Blog Sabree Hussin

Isu Copy and Paste Ayat Iklan Peniaga Online Di FB, Apa Kata Anda?

Kalau dikumpulkan 10 orang secara rambang, dan ditanyakan soalan

“Adakah saudara/saudari ada akaun Facebook?”

9 daripada 10 orang pasti akan kata, YA SAYA ADA AKAUN FACEBOOK.

Senang cerita, zaman sekarang ni, majoriti ada akaun Facebook.

Saya tertarik nak menulis tentang isu kopipes ayat iklan ni. Sebabnya, beberapa hari sebelum catatan ini saya hasilkan, saya terjumpa dengan suatu status update dari seorang kenalan di FB. Ayat tersebut berbunyi seperti berikut:

Saya tulis semula

Ada juga yang nak bagi trademark untuk ayat iklan tak benarkan orang copy… letak tanda trademark la kat bawah ayat iklan jadi tak ada la orang copy ayat Tuan… kita orang Islam cuba la buat pahala sikit… kita patut rasa bangga orang copy ayat kita… dapat juga pahala kalau ayat kita dapat ubah kehidupan orang lain… jangan la kedekut sangat sampai ayat iklan pun nak berkira…

Perbincangan ni bukan berniat untuk melihat siapa betul dan siapa salah.

Isu kopipes ni sebenarnya bukan terhad di media sosial seperti di Facebook semata-mata. Sebenarnya, ia berlaku hampir dimana-mana.

Satu masa dulu, waktu Facebook masih belum popular dan blog adalah platform yang lebih diminati bila nak buat duit secara online, artikel dalam blog juga di kopipes.

Ya artikel yang saya siarkan dalam blog ini juga tak terkecuali daripada menjadi mangsa aktiviti kopipes.

Senang cerita, siapa yang menghasilkan sesuatu konten secara online, anda pasti akan terdedah daripada menjadi mangsa kopipes. Baiklah, jom kita lihat apa pendapat dan pandangan lain-lain pengguna FB berhubung isu kopipes ayat iklan ni.

.

..

Kat atas ni antara feedback yang saya dapat kumpulkan berkenaan isu kopipes ayat iklan orang lain.

Sebenarnya terdapat perbezaan, antara anda kopipes ayat iklan orang lain, dan juga dengan anda kopipes

1. Maklumat terbaru

2. Info produk

3. Fakta

4. Sejarah

5. Ilmu

.

..

Yang menjadi skop perbincangan ini ialah tentang ayat iklan. Ayat-ayat kreatif yang digunakan oleh peniaga online untuk menarik perhatian prospek untuk dapatkan jualan.

Daripada respon pengguna FB tersebut, saya boleh katakan majoriti SETUJU untuk kopipes ayat iklan orang lain, sebabnya?

1. Pemilik atau pereka atau pencipta ayat iklan tak boleh kedekut

2. Pemilik atau pereka atau pencipta ayat iklan patut niat nak bersedekah kerana dengan itu dia akan dapat pahala.

3. Pemilik atau pereka atau pencipta ayat iklan patut bangga bila ada orang kopipes ayat iklan miliknya.

4. Untuk elak daripada dilabel sebagai kedekut ilmu.

.

..

Ok tak apa tak ada masalah. Setiap orang pasti ada pendapat masing-masing. Tak semestinya pendapat anda tu betul dan pendapat saya salah. Dan tak semestinya jugak pendapat saya betul dan anda wajib follow dan terima pendapat saya sahaja.

Jadi, tak lama lepas tu, saya pun jalankan sedikit survey menerusi emel.

Dan ini antara jawapan-jawapan balas yang saya terima

.

.

1. BroFami

Saya tak suka juga orang kopipes ayat iklan saya di fb, lagi2 yang tidak minta keizinan dari kita.. dan saya tak minat sangat nk copy ayat iklan orang lain sebab xde unsur personal pada diri kita.. bagi saya orang yang suka kopipes ni adalah orang yang malas, iaitu malas berfikir dan malas menaip.. 🙂

ikhlas,
broFami
www.usahawanToneExcel.com
2. Mohd Ridzuan

Assalamualaikum,
Pada pendapat saya tentang isu kopipes ni, kalau seseorang itu melakukan kopipes dengan kebenaran tuan punya ayat yang di kopi itu tiada masalah, tapi jika copy Tanpa kebenaran tu mungkin menimbulkan rasa tak puas hati pada tuan punya ayat tu.maklumlah dia penat pikir nak buat ayat,orang lain senang kopipes.

Kalau jenis bines networking, kalau yang kopipes tu die punya down line,mungkin tuan punya ayat tu tak kisah sebab dia pun boleh dapat untung sama.

Walaupun begitu, ada baiknya kita but ayat sendiri,dengan cara itu kita dapat belajar tanpa hanya mengharapkan orang lain.

Namun ada juga orang yang Jenis tak kisah,sapa yang nak tiru ayat dia tak apa .

