Blog Sabree Hussin

Ayat POWER Untuk Pikat Pengguna Handphone Bertukar Ke Simkad Tone Excel?

Entah berapa kali saya kena hadap benda ni…

Jawapan saya tetap SAMA.

TAK ADA AYAT-AYAT POWER.

ANDA SEBENARNYA TAK PERLUKAN AYAT-AYAT POWER!

AYAT-AYAT POWER NI KARUT SEMATA-MATA!

 

Pada suatu hari, saya rasakan amat-amatlah SENANG nak jual simkad Tone Excel ni. Dalam masa satu hari buat promosi, saya boleh dapat 3 – 7 orang pelanggan yang berminat untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel. Tak perlu nak cerita dengan panjang lebar, sebab mereka ni dapat lihat dengan JELAS apa kelebihan dan kebaikkan yang bakal dia terima apabila menggunakan simkad buat duit ni.

 

Kesannya?

Saya dapat melepasi target saya untuk dapat sekurang-kurangnya 4 sales dalam masa sebulan.

Ah cakap pasal target pulak, berapa ramai yang buat Tone Excel tapi tak ada target? Dia sendiri tak tau, bulan tu dia target nak dapatkan berapa ramai pelanggan baru? Main buat promosi secara membabi buta. Main hentam keromo je…

Itu yang jadinya, bila marketing pun langsung tak ada strategi.

Orang kata guna software autopost ni bagus, dia pun kelam kabut nak beli.

Bila ada Internet Marketer yang cadangkan untuk guna sistem autoresponder dalam pemasaran, dia pun cepat-cepat beli autoresponder

Bila ada orang jual buku atau ebook yang konon-kononnya ada ayat power dalam tu untuk close sales Tone Excel, dia pun menggelabah nak beli

 

Come on la kawan-kawan sekalian, buat bisnes ni, kenalah ada strategi dia jugak. Bukan main ikut-ikut je apa yang orang lain kata.

Paling penting, kena ada ILMU. Ah… klise. Mesti anda dah banyak kali dengar kan benda ni? Balik-balik cakap kena ada ilmu… ilmu… ilmu… Benda lain tak ada ke? Asyik-asyik nak ulang benda yang sama je.

.

..

Anda masih minat nak baca perkongsian saya ni? Ok BAGUS! Sila teruskan pembacaan…

.

..

Anda WAJIB ada ilmu tentang produk!

Saya dah jumpa terlalu ramai ejen yang baru join Tone Excel memang FAILED dari segi product knowledge!

Tau tak apa makna FAILED? GAGAL la…

Nak semak baki pun tanya kat group support…

Berapa caj data plan Tone Excel pun nak kena tanya kat upline…

Cara nak daftarkan pengguna baru ke dalam program referral WOW pun tak tau!

 

Jujurnya saya bagitau siap-siap, orang macam ni memang LAYAK GAGAL!

Yang lebih menyedihkan lagi, bukan orang baru je yang ada sindrom macam ni, malahan orang yang dah join 3 bulan, 5 bulan, dan ada jugak yang saya jumpa dah setahun lebih join Tone Excel pun masih lagi ada masalah yang sama.

Apa masalahnya kat sini?

Nak kata produk Tone Excel ni complicated sangat? I don’t think so… HQ Tone Excel, dalam seminggu akan buat dua kali sesi preview tentang produk. Anda boleh datang, dan belajar tentang produk ni di HQ.

Bukan HQ sahaja, malahan ada banyak jugak Branch yang jalankan preview mengenai produk ni.

Tau apa masalahnya? Masalahnya kat diri anda sendiri. Anda PEMALAS. Preview tak pernah nak datang, balik-balik dengan alasan tak tau, tak faham, tak ada masa, tak ada transport dan macam-macam lagi alasan.

.

..

Ok la fine… anda tak ada masa dan tak ada kenderaan nak datang ke HQ, bacalah buku panduan Tone Excel! Bacalah laman web Tone Excel. Join group-group soal jawab Tone Excel. Kan kat situ ada banyak informasi yang anda boleh hadam dan cernakan untuk dijadikan bekalan semasa buat marketing nanti.

Apa pun, selagi pengetahuan anda tentang produk masih lagi ZERO, tak ada satu pun ayat power yang akan dapat menolong anda buat jualan. Melainkan kalau dah memang rezeki anda, itu lain cerita.

.

..

Bila buat marketing produk ni, anda akan dapati ada segmen pelanggan yang tak nak guna Tone Excel disebabkan oleh

1. Kadar panggilan 28 sen per minit 

2. Data plan RM42 untuk 1GB

 

Ok… kalau anda tak ada product knowledge, macam mana anda nak jawab soalan yang sebegini simple? Pengetahuan tentang produk beberapa kali telah menyelamatkan saya daripada kehilangan sales.

Simple je.

Saya buat kira-kira mudah, macam mana dia boleh dapat internet dengan kos langganan serendah RM2 untuk 1GB dan panggilan, dia boleh dapatkan dengan kos serendah 19 sen per minit.

Alah… kalau dia sanggup berusaha lebih, dan minat nak jadi usahawan dalam bidang telco, nak dapat kos panggilan 0 sen, internet 0 sen pun boleh lah…

Nah baca: Teknik dapatkan kos panggilan dan SMS Murah di Tone Excel

 

Adakah anda kenal siapa pelanggan anda?

