Blog Sabree Hussin

Copy paste blog ada dimana-mana

… Maka pada suatu malam yang hening dan sunyi, nak dijadikan sejarah, saya terjumpa satu lagi laman blog yang langsung tak ada identiti, yang penulisnya langsung tak boleh diharap, tak manfaatkan fungsi otak dan akal dengan baik untuk menulis dalam blognya. Kerja dia mudah sahaja. Hanya copy paste artikel yang orang lain hasilkan untuk dijadikan konten dalam blognya.

 

Watak macam ni memang bersepah kat luar sana. Malahan, ini sebenarnya adalah satu masalah yang perlu dihadapi oleh semua yang menulis blog. Artikel dalam blog kena ciplak dan di copy paste.

 

Hati-hati kawan. Orang macam ni anda perlu sangat hati-hati. Silap-silap anda tak tau pun yang sebenarnya orang macam ni hanyalah seorang FAKE yang tak mampu untuk menulis pun. Tetapi, dek kerana skil copy paste yang dia amalkan, anda mungkin akan tertipu dan terdedah untuk jadi mangsa penipuan.

 

Inconsistency

Tukang plagiat hasil kerja orang ni, mereka tak ada identiti sendiri dan tak konsisten dalam menghasilkan karya. Corak dan gaya penulisan sentiasa berubah dan tak tetap pada satu topik. Jika mereka fokus pada satu topik sekalipun, ianya diulas dengan cara yang saling contradict antara satu artikel dengan artikel yang lain.

 

Self claim income lumayan

Contohnya

“Bulan pertama sahaja saya mampu menjana income sebanyak 4 angka”

 

Self claim income lumayan tetapi langsung tak tunjuk sebarang bukti yang SAHIH. 4 angka tu banyak mana? Pada saya RM10.01 pun dah kira 4 angka. Apa nak peliknya kalau dalam masa sebulan boleh dapat sebanyak tu?

 

Guna medium percuma tapi action macam power sangat!

Guna medium percuma bukan bermakna anda tak boleh berjaya. Boleh berjaya, cuma agak susah. Oh by the way, saya pun masih lagi gunakan medium percuma. Contohnya yang banyak membantu saya sekarang ni ialah sistem autoresponder percuma dari emelmatik.

 

Kalau dalam konteks pemasaran blog, orang macam ni akan guna servis dari blogspot sahaja. Tak boleh tahan weyh, guna blogspot tapi mengaku income lebat.

 

Budak ni nak tipu siapa sebenarnya ni? Sebab dari apa yang saya nampak, orang macam ni cuma menipu diri dia sendiri je. Dah la aniaya orang lain, curi hasil kerja dan karya orang lain.

 

10 nasihat, 11 tak boleh pakai

Ya memang begitulah lazimnya. Jadi, silalah berhati-hati dengan orang macam ni. Kalau orang macam ni nak ajar cara-cara buat marketing secara online pun, the best yang akan dia ajar cuma cara-cara nak copy paste artikel orang lain dan jadikan senjata pemasaran.

 

Work smart kononnya. Si budak-budak newbie yang baru nak mula buat duit online pun main follow je nasihat tak boleh pakai ni. Lupa habis dah bab halal, haram dan syubhah. Asal jadi duit, semua nak dilanggarnya.

 

Mengaku power semua perkara

… atau at least semua perkara dia tau.

 

Pandai main dropship, affiliate , email marketing , social media marketing , copywriting, SEO marketing dan segala jenis marketing yang wujud atas dunia ni. Ironinya, mengaku tau dan pandai macam-macam tapi masih tak boleh nak survive dan tak mampu nak manage blog sendiri tanpa copy paste orang lain punya artikel.

 

Serius. Perjalanan dan karier kau dalam bidang pemasaran online ni sungguh menyedihkan. You are pathetic. Semoga Allah tunjukkan kau jalan yang betul dan lurus sebelum kau jadi scammer newbie.

 

Ada ketikanya, kewujudan geng copy paste artikel ini memang membantu menaikkan ranking dan income dari blog. TETAPI, ianya hanya berlaku kadang-kadang. Sebenarnya, mereka ni tak wujud lagi bagus.

 

Daripada layan orang macam ni, baik baca buku tambah ilmu pasal blog.

Lepas dah dapat ilmu, tambahkan dengan tindakan untuk jadikan apa yang kita baca tu sebagai suatu kenyataan.

 

Susah atau senang, pengalaman kita hasilkan pendapatan online daripada medium blog, at least adalah base on true story dan memang atas hasil usaha kita.

 

Buat duit dengan blog dengan meniru atau copy paste artikel orang lain, kemudian berjaya dapat sales, berjaya dapat duit, itu bukan work smart. Itu mencuri hasil kerja orang namanya.

 

Real gurus, master or teacher tak ada aih nak ajar anak buah dia mencuri. Guru jadi-jadian je yang over dan tak berhati-hati dalam mengajar. Semua yang sesat lagi menyesatkan pun dia ajar.

 

Baik baca buku buat duit dengan Freelance Blogging ni. Mana tau, dengan bertambahnya ilmu, akan bertambah juga pengiklan yang nak dapatkan khidmat dari kita.

 

 

 

 

Exit mobile version