Blog Sabree Hussin

Ayat-ayat power dalam pemasaran online dan bagaimana cara hasilkannya?

Cuba bayangkan sekiranya diri anda mahir menggunakan ayat-ayat power bagi tujuan untuk melakukan kerja-kerja pemasaran dan promosi.

 

Adakah anda dapat gambarkan, pada waktu tu akan ada banyak prospek yang selama ni sangat susah untuk diperolehi, dengan tak semena-mena menyerah diri pada anda dan beli semua produk yang anda promosikan tanpa banyak soal!

 

Agak-agaknya, bagaimana perasaan anda pada ketika itu? Pasti anda akan merasa HEBAT, kan?

Sesetengah orang, dengan mudah dan spontan, mampu untuk menghasilkan ayat-ayat pemasaran yang begitu cantik dan menyentuh emosi bakal pembeli. Senang kata, kalau ada prospek yang terbaca ayat promote barang yang dihasilkan tu, kebarangkalian untuk prospek tersebut ditukarkan menjadi pembeli adalah sangat tinggi.

 

Sesetengah orang pula… terpaksa mengambil masa yang lama untuk hasilkan ayat jualan yang menarik dan mampu untuk memikat prospek. Saya termasuk dalam kategori yang kedua ni.

 

Ya, saya juga mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilkan ayat-ayat pemasaran yang seterusnya dapat convert kepada jualan.

 

Saya terpaksa baca banyak sumber rujukan. Tak kiralah sama ada buku, majalah, laman web, laman blog orang lain dan sebagainya.

 

Seolah-olah main puzzle, susun situ sikit, sini sikit kemudian saya cantumkan satu per satu, dan hasilnya, jadilah satu ayat atau satu artikel yang fungsinya adalah untuk menghasilkan jualan.

 

Untuk menghasilkan sebuah artikel, yang lengkap mengandungi ayat untuk jual barang atau perkhidmatan tertentu, adakalanya saya terpaksa mengambil masa yang agak lama. Paling kurang, satu jam setengah.

 

Paling lama? Pernah juga mengambil masa tiga ke lima hari untuk siap satu artikel. Kenapa ambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan satu artikel yang lengkap dengan ayat untuk mempromosikan produk?

 

Sebenarnya setiap produk yang berbeza, perlu menggunakan ayat jualan yang berbeza. Lazimnya, kalau produk tersebut agak mahal dari segi harga, maka kita perlu menggunakan ayat-ayat jualan yang lebih panjang.

 

Ada juga produk yang memerlukan kita untuk melakukan penjelasan dan memberi didikan kepada bakal pelanggan, bahawa produk tersebut adalah sangat baik, dan keputusan untuk beli produk tersebut adalah tepat.

 

Adakah anda mempunyai masalah tak pandai untuk bina ayat untuk mempromosikan dan menjual barang secara online?

Jika jawapan anda adalah ya, tak perlu rasa malu atau rendah diri. Saya juga bermula dengan tak pandai nak bina ayat jualan untuk bisnes online.

 

Kemudian saya cuba dapatkan ilmu menulis ayat promosi produk dari pelbagai sumber, dan seterusnya saya praktikkan.

 

Alhamdulillah dari langsung tak pandai, sekarang saya dah mula menikmati hasilnya. Bila dah mula nampak dan faham formulanya, In Shaa Allah anda juga boleh lalui apa yang saya alami.

 

Saya kini menjadikan kerja-kerja menulis dan menghasilkan ayat untuk mempromosikan produk sebagai satu kerjaya yang serius. Saya selesa dengan kerjaya ini sebabnya saya boleh menulis apa sahaja topik dan Alhamdulillah, pasti akan ada sesuatu yang dapat saya jual menerusi penulisan yang telah saya hasilkan.

 

Justeru, bagi mereka yang mencari extra income, dan berminat untuk terjun dalam bidang penulisan, seperti yang saya lakukan sekarang, bolehlah luangkan sedikit masa untuk pelajari sedikit sebanyak tips yang saya ingin kongsikan disini.

Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang ada masalah untuk menghasilkan ayat-ayat jualan, atau yang biasa dikenali juga sebagai ayat power.

 

Saya percaya, ada ramai lagi usahawan online kat luar sana yang ada masalah yang sama. Sekaligus membuatkan saya terfikir, mungkin ini adalah satu masalah yang common dalam kalangan pengamal pemasaran secara dalam talian.