Macam mana ni… anda buat bisnes tapi anda tak kenal siapa pelanggan anda.

Mula-mula tadi, anda tak kenal produk. Pasal produk pun banyak sangat yang anda tak tau. Kali ini, pelanggan pun anda tak kenal.

Ok cuba jawab soalan ni…

Siapa sebenarnya pelanggan anda?

 

Kalau anda jawab,

“Semua pengguna telefon bimbit adalah pelanggan anda”

 

Saya terpaksa kata, anda ini ada masalah. Masalah anda ialah, anda tak mempunyai ilmu tentang prinsip pemasaran. Ilmu marketing anda masih lagi tak cukup. Namun jangan risau, jangan khuatir, jangan stress-stress… sebab semua ni boleh belajar.

Pergi luangkan masa, lepas tu belajar betul-betul tentang topik pemasaran ni. Fahamkan jugak basic tentang pemasaran antaranya

Konsep 4P dalam pemasaran

Product

Price

Promotion

People

… ada setengahnya menambahkan P lain seperti

Place

Production

 

Setiap produk ada target market dia tersendiri.

Kalau orang tu jenis yang banyak call, sesuai atau tidak dia guna simkad Tone Excel?

Kalau orang tu jenis yang topup RM10 je dalam sebulan, sesuai ke tidak dia nak guna simkad ni?

Kalau orang tu cuma topup RM30 setiap bulan, akan jadi beban ke tidak apabila dia guna simkad ni?

 

Apabila anda kenal, siapa pelanggan anda yang memang sesuai untuk guna simkad ni, maka tak adalah berlaku kes-kes seperti baru pakai simkad 3 bulan, dah expired.

Sebabnya? TAK MAMPU nak maintain topup. Nak call mahal, nak langgan data pun mahal.

Betul ke tak mahal? Terpulang pada kekuatan ekonomi masing-masing.

… dah ko pi jual simkad ni kat orang yang tak mampu pakai, buat apa? Buat naya je kat orang tu

 

Dalam masa saya buat marketing, saya lebih suka untuk dapatkan pelanggan yang spesifik. Contohnya, pelanggan saya tu mestilah menepati kriteria berikut, iaitu

Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 35 – 50 tahun yang bekerja dalam sektor kerajaan yang mempunyai kemahiran mengendalikan sistem komputer dan penggunaan topupnya RM100 setiap bulan ataupun minimum RM60 setiap bulan.

 

Ini yang saya namakan sebagai “customer profiling”

Ini juga bermakna, saya bukannya jenis yang main langgar je untuk dapatkan sales. Bukan prospek je yang biasa reject offer saya, saya juga biasa REJECT potential customer tu kalau dia tak menepati kriteria atau profil yang saya nak.

.

..

Seterusnya?

Saya nak anda lupakan sejenak hal-hal seperti nak dapatkan ayat power untuk promosikan simkad Tone Excel ni. Tone Excel ni dah 5 tahun kat Malaysia. Orang dah tahu dah pun apa simkad ni boleh buat. Anda tak buat ayat-ayat power pun, prospek anda boleh baca sendiri, apa keistimewaan dan kelebihan simkad ni.

Selepas anda kuasai bahagian kenal produk, dan kenal siapa pelanggan, anda perlu pastikan…

 

Pelanggan kenal siapa anda

Part ni pun masih ramai yang failed.

Anda nak buat transaksi dengan pelanggan secara online. Anda nak mintak duit dari pelanggan. Bukan sikit, paling kurang anda akan mintak RM100 kat pelanggan tu.

Sekarang ni, risiko 100% adalah pada pelanggan tu tadi. Sebagai pelanggan, mereka akan berfikir

Kenapa aku mesti bagi kau RM100 aku?

Boleh ke aku percayakan kau? Macam mana aku nak tau yang kau ni tak menipu?

Kalau lepas aku transfer duit, ko bawak lari duit aku macam mana?

 

Sebab tu pentingnya untuk buatkan pelanggan kenal siapa anda. Dengan siapa dia berurusan. Hilangkan keraguan dan kerisauan bakal pelanggan dan yakinkan mereka bahawa anda tak akan lari atau menipu duit mereka.

Lebih baik kalau anda ada online profile yang memang mantap dan boleh dipercayai.

Paling mudah, lihatlah FB masing-masing. Apa nama yang kalian guna?

Nama sebenarkah?

Nama ofis?

Nama samaran?

Tone Excel Klang?

 

Itu belum lagi disentuh part pengurusan wall FB dan juga penggunaan gambar. Ah… banyak lagi. Kalau saya sendiri jadi pelanggan, saya pun takut nak transfer duit kat orang yang saya sendiri tak jelas siapa identitinya.

.

..

Sebab tu saya berpendapat, jika anda bermasalah untuk dapatkan sales, most likely, ia langsung tak ada kena mengena dengan ayat power atau tak power. Sebaliknya, anda tu sendiri yang banyak masalah!

Semoga bermanfaat, dan saya doakan semoga bisnes anda terus berkembang!

Wallahua’lam

 

 

Belum jadi pengguna Tone Excel? Lihat tawaran saya disini.

Exit mobile version