Ikhlas Dari
Mohd Ridzuan bin Ahmad
(http://www.steviamanis.weebly.com)

3. Ahmad Zawawi
bagi orang yang baru menceburi bidang perniagaan online sudah tentu masih kurang idea bagaimana untuk mengiklankan produk yang ingin dijual, jadi cara mudah adalah melihat orang yang lebih awal menceburi bisnes online ini dan salin ubah suai serba sedikit sesuai dengan produk yang ingin dijual kemudian tampalkan di ruangan fb untuk diiklankan, bagi pendadapat saya, adalah tidak wajar jika copy paste langsung dari orang yang jual barang yang sama dengan kita.
4. Shah biz87
Yup sy setuju kopipes..sbb otai IM tiruvasi org yg dh berjaya..mcm kalo top affiliate..kita spy yg top affiliate..buat cmne..cuma yg tk blh tumpang iklan org di fbads..tu tk blh
5. John Labu

assalamualaikum saudara sabree…pada pendapat saya isu ini subjektif.. boleh @ tak itu bergantung dengan keadaan semasa.. dalam hal ayat iklan untuk perniagaan jika nak copy and paste kita kena olah sedikit untuk menampak kan kelainan..jangan 100% copy and paste..sebab mybe ramai orang dah melihat ayat iklan tersebut…

http://pintarniaga.weebly.com

6. Shaznur AN

Pada pendapat saya, setiap peniaga haruslah unik dan ada identiti sendiri. Kenapa perlu copy paste iklan orang lain sedangkan kita mampu buat yang lebih baik dari itu? Yang bijak akan jadikannya sebagai contoh dan cuba melakukan improvisasi dengan cara tersendiri manakala yang malas akan ambil jalan mudah dan tiru bulat-bulat.

terima kasih 🙂
7. Rostie 87
Pendapat sy..sbg perniaga on9…nk kopipes iklan org pn kena la cerdik..pastikan info tu tepat..tp seeloknya diubah suai dgn ayat kita sendiri utk tarik jualan dan minat pelanggan utk membeli drp kita..cth..klu nk kopipes ttg khasiat sst produk tu xslh sbb bnda tu mmg xbrubah..n mmg benda yg sama je..tp……ayat yg kita nk guna bg org beli produk tu drp kita biar la ori ayat kita..cth ayat.”hai ladys..masih mencari produk nk bg putih kulit ker…haa…sy de best produk nk rekemen…bla..bla…” Ayat2 cm ni seeloknya biar ayat ori drp kita..jgn kopipes..siap kopipes ayat slh eja plk tu..mmg nmpk sgt la ayat kopipes. .hahha…peniaga mcm ni bleh la di cop sbg peniaga kopipes..malas tahap gaban….ooppss…sori…maaf klu de yg terasa..hihi..ok tu je..
8. Mie Kert
assaalam..Bagi pendapat saya lah.dengan cara kopipes ni kurang memberi kesan pada perniagaan yang di jalankan. Sebab cara mengiklan kan produk tidak 100% dari kajian peniaga itu sendiri.
So kerja ringan pendapatan pun mungkin sikit lah.Bila peniaga itu sendiri mencari bahan iklan untuk produk yang di jual dengan cara lisan pun dia boleh cerita dgn konfiden pasal produknya..ke macamana?
9. Hafiz Ahmad

Salam sejahtera Sabree
Bagi saya kopipes boleh tetapi ia akhir nya mengarah kita menjadi seperti tidak mempercayai lagi apa yang terdapat pada informasi iklan itu. Pembaca akan jemu.

Saya lebih suka reka sendiri..ia akan menjadi diri kita di kenali melalui penyampaian kita.

10. Anizam009

Assalammualaikum sabree maaflah agk bz sikit kebelakangan ni sbb ikut system mazlan abas (sma) mentor mentee..
Pendapat sylah Sebaiknya minta kebenaran pd org yg punya idea tu.. 
Insha allah mungkin dia tiada keberatan utk memberi persetujuan.. itu yg terbaik..

 

11. Filinie Miss

Bg sya tdk patutlah kopipes bulat2..sbb nmpk spti mcuri idea org lain…klo da tk ada idea nk tulis apa,cuba ubah sdkit ke atau tmbah sdkit ayat tu..sekurang-kurangnya,kita da kera otak sdri utk mmpromosikan produk kta dgn ayat yg sebaik mgkn bg pkiraan kita..jd tk la org kata curi hsil org lain..

 

12. Zieyra Kasman

hi sabree ,
maaf atas kelewatan reply .
saya agak sibuk sikit skrg ney al maklumlah banyak org kawin musim cuti skola ne . hehe
oke berkenaan isu kopipes ney mmg saya tak bersetuju sbb usaha org lain karang mcm2 yg si polan ney pulak dtg kopipes . sakit aty jugak laa sbb saya pna rasa bnda ney . itu yg buat saya malas nak promo skrg sbb ayat saya bulat2 kna kopipes . bkn tidak boleh kopipes tp at least mnta laa kebenaran dluu kan ?? btl ndak ??

 

Secara peribadi, adakah saya menyokong aktiviti kopipes ni?

Ok itu saya cerita lain kali. Cukup la dulu sampai sini. Nanti terlebih panjang pulak jadinya post ni. Anda ada sebarang cadangan, pandangan dan pendapat?

Apa kata anda kongsika di ruangan komen kat bawah ni. Saya akan baca, dan saya akan balas komen-komen anda 🙂

 

Biasanya saya lebih selesa beriklan di FB Group (kepunyaan saya sendiri). Kat sana lebih privacy dan kebarangkalian untuk ayat-ayat iklan saya ditiru ataupun di copy paste lebih rendah.

Sebab itu saya cadangkan anda untuk baca Panduan Dominasi FB Group

 

Exit mobile version