 

Saya ada masalah tak pandai buat ayat jualan, anda pun ada masalah tak berapa pandai nak buat ayat jualan, orang lain pun raaamai lagi yang tak pandai buat ayat jualan… Eh! Kita share masalah yang sama la!

 

Kemudian saya tersedar satu perkara yang kritikal.

 

Sesuatu ayat, walau power macam mana sekalipun, jika tawaran yang anda persembahkan kepada bakal prospek tidak sehebat dan tidak sepadan dengan ayat-ayat yang anda gunakan untuk memikat dan menarik perhatian prospek, anda tetap akan GAGAL membuatkan bakal pelanggan buka dompet dan buat pembelian terhadap barang yang anda promosikan.

 

Ouch! Kita dah susah payah perah otak macam nak pecah kepala, fikir punya fikir, nak dapatkan ayat-ayat yang menarik dan best, kesudahannya bakal pelanggan tetap tak beli. Geram, kan?



Apa benda sebenarnya ayat-ayat power ni? Perlu ke ia ada dalam aktiviti pemasaran yang kita jalankan secara online?

 

Sesetengah orang menggunakan istilah copywriting bagi merujuk kepada ayat-ayat power. Ayat copywriting, ataupun ayat-ayat power, ia merujuk kepada benda yang lebih kurang sama. Jadi, kalau anda rasa kelakar nak guna istilah ayat power, gunalah istilah copywriting. Nampak macam lebih elegan kan.

 

Pada saya, ayat power ini adalah ayat-ayat yang mengandungi kombinasi perkataan yang terdiri daripada beberapa patah perkataan yang power atau kombinasi satu perkataan power dengan perkataan biasa.

Untuk memahirkan diri menggunakan perkataan-perkataan power, kita perlu lengkapkan diri kita dengan pengetahuan penggunaan bahasa dan perkataan. Kena disiplinkan diri untuk buka kamus, baca buku-buku yang menggunakan perkataan yang agak lain daripada yang lain, supaya kita terbiasa dengan perkataan yang nampak bombastik, tapi masih lagi mudah untuk difahami.

 

Marketing adalah satu proses untuk memberitahu sesuatu. Ini asasnya. Kita nak bagitahu kat prospek, ada produk baru yang dijual kat pasaran sekarang ni. Ada benda istimewa yang anda perlu tahu tentang produk tertentu. Tak semestinya anda kena beli, cukup sekadar anda patut tahu tentang kewujudan produk tersebut.

 

Sebab tu, kebanyakkan aktiviti pemasaran yang bagus, yang confirm kena, confirm lekat dan dapat pikat pelanggan ialah aktiviti pemasaran yang difokuskan kepada sasaran pemasaran (target market) yang spesifik.

 

Pasaran tersebut telah kita ketahui, mereka sememangnya mempunyai masalah tertentu, ada keperluan yang boleh kita penuhi, dan produk kita adalah pelengkap kepada kehidupan prospek tersebut.

 

Sebagai contoh, kita ada prospek yang tinggal di kawasan apartment 30 tingkat dan kawasan tersebut, selalu ada masalah dengan perkhidmatan lif. Tak kira usia tua ke, muda ke, semua kena panjat tangga. Satu masalah dikenalpasti.

 

Masalah kedua pula ialah, bila mereka beli barang dalam beg plastik. Tahukah anda, barang yang diletakkan dalam beg plastik, bila kita pegang lama, lama kelamaan ia akan menyebabkan tangan kita rasa sakit sebabnya tempat yang kita pegang tu makin lama makin mengecil.

 

Bayangkan nak bawa beg plastik yang berat, dengan banyak barang kat dalam tu, nak bawa naik tangga. Seksa, memang seksa. Saya sendiri pernah rasa kot.

 

Dah tak sanggup lagi nak lalui pengalaman rasa sakit kat tapak tangan sebab angkat beg plastik yang berat tu?

 

Maka bolehlah gunakan one trip grip ni. Masukkan je bahagian pemegang beg plastik tu kat bahagian yang boleh dibuka pada one trip grip ini.

 

Kemudian anda hanya perlu pegang kat tempat pemegang khas. Ia lebih selesa, lembut pada tapak tangan dan yang penting, tak ada lagi rasa sakit pada tapak tangan. Even budak kecik pun tak ada masalah untuk bawa barang lama-lama bila guna one trip grip ini sewaktu bawa barang.

