah mudah. Anda hanya perlu gunakan plugin wordpress Hybrid Connect. Ini adalah plugin berbayar.

 

Seterusnya, anda hanya perlu set up emel follow up dan biarkan sahaja mereka yang opt in menerima emel follow up dari anda secara automatik. Apabila kita menulis blog, kita fokus untuk dapatkan trafik. Trafik yang masuk ke blog kita tu pula, janganlah di sia-siakan. Sebaliknya kita usahakan supaya trafik tersebut kita dapat convert ia kepada senarai emel.

 

Baiklah, itu sahaja aspek teknikal mengenai buat duit dengan blog. Seterusnya adalah usaha kita untuk raih kasih sayang dari Allah.

 

Banyakkan Doa

Amalkan juga beberapa amalan seperti yang dibincangkan dalam sistem menjemput rezeki.

 

Usaha kita hanyalah sekadar jalan untuk raih rezeki dari Allah. Walaubagaimanapun, memberi rezeki adalah hak mutlak Allah SWT. Banyakkan doa, jadilah hamba yang sentiasa taat menuruti perintahNya.

 

Jadilah hamba yang sentiasa memberi bakti dan berjasa pada masyarakat sekeliling. In Shaa Allah amalan ini akan memudahkan kita raih rezeki yang banyak.

 

Tawakkal

Bila kita dah buat semua yang perlu dibuat, kita kembalikan hasilnya kepada Allah.

 

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika dapat komisyen atau dapat buat duit itu adalah yang terbaik untuk kita, nescaya kita akan dapat.

… dan jika kita tak dapat sebarang income sekalipun, ketahuilah, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita.

 

Wallahua’lam

Terima kasih kerana anda baca artikel ini. Semoga Allah balas jasa baik anda kerana sudi baca artikel ini.

 

Exit mobile version