Blog Sabree Hussin

Formula Luas Rezeki

Formula Luas Rezeki. Rezeki yang luas atau sempit bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. Sebuah modul eksklusif untuk merubah diri menjadi Kaya Minda, Kaya Jiwa, Kaya Harta.

 

“Aku dah berusaha, tapi hasilnya tak seberapa. Apa lagi yang aku tak buat? Semua aku dah cuba. Tapi rezeki susah nak lekat.”

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Paling tidak sekali atau dua pasti kita pernah mengomel tentang rezeki yang adakala tidak menyebelahi. Malah cemburu pula dengan rezeki teman-teman lain. Seolah-olah rezeki semakin menjauh dan enggan ‘datang’ kepada kita.

Yakinlah, rezeki itu tidak sempit bahkan amat luas. Cuma kitalah yang perlu memilikinya dengan usaha bersungguh-sungguh. Tetapi bagaimana? Apakah rahsia menjemput rezeki agar ia benar-benar berkesan dan menjadi? Ya, naskhah ini ada jawapannya. (Mohd Zulfadhli Abd Nasir, penulis buku Formula Luas Rezeki)

 

Buku ini membincangkan aspek dan perihal mengenai rezeki. REZEKI. Ia merupakan satu topik yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita.

 

Setiap hari, kita akan bangun dari tidur, kemudian bersiap dan terus mencari rezeki. Sama ada dengan jalan perniagaan, bekerja, menjalankan kegiatan pelaburan, mahupun meminta derma.

 

Ada juga sesetengah individu yang langsung tak kisah tentang halal atau haram rezeki yang diperolehi. Apa yang penting, rezeki yang diperolehi dalam kuantiti yang BANYAK. Lagi banyak, lagi bagus. Maka tak hairanlah kalau individu seperti ini tak kisah untuk pecah amanah, menipu, mencuri, makan harta yang bukan haknya, mendapatkan harta kekayaan dengan cara yang salah.

 

But we are better than that. Kita bukan setakat nak dapatkan rezeki yang banyak dan luas. Pada masa yang sama, kita juga mahukan rezeki yang BERKAT. Rezeki yang berkat yang mana ianya walaupun sedikit, ia mencukupi, dan jika banyak, ia dapat dibahagi-bahagi.

 

Buku berjudul Formula Luasnya Rezeki ini agak istimewa berbanding lain-lain buku yang menceritakan tentang rezeki yang pernah saya baca. Tahniah buat penulis, saudara Zulfadhli kerana telah menghasilkan karya yang begitu bermakna seperti ini. Baiklah, mungkin anda nak tahu, apa yang buatkan buku ini menarik? Saya nak ajak anda untuk lihat isi kandungan yang dimuatkan dalam buku ini.

 

JENIS ALIRAN REZEKI

FORMULA KAYA BERJAYA DUNIA AKHIRAT

MODUL 1 RESET MINDA
Bab 1 Mencari kekayaan minda
Bab 2 Rezeki Berkat vs Rezeki Tersekat
Bab 3 Modal vs Untung
Bab 4 Rezeki 100% Milik Allah
Bab 5 Rezeki Bukan 100% Milik Kita
Bab 6 Mencari, Menjemput dan Menyerahkan Rezeki
Bab 7 Luasnya Rezeki
Bab 8 Syukur Menambah Rezeki
Bab 9 Usah Bimbang Dengan Rezeki, Hukum Perbekalan Sentiasa Melebihi
Bab 10 Matlamat Menjadi Kaya
Bab 11 Runtuhkan Tembok Penghalang Rezeki
Bab 12 Yakin Dengan Rezeki
Bab 13 Idea Adalah Rezeki
Bab 14 Tambah Makanan Minda
Bab 15 Berani Berimpian dan Berimaginasi
Bab 16 Tanda Rezeki Berkat
Bab 17 Kaya Minda

 

Kita bermula dengan Modul 1 iaitu Modul Reset Minda. Kita bagi clear dan FAHAM terlebih dahulu misteri tentang rezeki. Mungkin sebab itu penulis masukkan bab bertajuk Rezeki 100% Milik Allah. Rezeki adalah 100% milik Allah, dan Dialah yang berkuasa untuk memberi dan mengatur rezeki kepada kita. Memang kita perlu berusaha untuk meraih rezeki, namun jika Allah dah tetapkan rezeki kita adalah setakat RM1 sahaja pada hari tersebut, maka tak ada siapa yang berupaya untuk mengubahnya.  Begitu juga sebaliknya. Jika Allah telah mentakdirkan bahawa kita akan menerima rezeki sebanyak RM10 juta, tiada satu makhluk pun yang dapat menahan dan menghalangnya.

 

Penulis buku ini membahagikan penerangan tentang rezeki ini kepada tiga modul iaitu modul reset minda, reset jiwa, dan juga reset tindakan. Sebelum kita nak mula meraih rezeki yang banyak, minda kita perlu berada pada landasan yang tepat. Mind setting kita perlu betul. Dengan minda yang betul, kita akan dapat lihat betapa rezeki itu mempunyai hakihat yang sangat luas. Ia bukannya setakat dalam bentuk wang ringgit semata-mata, sebaliknya rezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk.