 

So, siapa-siapa yang rasa dah tak nak lagi rasa sakit tu, gunakanlah produk ni. Nak tunggu lif rosak dibaiki mungkin ambil masa yang lama, tapi dengan one trip grip ni, setidak-tidaknya masalah tangan sakit dapat di selesaikan segera. Boleh dapatkan kat sini.

 

Ini contoh mudah bagaimana nak hasilkan ayat-ayat power. Sebenarnya ada terlalu banyak kaedah yang anda boleh gunakan untuk hasilkan ayat-ayat promosi yang memang memikat dan menarik. Macam contoh yang saya kongsikan diatas tu, produknya murah sahaja. Jadi tak perlulah saya nak tulis panjang-panjang.

 

Saya pilih untuk gunakan pendekatan, biar straight to the point, asalkan mesejnya sampai.

 

Formula dibawah ini yang bakal anda baca nanti In Shaa Allah boleh gunakan untuk membantu anda hasilkan ayat-ayat pemasaran untuk bisnes online anda. Olahlah la ia mengikut kesesuaian, apabila anda ingin membina ayat-ayat bagi tujuan promosi kelak.

 

Tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia antara tips untuk bantu anda hasilkan ayat pemasaran untuk bisnes online anda.

 

(1) Pastikan anda benar-benar faham produk anda

Adakah anda merupakan product owner ataupun seorang founder? Atau anda sebenarnya adalah seorang ejen yang fokus anda adalah memasarkan produk tersebut?

 

Kalau anda merupakan founder, sepatutnya anda telah sedia maklum perkara-perkara seperti

1. Apakah fungsi produk anda

2. Untuk siapa produk anda dicipta

3. Apa manfaat yang boleh diperolehi hasil penggunaan produk tersebut

4. Apa kelebihan produk anda jika dibandingkan dengan produk keluaran syarikat lain

5. Apakah bahan-bahan yang digunakan bagi tujuan menghasilkan produk

6. Adakah terdapat teori dan fakta sains yang dapat menyokong keberkesanan produk anda

 

Bila anda sudah benar-benar faham segala yang perlu diketahui mengenai produk, barulah mudah untuk anda hasilkan ayat promosi yang unik dan berkesan.

 

Sekiranya anda adalah seorang ejen, tak kiralah sama ada anda adalah ejen dropship atau ejen affiliate, saya sarankan anda tak perlu tergesa-gesa nak bina ayat promosi. Sebaliknya luangkanlah sedikit masa untuk study dulu berkenaan dengan produk yang anda jual.

 

Kalau sebelum ini, anda hanya menulis ayat berikut

Minumlah [produk anda jual] kalau nak turunkan berat badan

 

Kali ini anda boleh tukar kepada ayat seperti

Kajian oleh para penyelidik dari [negara, universiti, makmal] telah mendapati pengambilan [produk anda] selama [bilangan] hari dapat memberikan kesan penurunan berat badan. Manfaat seumpama ini dapat dinikmati oleh para pengamal minuman ini disebabkan oleh [hasil kajian dari penyelidik]

 

Kalau anda betul-betul faham produk, sepatutnya tak ada masalah untuk bina ayat promosi yang mampu untuk menjual. Tapi kalau tak faham produk, terpaksalah anda hanya bergantung kepada ayat copy paste yang dihasilkan oleh orang lain.

 

(2) Fokus kepada MANFAAT dan bukannya Ciri-ciri

Ini adalah sesuatu yang sering menjadi kekeliruan oleh mereka yang kurang berpengalaman dalam kerja-kerja menulis ayat marketing.

 

Mereka keliru, mana satu ciri-ciri produk dan mana satu manfaat produk. Persoalannya, adakah pembeli membuat sesuatu pembelian disebabkan ciri-ciri yang ada pada produk atau manfaat yang bakal dia perolehi?

 

Jawapannya adalah kedua-duanya. Ia bergantung kepada tahap pembeli itu tadi.

 

Kalau pembeli itu tadi adalah seorang yang melakukan kajian dan pembacaan sendiri, bermakna dia memang sedia maklum tentang produk yang ingin dibeli.

 

Pelanggan pada kategori ini akan membuat perbandingan produk, lalu akan memilih produk yang terbaik berdasarkan ciri yang terdapat pada produk.

