Blog Sabree Hussin

Koleksi Ayat Power untuk perniagaan online

Dalam posting yang lalu, saya ada cerita mengenai kelebihan memasang sistem chatbox dalam blog. Fungsi chatbox ini akan memudahkan pelawat laman blog kita untuk menghubungi kita dan bersembang dengan kita.

 

Komunikasi yang akan berlaku adalah antara anda dan pelawat laman web anda.

 

Bukannya antara pelawat laman web anda dengan pelawat-pelawat yang lain. Jika anda menjual sesuatu menerusi blog, maka memang sesuai untuk pasang sistem ini.

 

Dalam situasi saya sendiri, saya menjual perkhidmatan pengiklanan dalam blog ini. Jadi, pelawat yang berminat nak dapatkan perkhidmatan ini boleh terus hubungi saya menerusi sistem chat jika mereka ada sebarang soalan yang nak ditanyakan.

 

Selain itu, dengan adanya sistem chat ini juga, saya boleh membuat analisa, apakah dia soalan yang kerap ditanyakan oleh pengguna internet.

 

Salah satu soalan yang agak kerap ditanyakan adalah mengenai ayat power bagi tujuan pemasaran secara online.

 

Kalau nak jual barang atau berniaga secara online ni, perlu ke ada ayat power? … dan kalau perlu ada ayat power, kat mana kita boleh dapatkan koleksi ayat power ni?

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sepanjang waktu saya mula melibatkan diri dalam bidang penulisan secara online, sama ada bagi tujuan suka-suka atau mempromosikan barangan tertentu, saya sempat membuat pelaburan bagi mendapatkan ayat-ayat power yang mungkin berguna untuk saya.

 

Ada yang dalam bahasa Melayu dan ada juga yang didatangkan dalam bahasa Inggeris.

 

Kalau dalam bahasa Inggeris, istilah yang biasa digunakan ialah “swipe file“. Saya harap ini bukan kali pertama anda dengar tentang swipe file.

 

Swipe file ini ada dalam pelbagai bentuk.

 

Ada yang dalam bentuk artikel untuk dimuatkan dalam blogpost.

Ada yang dalam bentuk emel yang kita tinggal edit lebih kurang dan boleh hantar terus kepada subscriber.

Ada swipe file yang hanya untuk headline sahaja.

Ada swipe file yang hanya untuk perenggan pertama.

Swipe file untuk call to action.

Swipe file untuk ayat penutup.

 

Kelebihan jika ada swipe file atau koleksi ayat power ni, ia dapat menjimatkan masa kita. Kita tak perlu susah payah nak cari idea, macam mana nak tulis ayat, sebabnya kita boleh terus guna ayat power yang kita nak.

 

Rasionalnya begini, dalam sehari kita perlu update FB kita sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali setiap hari. Lebih kerap kita update, maka lebih tinggi engagement dan reach post kita.

 

Kalau update pun jarang-jarang, maka tak perlu rasa pelik kalau reach jadi agak rendah.

 

Tetapi, mana nak dapat idea?

 

Kadang-kadang tu, memang kita dah ada idea nak tulis tentang topik apa, tetapi kita tak tau macam mana nak mulakan ayat? Ataupun kita tak tau macam mana nak buat ayat headline yang memukau.

 

Saya sendiri gunakan swipe file. Ini salah satu yang saya gunakan. Kamus Copywriting

Dulu masa mula-mula dapat koleksi ayat-ayat ni memang selalu jugak saya akan rujuk. Cuma sekarang ni, sebab saya dah mula hafal beberapa ayat yang ada dalam tu, saya dah kurang rujuk.

 

Kalau ada yang berminat nak rujuk ayat power dalam ni, boleh download kat sini.

 

Selain kamus copywriting ni, ada lagi yang anda boleh rujuk. Template Copywriting 10k Edisi 2016. Boleh download dengan menekan klik sini.

Kalau anda jenis yang semua benda nak fikir sendiri, mungkin anda akan kata, membazir je kalau nak invest duit untuk beli template ni semua.

 

Ya mungkin ada betulnya.

 

Mungkin anda masih belum nampak kat mana perlunya mempunyai template copywriting seperti ini.

 

Tetapi untuk saya, yang memang bergantung pada ayat-ayat power untuk buat jualan secara online dan nak maintain beberapa laman web saya yang lain, memang satu pelaburan yang sangat berbaloi bila ada koleksi ayat copywriting saya sendiri.

 

 

 

Exit mobile version