Blog Sabree Hussin

Komisyen Ebook Sistem Menjemput Rezeki

Ebook Sistem Menjemput Rezeki ini merupakan salah satu produk yang saya promosikan di internet dan yang boleh dikatakan agak konsisten menyumbang kepada pendapatan online saya.

Ebook ini diluar niche buat duit online. Maka cara nak promosi pun sedikit berbeza.

Tak bolehlah semua ebook kita nak gunakan pendekatan yang sama untuk di promosikan.


Klik sini >> Sistem menjemput rezeki

Kalau ebook tentang buat duit, bolehlah nak gunakan unsur-unsur hype dalam kerja-kerja promosi. Tetapi, bila untuk ebook ini, pendekatan dia lain sikit.

Walaubagaimanapun, saya masih lagi menggunakan konsep pemasaran artikel.

… dan seingat saya, bukan hanya satu artikel yang saya gunakan untuk promosikan ebook ini. Ada banyak.

Anda nak tips macam mana nak promosikan ebook sistem menjemput rezeki?

Sila teruskan pembacaan.

1. Buat artikel

Kalau boleh buat 10 artikel.

Sebaik-baiknya buatlah 100 artikel promosi untuk ebook ini. Lagi banyak artikel (yang berkualiti), lagi cerah peluang untuk hasilkan komisyen untuk ebook sistem menjemput rezeki ini.

2. Siarkan artikel

Siarkan artikel promosi tersebut di beberapa lokasi yang berbeza.

Kalau anda nak guna medium blog, jangan cuma siarkan dalam blog anda sendiri je. Siarkan juga artikel promosi ini di blog kawan-kawan anda.

Kalau anda ada 10 orang kawan, dan kesemua 10 orang kawan anda ini aktif menulis blog, mintak kebenaran untuk siarkan artikel promosi ni di blog mereka juga.

Sebabnya…

Mungkin blog kita tak cukup power atau terlalu muda.

Jika anda siarkan di blog rakan anda yang lebih power dan lebih berusia, peluang untuk dapatkan jualan dan hasilkan komisyen lebih cerah.

3. Publisiti untuk artikel tersebut

Tak cukup setakat siarkan artikel.

Anda juga perlu beri publisiti terhadap artikel yang anda hasilkan tu.

Promosikan artikel tersebut. Selalunya orang biasa akan promosikan link affiliate terus, tetapi, jika anda guna kaedah pemasaran artikel, anda jangan promosikan link semata-mata, tetapi promosikan artikel promosi tersebut.

4. Spin artikel

Untuk hasilkan artikel promosi yang banyak, anda perlu memiliki kemahiran untuk spin sesuatu artikel tu.

Tujuannya ialah untuk jadikan artikel yang sama kelihatan berbeza. Anda boleh ambil contoh seperti yang di amalkan oleh syarikat akhbar.

Lihat macam mana mereka olah sesuatu berita dengan pelbagai cara dan gaya. Padahal berita yang sama, tetapi cara penyampaian tu boleh berbeza.

5. Amalkan apa yang diajar dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki

Step ini tak kurang pentingnya.

Anda amalkan apa yang diajarkan dalam ebook ini, In Shaa Allah rezeki anda lancar dan mudah.

Komisyen affiliate tu pun kira rezeki jugak kan 🙂

Layari –> Sistem Menjemput Rezeki untuk buat tempahan

 

 

 

 

Exit mobile version