 

Namun bukan semua pelanggan dalam kategori seperti itu. Besar kemungkinan, anda sebenarnya lagi banyak berurusan dengan kategori pelanggan yang tak tahu tentang produk anda dan tak tahu yang dia sebenarnya perlukan produk anda.

 

Pelanggan dari kategori ini perlu di educate tentang produk dan perlu diterangkan dengan jelas apa manfaat yang dia bakal terima apabila menggunakan produk tersebut.

 

(3) Wujudkan identiti individu yang perlukan produk tersebut

Anda tak mungkin dapat puaskan hati semua orang, dan tak mungkin anda dapat jual produk anda kepada semua orang.

 

Apabila ditanya soalan, “siapa sebenarnya yang perlukan produk anda?”

 

…dan kalau soalan tersebut dijawab dengan jawapan “semua orang boleh pakai produk ni dan mereka memang perlukan produk ini.”

 

Maka tahulah kita, individu tersebut sebenarnya belum betul-betul faham produk yang hendak dijual.

 

Kita ambil contoh seseorang yang menjalankan bisnes minyak wangi. Kita tanya soalan yang sama pada dia.

“Cik, siapa sebenarnya yang perlukan produk cik ini?”

 

Andai kata dia jawab “semua orang perlukan minyak wangi, lagipun sekarang ini boleh dikatakan semua orang pakai minyak wangi”.

 

Saya tidak mengatakan jawapan tersebut salah sepenuhnya, cuma disitu kelihatan ada sedikit kekeliruan. Ya, saya setuju semua orang pakai minyak wangi.

 

Tapi adakah semua orang akan pakai minyak wangi dari jenis yang anda jual? Katakanlah anda jual minyak wangi yang diinspirasikan dari jenama popular yang ada diluar sana, cuma bezanya anda jual dalam botol yang lebih kecil, tanpa alkohol dan harga lebih murah.

 

Anda fikir, orang yang memang biasa beli yang original, akan perlukan produk yang anda jual? Sudah tentulah tidak.

 

Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, kenyataan “produk ini untuk semua orang” atau “semua orang boleh pakai produk ini” tidak begitu membantu untuk hasilkan ayat promosi yang mampu untuk hasilkan jualan.

 

Sebaliknya, kita perlu nyatakan secara jelas siapakah sebenarnya target pelanggan yang kita mahukan. Disini kita akan wujudkan identiti atau persona bagi pelanggan idaman kita.

 

Sebagai contoh, pelanggan yang kita mahukan mempunyai latar belakang seperti berikut

  1. Seorang wanita
  2. Sudah berkahwin
  3. Kerjaya guru
  4. Sukakan kepelbagaian dalam pemakaian haruman
  5. Tinggal dikawasan perumahan

 

(4) Fahamkan apa sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan

Ini merupakan satu lagi pendekatan yang boleh anda gunakan apabila menghasilkan ayat-ayat untuk menjual produk.

 

Pada peringkat permulaan, kita perlu tahu apakah sebenarnya perkara-perkara yang dianggap sebagai keperluan bagi pelanggan. Susah ke nak tahu apa sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan?

 

Ya, memang susah. Susah kalau anda tak pernah baca artikel 28 perkara yang diperlukan oleh pelanggan. Kalau anda masih tak tahu, apa sebenarnya yang pelanggan anda perlukan, sila baca dulu artikel tersebut ya.

 

Bergantung pada apa niche atau bidang yang anda ceburi. Pelanggan anda pasti mempunyai salah satu atau sebahagian keperluan yang telah saya muatkan dalam artikel tersebut.

 

Setelah kita tahu dan faham, apa sebenarnya yang diperlukan oleh pelanggan kita, maka lebih mudah untuk kita bina ayat-ayat promosi dengan mensasarkan perkara yang mereka perlukan.

 

(5) Apa yang ditakuti oleh pelanggan anda

Cuba anda luangkan sedikit masa untuk fikirkan sejenak, apakah worst case scenario yang akan berlaku sekiranya keperluan bakal pelanggan anda tak dipenuhi?

 

Dalam teknik penulisan ini kita akan bermain dengan kemungkinan-kemungkinan yang belum berlaku, tapi ada kebarangkalian untuk terjadi.

 

Apa kata anda buat senaraian, apakah perkara yang ditakuti oleh pelanggan anda?