MODUL 2 RESET JIWA
Bab 18 Mencari Kekayaan Jiwa
Bab 19 Mencari Ikhlas Dalam Amalan
Bab 20 Jika Benar Cinta Allah, Sahutlah SeruanNya
Bab 21 Jika Benar Cinta Rasulullah SAW, Ikutilah Baginda
Bab 22 Mensuci Jiwa Dengan Istighfar dan Taubat
Bab 23 Mengubat Jiwa Dengan Yakin dan Tawakal
Bab 24 Mohon Pertolongan Dengan Sabar, Solat dan Jihad
Bab 25 Redha Allah Bergantung Kepada Redha Ibu Bapa
Bab 26 Hanya Kepada Allah Kita Meminta
Bab 27 Dalam Dhuha Ada Keberkatan
Bab 28 Bersedekah Menderaskan Rezeki
Bab 29 Mencari Bekal Taqwa
Bab 30 6 Prinsip Menarik Rezeki
Bab 31 60 Amalan Pembuka Pintu Rezeki
Bab 32 13 Amalan Harian Menjemput Rezeki
Bab 33 30 Amalan Mudah Menarik Kebahagiaan Jiwa
Bab 34 Kaya Jiwa: Wahai Jiwa Yang Tenang

 

Dalam modul reset jiwa, penulis bawakan kepada kita semua bagaimana untuk menjemput rezeki melalui kaedah kerohanian. Dalam sesetengah buku yang membincangkan tentang perihal dan masalah rezeki, ada sesetengah penulis yang hanya fokus kepada amalan-amalan tertentu yang dipercayai berupaya untuk menarik rezeki. Antaranya adalah dengan mengamalkan bacaan surah-surah tertentu, zikir, solat dan sebagainya.

 

Itu adalah sebahagian daripada usaha dalam bentuk kerohanian yang boleh kita lakukan. Namun pada masa yang sama, ia juga perlu di selarikan dengan tindakan. Jika nak ada banyak duit, maka bekerjalah dengan bersungguh-sungguh ataupun berniagalah!

 

MODUL 3 RESET TINDAKAN
Bab 35 Mencari Kekayaan Harta
Bab 36 Tindakan Biasa-Biasa vs Tindakan Luar Biasa
Bab 37 5 Resipi Tindakan Luar Biasa
Bab 38 Kisah 1 Jam Impian
Bab 39 Tip Pemasaran: Kaya Dengan Membantu Lebih Ramai Orang
Bab 40 Mencari Keseimbangan: 8 Jenis Kekayaan
Bab 41 Hapuskan Musuh Tindakan
Bab 42 Tip Produktif: Prinsip 80/20
Bab 43 Tindakan Besar vs Tindakan Kecil
Bab 44 Berpagi-pagi Itu Berkat
Bab 45 Mencari Kaya Masa dan Kaya Kesihatan
Bab 46 Visualisasi Kekayaan dan Kejayaan
Bab 47 SATU
Bab 48 Berani Gagal, Tiada Alasan
Bab 49 Bina Pelan Kekayaan dan Kejayaan
Bab 50 Kaya Harta

 

Apa dia tindakan yang boleh kita lakukan bagi menjemput lebih banyak rezeki supaya hadir dalam kehidupan kita? Ada banyak. Namun, ringkasnya ada dua perkara yang boleh kita lakukan, sama ada melakukan kerja-kerja tambahan, ataupun berniaga. Berniaga ini pula boleh dilakukan sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Sekiranya anda memerlukan pendapatan tambahan, sekitar RM230 – RM950 setiap bulan, maka carilah pekerjaan mahupun perniagaan yang mampu untuk memberi hasil sebanyak itu.

 

MODUL 4 RESET SEKARANG
Bab 51 Mencari Keseimbangan Kaya Dunia dan Kaya Akhirat
Bab 52 Bersama Kesusahan Ada Kesenangan
Bab 53 Hidupkan Potensi dan Genius Anda
Bab 54 Reset Sekarang. Reset ‘0’

 

Bagi kita orang Islam, konsep kekayaan yang kita mahukan bukanlah hanya sekadar kaya di dunia namun miskin di akhirat sana. Kita inginkan keseimbangan. Biarlah kekayaan yang kita perolehi di dunia dapat menjadi sebab untuk kita mendapat tempat yang baik (iaitu di syurga) apabila di akhirat kelak. Sebab itu juga, dalam aspek mencari dan memperoleh rezeki, kita amat perlu berhati-hati supaya tidak terjebak daripada memakan rezeki yang haram.

 

Buku ini boleh dibeli secara online sahaja di laman web Karangkraf. Anda boleh klik sini untuk buat tempahan. Ataupun boleh beli di mana-mana kedai buku berhampiran anda. Dari pemerhatian saya, ada banyak juga kedai-kedai buku yang jual buku ini.

 

Ambillah, dan bacalah. Mungkin buku ini bakal memberi perspektif yang baru tentang rezeki kepada anda. Jom sama-sama praktikkan formula yang dimuatkan dalam buku Formula Luas Rezeki ini. In Shaa Allah, mudah-mudahan kita sama-sama diluaskan rezeki.

 

 

Exit mobile version