Blog Sabree Hussin

Ayat POWER Untuk Promosi Tone Excel

Cuba anda fikir-fikirkan… adakah dengan mengamalkan kaedah penulisan ayat power untuk mempromosikan bisnes Tone Excel dapat menarik minat prospek untuk sertai team network anda?

Bergantung pada medium pemasaran yang anda gunakan. Adakah online, atau anda pilih pemasaran secara offline?

Jika pemasaran secara online, saya tak nafikan, prospek pasti akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tawaran yang anda sediakan. Tetapi, apa akan berlaku seterusnya?

Adakah mereka akan masuk ke network anda? Mungkin YA, dan mungkin juga tidak.

Pada tahap sekarang ni, saya beranggapan, sekadar menaburkan ayat-ayat power dan janji-janji manis masih tak cukup untuk meyakinkan prospek untuk sertai network kita.

Lebih-lebih lagi sekarang ni, individu yang berpengaruh seperti Zamri Nanyan, Azizi Ali dan ramai lagi diluar sana juga aktif menjalankan pemasaran untuk produk ini. Mereka juga seperti anda, ingin bina pendapatan pasif!

Kat atas ni ialah screenshot bagi laman web promosi milik Azizi Ali.

Jadi, jika ditakdirkan ada seorang prospek, dan prospek yang sama ini perlu memilih sama ada nak sertai network anda atau nak sertai network Azizi Ali, cuba anda berfikir sejenak, apa kelebihan yang ada pada anda yang akan buatkan prospek ini akan pilih anda berbanding memilih untuk sertai network Azizi Ali?

Well… kalau jawapan anda, anda mampu berikan ayat yang power… pandai goreng dan sebagainya, untuk jangka masa panjang, mungkin anda susah nak berjaya dalam bidang ini.

Dipersekitaran saya, saya perlu berhadapan dengan prospek yang bijak-bijak belaka.

Mereka memilih terlebih dahulu, upline yang mana satu yang mampu untuk beri tambah nilai dan membantu mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di masa akan datang.

Berbalik kepada persoalan diri anda, adakah anda boleh mengajar skil, teknik, strategi dan taktik untuk lakukan pemasaran bagi menjalankan perniagaan ini?

Ehem… saya boleh, In Shaa Allah.

Prospek anda pasti amat hargai jika anda berupaya untuk ajar mereka kemahiran-kemahiran tertentu lebih-lebih lagi kemahiran buat pemasaran.

Dengan pengalaman yang saya ada dalam bidang pemasaran secara online dan offline, In Shaa Allah saya dapat turunkan kepada anda. Dengan syarat, anda kena bertanya, soalan yang spesifik, kemahiran yang bagaimana yang anda perlukan.

Sebenarnya bisnes ni mudah. Terlalu mudah. Syarikat Tone Excel sendiri dah jadikan sistem perniagaan ini begitu simple sampaikan kanak-kanak yang berusia 12 tahun pun boleh sertai bisnes ini, jika ada kemahuan.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, tukar sim kad kepada sim kad Tone Excel, jadi pengguna talian telefon ini, kemudian anda hanya perlu mengajak orang lain untuk buat perkara yang sama, iaitu menjadi pengguna talian Tone Excel.

Itu sahaja.

Walaupun konsep bisnes ini mudah, namun ia bukan untuk semua orang.

Walaupun majoriti rakyat Malaysia ini menggunakan handphone, namun bukan semua pengguna handphone sesuai untuk jadi pengguna talian ini, dan sertai bisnes ini.

Saya senaraikan mereka yang tak sesuai untuk jadi pengguna Tone Excel, antaranya

1. Mereka yang tak minat nak buat bisnes dan tak minat nak tambah pendapatan

2. Mereka yang tinggal di kawasan yang tak ada liputan

3. Mereka yang tak mampu nak keluarkan modal RM90 dan mereka tak berusaha pun untuk kumpul duit

4. Orang yang nak cepat kaya

5. Orang yang dah selesa dan dah puas hati dengan cara hidup mereka

6. Orang yang memang tak nak guna sim kad Tone Excel

Mereka ini semua hanya sebahagian daripada mereka-mereka yang tak sesuai jadi pengguna Tone Excel.

Mungkin ada beberapa kriteria lagi.

Untuk individu seperti ini, tak perlu bazirkan masa anda untuk cari ayat power untuk pancing mereka join bisnes ni. Sebabnya, nanti kalau jadi apa-apa hal, anda yang susah.

Contohnya, orang yang memang tak minat nak buat bisnes, lepas tu tak ada keinginan nak belajar macam mana nak buat bisnes ni, mereka pasti tak akan gerak.

Sama ada mereka cuma mengharapkan anda 100% untuk bantu mereka ataupun, bila mereka dah mula fed up sebab masih lagi tak nampak income, mereka dengan mudah akan terus keluar dari bisnes ni.

Nak terkeluar dari bisnes bukan susah pun. Cuma tak perlu topup, nanti sim kad tu akan expired sendiri.

Ada ketikanya, saya percaya dalam bisnes ni, biar lambat, asalkan network yang kita bina itu adalah network yang benar-benar berkualiti. Kalau setakat cepat dapat downline, dan cepat jugak kesemua downline ni terkeluar dari network pun tak ada gunanya.

Apa pun, terima kasih saya ucapkan kerana anda baca catatan saya ini.

Semoga ia bermanfaat.

Jadilah upline yang menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan ahli anda.

Amalkan kaedah pemasaran yang bersih! Jangan SPAM ya 🙂

 

 

Exit mobile version