 

Bagi memudahkan anda untuk membuat senaraian, wujudkan dulu identiti atau buyer persona terlebih dahulu.

 

Jika pelanggan anda adalah seorang wanita yang bekerja sebagai guru di sekolah menengah dan setiap hari perlu berhadapan dengan pelajar-pelajarnya, apakah perkara yang paling dia takuti?

 

Tak ada idea? Apa kata anda mula cari kawan baru di media sosial yang bertugas sebagai guru, dan selepas itu mula tanyakan mereka soalan ini.

 

Saya juga guna kaedah ini dalam usaha untuk menjual kepada golongan yang saya sasarkan. Berkawan dengan mereka, kenali mereka, fahami mereka, dan seterusnya mula menulis ayat iklan yang padu dan tepat mengenai jiwa mereka.

 

(6) Gunakan cerita yang ada kaitan dengan situasi pelanggan

Anda suka baca iklan?

 

Adakah anda sanggup untuk baca artikel yang panjangnya hampir 4,000 patah perkataan sedangkan didalamnya hanya iklan semata-mata?

 

Most likely jawapan yang bakal anda beri bagi kedua-dua soalan ini ialah tidak.

 

Dari pengalaman saya dan juga pengalaman orang lain yang membuat jualan melalui penulisan, kami mendapati para pelanggan kami tidak ada masalah untuk baca artikel yang panjang lebar asalkan cerita yang dimuatkan dalam artikel tersebut relevant dan related dengan situasi mereka.

 

Mereka sanggup luangkan masa untuk baca cerita kami sebab mereka merasakan topik yang kami bincangkan itu dapat memberi manfaat kepada diri mereka.

 

Teknik penceritaan ini sangat membantu untuk menggalakkan bakal pelanggan untuk membuat pembelian. Cuma anda kena pastikan cerita anda tidaklah kelihatan terlalu dibuat-buat.

 

Pada saat pelanggan anda merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan cerita anda, pada waktu itu mereka sudah tidak lagi minat nak beli produk anda. In Shaa Allah dikesempatan yang lain, saya akan menulis artikel mengenai bagaimana menggunakan teknik penceritaan untuk hasilkan jualan di internet.

 

(7) Petik fakta, berita, sejarah atau siaran media dari sumber yang ada authoriti

Benda bukan selalu ada, oleh itu anda perlu peka terhadap sebarang laporan berita atau siaran media yang ada kaitan dengan produk atau bisnes anda.

 

Cepat-cepat save, print screen dan sebagainya. Kalau ia tidak berguna sekarang, ia pasti akan ada fungsi untuk bantu anda bina ayat pemasaran yang bagus dimasa akan datang.

 

Bila target market lihat ayat iklan anda, ada quote dari sumber berita, atau dari mana-mana sumber yang ada authoriti, ini dapat membuatkan mereka berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk atau servis yang anda tawarkan.

 

(8) Dapatkan testimoni atau feedback positif dari pelanggan terdahulu

Testimoni dari pengguna terdahulu sangat penting untuk memberikan gambaran, bahawa sebelum ini sudah ada pelanggan yang puas hati dengan produk.

 

Kalau cuma kita seorang je yang kata pung pang pung pang produk ni sangat bagus, berkesan bla bla tapi orang lain tak pernah bagi sebarang feedback, maknanya apa tuan-tuan? Maknanya produk kita tak cukup bagus, sebab tak ada siapa yang berani atau ada pengalaman guna lagi.

 

Tapi kalau ada testimoni dari pengguna dan pembeli itu sendiri, maka penerimaan dari orang lain yang belum beli produk adalah lebih baik. Sebagai contoh, jika anda menjual produk latihan dalam talian yang mengajar cara buat duit online, anda perlu ada testimoni dari peserta lain yang berjaya buat duit.

 

Ini contohnya.

Bila kita baca testimoni macam ni, baru apply 70% ilmu yang diajar, dah boleh hasilkan jualan RM10, 109.25! Wow! Kalau apply 100% mesti boleh dapat lagi banyak! Kena beli panduan ini.

 

(9) Bina kredibiliti dalam bidang yang anda ceburi

Sesetengah orang beri nasihat yang lebih kurang sama, tapi dengan nada yang sedikit berbeza.

 

Untuk berjaya dalam bisnes dan mampu jual apa sahaja produk yang anda mahu, anda perlu bina branding atau jenama. Apabila orang telah kenal jenama anda, maka orang ramai akan lebih terbuka untuk menerima produk anda.

 

Semakin jenama anda dikenali, maka semakin cerah masa depan anda.

Ia satu nasihat yang bagus. Bina brand ini adalah satu langkah yang penting, cuma ia memerlukan masa yang lama dan juga perlu laburkan dana yang agak besar bagi tujuan iklan, memperkenalkan bisnes, menguatkan jenama dan banyak lagi.

 

Strategi membina jenama dan branding memang sangat sesuai untuk mereka yang berpandangan jauh dan berhasrat untuk berada lama dalam industri. Bagaimana pula untuk mereka yang nak buat duit segera?

 

Saya dapati, bukan semua orang sanggup atau mampu untuk tunggu lama baru boleh dapat hasilnya.

 

Justeru, alternatif bagi pembinaan branding ini adalah membina kredibiliti. Proses pembinaan kredibiliti dan jenama boleh dilakukan serentak.

 

Adakah anda seorang yang ada kredibiliti untuk membahaskan sesuatu isu?

Adakah anda ada kelayakkan untuk mengupas topik dan isu tertentu, sehinggakan orang lain perlu dengar dan ambil serius setiap pandangan yang anda lontarkan?

 

Adakah ini bermaksud, setiap orang kena ada degree, master dan PhD dulu baru dikira sebagai ada kredibiliti?

 

Proses membina kredibiliti itu sendiri ada tahap-tahapnya. Sudah tentu, jika ada dua orang yang mengupas topik yang sama, dan salah seorang memiliki kelulusan akademik yang lebih tinggi, individu tersebut akan dilihat sebagai lebih berkredibiliti.

 

Namun, kita juga boleh mengupas dan membincangkan topik yang sama, walaupun kelayakan akademik kita biasa-biasa sahaja.

 

Bagaimana?

(1) Kita nyatakan sejak dari awal, bahawa kita bercerita berdasarkan pengalaman peribadi terlibat secara langsung dengan topik tersebut.

 

(2) Tegaskan kepada target audience kita bahawa kita seorang yang sangat serius dan amat meminati topik tersebut.

 

(3) Kongsikan bahan bacaan yang telah kita baca berkenaan topik yang kita pilih.

 

(4) Sekiranya sesuai, kita cuba untuk quote kata-kata dari mana-mana tokoh besar yang dikenali dan dihormati dalam bidang tersebut.

 

Paling penting, jangan memandai-mandai atau memberikan ajaran sesat. Jika ia hanya pandangan peribadi, nyatakan dengan jelas bahawa ia cuma pendapat peribadi. Setiap orang bebas untuk terima ataupun menolak, sebab ia hanya pendapat.

 

Sesiapa yang ada hujah lebih baik, boleh dan dipersilakan untuk cabar pandangan tersebut.

 

Ya, kita mungkin bukan individu yang terbaik untuk memberi hujah, namun kita boleh tunjukkan bahawa kita sebenarnya adalah seorang yang bersikap terbuka, jika ada orang lain yang dapat berikan pandangan yang lebih baik dan bersesuaian dengan konteks permasalahan atau isu yang timbul, kita bersedia untuk terima pandangan tersebut.

 

(10) Senaraikan bantahan yang mungkin ditimbulkan dan terus berikan jaminan bahawa bantahan tersebut tidak berasas

Bantahan atau objection itu pasti ada.

 

Bantahan ini ada macam-macam bentuk, contohnya seperti

1. Harga mahal sangat

2. Takut kena tipu

3. Nantilah, nak tanya isteri/suami

 

Kenal pasti apa bantahan yang mungkin akan timbul, dan anda terus jawab dalam ayat promosi yang dihasilkan.

 

Jika harga yang jadi isu, boleh cerita tentang kualiti. Produk ini agak mahal sebab ia dihasilkan dari bahan-bahan berkualiti tinggi.

 

Jika pelanggan takut ditipu, boleh gunakan ayat seperti ini

“Ya, saya tahu anda pernah dengar cerita-cerita yang kurang sedap didengar seperti (masukkan perkara yang buatkan pelanggan takut untuk beli) oleh itu saya dan pasukan akan semak setiap tempahan sebanyak 3 kali bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku”.

 

(11) Sediakan call to action

Ayat call to action ini adalah satu ayat yang menyuruh bakal pelanggan untuk melakukan satu tindakan yang spesifik.

 

Anda telah menyampaikan satu cerita yang relevant and related dengan situasi bakal pelanggan, kemudian anda juga masukkan fakta sains, testimoni dan sebagainya.

 

Sekarang tiba masa untuk kita minta bakal pelanggan kita tu untuk lakukan satu tindakan mudah. Sama ada

Tinggalkan komen

Hubungi melalui whatsapp

Isikan nama dan emel

Tekan like, share dan sebagainya

 

Ayat call to action ini, disyorkan untuk anda selalu tukar bagi mengetahui ayat yang mana satu yang paling mendapat respons yang paling baik.

 

Apabila kita tak beritahu apa yang bakal pelanggan perlu lakukan seterusnya, most likely mereka ni akan tutup laman web anda dan berlalu pergi.

 

Tapi kalau anda guide mereka ini untuk lakukan satu tindakan yang spesifik, pasti mereka yang berminat dengan tawaran anda akan buat seperti yang anda nyatakan.

 

(12) Masukkan unsur gesaan (urgency factor)

Salah satu sikap yang kita boleh jangkakan ada pada pelanggan kita ialah sikap suka bertangguh. Dia tidak akan segera buat keputusan untuk beli dan bayar, sebaliknya akan bertangguh.

 

Tunggulah… Nantilah.. Malam nantilah.

 

Cara untuk membuatkan pelanggan tersebut rasa ada keperluan untuk dia terus bertindak adalah dengan memasukkan unsur yang menggesa pelanggan bertindak segera.

 

Saya bagi contoh, kita katakan yang stok produk kita adalah terhad. Tak ada masalah untuk kita katakan yang stok produk kita adalah terhad, sebabnya ikut logik mana ada orang yang mampu jual sesuatu produk tu tanpa had.

 

Kalau anda kata stok sentiasa ada, ini akan membuka ruang untuk pelanggan anda berlengah-lengah untuk buat pembelian.

 

Justeru saya syorkan anda nyatakan stok produk adalah terhad.

 

(13) Berikan jaminan

Fungsi jaminan disini adalah untuk memberi ketenangan minda pada pelanggan anda. Sebenarnya dia sudah yakin dan dah bersedia untuk beli, cuma dia masih perlu sedikit masa.

 

Jaminan yang anda berikan disini, dapat memberi dorongan pada dirinya untuk segera lakukan pembayaran. Bila ada jaminan, seperti boleh refund, boleh tukar barang dan sebagainya, dapat menjadikan dia rasa lebih selesa untuk buat bayaran.

 

(14) Berikan free-gift

Free gift ini bagus untuk kita berikan galakkan dan ganjaran buat pembeli yang bertindak segera.

 

Misalnya, untuk 20 orang pertama, akan dapat free gift sekian sekian produk. Bila cukup 20 orang, pelanggan seterusnya masih akan dapat free gift, cuma nilainya sahaja yang lebih rendah berbanding yang bertindak cepat.

 

Kesimpulan

Ada banyak teknik dan strategi yang anda boleh gunakan bagi tujuan membina ayat iklan yang menarik.

 

Walaupun anda sudah pakar, atau sudah ada pengetahuan tentang topik ini, percayalah, tidak rugi untuk anda gali lagi ilmu yang berkaitan. Setiap teknik-teknik yang bakal kita temui nanti, kita boleh jadikan ia sebagai rujukan dan panduan. Namun, akhirnya terpulang pada kita untuk buat keputusan, mana satu teknik yang paling sesuai untuk digunakan bagi tujuan mempromosikan sesuatu produk.

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, dan jika anda ada sebarang persoalan, boleh tanyakan dibahagian komen dibawah ini ya.

 

Adakah terdapat jalan pintas untuk memudahkan kita untuk menghasilkan ayat iklan dan juga ayat pemasaran yang power? Jawapannya sudah tentulah ada.

 

Caranya ialah dengan menggunakan swipe file, ataupun template ayat iklan yang pernah dihasilkan oleh penulis ayat copywriting orang lain, dan seterusnya anda edit ikut kesesuaian bisnes anda. Anda tak tahu nak dapat di mana?

 

Ini cadangan saya.

(1) Download 176 template copywriting storyselling

(2) Download kamus copywriting

 

 

Exit mobile version